Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

February 28, 2014

Alkisah senduk ajaib….

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian hari ini dari Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah senduk ajaib….

Seorang pengembara Ustaz Razak tiba di sebuah pekan bernama Pekan yang penuh kedaifan…

Para penduduk tidak berapa senang dengan kedatangan Ustaz Razak kerana mereka takut beliau meminta makanan daripada mereka yang kini hidup dalam kesusahan.

Kerana kesempitan hidup, para penduduk menjadi kedekut dalam menjaga hak dan makanan mereka. Semua bersifat lebih mementingkan diri sendiri walaupun ada jiran yang kelaparan.

“Ustaz boleh tinggal di sini, tapi sini tak ada makanan untuk ustaz ya…” kata Rudin, ketua kampung yang suka memakai cermin mata terbalik.

“Ana bukan datang meminta makanan… ana datang nak memasak sup untuk dikongsikan anta sekalian,” kata Ustaz Razak.

Para penduduk Pekan melihat gelagat Ustaz Razak yang gigih membina api dan memenuhkan periuk besarnya dengan air.

Dengan melakukan satu gelagat aneh – Ustaz Razak mengeluarkan satu senduk yang dibalut dengan batu di penghujungnya dan mula mengacau air yang sedang mendidih.

Ustaz Razak menghibu bau sup, dan bercakap, “Aduhai lazatnya sup yang dimasak dengan senduk ajaib batu ini.”

Para penduduk mula tertarik kepada apa yang dilakukan Ustaz Razak…

“Alangkah baiknya kalau ada sedikit kobis, sup ini tentu lagi lazat,” kata Ustaz Razak.

Rudin terus balik ke rumah dan mengambil kobis yang disimpannya untuk diberikan kepada Ustaz Razak… “Ana nak cuba sup lepas ustaz siap masak nanti ya…”

“Boleh. Tak ada masalah… tunggu dulu. Ana nak kacau sup ini guna senduk ajaib bersama kobis yang diberikan anta,” kata Ustaz Razak.

Ustaz Razak mengulangi karenahnya, selepas meminta kobis, beliau mula berkata pula alangkah baiknya kalau sup ini ada lobak, daging, bawang, ubi untuk digaul bersama senduk ajaib dan dimakan bersama nasi.

Kerana ingin merasai sup yang dikatakan sangat hebat itu, para penduduk Pekan mula membawa keluar makanan untuk dikongsikan untuk membuat sup… lobak, daging, bawang, ubi dan nasi. Akhirnya sup Ustaz Razak dapat dinikmati dan mengenyangkan satu kampung.

Wahai anakku,
Kisah ini memperlihatkan bagaimana manusia mula menjadi kedekut tatkala dalam kesusahan. Apabila sumber semakin kurang, manusia menjadi menyepi dan pentingkan diri sendiri. Mereka akan mula menjauhkan diri daripada orang lain dan menutup diri sendiri daripada berinteraksi daripada orang lain. Seperti kisah senduk ini, akhirnya satu penduduk Pekan hidup dalam keadaan sempit kerana tidak sudi berkongsi.

Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau sangka semakin disimpan sesuatu, kamu akan menjadi lebih kaya secara dalaman. Realitinya ialah kamu akan menjadikan sekeliling dan diri sendiri lebih daif kerana kamu tamak dan tidak rela berkongsi apa yang ada.

Jangan juga engkau sesekali suka merahsiakan ilmu daripada orang lain dengan tujuan untuk diri dilihat lebih pandai daripada orang lain. Walhal sebenarnya makin disimpan satu-satu ilmu, kamu sendiri semakin tidak belajar dan akhirnya menjadi mundur berbanding orang lain.

Wahai anak kesayangkanku, lihatlah bagaimana ustaz Razak telah berjaya menarik perhatian penduduk yang daif untuk keluar berkongsi dan penduduk Pekan akhirnya memahami dengan “suka berkongsi”, mereka mendapat lebih banyak daripada benda yang sedikit.

Apakah kamu akan bersikap seperti penduduk Pekan seperti Rudin yang mulanya kedekut sehingga menghalau Ustaz Razak?

Atau kamu akan mengamalkan sikap suka berkongsi yang akhirnya membantu Ustaz Razak untuk melahirkan satu sup yang lazat untuk dikongsikan seluruh kampung?

p/s....jangan kedekut ya..tak kira apa jua keadaan :-)

February 27, 2014

Macam-macam

Assalamulaikum w.b.t

ni cerita random jer...buat ingatan untuk anak2 nanti...

cerita 1;
situasi..kat bilik dah time nak tido...ibu macam biasa letak jer kepala kat bantal, insyaAllah selamat la beradu...

kakak; ibu, tolong baca buku cerita ni...
ibu; iyalah...ibu baca...
.
.
.
.
sudahnya....buku kemana..ibu kemana...hehehe..sori kakak...

cerita 2;
situasi...naik moto 4 beranak nak gi pasar tani...
kakak; ibu ni gemuk la...tengok kakak dok sempit jer...
ibu; (sabar jelah) sampai hati kamu ya kakak:-(
ibu gemuk bukan sebarang gemuk ya...gemuk mengendong adik kamu jugak tau...huhuhu


cerita3;
ibu; kakak, jom lah nak tengok adik baby bergerak...
sambil kakak pun tengok la...tiba2 ada gelombang kat perut ibu,
kakak; dia dok berenang ke ibu...huhu

cerita adik pun macam2...yag pasti cerita yang utama terlebih manja...kalau ibu ada semua nak ibu buatkan...manja nak dapat adik baru macam tu lah....cakap pun bukan main lagi walau ada pelat sikit2...tapi okay masih boleh difahami...

February 22, 2014

10 WASIAT HASAN AL BANNA

Assalamualaikum w.b.t

1. Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

February 21, 2014

Alkisah sebuah kemenangan

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah sebuah kemenangan

Ali seorang pelari yang amat mementingkan kemenangan. Bagi Ali, asalkan menang. Segalanya diukur dari sudut kemenangan, dan baginya kemenangan dan tepukan adalah kegembiraan.

Kehebatan Ali dalam berlari memang dikenali di kampungnya.

Satu hari ada pertandingan berlari di kampungnya. Cuacanya panas. Ramai orang kampung datang menyaksikan pertandingan tersebut, termasuk seorang tua yang datang jauh untuk menyaksikan kehebatan Ali yang didengarinya.

Perlumbaan pertama bermula. Meskipun sengit, Ali dengan semangat tidak mengalahnya telah berlari dengan segala jiwa, tenaga dan kekentalan dan memenangi perlumbaan pertama.

Orang ramai bertepuk gemuruh dan menyorak untuk Ali. Tapi orang tua itu tidak memberikan sebarang reaksi. Ali terpandang orang tua itu, pelik tapi tidak peduli. Bagi Ali, rasa bangga dan dipentingkan lebih utama.

Esok harinya, perlumbaan kedua bermula, dengan lebih ramai pelari muda untuk menyaingi Ali. Ali tetap menang dan hadirin semakin gila menyorak untuk Ali. Walaupun seronok, Ali tetap berasa pelik pada reaksi orang tua itu, yang tidak memberikan sebarang reaksi.

Mendengar sorakan yang semakin riuh, Ali terasa kembang dan menjerit, “Jom lumba lagi! Jom lumba lagi!”

Orang tua itu tetiba bersuara. “Saya ingin menaja perlumbaan ketiga. Ali sudi sertai? 3 pelumba sahaja kali ini.”

“Sudah tentu,” kata Ali.

Orang tua meletakkan Ali di tengah. Kemudian orang tua itu membawa seorang nenek tua dan seorang buta untuk berlumba dengan Ali.

“Apa ini? Ini aku jalan pun menang,” bisik Ali di hatinya.

Perlumbaan ketiga pun bermula. Ali berlari dengan secepat hati ke garisan penamat. Nenek dan orang buta tidak sampaipun di tengah perlumbaan, Ali sudah menghabiskan lariannya.

“Aku menang lagi,” jerit Ali sambil menggengam tangannya ke langit.

Namun kali ini. Tiada sorakan daripada para hadirin. Sunyi.

Ali berasa pelik dan terkejut. Mengapa tiada sorakan kali ini? Mengapa tiada yang gila memuji?

“Mengapa ini berlaku? Mengapa mereka tidak meraikan kemenangan saya?” tanya Ali pada orang tua itu.

Orang tua itu berkata: “Lumba lagi. Kali ini pastikan kamu tiba di garisan penamat bersama dengan nenek dan orang buta itu.”

Ali bersetuju.

Perlumbaan keempat bermula. Kali ini Ali memegang tangan nenek dan orang buta dan sama-sama melepasi garisan penamat.

Para hadirin memberikan sorakan semangat sehinggalah akhir perlumbaan. Mereka melambai-lambai ke arah Ali. Ali terasa pelik, apa bezanya?

Orang tua itu memandang Ali sambil mengangguk kepalanya.

“Pakcik, saya tak faham. Kali ini mereka sorak untuk apa? Siapa antara kita bertiga yang menang?” tanya Ali.

Orang tua itu meletakkan tangan di belakang bahu Ali. “Dalam perlumbaan ini, kamu menang jauh lebih banyak daripada perlumbaan-perlumbaan yang lepas kerana perlumbaan ini mereka tidak menyorak untuk siapa yang menang.”

Wahai anakku,
Kadang-kala kamu terlupa erti kehidupan sebenar. Ia bukan diukur daripada jumlah angka di akuan bank, ia bukan diukur daripada jumlah pujian, ia bukan diukur daripada kedudukan, ia bukan diukur daripada jumlah sanjungan manusia dan ia bukan diukur daripada jumlah harta.

Ia diukur daripada perbuatan amal dan pahala kamu yang tidak dapat dihisab di dunia ini. Berlumbalah untuk perkara-perkara amal yang membanyakkan pahala.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainnya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa., akan tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhira , yang semua tiada bernilai melainkan pahala.

Setiap 1 minit yang berlalu bermaksud 60 saat kamu menghampiri kematian, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

Senyum


p/s nilai kemenangan yang sebenar - amalan kita:-)

February 19, 2014

yang ke-3

Assalamualaikum w.b.t

betulah orang kata, pregnant takkan sama untuk semua ank...
macam saya...yang dua lepas tu okay jer...morning sicknes masa awal2 tu biasa lah..bila dah masuk trimester kedua semua oaky..alhamdulillah.
tapi yang kali ke-3 ni lain rasanya...
dia punya mual+loya tu kadang sampai hari ni ada..cuma bukan hari2 lah..jarang2...
pastu tahap letih +penat tu mmg takleh nak kata apa la...padahal makan, keje sama jer...
faktor usia gamaknya..macam 2 hari lepas...perut ni rasa tak best macam nak bersalin dah rupanya...
huhu...doa banyak2 saya hari tu jangan la bersalin awal...anak prem...iyalah kalau boleh taknak la...betul semua tu perancangan 'Dia' kan....kalau boleh taknak..tu jer:-)
tapi hari ni dah okay....alhamdulillah
sekarang malam mmg susah nak lena...pastu pulak tak boleh nak amik dinner sekarang, kalau amik jugak..merasalah tak tido sb mengah...perut adalah lapar sokmo...huhu tahan sajerlah sampai pagi:-)
apa2 pun syukur 'Dia' bagi rasa nikmat pregnant tu....
insyaAllah semua tu penghapus dosa kan...minta dipermudahkan segala urusan kami...amin:-)



February 16, 2014

Tok Bali

Assalamualaikum w.b.t

Kalau yang biasa dgn blog saya ni...Tok Bali adalah biasa bagi kami...tempat riadah..katanya hehehe
Kami suka pegi Tok bali, nak2 pulak hari khamis...sb malam tu ada pasar malam..mmg meriah...
kami suka cari baju bundle kat situ..ramai yang meniaga pakaian bundle kat pasar malam situ...kami ok jer dgn baju bundle:-) boleh katakan suka lah...

Kebetulan pulak malam tu kami takder buat apa, so pegila tok bali, lagipun dah lama jugak pun tak pegi...kalau tak tiap2 minggu pegi...kalau malas kami sewa jer bilik balik esoknya...best macam tu:-)

Kalau ikutkan saya malas benarnya nak pergi...saya ni sejak dah masuk trimester ke-3 ni rasa cepat benar letihnya...kalau tak saya la yang suka berjalan...ni nak jalan pegi pasar pun malas...klu jalan pun tak tahan letih...sabar jer lah...
nampak muka penat saya...hehehe, tapi bila part makan saya jugak lah yang no.1-ni abah dorang cakap la:-)
kesayangan...insyaAllah lepas ni tambah satu lagi:-)
p/s abahnya offer maggi ketam...ishh macam tak tahu jer, bini dia tak makan maggi...klau nak cakap jerlah, offer2 orang pulak...ikan pari bakar mabeles....tak pandang belakang dah...makan sorang jer sekor...nasib anak2 dah boleh makan sendiri...jadi tak ganggu ibu la nak makan:-) hehehe

Kedai makan ni boleh direkemenkan...selain sedap, murah jugak:-)

February 14, 2014

Alkisah terkencing dalam seluar

Assalamulaikum w.b.t

Petikan dari fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man...semoga bermanfaat..insyaAllah

Alkisah terkencing dalam seluar…

Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.

Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.

Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.

Ramli berfikir sejenak. “Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.

Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.

Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.

Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing Ramli.

Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak. Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar dalam insiden tumpah air tadi.

Ramli tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.

“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembungi peristiwa aibnya.

“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan. Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Ramli,” kata Ustaz Ismail.

Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.

“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim.

Wahai anakku,
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu, mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.

Anak kesayanganku, ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang susah.

Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

Senyum :-)


p/s lumrah manusia begitulah...bila dah rasa selamat, orang lain yang dipersalahkan untuk menutup kesilapan diri....wallahua'lam

February 13, 2014

Kuat Anak Ibu Ini

Assalamualaikum w.b.t

dalam tak sedar sudah masuk 26mgu saya sedang mengandung untuk yang ke-3 ni..
kesian anak ini...ibu sibuk, abah ntah apakan lagi...kami terlalu beri perhatian untuk rumah itu...
persiapan untuk anak ini pun belum dibuat lagi...bukan ibu tak sayang ya anak...kami sayang sama macam kakak & abang kamu...insyaAllah takder apa yang kurang dari segi itu...
insyaAllah bila kita dah duduk rumah nanti segala persiapan untuk kehadiran kamu kami buat ya...amin
rezeki kamu mungkin dapat duduk di rumah sendiri...alhamdulillah...kamu ank yang kuat, ibu percaya itu...sama2 tolong ibu+abah walau belum bersua muka...kami sangat2 menantikan kehadiran kamu...insyaAllah

p/s semoga Allah permudahkan urusan2 kami sekeluarga:-)

February 12, 2014

Hepi birthday Farhan

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni genap 26thn  adik saya Mohd Farhan Daud...
Walau jalan yang dia lalui berliku...saya doakan dia pilih jalan selamat:-)

Walau dia tak tahu pun kewujudan entri ini sempena hari lahirnya...
doa saya tetap mengiringi langkah beliau...biarlah dia tahu kakak dia ni hanya suka menegur...
tapi jauh disudut hati saya tetap mahu mengetuk dan mengusik hati nya untuk ke jalan selamat:-)
Allahuakbar....khabarkan lah berita gembira untuk kami walau berapa lama kami menunggu:-)

Farhan...ti doakan awak berjaya dunia & akhirat:-)

sedikit pendapat:-)

Assalamualaikum w.b.t

Parents sekarang x sama dengan parents dulu2 kan...
mak+ayah kita dulu garang kemain...sekarang kebanyakan mak+ayah dah tak segarang mak+ayah dulu2..
Sebab garang mak+ayah dulu2 lah rasanya kebanyakan anak2 dorang menjadi...
Mak+ayah sekarang...kemain berlembut dengan anak2...ya tak semua...tapi kebanyakkan...
kalau x percaya tengok newsfeed kt fb banyak yang mak+ayah tak puas hati bila cikgu buat something kat anak2 dorang....anak x siap kerja sekolah cikgu rotan-dah ayah saman cikgu (contohnya) banyak lah...pastu siap ada rules untuk cikgu2...tak boleh buat macam ni...tak boleh macam tu...huhu...kesian cikgu sekarang...bertabah sajalah..nak sentuh tak boleh...sudahnya pelajar banyak yang jadi 'hantu'....umur baru nak baligh dah tahu macam2...dengan kata lain...terlalu manjakan anak2....kita mak+ayah yang bekerja ada masa ke nak ajar anak sendiri...semua kita pass kat cikgu kan? tak cukup sekolah biasa, kita hantar pulak tuisyen...tu apa semua tu? Nak anak kita jadi "orang" kan? Jadi apa salah biarkan cikgu "mengajar" dengan cara dia....jangan sampai patah riuk sudahla kan...rasanya kalau anak kita tu x buat masalah takkan ada benda2 x elok terjadi....cikgu pun manusia juga:-) Jangan terlalu obses la...macamkan kita seorang jer yang sayang anak....sayang2 pun perlu ada batas juga, sampaikan semua benda anak boleh dapat dengan mudah...biar lah dia rasa susah sikit nak dapatkan sesuatu..barulah ada nilai:-)

Saya dulu, nak jalan laju2 bila arwah ayah tidur punya lah takut...yelah rumah kayu..kalau jalan mesti bergegar....umur 9-10 tahun dah kena buat kerja rumah like masak...basuh kain...basuh kain dulu pakai tangan jer tau...baju+kasut sekolah tu pandai2 la...kalau malu nak pakai yang kotor & x bergosok...rajin2 lah basuh & gosok sendiri...sekarang? hmmm semua harapkan mak...klu mak tak buat alamat tak bergosok la baju sekolah ko...hehehe...apa salah kalau biarkan dorang buat semua tu...tak matinya anak kita kalu mereka buat benda tu semua....

Ye, saya pun baru lagi..anak2 pun kecik lagi...senang lah nak cakap kan...tapi rasanya biarla kita garang sikit dengan anak2...bukan nak biarkan dorang takut, tapi nak bagi dorang tahu batas sebagai seorang anak...hormat parents, biar ada rasa kasihan bila tengok parents, penat bekerja untuk kita...jadi takderlah dorang rasa sebagai ank - dia macam "boss" pulak-semua benda parents yang buat. Biar ada rasa tanggungjawab, walaupun masih kecil:-)

p/sbukan senang jadi mak+ayah ni kan?

February 11, 2014

entri kosong:-)

Assalamualaikum w.b.t

soriii la kpd yang datang menjenguk tapi takder apa2 entri...hari jumaat hari tu pun takder entri untuk muhasabah diri...serius tak ingat nak buat:-) sori ya...kang kat last entri 'belajar memaafkan'...jd maafkan lah saya ya...hehehe
selain bz yang biasa2, saya tahap malas saya juga amatlah berat nanang org ganu kate:-)
huhu
sungguhlah malas tahap apa ntah...letih pun satu hal...yelah dah masuk trimester akhir ni...pergerakan pun terbatas...nak masak punyalah berfikir...last2 goreng telo semata...hahaha
apa punya malas daaaa
kakak pegi tadika pun dah seminggu dok bawa roti salut jem...sian dia..tapi kat tadika ada makan time tengahhari tu...tak la kebulur anak saya....ni klu dok sweden dan kena dakwa ni:-) biarkan anak berlapar katanya....
hehehe
ok dah tak tahu nak tulis apa...jaga kesihatan ya kawan2 semua, sekarang dah masuk musim panas ni...banyakan minum air....

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi