Proses tumbesaran bayi lazimnya melalui satu aspek normal dan bertahap.
Sebagai
ibu bapa pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merangsang minda si
kecil atau membentuk proses perkembangannya dari segi pembentukan otot
atau psikomotor.
Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan mereka yang baru bergelar ibu atau bapa.
Mengecat atau menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna terang dan pelbagai corak menarik.
Menggantungkan alat permainan ataupun barangan berbunyi dan bergerak
pada katil tidur dan kereta sorongnya. Selok-eloknya, ia digantung pada
jarak yang dapat dicapai bayi.
Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.
Membawa atau mendukung bayi untuk melihat sekeliling rumah sambil
menunjukkan pelbagai benda yang ada di dalam dan di luar rumah. Ibu atau
ayah juga boleh menyebut benda yang dilihat secara menyanyikannya.
Sentiasa bercakap dengan bayi dengan memperkenalkan asas bahasa.
Nada
suara perlu ditukar mengikut suasana atau aktiviti dilakukan.
Percakapan dengan bayi elok dibuat ketika mandi, memberi minum, menukar
lampin atau menidurkannya.
Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya: "Sayang sudah basah, mari ibu salinkan lampin."
Memberi reaksi kepada usaha bayi untuk berkomunikasi dengan si ibu atau
ayah. Ketika berkomunikasi, gunakan bahasa yang lembut dan pandang
wajahnya dengan penuh kasih sayang.
Apabila bayi sudah
dapat mengacah, lihat dan dengar dengan penuh minat. Apabila dia
berhenti, si ibu boleh membalas dan ajak dia terus berkomunikasi sama
ada bertanya kepadanya atau meniru bunyi yang dikeluarkannya.
Bermain sambil merangsang panca inderanya seperti mengusap jari kaki
atau tangannya pada barang seperti ais, air suam kuku, plastik, kain
bulu dan kertas.
Bermain dengan tangannya sambil
menyentuh tangannya pada hidung, mulut, mata ataupun telinga di samping
menyentuh panca inderanya sendiri.
Mengajar bayi
mengira dengan memegang jarinya dan hitung. Sewaktu mendukungnya menaiki
tangga, kira bilangan anak tangga dengan kuat.
Meletakkan bayi pada tempat yang membolehkan dia melihat ibu, ayah
ataupun ahli keluarganya melakukan aktiviti harian seperti solat,
berkebun atau memasak.
Merangsang deria baunya dengan
menghidukannya pelbagai jenis bauan contohnya, membawa bayi mengelilingi
taman bunga atau mendengar deruan ombak, angin dan bunyian haiwan.
Bagi
umat Islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan
al-Quran, zikir dan suara ibu atau ayahnya membaca al-Quran.
Sumber dari sini
|
No comments:
Post a Comment