Assalamualaikum w.b.t
2-3 hari ni bumi kelantan sejuk...kami dibasahi hujan setelah lebih 3 bulan x hujan, selepas banjir luar biasa baru-baru ni...syukur sangat.
bila panas, tau2 jerlah kan..berdebu...kesihatan pun terjejas.
anak-anak kat rumah tu selsema & batuk tak habis2...kita org tua ni okaylah sikit...rasa x selesa boleh minum air...mandi. Budak nak mintak jauh..tunggu kita jelah yang bagi untuk mereka...syahmi tu lagilah..siap mengelupas kulit dia...kesian sangat...suara pun serak jer...akibat kurang air. Tu dah dibekalkan air masak kat tadika..
Pokok bunga pun melayu jer...yang galak pokok bunya kertas...bila musim kemarau mmg dia tunjuk keistimewaan diakan...cantik jer berbunga....
Semalam lagilah geram..dah la kita pulun duk siram pokok yang kekeringan..datang pulak sekumpulan kambing sapa pun tak tahulah...makan pucuk2 pokok bunga kita...alahai...rumah kampung, takder pagar...kalau ya pun rumah takder pagar yang dia pi lepas kambing x tentu hala tu kenapa...banyak ekor pulak tu...bukan pokok bunga jer...habislah ubi & pisang yang tanam kat tepi rumah tu...ada ke patut...nak bela tu bela la elok2, jangan dibiar lepas merata....
No comments:
Post a Comment