Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

October 07, 2014

Hari Raya Aidil Adha 2014

Assalamualaikum w.b.t

Dah naik keje hari ni...
masih lagi sengal2 badan ni...letih tak ingat...raya sakan la jugak..
sehari sebelum raya buat ketupat dengan mek...pastu tahun ni cuba buat tapai beras...YEY tapai saya jadi:-) boleh buat lagi la lepas ni...tak susah mana pun sebenarnya... Hari raya tu...pergi jugaklah kat tempat korban..bawa anak2..tapi lepas sembelih tak tunggu pun, balik rumah si saniy dah time nak tido dah...so abah jerlah tunggu untuk settlekan daging akikah saniy tu...

Masak kat rumah mek...alhamdulillah selesai jugak lah akikah untuk saniy...okay malas nak cerita banyak..tengok jerlah gambar apa yang sempat ditangkap..yang pasti tiada gambar lauk yang dimask..tak sempat nak amik pun...semuanya nak kena buat, maklum takder orang...semua tak balik raya haji tahun ni...kami2 yang kat kampun jerlah yang ada...yang pasti meriah tetap meriah...seronok menjamu orang ni:-)
Menu biasa kami kat rumah ni...daging goreng kunyit (wajib buat ni), masak singgang, gulai ala2 kari daging...sedapppp daging empuk fresh pulak tu...alhamdulillah
ketupat tokmek...daun palas kering tu yang warna macam tu...tapi masih lagi sedappppp macam biasa
tgu ketupat direbus masa ni tokmek gi solat:-)
saniy teman ibu...abang & kakak kat rumah, tido rasanya
pagi raya, tgu abah balik solat raya
sambil tengok TV dan makan pagi raya...goreng kueh tiaw jer pagi tu buat alas perut.
kat tempat sembelih....
alahai sweet sangat ni...kalau tak hmmm sendiri faham lah...asyik buat ibu sakit dada menahan marah....
sembelum sembelih, cari tempat teduh sikit...matahari dah naik
ensemmm
lama jugaklah tgu nak sembelih....
penat eh saya...tido dulu la:-)


October 05, 2014

Salam Aidil Adha 1435h

Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidil Adha untuk semua umat islam...
Kita yang belum sampai masa menunaikan haji, kita buat korban la ya...
kami tahun ini tak buat korban, buat akikah untuk saniy....
tahun ni jugak, kami takder lembu sendiri untuk buat korban...
semua lembu kami jual untuk buat rumah awal tahun baru ini...
selain kesuntukan duit, kami juga kesuntukan masa nak membela & menjaga lembu2 tersebut...yelah kami kan buat rumah sendiri, bila masa nak bela lembu bila masa nak buat rumah :-)
InsyaAllah kami akan mula balik soon.....
ni lembu tahun 2011 tak silap...
p/s selamat buat korban semua...insyaAllah semoga semua ibadah korban kita diterima oleh Allah s.w.t

October 04, 2014

susu ibu

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang kan dok pulun pump susu badan balik...dah 2 tahun lebih tinggal...
huhu...#Ilovebreastfeeding 

teringat cerita dulu...bawa balik susu dr pejabat, ada sorang makcik tengok masa dok simpan2 susu masuk peti...dia tanya campur dgn air ke susu tu...
sampai sekarang ingat lagi....tak makcik tak campur...tu mmg susu badan sepenuhnya...jujur jawab:-)

hehe
nak bayak susu?
saya x amik apa2 supplement pun - sb x brp nak mampu, terutama yang set2 tu...dan x tekder pump mahal2...smpi anak 3 ni saya masih guna Spectra3...dah itu yang suami yang boleh bagi...syukur dah tu...klu x mampu...pakai tangan sudah..apa kisah kan..janji anak boleh minum susu kita:-) Jangan fikir yang takder, pakai jer apa yang ada....
saya cuma buat yang terdaya.....jaga makan, tu yang saya titik beratkan.
NO ice pls...huhu
minum air suam / putih banyak
DOA banyak2 - senjata utama saya :-)
dan kasi direct kerap2 bila bersama dgn anak..insyaAllah boleh.
susu untuk saniy...
p/s entry bukan nak meriak ke apa ni...just nak kongsi pengalaman...insyaAllah setiap ibu yang melahirkan boleh menyusukan anak mereka....buatlah sehabis daya, selama yang boleh...apa yang kita mampu buat & dapat itulah rezeki anak kita:-)

p/s/s saya nak kasi semangat jer untuk ibu2 yang duit ala2 ada macam saya ni...klu yang duit banyak tu lain cerita ya...boleh beli supplement macam2..pump high end...hehehe

October 03, 2014

Usah sombong @ seangkatan dgnnya

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari FB Ustaz Tn Ibrahim Tn Man

Seorang ustaz terkenal pada zaman dahulu kala telah berkunjung ke istana seorang raja atas jemputan permaisuri.

Permaisuri menghadapi masalah dengan raja yang terlalu pentingkan status dan egonya. Permaisuri menjemput ustaz terkenal tersebut tanpa pengetahuan raja.

Beliau mengharapkan agar ustaz itu dapat merendahkan ego raja tersebut dengan nasihat agamanya.

Setibanya di depan pintu istana, ustaz terkenal itu dibawa menghadap raja di balai besar di mana raja sedang duduk di atas takhtanya.

“Apa yang ustaz mahu datang ke sini? Beta boleh tunaikan apa-apa hasrat ustaz,” kata raja tersebut.

“Patik mahu tidur di rumah penginapan ini,” jawab ustaz.

Mendengar kata-kata ustaz itu, raja tersebut naik angin lalu menjawab, “Ini bukan rumah penginapan. INI ISTANA BETA!”

“Oh kalau begitu, boleh patik tanya, siapa milik tempat ini sebelum tuanku?” tanya ustaz.

“Ayahanda beta. Dia dah mangkat,” jawab raja.

“Dan siapa yang memilik tempat ini sebelum ayahanda tuanku,” tanya ustaz lagi.

“Datuk beta. Dia pun dah mangkat juga,” jawab raja.

“Jadi di sini ialah tempat seseorang tinggal sementara dan kemudian itu pergi menghadap pencipta-Nya… tadi patik dengar tuanku kata sini bukan tempat penginapan?” jawab ustaz.

Raja tersentak dengan jawapan ustaz. Tidak pernah raja itu terfikir bahawa istana yang paling disayanginya itu tidak dapat dibawa bersamanya meskipun beliau mati sebagai seorang raja.

Raja terus memeluk ustaz. “Terima kasih ustaz datang. Tidurlah di mana-mana ustaz suka. Semua ini sementara saja.”

Wahai anakku,
Janganlah kamu bersikap sombong di atas muka bumi Allah ini, kerana kamu tidak memiliki sesuatu pun melainkan hanya pinjaman dari Tuhanmu. Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa yang diingininya, termasuk nyawa kamu.

Ingatlah wahai anakku,
Sesuatu barangan pinjaman akan pasti diambil semula oleh tuannya, bilamana tuannya mengkehendakinya. Maka perlakukanlah apa yang ada padamu sebagai harta pinjaman. Jangan kamu gunakan sehingga merosakkan kerana kamu tidak mampu menggantinya kembali.

Wahai anakku,
Janganlah kamu sombong kerana kamu merasai banyaknya hartamu, kerana sebelum kamu, ada yang lebih kaya darimu, namanya Qarun, ia hancur dimusnah oleh Allah kerana kesombongannya. Seandainya kamu merasa kamu lebih pangkat kebesaranmu, ingatlah sebelum kamu ada orang yang lebih hebat pangkatnya dari kamu, namanya Fir'aun. Dia juga dihancurkan Allah bersama segala pangkat kebesaran dan kerajaannya. Atau kamu merasa hebat kerana lebihnya ilmu yang ada padamu. Ingatlah sebelum kamu ada Samiri, yang sangat arif tentang ilmu dan hikmah, lalu ia juga dimusnah oleh Allah.

Senyum

October 02, 2014

Produk pencerah

Assalamuaalikum w.b.t

Trend kot sekarang ni jual produk2 pencerah segala...
apa tak cantik ke kejadian Allah dengan kulit gelap..hitam...?
kesian tau kpd mereka (ehemm termasuk penulis ni hah) yang berkulit ala2 hitam manis ni...
kesian tau kat anak2 remaja kita yang berkulit gelap...
terus2an iklan dok kata yang kulit gelap tu tak cantik...so mereka di tanamkan dalam kepala dorang yang kulit gelap ni yang cantik...amboiii diskriminasi nampak...
ok apa kulit gelap...susah nak nampak jeragat...susah nak dapat penyakit kulit tau..
eh setiap kejadian yang Allah buat tu adalah kelebihan dia...
over sangat kut iklan2 sekarang ni...semua nak kulit cerah...

ni si hitam manis kesanyangan sangat2 ni...nak kena kasi motivate sokmo budak ni bila tang kulit gelap tu...as now okay lah...boleh terima :-)
p/s Ni kalau orang jual produk2 pencerah ni mesti x suka...dah kau hitam ko cakap la macam tu kan...heh

October 01, 2014

Aku pendosa

Semoga Allah s.w.t menerima taubatku & keampunan milikku..ameennn

Saniy & Tokmek

Assalamualaikum w.b.t

sikecik dengan tokmek...
gambo blur...tak duk diam tu yg macam tu...
pandai dah sikecik ni...dah kenal orang...letak sorang2 mmg nangis la dia..nak melekap jer keje dia...sama pesen jer dgn kakak dgn abang dia masa kecik2 dulu...jenis nak dgn ibu+abah jer....tapi saniy okay lagi...kakak dgn abang dulu lagi teruk..takmo langsung dgn strangers...saniy klu dia nampak ibu+abah ada sekali dia okay jer orang nak amik :-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi