Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

May 22, 2013

The Imposibble

Assalamualaikum w.b.t

The Impossible - movie pasal tsunami tu
malam tadi tengok dengan najibah...
first time najibah tengok movie omputih..hehehe
.
.
sapa dah tengok...movie tu kisah benar kan?
dasyat...minta Allah berikan keluarga itu hidayah dengan apa yang telah mereka lalui...
.
.
najibah tanya kenapa ibu nangis?
huhu....dia belum faham jalan cerita kan...ada la juga dia takut2 tengok ms scene tsunami tu..pastu scene mayat2 tu...bila suruh dia masuk tido takmo..nak tunggu juga..nak tak nak kena tengok la..

May 14, 2013

makan laksa sakit urat?

Assalamualaikum w.b.t

weken baru2 ni kamu buat makan laksa kat rumah..
best..masak sendiri makan puas..berulang2..
kesudahannya lepas operasi cuci & kemas, habis sakit satu badan:-)
ni sebab kemas ke sebab makan laksa dengan banyaknya:-)
tapi mmg selalu dengar orang2 tua cakap makan laksa boleh buat sakit urat?
ada fakta tak?
setahu saya laksa tu dari beras jer...apa yang buat sakit urat nya kan?
huhu
tanya yang pakar:-)

May 13, 2013

hobi yang semakin advance

Assalamualaikum w.b.t

hmmm.....malehnya nak up entri ni.
malas semakin menjadi2
nak cerita apa pun tak tahu:-)

PRU? huhu no komen dah la..
biar masa jerlah yang menentukan:-)

anak2---ofkos dok ranking pertamakan.
tapi tulah malas nak up cite jer
maklom la sumber modal cite dok merata2 device..
nak kena tranfer masuk pc dulu baru leh cite gebeng2:-)hahaha

ni salah tu cite yang nak digebengkan
abang sayang saya dah up dia pun hobi...
dulu mancing kat tebing2 jer...
nah sekarang nun ke laut pulak dia pergi..huhu
seronok dia kata...kepuasan tu lain dari mancing kat tebing.
terima jer lah..
hujung bulan ni ada lagi trip...
merasalah makan ikan segar dari laut katanya.
harapanya Allah melindungilah la beliau apa saja yang dia lakukan...
ikan mmg banyak dapat..tapi bila dibagi2kan kepada yang terlibat boleh la dalam 10kg sorang
dan beberapa kilo sotong...sampai alergik saya makan sotong...time makan sedap jer...hah lepas tu menggaru2 macam monyet pulak...adulai..nasib badan...dalam banyak2 seafood sotong mmg musuh ketat betul....seafood lain takder pulak tergaru2 lepas makan:-)

bagi jgn tak bagi..biar sama merasa:-)

sedapnya ikan kerapu ke siakap ni?
   
yang banyak ikan kerisi....sb ini firts trip dorang..nak test mabuk ke tak..so pegi tak jauh la dari daratan..hujung bulan ni insyaAllah jauh ke tengah...




May 06, 2013

Izinkan saya

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuaakbar
Berbagai persaan bercampur dalam minda saya sekarang..sementelah selepas PRU-13 ini
Izinkan saya untuk ceritakan rasa hati saya sekarang...rasa hati yang berkecamuk.......rasa hati saya sebagai rakyat Kelantan.

-->Kecewa..
Kecewa saya, bila ada dalam kalangan kami yang betul2 mahukan kerajaan ini dijatuhkan (sila baca dlm konteks kelantan)...katanya kerajaan sedia ada sudah terlalu lama...sudah tidak relevan sama sekali..habis tu kerajaan pusat sekarang macamana? baru lagi ke?
Izinkan saya, kalau dilihat mereka yang ingin menjatuhkan ini dari segi luaran...mmg tak perlu dijelaskan. Dari segi moral dan kehidupan mereka...boleh tengok cara mereka berpakaian, cara mereka datang pada kita...sekarang kalau dilihat anak2 muda di Kelantan...mmg sungguh mengikut arus perdana..sudah tiada segan silu...membuka aurat perkara biasa bagi mereka...bukan semua...tapi yang ingin sangat menjatuhkan kerajaan sekarang boleh dikatakan begitu...suka saya katakan..kami diKelantan perlukan makanan rohani bukan jasmani semata2. Sayangnya kami pada kepimpinan TGNA amat tinggi...tolonglah..saya rayu, jangan terlalu taksub untuk menawan kami, bermacam2 tuduhan liar dilemparkan....jangan bangkitkan soal pembangunan dengan saya...kami mmg miskin dari dulu lagi...tapi kami tak mahu kaya dengan maruah kami digadai. Saya mahukan anak2 muda kelantan yang bermaruah, menjada adab sopan & yang penting terpelihara auratnya...jika ini dijaga kami mampu bertahan walau apa saja rintangan dan halangan yang datang....dan saya tahu bukan senang untuk mengajak mereka untuk bersama kepimpinan ulamak ini. Bukan kah Malaysia sudah pun dipimpin oleh orang yang kamu nak sangat2...jadi apa perlu lagi Kelantan? Nak punahkan keadaan? Nak masukkan program2 lagha jadi anak2 muda suka? Biar kami sama dengan yang lain? Biarlah kami tak sama dengan lain, asal kami tahu apa itu dosa & pahala. Sedarlah....masa depan kita bukan hanya disini...tapi disana yang pasti...yang jauh lebih dasyat & kekal selamanya...kami perlukan ulamak:-) untuk bimbing, sedarkan kami bila terleka & jasad kami tak hanya dipenuhkan dengan makanan jasmani tapi juga makanan rohani....semangat spritual:-)

-->Bangga
Bangga saya dengan anak2 muda kelantan yang sanggup balik untuk mengundi:-)Dan saya percaya, ramai antara mereka adalah berpihak kepada PAS. Semoga semuanya dapat yang terbaik. Alhamdulillah Kelantan KEKAL

-->Gembira & syukur
Alhamdulillah, syukur kerajaan PAS masih kekal memerintah untuk 5thn lagi. Harap akan ada penambahbaikan dari kerajaan. 

-->Sedih
Walaupun sedih, kami menerima apa saja asalkan ianya terbaik untuk kami,Rakyat Kelantan. Kami dkhabarkan lagi yang TGNA sudah memberi kuasa MB untuk timbalannya. Semoga itu yang terbaik....harap kuliah dimedan ilmu tetap akan diteruskan oleh TGNA. Hah kepada mereka yang nak sangat tengok TGNA lepaskan jawatan, sekarang boleh lihat...gembira sudah kalian? Lepas ni apa lagi alasan pun tak tahu lah. Yang pasti isu AIR & PEMBANGUNAN adalaha alasan dangkal yang selalu dibangkitkan:-) selain TGNA yang sudah berusia...tahukah kita semua yang setiap dari denyut nadi kita ini akan dihisab? Tak takut ke kita untuk menghadapinya nanti?

-->Geram & Marah
Sakit hati bila mana macam berita yang timbul selepas PRU. Terutamanya dengan ketidaktelusan proses pilhanraya...kalau betul telus kenapa timbul macam2 cerita...bak orang kata "pokok takkan bergoyang sekiranya tiada angin". Kalau itu semua penipuan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kalau ianya benar, kami redha. Mungkin belum masanya lagi, mungkin belum hak kami.

-->Harapan
Besar harapan saya semoga setiap dari kita mendapat hidayah dari Allah...ditunjukan mana yang hak & mana yang batil. Matinya kita sudah bertaubat & yang paling besar dengan kalimah Lailahailallah...semoga kita selamat dunia & akhirat.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi