Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

August 04, 2013

Biskut raya :-Dahlia

Assalamualaikum w.b.t
Biskut ni org panggil semperit pun ya kan..
tak kisah lah..saya panggil dahlia.
senang la jugak buat biskut ni..
tapi kena berperang la jugak dgn askar 2 orang tu..
banyak jugaklah habis doh saya di buat dek dorang...
nak ambil balik tak sampai hati saya..di buatnya sakit perut org yang memakanya...tak ke naya huhu
maklum la..dorang bukan kira apa...tangan tu ntah dorang pegang apa pun tak tahu la...jadi biar lah..
dahlia sebelum diburn...macam2 bentuk maklum sambil terap sambil bebel tak sudah:-)
boleh la untuk orang macam saya ni...tak sangka jugaklah boleh buat biskut raya...hehehe walau simple jer biskut2 saya...
dahlia yang siap...1st round terhangus...huhu yang ni semenggah la sikit:-)
next...huhu biskut koko pulak ya...

August 01, 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum w.b.t

dah bayar zakat fitrah ke awok2 seme:-)
tahun di kelantan $7.00 sama macam tahun lepas jugak..
saya ni tak pernah bayar zakat fitrah sendiri:-)
sebelum kawin mak+ayah yang bayarkan..sekarang dah jadi tanggung jawab en.somi pulak kan..gitu la citernya.... rasanya semua anak pompuan gitu la kut selagi tak kawin kan...yang keje & nak bayar sendiri tu  ada la, tapi rasanya jarang....hihi...seronok kan jadi ank pompuan ni...sentiasa dilindungi:-)

yang belum bayar tu cepat bayar ya..kang terlupa pulak...ader ker?

p/s saja buat n3 ni lepas baca n3 YB...u inspired me katanya:-)
dah nak raya kan kita...saayu nya nak lepaskan bulan ni...semoga semua daripada kita mendapat ganjaran yang besar dibulan yang mulia ini....

July 31, 2013

Biskut raya :-conflakes madu

Assalamualaikum w.b.t

okay ni biskut saya yang ke satu...hahaha
belah bagi jugaklah nak buat biskut raya tahun ni...
buat pun yang paling senang..
disebabkan dah pasang niat taknak beli biskut raya tahun ni...so buat juga la
macam biasa..co-chef kita mr.syahmi, kakak ikut tokemk gi masjid.
senang amat buat bendalah ni rupanya...sebelum ni siap beli, aduhai...
garnishkan butter+madu+sesudu besar susu pekat untuk satu paket conrflakes tu....
letak bijan..masuk cornflake...gaul rataummphhh rangup kruk krak ...
sebekas habis kat pembantu chef katanya:-)
nak jadi citer ada tetamu pulak malam tadi:-) balance ada la dlm 50pcs lagi...jadinya kena buat lain..huhu
takper tetamu as rezeki jugak tu..lagi2 dibulan yang mulia ni kan.
satu kotak cornflake tu leh dapat dalam 100pcs letak dalam cup kecik2
tak amik pulak yang sudah masak...sedappppp
ok next..........



July 30, 2013

minta dijauhkan

Assalamualaikum w.b.t

hebat2 orang2 kat malaysia skrg ni...
kes tembak mcm dah biasa jer..
cuba tengok paper hr ni berapa kes tembak ada?
huhu
tak puas hati kasi tembak ya...gangster sungguh
takut weh..
senang pulak tu seludup barang terlarang...
tak takut apa2 dah...bukan boleh tangkap senang2 org yang buat tu:-(
Ya Allah, aku mohon perlindungan dari Mu, jauhkan keluarga ku dari musibah itu...
betul orang cakap kalu kita takder masalah dgn orang nak takut apa, tapi kalau kes tersilap orang tu macamana pulak?huhu nauzubillah min zalik


p/s takziah untuk semua keluarga yang terlibat:-(

July 29, 2013

sunyi sepi

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni raya tak tahu lah...sejarah kut
kakak saya semua cakap tak balik kampung..olololo
sapa jer ada kat rumah...alahai ni yang tak syok
tapi takper...ramadhan ada lagi kurang lebih 10 hari...lebih2 lagi diakhir2 ni, saya nak doa moga Allah buka pintu hati mereka semua untuk balik kampung...huhu
tak pernah tau dorang tak balik...tapi tahun ni dorang ada hal pulak..
kak long - nak jaga cucu, maklum org dah ada cucu...susah la kut nak tinggal cucu baru:-)
kak ngah - mentua dia sakit...nak tak nak kena balik rumah mentua la
kak nik - abe din x berapa sihat sebenarnya...mak dia pun dah ada kat sana, jadi kebarangkalian dia nak balik tu sikit...minta2 Allah bagi kesihatan yang baik untuk abe din dan gerakkan hati nak balik raya kat kampung..sebab dorang ni tak pernah tak balik raya....kesian la pulak kena raya tanpa keluarga kat kampung kan...

p/s sunyi tu yelah...tapi hati bonda mungkin terusik lah kan...kalau semua tak balik...alololo, dia mungkin faham..tapi dalam hati sapa tahu?

July 28, 2013

Apabila engkau marah elok kamu diam





Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,

Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.
 
p/s :-) saya kalau marah sangat2 saya suka cuci jamban...selepas buat apa yang agama sarankan lah...ialah, kita kan manusia biasa..marah tu biasa jadi...kalau dah marah mmg tak fikir apa dah..tahu nak hamburkan kemarahan sesaja (saya ler tu...) lepas ni kena fikir/diam dulu baru boleh marah..takut meluakai hati orang tersayang..harap boleh berubah kepada lebih baik:-)

Tok Ti:-)

Assalamualaikum w.b.t

Allhamdulillah...semua selamat
so sekarang saya dah upgrade jadi Tok Ti la ya...bukan Tok Ti singer no.1 kita tu
ni tok ti dlm famili saya jerlah..anak sedara saya baru selamat melahirkan baby boy...anak sedara panggil mok ti..so cucu kena panggil tok ti..tak ke glamer tu:-)
huhu...belum pun umo masuk 40 dah jadi atok...muda tak muda hehehe

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi