Assalamualaikum w.b.t
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
diharap laungan itu tersemat kukuh dalam dada kita semua rakyat Malaysia
hargailah nilai kemrdekaan ini
dengan apa yang telah berlaku, sama2 lah kita bersatu teguh mempertahankan kemerdekaan negara kita...
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...

Followers
Date & Time
About Me
- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life
14/10/2007
August 31, 2014
August 29, 2014
Etika Menutup aurat
Assalamualaikum w.b.t
(Auto publish)
Antara etika dalam menutup aurat.
saya ambil dari sini
semoga bermanfaat untuk semua...
1# Kebersihan
Dalam proses membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat akan tetapi diri mereka mestilah dalam keadaan kemas dan bersih. Pakaian mereka juga perlu sesuai dengan keadaan sekeliling.
Sebagai ibu bapa kita boleh mendidik dengan menentukan fesyen harian
merekA. Di samping itu, ibu juga mesti mengajar anak-anak tentang
pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka
boleh bersedia dalam menghadapi alam remaja.
2# Kesesuaian Dengan Pakaian
Selain itu, anak-anak perlu dididik supaya pandai
menyesuaikan diri dengan sesuatu pakaian. Tambahan pula mereka perlu
dilatih untuk pandai menggosok pakaian termasuk baju tidur. Amalan ini, Insha Allah akan berterusan apabila mereka meningkat dewasa kelak.
3# Bertudung Apabila Keluar Rumah
Seterusnya, apabila keluar dari rumah,
ada beberapa etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun si anak
perempuan masih lagi tidak diwajibkan memakai tudung bagi anak yang
berumur 7 tahun, akan tetapi jika si anak sudah masuk usia baligh iaitu sudah berumur 9 tahun, maka perlu memastikan mereka sentiasa bertudung apabila mahu keluar rumah.
4# Etika Berseluar
Adakalanya, ibu bapa menggalakkan anak
mereka berseluar pendek bagi memudahkan pergerakan. Namun itu ternyata
silap. Boleh melatih mereka dengan mengenakan seluar atau skirt yang
labuh mencecah buku lali. Jika di dalam rumah, ibu bapa boleh memberikan
mereka sedikit kelonggaran dalam berpakaian.
#Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita jangan
menyekat mereka berpakaian secara drastik, tetapi mendidiklah secara
perlahan-lahan. Di samping itu, jelaskan kepada mereka bahawa tentang
kewajipan menutup aurat.
August 28, 2014
#icebucketchallenge
Assalamuakum w.b.t
saya ngakulah saya ni sikit outdated kot..
apa tujuan ya buat challenge macam gitu?
untuk apa ya?
ish..macam2 la sekarang ni..dunia2:-)
p/s
terima kasih untuk semua yang masih sudi baca blog ntah apa2 saya ni...sekarang saya ada masalah nak tulis komen dan nak approve komen. tak tahu kenapa setiap kali nak approve mesti nak kena log in balik, pastu berjanggut nak tunggu...bukan banyak pun komen nya..tapi tanda appreciate saya untuk yang sudi baca, saya nak reply komen kembali:-)

August 27, 2014
Cuti-cuti
Assalamualikum w.b.t
Najibah tiap2 harilah duk tanya bila nak jalan2..
lama tak pegi pantai la...main kolam la...apa2 lah
kesian pun ada jugak...
dah cakap banyak kali...kita pergi lah nanti..
kan ibu baru lepas lahirkan adik saniy...
pulak tu baru lepas raya...
ada2 jer dia..
jgn risau lah kakak....ada masa, rezeki lebih kita pegi lah..lagipun adik saniy kecik lagi nak jln2 jauh ni...
tgu lah adik besar sikit...baru best jalan2

![]() |
| kakak & syahmi bersama famili mama ngah dorang:-) |
August 26, 2014
Mulia hati dia :-)
Assalamualaikum w.b.t
balik keje semalam, mek cerita yang orang baru yang bawa anak dia mengaji tu tolong dia.
tolong apa saya tanya...
tolong dia sama2 basuh berak (maaf kalau ada yang geli) cik (atok saya, ayah kpd mek)
ya sekarang mek jaga ayah & mak dia....
terkedu saya dengar mek cerita...baiknya dia...saya belum kenal lagi...jumpa pun sekali jer tu pun nak cepat...nak la kenal dengan orang yang baik cam tu...tak rasa apa2 bila tolong macam tu, sedangkan bukan ada pertalian saudara pun....mek cakap dia dah biasa jaga orang tua. Allahuakbar.....harap saya pun boleh jadi macam dia...suka menolong oarang walau takder kena-mengena
untuk mek, saya harap dia sabar banyak....yerlah jaga orang tua ni bukan macam budak kecik...semoga pahala berlipat ganda untuk mek & syurga balasanya:-)
harap mek diberi kesihatan yang baik sepanjang usia dia....kesayangan sangat2.
August 21, 2014
Al-Fatihah untuk mereka....#MH17
Assalamualaikum w.b.t
Esok, insyaAllah sampai lah mereka....biarpun jasad tanpa nyawa....
Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-fatihah untuk semua mangsa #MH17 yang beragama islam. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Al-Fatihah

Air Mata Palastine
Assalamualaikum w.b.t
Ini lah sajak yang najibah diklamasikan jumaat baru ni:-)
Nun jauh di Palastin
aku terdengar suara halus membisikkan
"bebaskan kami dari rejim zionis"
mereka telah merampas segalanya
kasih sayang, maruah diri, kesopanan dan kesusilaan
nun jauh di Palastin
aku terpegun melihat
mereka yang masih gagah melawan yahudi yang zalim
yang telah meragut jiwa yang tidak berdosa dan lemah
kini yang tinggal hanyalah keperitan yang memanjang
nun jauh di Palatin banyak air mata tertumpah dan hampir kontang
meratapi insan-insan yang rebah tanpa pembelaan dan rasa kemanusiaan di alaf ini
nun jauh di Palastin
kepada yang masih bernyawa, bangunlah...
bangkitlah dan berjuanglah menentang kekejaman
nun jauh di Palastin
aku terdengar suara kecil, merintih kesedihan dan kesakitan
meraih simpati dari Dunia Islam seluruhnya
Ya..
wahai rakyat Palastin, kami disini menyahut seruanmu
berjuang di jalan Allah
Meranapkan manusia durjana, memperkasakan umat islam di mata dunia
Allahuakbar 3x

Subscribe to:
Posts (Atom)