Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 30, 2012

iklan macam2

musim perayaan ni macam2 diiklankan..
iklan biskut@kuih-muih raya tu biasa lah 
baju raya juga...
huhu
sekarang lagi maju rasanya..
iklan barangan kosmetik..untuk raya katanya..muka mesti mau berseri...
iklan sessi pelansingan (set) huhu
ada jugak kan...kalau kita puasa ikut cara yang betul, insyaAllah boleh turun berat kepada yang nak..
.
.
dan terbaru iklan "duit utk raya" @ personal loan..
banyak la bank2 call potential customer dia untuk buat pinjaman segera-buat tambah duit nak beraya..
alahai..
bagi saya lah...tak perlu semua tu...semua tu lagi membebankan..
lepas raya kita ada komitmen baru pulak nak bayar personal loan..walaupun masanya singkat...tapi mesti akan ada effect dengan perbelanjaan kita kan?
berayalah setakat yang mampu..tak perlu la nak berlebih2 kalau tak mampu
janji ada yang baru..memadai la tu..
nak lebih..usaha lebih-macam jual kuih raya ke..amik upah jahit baju raya ke..tu pun kalau ada kepakaran la..tak kalu duk diam2 (macam org yang menulis ni) hehehe
ok tu je lah..sekian.

July 24, 2012

gastrik

bila bulan puasa jer..penyakit ni menjadi2 ya..agaknya kuman (yeker?) penyakit ni aktif time bulan puasa jer kan..huhu
ramai la yang gi klinik sb sakit peyutttt..hiks
.
.
ubah plisssss
tak matinya kalau belum tiba masa dengan izin Allah.
malulah sikit dengan anak2 & adik2 kecik kita...
mereka bertahan sampai lembik...

July 23, 2012

Ramdhan yang penuh barakah

Bulan Ramadhan ni penuh barakah.
bulan bonus untuk kita umat akhir zaman..
semuanya pun dikira ibadah hatta tidur sekali pun kan..
tapi jgn lah asyik tido sesajer...tak produktif tu namanya..
.
.
Puasa tahun ni, impian saya (insyAllah) nak masak walau satu lauk..
atleast setiap hari ada air tangan saya untuk abang..huhu
saya kan duk ngn mek...so mmg kalau hari keje dia dah masak..
so saya tambah la apa yang patut..pastu rezeki berganda ma (MIL) pulak kasik macam2 huhu
dari 2-3 jenis lauk jadi 5-6 lauk..hehe
tapi saya cerdik sikit la...lauk ma kasi saya simpan buat sahur..
senang..hehehe panaskan sajer.
.
.
semalam ada pegi PARAM..huhu
rezeki bulan ramadhan..saya tengok ramai yang kemas tempat meniaga awal...dah habis.
masa saya pegi tu dalam pukul 6.30 gitu...alhamdulillah...

July 22, 2012

hebat cerekarama malam tadi

"Perempuan Neraka"
.
.
sapa yang jadi pelakon malam tadi saya doakan anda semua mendapat hidayah daripada apa yang anda lakonkan...cerita yang menarik..tahniah untuk team itu.
.
.
biasa jarang sudah saya tengok cerekarama sekarang..tapi malam tadi mmg menarik perhatian.
.
.
takut pulak saya baca statement yang ditulis oleh sisuami...ishh neraka tu tempat yang paling dasyat..sampai sanggup suami sebab sayangkan isteri... 
tapi realiti kita sekarang mmg macam tu kan...
ramai suami meng'agong2'kan para isteri...
tengok yang x menutup aurat sudahlah...para suami ni boleh pejam mata je tengok para isteri mereka..biarlah....belum dapat seru...kalau pakai tak ikhlas buat apa...aduhai..
WAJIB tau tak..sama macam sembahyang...wajib buat walau terpaksa.
.
.
cakap lebih2 kang orang kata jangan dok jadi ustaz/ustazah internet la...
betul...ilmu saya mmg tak seberapa..tapi setakat ingat-mengingati apasalah nyer, ya tak?
bukan mahu tunjuk hebat, sekadar yang termampu saja.
saya pun dalam proses untuk ke arah yang lebih baik.
.
.
ada jugak yang cakap..kalau nak nasihat tu...berhemahlah sikit..
cuba cakap macamana cara yang berhemah tu?
cakap lembut2? cakap depan2? cakap direct?
aduhai...bukan keje mudah ya para pendakwah semua kan..semua tak kena...

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

tgk selemah2 iman adalah mengubah dengan hati untuk mengelakkan maksiat (kemungkaran) kepada Allah (ni lagi satu, term 'maksiat' ni...ramai yang faham maksiat ialah melakukan hubungan lelaki & perempuan (yang bukan mahram) sahaja...hakikatnya bukan ya...maksiat ialah melakukan apasaja perbuatan yang menjuruskan mendapat dosa,cth tinggal solat, tak menutup aurat, mencuri, berbohong dll).
= benci melihat manusia berbuat maksiat adalah selemah2 iman.
.
.
walau apapun saya doakan, semua sahabat2 perempuan saya yang muslim, menutup aurat. 
Aurat dijaga, InsyaAllah maruah terpelihara.
Menutup aurat ya..bukan sekadar pakai tudung fesyen2 tapi sendat..jarang...senteng...
InsyaAllah semua...berubah kearah kebaikan jom...tak perlu tunggu seru ke...ikhlas ke..suami tak kata apa ke...jom lah..kewajipan kita tu...buat dulu walau terpaksa..pastu istiqamah...lama2 boleh jadi biasa jer nanti.
Takkan suami jer sayang kita sampai sanggup ke neraka...kita pun wajib sayang suami kan...takkan nak biarkan dia sorang2 sebabkan kita....para suami pun jgnlah asyik "ya sayang"...tegurlah isteri tu kalau betul2 sayang.

Wallahua'lam

July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Untuk semua saya ucapkan selamat berpuasa.
Moga2 puasa kita tahun ini sempurna & diterimaNya. InsyaAllah.

July 19, 2012

ameera

dah lama tak tengok samarinda..tapi bila cik Rita berlakon dlm samarinda cerita ameera tu rasa nak tengok..
then follow lah cerita tu...standard la samarinda cerita orang2 kaya..
dah sebab suka kat cik rita tu tengok gak lah...mlm tadi dah habis..
tapi bukan happy ending..huwaaaa
dah nama pun cerita kan..alolo sian ameera..sudah la kena berkongsi, last2 laki pulak eh pergi..
polis tu macam hapa2 jer...dah tahu penjenayah yang mmg diburu..boleh pulak dia balik camtu jer..huhu
tapi ok lah....best lagu dia..andai ku bercinta lagi...sape nyani eh..lupa pulak...
.
.

kalau ikutkan..dah lama tak tengok drama2 kat tv ni
kalau layan pun game BOLA..huhu
kalau tak tengok animal world..berita pun jarang benar tengok:-)
dan sekarang tengok masterchef pulak..baru habis masterchef celebriti kan..
bukan tak nak tengok TV
cerita tu ntah apa2 jer..baik tengok cerita jepun apa kenama tajuknya kat TV Al-hijrah...jam 3.30ptg.. rasanya setiap hari..saya blh tengok weken jerlah..best cerita tu..ala2 Oshin zaman dulu2...ke mmg cerita Oshin tu..tak tahulak pulak..hehehe
.
.
alah melalut pulak..dari cerita ameera ke siaran Tv pulak eh...
sambung lain kali pulak ya...selamat berpuasa semua....

July 17, 2012

amboi nak

pagi tadi bawa anak bujang checked bulanan...pegi sorang dgn anak bujang jer.
kakak tinggal...sengaja tinggalkan..sb takut tak terkawal kat klinik.
.
.
tapi mmg ya pun...anak bujang tu bukan reti nak duk diam..
gambo mmg tak sempat nak amik la..
dengan nak kejar dia..mana sempat nak amik gambo.
.
.
tapi yang herannya..bila nampak budak pompuan baya2 dia boleh pulak duk diam..
duk usha nak dara orang..amboiii kemain lagi ya..
.
.
mmg rugi lah tak amik gambo dia "usha awek"
kalau tak boleh buat bahan bila dia besar nanti:-)
.
.
Syahmi, besar nanti kalau buat macam tu, tahulah ibu nak buat apa. Jgn main2 ya!

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi