Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

June 12, 2012

saya bukan cikgu:-)


sedih jer rasa..bila orang ingat saya ni cikgu..
kecik hati saya tau.
taulah impian saya yang pecah tak jadi sob..sob..
.
.
balik keje, kalau ada tamu....mesti tanya ngajar mana?
.
.
jumpa kawan lama (yang tak pernah berhubung la)...pun macam tu jugak...ngajar mana?
.
.
.
pegi kedai mas teman bonda pun..tokei kedai dok cikgu2...alahai..
.
.
saya ni kerani cabuk jer...sob2..
.
muka & pakaian saya macam cikgu ke?
.
.
jadi cikgu untuk anak2 jer lah kut...

p/s...tu maknanya saya ni di kalangan orang bijak pandai agaknya masa sekolah dulu..ehem2 tumpang lalu ya...:-)
p/ss...apa2 pun syukur saya dengan apa yang saya ada sekarang...Alhamdulillah

June 11, 2012

penyakit mak-mak

ha kau..
apa tu penyakit mak-mak ni..huhu
.
.
penyakit ni bila orang perempuan dah jadi "IBU"
dengan otomatik dapat penyakit ni..
tak caya..sila tengok sekeliling anda..
.
.
ibu ni bila dapat anak, otomatik ohhh nak aku lah paling comeiiii
ohh anak aku lah bijak..hehe
.
.
pastu bila demam sikit kalut entah apa2..terlebih risau...
.
.
betul kan?
macam2 lagi lah.
yang penting semua ohh anak aku..
yang tak elok takmo dengar (kalau boleh)
.
.
tapi percaya lah...semua ibu akan rasa macam tu...
anak dia lah yang terbaik...
saya pun macam tu..
tapi kena pada2 jugaklah kan..
kang orang kata apa pulak..
macam kan anak dia saja yang terbaik..
so ok...semua anak2 kita terbaik lah kan..
marilah sama2 didik supaya semua anak2 kita jadi yang terbaik..
.
.
najibah & syahmi...jadi yang terbaik dari yang terbaik ya sayammm...hah nak jugak
jangan marah naaa:-)

June 10, 2012

Tiada pesta wau, hanya majlis tahlil-lagi.


Iya, perancangan saya untuk ke pesta wau kat Tumpat hujung minggu semalam tak jadi...
kami dikejutkan (sekali lagi) dengan kematian...innanillah
.
.
perancangan kita tak sama dengan perancangan DIA
.
.
kami redha.
Al_fatihah untuk Acik Nasir.
Semoga dia kembali kepada Pencipta dengan dosa2 yang terampun.
Semoga keluarganya tabah menghadapi.
Siapa kita kan, manusia biasa yang pasti penuh dengan dosa. Sentiasa lah memohon ampun padaNya...

Tipu...kantoi?

saper yang tak pernah menipu dalam hidup dia?
.
.
dengar macam alaaa...
hehe rasanya semua orang pernah menipu kan?
samaada dengan niat untuk mengelakkan keadaan jadi tambah buruk @ mmg sengaja nak tipu.
saya akui, saya juga pernah..
.
.
tapi bukan nak cakap, saya ni baik ke apa..
tapi lepas saya buat..otomatik hati saya tak keruan...asyik teringat2 jer
smpi masuk mimpi pun pernah..
sakitnya menipu...
nak2 pulak bila kantoi kan?
aduhai...insyaAllah nak cuba elakan dari sikap ni..
nak2 pulak dengan anak2..akan cuba untuk berterus terang walaupun agak perit.
anak2 tengah membesar, dia sedang observe semua benda-macam span.



June 07, 2012

bebelan

pagi tadi datang keje dengan takder lesen+ic (tertinggal kat ofis)
 
elok jer tersengih kat atas meja pagi tadi...
sampai kat lampu trafik kat Perol tu jam nak ke KB...ah sudah ke ada road block...rupa2nya ada elsiden kat depan UM Nilam Puri..uhh lega.
macamana boleh tertinggal kat ofis pun tak tahulah...
macamana boleh terkeluar dari purse pun tak tahulah..rasanya sebab semalam bawa keluar dari beg pastu lupa nak masuk bali...tu yang gamaknya tertinggal atas meja tu...aduhai lali sungguh.
.
.
.
malam tadi boleh pulak mimpi ular...aduhai.
ni sapa la pulak nak mai pinang nii..huhu 
lawak jer..
tu lah banyak tengok animal world...sudahnya kedalam mimpi dia masuk...
tapi penat tau lari dalam mimpi..lari macamkan tak cukup tanah..hehehe
.
.
esok ada kenduri tahlil untuk arwah tok sedara..
Toksu minta sediakan sampul duit untuk orang yang mengaji nanti..ok beres, insyaAllah.
.
.
Alahmdulillah, semalam sepupu mek dah sampai..balik dari umrah..semoga dapat umrah yang mabrur..hai bila la pulak giliran saya...teringin sangat2..InsyaAllah
.
.
semua orang dah balik...sunyi dah la rumah tu..
nasib budak dua orang tu pun boleh tahan bisingnya..
tapi terasa jugaklah kan..biasa dok makan rebut2..malam tadi melebih2 pulak makanan...
hmmm....inysaAllah jumpa lagi raya nanti.
.
.
.
ohhh bulan ni roadtax kete expired...nak kena masuk reminder ni...kang ada jugak yang bawa kete roadtax expired..so far belum jadi lagi.
.
.
teringin nak pegi Tumpat-ada pesta wau...nak kena mengayat lebih ni...
.
.
ok la..lain kali pulak...malas betul nak keje hari ni...pk nak cuti jer...

June 04, 2012

Kisah cuti sekolah

best betul cuti sekolah kan...
sapa yang jadi cikgu lagi best...tak perlu apply cuti...cuti dah sediakan...
keje yang kena setel tu biasa la kan...yang penting cikgu mmg deserve la untuk cuti panjang..
ingat ngajar tu tak penat ke...dengan perangai budak yang macam2 kan...
.
.
tu cikgu.
yang mak+pak pulak ada jugak kisahnya..
anak2 mmg lompat2 la nak balik kampung...nak gi water theme park la...
nak gi situ..sini..sana..
yang pening mak+pak lakan..
pada yang duit berkepuk tu tak kisah la..
tapi yang ala-ala ni la yang poning..
tapi nak jugak buat anak2 seronok...
alahai..
lagi 2bln nak belanja lagi...nak raya la pulak kan...
alahai..
kalau jenis anak2 reti bahasa..boleh la tolak dan beransur..
kalu yang tak faham bahasa boleh...darah tinggi huhu
.
.
tapi kalau yang bagus dalam merancang..insyaAllah boleh setel..
tak bawak melancong jauh2 pun takper...janji happy kan...
anak2 mmg nak kena takle supaya tak mudah memberontak...
.
.
saya?
huhu
saya happy loorr
cuti sekolah biasa mmg ramai kat rumah..
makan2xxxxx
mmg terbaik lah...
belum pun sempat habis juadah terhidang..dah terfikir nak buat apa pulak lepas ni...
yang pasti makanan
pastu pulak kenduri-kendara boleh dikatakan hari2
muak lauk gulai kawah la...
senang pun senang time dorang balik..
anak tak payah kiasu sangat..ada orang tolong tengokkan..
bila nak nenen jer cari ibu...
time main mmg lupa ibu...huhu
yang pasti,semuanya seronok...

June 01, 2012

kepada ibu-ibu yang menyusu

salam ibu2 semua..
.
.
saya ingin sekali berkongsi suka-duka menyusukan anak
bukan sebab saya berjaya atau menunjuk2...
jauh sekali...
saya pun tidak berjaya sebenarnya...tidak dapat menyusukan sepenuhnya (tanpa sokongan FM)
saya cuma dapat bertahan setakat umo anak 1tahun sebulan...
.
.
seronok? mmg seronok...hanya yang mengalami saja yang tahu.
bonding antara anak dengan ibu - boleh menyebabkan si bapa "jeles"...haha
.
.
kepada ibu2...tanamkan niat kita untuk menyusukan sendiri anak2...selama yang boleh.
cuba untuk 6 bulan pertama (insyaAllah, waktu ni susu masih banyak)
.
.
jaga pemakanan
jangan makan benda2 sejuk & berair.
ini pengalaman saya..
selepas setahun saya cuba untuk tidak terlalu berpantang...
akibatnya saya yang tanggung..
susu mmg kurang..
antara makanan yang buat susu kurang (ini pengalaman saya)
- kobis
- kangkung
- tembikai
- honey dew
- petola
- betik
- pucuk paku
- teh
- kopi
- ais (ini saya pantang betul, mmg tak ambil)
kepada ibu yang masih menyusu, tolong abaikan dulu makanan2 diatas.
ibu2 juga perlu makan, takleh nak skip2, sama jugak dengan sesi pumping...kena ikut jadual
jangan jadi macam saya, tak ikut jadual...so kelaut la selepas setahun...
bukan jemu, tapi saya cuba abaikan makan & sesi pum...dengan harapan 1-2 kali pum pun ok...makan t/hari saja pun ok - TIDAK sebenarnya, ibu2 mmg perlu makan. Jangan risau tentang berat badan...(menyesal, tak guna dah...) 
Tu yang saya buat entri ni...mana tahu ada orang yang nak ambil iktibar.
Jadikan makan kurma,madu tu satu habit...susu jugak. AIR mmg nak kena minum banyak...3L perday
Kalau nak ambil supplement pun bagus jugak..
.
.
saya bukan kaunselor laktasi...saya cuma menyokong mereka yang ingin menyusukan anak2 mereka sendiri.
saya harap akan datang ibu2 berkerja juga makin mampu untuk menyusukan anak2 mereka...
jangan annoying sangat la pada mereka yang tak bagi anak mereka susu badan sepenuhnya..
mungkin mereka tak mampu untuk menyediakan alatan secukupnya....mungkin keadaan persekitaran kerja tidak sesuai...atau apa saja yang boleh menghalang....kita bukan ditempat mereka kan?
keje kita menyokong, mereka berminat alhamdulillah...kalau tak pun...kita berdoa saja moga mereka juga berpeluang untuk menyusukan anak2 mereka selepas ni pula..mana tahukan?

kenangan terindah seorang ibu...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi