Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 31, 2008

Selamat Tahun Baru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selamat Tahun Baru 2009


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

---------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1430H UNTUK SEMUA UMAT ISLAM
&
SELAMAT TAHUN BARU 2009
---------------------------------------------------------------------------------

December 23, 2008

Al-Muzzammil

Al-Muzzammil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

  • Wahai orang yang berselimut!. (1)
  • Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2)
  • Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3)
  • Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (4)
  • (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). (5)
  • Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (6)
  • (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7)
  • Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)
  • Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (9)
  • Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (10)
  • Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (11)
  • Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang, (12)
  • Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (13)
  • (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. (14)
  • Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. (15)
  • Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16)
  • (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban? (17)
  • Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya. (18)
  • Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat). (19)
  • Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (20)
p/s pesanan untuk sesiapa saja & untuk diri saya sendiri!!

December 22, 2008

sunyi balik la

esok rumah ku syurga ku sunyi balik la...
angah ngn famili dh nk balik Johor...
takde lah jerit pekik budak2 tu..huhu
emmm layan muka mak..abg..ngn poknik jelah sy lps ni...hahaha
nasib kat rmh tu ada bdk ngaji tak la sunyi sgt...
skrg ni bnyk promosi buka sekolah kan...so penuh la pusat2 beli belah...
seronok je nengok mak-pak dok suruh ank2 neray baju+kasut sekolah...
ingat lg dulu2 ms skolah rendah,mak yg jahit baju sekolah mn ada beli2 ni....
lps dah siap jahit mesti neray hari2 smpi la sekolah buka...hehehe kelakar kan...
ish nape ni asyik imbas kenangan lama je...
.
.
.
.
.

x!#@%$^&*

hmmm....dah 2 hari bangun pkl 4-5 pagi...
pastu mata terkebil2..takleh tdo.
tp ok lah kan dh nk dekat subuh dah...
pastu dah tak tahu nk buat apa sementara tgu subuh...
.
.
.
pg td terdetik plk hati nk tgk gambo2 lama..
emmm...rindu nya pada kenangan2 lepas.
rindu pd detik2 bahagia ngn arwah ayah...
rindu pd ms zaman kecik2 ngn adik-beradik & famili...
rindu pd kwn sekolah...kolej..huhu mcm2 la...
skrg semua dh berubah..
msg2 ada life sendiri...
tahun ni dah 14thn arwah ayah dijemput Ilahi...
dan 14thn la sudah sy kehilangan detik2 indah bersama dia...
syukur sy masih ada mak...dia lah pengubat rindu pd arwah ayah...
dan sekarang sy dh punya sorang lagi pengubat duka lara....abg la sapa lg kan....
dan insyaAllah tak lm lg akan ada lagi sorang pengubat duka...my pricious...
Allah tu Maha adil kan....Dia ambil sikit dari kita,tp Dia ganti lebih dari itu.
Alhamdulillah....

December 17, 2008

tak terkata

sy just nk luah perasaan je hari ni...
semua adik bradik suh sabar...sb sy dok dlm keadaan mcm ni...
tp sabar ada tahap nyer kan...
gini citer nyer...
nk jadi citer cuti raya hr tu sy & abg gi pekan ketereh...
nk beli kek utk ank buah sambut besday...
pastu...pusing2 la cari kedai kek...semua nyer habis...kami mmg tak tempah nk beli yg dah siap terus....
so puas la pusing 2-3 buah kedai...
dah rezeki kami ada la jugak...so setel la kek utk anis...
dlm kami dok pusing2 tu kami terserempak ngn cucu Pok nik (atuk sedara yg tinggal kt rumah kami)...
kami tak cakap apa2 pun just tengok jer dia...lantak la dia kan...
tp ntah apa la  yg di report kat mak dia (anak pok nik yg kurang ajar tu) sy pun tak tahu...
alih2 petang tu kami kena serang ngn mak dia...
mcm2 la dia ckp kat kami suami isteri...x sanggup nk citer kat sini..yg faham tu faham la..
pedih mmg pedih....sakit hati sungguh:-(
apalah salah kami...sikit pun tak kuar dr mulut kami pasal mereka...apa lagi nk ckp bukan2 kat mereka....
ikutkan abang, dia mmg nk gi semuka je ngn org yg kurang ajar tu...
dah la bapak dia dok ngn kami...kita dh jaga makan+pakai bapak dia...
alih2 nk serang2 kami plk...apa la masalah dia ya....
agaknya dia dh tak tahan malu agaknya...yelah bapak sendiri org bela...pastu plk ank yg jmpa ngn aku tu keje kt kedai kain,sedangkan ada diploma...tu la dulu bongkak...alih2 keje kedai kain...hah kan dh kena...
klu sy jadi dia (nauzubillah) x sanggup dah nk tunjuk muka.....main serang je...tak tahu hujung pangkal...
Kes tu buat sy jadi tawar hati nk bela Poknik dah...skrg ni takpela lagi...angah sy masih ada kt rumah...habiskan cuti sekolah kt kampung...blh la dia jaga Poknik...pasni habis cuti ni tak tahu la...ikut hati nk je saya hantar poknik ke rumah anak kurang ajar dia tu...tp sabar sy masih berbaki...kesian org tua...
sy harap sgt dia sedar diri nanti....ialah takkan la bila bapak dh kejung baru nk nangis air mata darah kan...Ya Allah jauhkanlah kami dr sifat sedemikian.....moga dia cepat sedar.....
p/s sekali lagi d'ingatkan....ini hanyalah luahan persaan saya,yg tak tahu nk citer kat saper...famili mmg dah tahu...tp ia masih berbuku dihati...nasib ada blog...blh la lps perasaan. Famili ingat sy dah calm down tp sebenarnya ia masih terngiang2 di telinga, tu yg buat sy tak leh nk lupakan tu...ntah bila la nk dapat lupakan....selagi dia tak mintak maaf agaknya selagi tu saya takkan lupa...harap sgt saki baki kesabaran tu masih bersisa....:-(

December 16, 2008

pening

P.E.N.I.N.G.....hmmm tu lah yg blh sy katakan lps raya korban ni...
pening dok mkn daging...rs nya semua org tahu yg raya korban kt kat Kelantan ni meriah...
mmg sakan lah raya...smpi raya ke-4 masih ada yg sembelih lembu...
stok daging tu mmg tak muat peti ais...
rata2 lah sy rasa,org kelantan mcm tu...
yg lebih buat mkn hari raya & yg lebih dibagi kat jiran2...msh lagi berbaki...
smpi nengok daging pun dh pening...
tp syukur kan kita msh mampu buat korban...

December 07, 2008

DECEMBER

tup..tap tup..tap dh msk december.
dh ujung tahun...dh nk masuk tahun baru...
emmm cepat ek ms skang.
so bnyk la cerita2 yg leh compile sepanjang tahun ni ya...
mcm2 cerita kita dengar...baca...nampak...
sedih...happy...masam..manis...pahit...mcm2 la...
tp klu kita perhatikan...end of year mesti ada tragedi yg menyayat hati kan...
dan 2 hari lps kita dikejutkan dgn berita tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa....innanillah...
takziah untuk mereka yg terlibat...diharap sabar menerima ketentuan Ilahi & kehilangan org yg tersayang....
.
.
.
.
& esok plk 08.12.2008 kita akan menyabut Aidiladha....
apa yg yg korang korbankan?
apa2 lahkan...
yg korban perasaan & jiwa raga pun ada ek?
hehehe just joking...
so for the MUSLIM....
Selamat Hari Raya AidilAdha...
.
.
.
.
apa lg ek...sblm cuti raya ni...
apa2 la kan...
saya harap semua kita dapat bersama keluarga tersayang pada hari raya esok...
sama2 menghayati erti PENGORBANAN sebenar...
rumah saya dh riuh pikuk dh tu...
ngn2 ank2 buah...so happy la...
esok kita raya ya...
so again...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi