Assalamualaikum w.b.t
pejam celik kakak si anak pertama dah nak jejak sekolah rendah...hiks
ak kena daftar la dulu kan...kang takder tempat pulak anak saya
hehehe..rasanya masalah penempatan tu tak risau, sebab ada dua sekolah yang berdekatan.
kami akan hantar sekolah yang terdekat dengan rumah...senang untuk sementara maklong dia pergi amik:-)
.
.
bercerita pasal daftar ni...ada beberapa dokumen yang perlu kita sediakan. Tapi tak tahulah pulak lain sekolah, lain keperluannya.
sekolah yang kami nak daftar ni perlukan dokumen2 tersebut
- sijil lahir anak (asal & salianan)
- sijil nikah parents (asal & salianan)
- Salinan kad pengenalan parents
- Sijil hak penjagaan (sekiranya anak angkat)
- Sampul surat 4 x9 beralamat sendiri
- Bil elektrik @ air
- Setem 6.0
banyak jugakkan...dulu seingat saya (pernah daftar sekolah adik...lama dah) nak daftar just bawa surat beranak ke sekolah then kerani sekolah cop kat belakang sijil kelahiran tersebut - done:-)
tak kisah la apa pun...yang sila daftar anak ke sekolah ya. Sesi persekolahan 2016/2017. anak yang lahir tahun 2009:-)
dokumen yang diperlukan |
dah besar dah baby girl ibu... |
No comments:
Post a Comment