Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

September 10, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t

Salam Takziah...

Sudi kiranya teman2 yang membaca nukilan ini untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuk atuk sedara saya Allahyarham Ghani bin Salleh....meninggal sebentar tadi..di Pasir Gudang, Johor.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, bersama orang yang beriman dan soleh... aamiin

Terima Kasih


Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Kelebihan susu ibu

Seperti yang kita tahu, kelebihan susu ibu terlalu banyak...antaranya seperti yang dinyatakan dalam aritkel yang saya petik dari sini...besar ganjaran untuk ibu dan sihat comel untuk anak:-)

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh
James
W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.



Menyusu bayi juga baik untuk ibu
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. 
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. wallahu’alam….

10 Tips Keibubapaan dari Prof Muhaya

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kita semua sbg ibubapa, semoga bermanfaat

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Prof. DrMuhaya Mohomad
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

September 09, 2014

Petua banyakkan susu ibu

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian untuk ibu2 yang breastfeed...

Berikut adalah sedikit petua yang kami dapat dari majalah Pa&Ma. Kami kongsikan untuk panduan anda semua.
1-Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
2-Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
3-Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan
air
sehingga kembang. Minum airnya.
4-Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
5-Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
6-Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
7-Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
8-Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.9-Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

September 08, 2014

Tips Hilangkan Batuk tanpa ubat

Assalamualaikum w.b.t

Artikel dari sini

Untuk pengetahuan ibubapa semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Ibubapa boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah, berkesan.
1) Rehatkan anak:
  • Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku
2) Mandi
air
suam (semua peringkat umur)
  • Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
  • Juga membantu merehatkan minda anak-anak.
3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
  • Penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
  • Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.
4) Vapor rubs (3 bulan keatas)
  • kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs
5) Banyakkan minum air (6 bulan keatas)
  • Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak
6) Sup panas/suam (6 bulan keatas)
  • Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat
7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
  • Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik
8) Madu (12 bulan keatas)
  • Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
9) Ajar anak keluarkan kahak (2 tahun keatas)
  • Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.
10) Berkumur dengan air garam (4 tahun dan keatas)
  • Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.
Semoga bermanfaat untuk semua.

p/s saya pun lebih suka cara 'alami' - natural. Sebab saya mmg takla nak makan ubat:-) mungkin sebab itu jugak anak2 saya mmg susah nak diberi ubat.

September 05, 2014

Aurat Bermula Dengan Didikan Agama

 Assalamualaikum w.b.t

(Entry Auto Publish)
Sekali lagi entri dari sini
Semoga bermanfaat untuk semua:-)


Bukan mudah untuk mendidik anak supaya menutup aurat terutama bagi si comel. Sebenarnya agak sukar bagi ibu bapa yang ingin membimbing anak dengan didikan agama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa begitu sibuk dengan kerja. Jadi kita perlu member pendedahan kepada mereka tentang seronoknya Islam ini.

1# Nurseri Yang Islamik
Bagi ibu bapa yang sibuk, boleh mulakan dengan menghanatar ke pusat jagaan yang betul-betul berkonsepkan pendidikan Islam. Elakkan dari menghantar si kecil ke pusat-pusat jagaan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata. Dari situ, kita boleh biasakan mereka dengan suasana yang diasuh dengan cara yang diterapkan dalam Islam.

2# Hafalan Doa
Sebagai ibu bapa, kita perlulah memastikan si kecil mampu menghafal doa-doa ringkas sebagai amalan di kemudian hari. Antara doa yang mudah dan popular adalah seperti doa makan, doa naik kenderaan, dan tidur dan sebagainya. Dengan cara itu, si kecil akan terbiasa dengan sebutan kalimah-kalimah arab. Dari segi sebutan mungkin ada yang salah, tidak mengapa teruskan memberikan mereka sokongan untuk sentiasa membaca doa.

3#  Bercerita Kisah Terdahulu
Mungkin ada di antara ibu terutamanya gemar menidurkan anak dengan membacakan buku cerita. Ini sangat menarik bagi mendedahkan anak-anak tentang kisah-kisah teladan. Tetapi adalah lebih sesuai jika ibu mendedahkan anak-anak dengan kisah-kisah para sahabat, kisah perjuangan Rasulullah dan sebagainya. Antara tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah mengajar anak mengentahui siapa Allah dan siapa dia Rasulullah. Itu yang paling penting sebenarnya.

Jadi kesimpulannya, ibu bapa sangat berperanan dalam mendidik anak-anak dengan menerapkan pendidikan Islam yang sempurna. Didiklah mereka seperti mana yang Rasulullah SAW ajarkan. Kini banyak buku-buku Islam yang mengajar kita cara mendidik anak dengan sempurna. Jangan lupa untuk mendapatkannya.

September 03, 2014

Had fun at Pantai Irama

Assalamualaikum w.b.t

#asalkoranghappydahla
#maintakingatduniadah








kali pertama outing untuk saniy..okay past:-)
sedapnya aiskrim...nak sikit


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi