Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 01, 2010

Ilmiah:Aurat Part II

Ok cuba kita temgok kesalahan2 yang pernah kita lakukan (saya pun terbuat jugak ni)
Kalau buat tu macam2 alasan akan diberi...tapi tengoklah....



Ok ni pulak pengalaman peribadi Noorkumalasari, saya amik dari Gua

"Kongsi pengalaman peribadi


Bercerita tentang penglibatannya di dalam seminar 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang dianjurkan oleh AM Production Sdn. Bhd. dan Airborne Production Sdn. Bhd, penyanyi yang sinonim dengan lagu raya "Pulang Di Hari Raya" itu menyatakan, dia akan berkongsi pengalaman peribadi yang dilaluinya selama ini dengan peserta seminar.



Namun katanya, program tersebut bukanlah siri ceramah untuknya berdakwah sebaliknya mahu berkongsi pengalaman dengan orang lain mengenai perubahan hidupnya serta cara terbaik untuk mengekalkan perubahan tersebut.



"Saya pernah menyaksikan seorang wanita yang bertudung tetapi apabila sampai di dalam kereta dia menanggalkannya. Inilah yang kita mahu cuba elakkan. Saya tidak mahu wanita bertudung kerana disuruh oleh suami atau perlu bertudung kerana orang lain bertudung.



"Saya mahu seseorang wanita itu bertudung kerana rasa cintanya kepada Allah dan bukan atas sebab-sebab lain," katanya yang mula menceburkan diri di dalam dunia lakonan melalui filem 'Menanti Hari Esok' pada tahun 1977.



Katanya untuk mengekalkan sesuatu perkara baik sememangnya amat payah. Seseorang itu perlu mempunyai kekuatan dalaman serta keazaman yang tinggi agar perkara baik itu berterusan dilakukan.



"Saya dahulu bertudung tanpa dirancang. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah. Selain itu jika dahulu saya tidak pergi ke masjid untuk bersembahyang, tetapi kini saya akan pergi ke masjid bersama suami dan anak-anak untuk bersembahyang berjemaah.



"Ini kerana ketika menunaikan haji di Mekah, saya lihat golongan wanita berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan sembahyang. Tetapi apabila sampai di sini, amalan tersebut dilupakan tanpa sebarang alasan kukuh.



"Perkara seperti ini dan pengalaman yang saya lalui inilah yang mahu saya kongsi dengan para peserta seminar. Ini bukanlah ceramah kerana sehingga kini saya belum bersedia untuk memberikan sebarang ceramah kerana takut ada membuat kesilapan dan yang lebih buruk takut-takut jika timbul perasaan bangga serta riak dalam diri saya," ujarnya yang turut pernah berlakon dalam sebuah filem seram usahasama Malaysia-Indonesia, 'Misteri Rumah Tua' pada tahun 1987."

Bukan niat saya untuk menyindir sesiapa pun...peringatan ini untuk saya jugak,maklum sebagai manuasia iman kita sentisa dibolak-balikkan,jadi sama2 lah kita beringat. Saya jugak pernah melakukan kesalahan2 seperti itu....

Ilmiah:Aurat Part 1

Salam semua...
Saya bukan pendakwah ke apa...
Entri ni sudah lama dlm draft.
Risau juga untuk publish,takut dikata macam2...
Pastu macam ada satu kekuatan untuk saya publishkan bila terdengar slot "Tanyalah Ustaz-TV9" di suatu pagi.
Sama-sama lah kita perbaiki kelemahan diri.
.
.
.
.
.
Kenapa Kita perlu menjaga aurat?
Saya tak mampu untuk menerangkannya,tapi sila rujuk artikel dibawah untuk rujukan....kita masih boleh untuk nampak cantik tapi biar mengikut sunnah, macam Ustazah Asni ada beritahu dalam slot Usrah TV9-wanita ni makin tutup makin cantik...

Kepada bapa,suami,adik-beradik lelaki,atuk & bapa saudara anda semua punya tangungjawab yang besar dalam menentukan pemakaian wanita2 disisi kamu.
.
.
.
Part II nanti saya sambung artikel seterusnya kesalahan kita dalam berpakaian untuk renungan kita bersama...insyaAllah.

Wallahuaalam...

June 30, 2010

rindu poknik

salam semua..
rindu la kat poknik...
poknik dah diambil oleh ank dia.
awl bulan baru ni poknik demam teruk...
so kami bagi tahu la ank dia kut jadi benda yang tak disangka.
so sampai hari ni dia masih di rumah ank dia.
takpe la tu,biarlah anknya jaga kan, kami pun bukan ada kat rumah sepanjang masa,
risau jugak kalau jadi apa2 time kami takder.
tapi kami masih lagi tak bertegur sapa ngn anak dia,
masa dorang datang ambil pun poknik pun masing2 diam seribu bahasa...
tak tahula sampai bila,
kami ingat dah jadi begitu baiklah semuanya..
tapi nan adonya...
naik rumah pun takder salam apa...
supsap2x amik poknik then blah...
huhu sedihnya hati..
kami mmg tak pergi la umah dia,walaupun poknik kat sana,
rindu mmg rindu tapi nak buat mcmana.
tapi poknik ada gak la dtg umah masa weken...(dah umah dekat jer pun)
lemah sgt nampak dia,walau jalan tak jauh tapi mengahnya macam jalan berkilo2.
tapi takleh lama kang datang la bodyguard memanggil suruh pulang...
nak wat camna kan...
harap poknik gembira kat umah anak dia....

Poknik masa kat rumah dulu....kitab mmg tak pernah lekang dari dia.

June 29, 2010

lemau

lemau betul rasa hari ni-->malas+takder mood

pening pala-->leher rasa tegang ya amat

perut pun lapar memanjang-->bela antu raya ke apa

geram-->

ngantuk-->

rasa macam nak gusti orang je.

June 24, 2010

kore


tau tak apa tu kore?
kore tu kukur kelapa la.org kelantan panggil kore...betul kut eja dia cam tu
janji sebut dia kore ya.
kat umah mesin kelapa ada je, tapi itu hari orang rajin ni (baca puan blog-jangan muntah ya) telah belah kelapa dengan tukul,so tak leh nak mesin la, sepatutnya belah dua, ni dah jadi empat belah,jadi solutionnya kita guna kore.
dan mangsanya sudah pasti yang tersayang la...dan-dan tersayang kalau nak suh wat something ya.
hehehe bodek kena lebih bak kata kak linda...
tapi ok jugak bendalah ni leh erat silaturahim gak cuba tengok gamba ni
.
.
.
.
.
.
.

nasib bukan saya yang naik,
kalau tak...kelainla gamaknya...huhu

June 23, 2010

sehidup semati

baca kosmo ni
sampai mati jodoh mereka
harap sampai ke syuga juga
Al-fatihah....

June 22, 2010

Korban Cinta Gila

Tak tahu nak tulis macamana
tapi baca la petikan dari metro ni...
Subhanallah...
Makin lama makin parah masalah remaja kita.
Semoga Allah ampun keterlanjuran dia,
dan semoga Allah buka pintu taubat serta hidayah kpd sang kekasih itu.
Sedih nyo lah weh...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi