Assalamualaikum w.b.t
"KEBERKATAN BAGAIKAN MULA HILANG
Sejak satu tempoh negara kita
bagaikan ada yang tidak kena. Tiga kapal terbang menjadi trajedi, banjir
paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar
negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi
mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan
lain-lain.
'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.
Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita. Hendaklah kita semua sekelian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang telah mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan.
Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti di bawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.
Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara." - petikan dari FB Dr.MAZA

p/s saya dah lama nak tulis pasal ni...sebab saya bukan "sapa", jadi diam lebih baik. Tapi Dr.MAZA tulis macamtu, saya sharekan....bagaikan dah hilang berkat bumi bertuah Malaysia ni. Macam2 hal jadi lately. Ya Allah angkatlah doa kami, berikan kami "orang yang amanah" dalam urusannya....tolong kami Ya Allah
doakan jugak untuk anak kapal tangki (krew) yang 'hilang'. lupa pulak namanya:-) sori my bad.
No comments:
Post a Comment