Assalamualaikum w.b.t
Baru hari ini dapat berkongsi sedikit sedikit cerita banjir di kelantan 2014. Bukan banjir biasa...tapi boleh dikatakan tsunami kecil buat Kuala Krai & Gua Musang, daerah yang paling teruk.
Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah saya tidak ditenggelami air seperti dikebanyakan tempat....
Tapi kami juga merasai....elektrik diputuskan bekalan...air juga...
seminggu kami tiada bekalan air & elektrik...Allahuakbar, memang terasa sedikit susah..
hendak mendapatkan bekalan minyak petrol & lilin jugak agak susah...kami pergi ke Jerteh untuk dapatkan bekalan lilin, petrol dan telur....kat rumah saya ada anak-anak yang perlu dijaga makan minumnya...dan kami tidak terima bantuan sebab kami tidak ke pusat pemindahan. Memang kami putuskan untuk tidak ke pusat pemindahan sebab terlalu ramai, dengan anak kecil lagi...yang bekalan air pun turut tiada baiklah kami berada dirumah saja.....sekali lagi Alahmadulillah semuanya terkawal. Untuk air, kami ada sumber air telaga dari rumah mek....Allahuakbar, nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan....
sepanjang seminggu kami stranded di rumah...apa berita pun kami x tahu...telefon semua kehabisan bateri...memang kami tidak dapat berhubung langsung....air jugak lambat surutnya....
dan habislah jugak stok2 susu untuk saniy....sedih yang amat...takperlah semua ujian Allah...saya ada sedikit gambar untuk dikongsikan bersama. Semua gambar tu kami kami ambil semasa kami ke Manik Urai, Kuala Krai untuk ziarah keluarga yang terkesan akibat banjir...syukur mereka selamat, walau rumah mereka musnah.
** Salam takziah untuk semua terutama untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dalam musibah ini. Sama2 kita terima dengan redha dan yakinlah...semuanya pinjaman dari Allah...bila2 masa Dia boleh ambil dari kita...Innalillahhiwainnailaihirajiun...Al-Fatihah
1 comment:
Semoga mereka mendapat ganti yang lebih baik.
Post a Comment