Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 31, 2014

31.12.2014

Assalamulaikum w.b.t

** Tertutup lah sudah tirai 2014 **

- Syukur pada segala nikmatNya
- Syukur diberi dugaan kerana dengan itu, in sha Allah tingkatlah darjat iman hendaknya:-)

December 24, 2014

Banjir 2014

Assalmaualaikum w.b.t

Cerita banjir lagi...
makin buruk pulak 2-3 hari ni..
hujan hulu, bila surut hujan di hulu, air akan menghala ke hilir...
jadi orang dihilir kena berwaspada...

**ampunkan kami Ya Allah, jangan bebankan kami dengan apa yang kami tak mampu...

December 23, 2014

1 minggu sebelum 2015

Assalamualaikum w.b.t

ada lebih kurang seminggu untuk tahun 2014
dan 2015 pun akan menjengah...
apa pun yang telah berlaku...simpan kemas2, jadikan teladan dan apa jua yang akan berlaku hadapilah dengan bijaksana & waras :-)

December 22, 2014

Kisah Bah/Banjir 2014

Assalamualaikum w.b.t

pfffrttttttt
tahun ni bah agak besar...
kat opis ni belum pernah air naik smpi peha...
habis la jugak barang2 kat opis...Allahuakbar
mmg tak jangka la..
khamis 18/12/2014 yang teruk...
smpi la semalam 21/12/2014
dan sekarang masih lagi mengemas apa yang patut...
2-3 buah pc mmg out
1 server tak tahu apa status lagi tunggu air kering...
syukur jugak sb dah hujung tahun...stok mmg dah clear...
tapi banyak fail2 penting kena air....nak kena jemur dulu, entah boleh ambil ke tidak pun tak tahu lah..
tahun ni mmg bah betul la kami:-)

December 17, 2014

Terlajak perahu.....

Assalamualaikum w.b.t

....boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya
.
.
kadang kita tak perasan pun kata2 kita menyakitkan orang lain
tulah...bila dah terlepas, mmg takleh nak tarik balik dah...
.
.
takperlah...sifir saya, orang buatlah lagu mana jahat kat saya, selagi boleh tahan, tahan jer, selagi boleh buat baik, buat jer...malas nak fikir banyak:-) Kalau boleh lagi orang buat 'taik' lagi kita buat baik kat orang tu...biar dia sendiri 'malu lah' orang kata:-).

December 16, 2014

Kisah Zaman Sekarang

Assalamualaikum w.b.t

zaman sekarang macam2 kisah
satu yang saya nak sekadar bercerita iyalah kisah 'MLM'
.
.
ramai antara kita yang join dah..MLM ni dah lama jugak..cuma sekarang ni dek kerana kepesatan medial sosial, makin nampak lah...macam2 ada
semuanya boleh buat jadi 'jutawan'
agaknya zaman sekarang kalau tak jutawan x leh nak idup gamaknya..
susah hati agaknya tengok kawan2 yang x jutawan.
weh mung nok jadi jutawan go a head la..
tak payah lah nak paksa ambo pulok..
setakat ni ambo boleh menjalani kehidupan macam biasa walau semuanya sederhana...hishhh geram pun ada...nak suruh orang jadi kaya, tapi kita tu tak jugak kaya raya maner pun...harap dok mencari downline jer...geram lah, nak berniaga takper...meniagalah cara betul...juallah barang..bukan jual 'plan strategy' kononnya...
itulah antara kisah zaman sekarang....kisah semua orang mengejar "duit". Orang kata 'duit bukan segalanya, tapi semuanya memerlukan duit'. Tapi sedarlah semua itu adalah ujian dunia semata...sabarlah bagi yang diuji kesempitan, dan syukurlah bagi yang diuji dengan kesenangan...:-)

Persiapan ke sekolah

Assalamualaikum w.b.t

cuti sekolah dah nak habis....
mak+ayah sibuk dok buat persiapan la ye skrng ni kan...
ada yang pilih ready awal2
ada yang tunggu nak dekat2 masuk sekolah...
apa pun yang pasti kena ada peruntukan lah kan...
baju sekolah koman2 2 pasang sorang...
hehehe...
saya pun dah beli lah sikit untuk anak2 buah saya tu...
anak saya belum masuk sekolah rendah lagi, kakak tahun ni masih di tadika..
syahmi pun akan masuk tadika jugak tahun ni...
.
.
nak belanja ni, kalau orang macam saya ni mestilah cari tempat yang murah2 jer...
kat tempat saya ni ada Mydin, tapi jauh lah sikit. Lagipun masuk bandar, sesak, saya x suka bersesak2...satu lagi ada Zon Ria, yang ni dekat..tersangat dekat...saya belanja kat sini lah..pusat pakaian hari-hari pun okay. tapi kat sini takder pulak..
di Zon Ria pun okay...boleh lah untuk rakyat marhaen macam saya...kualiti kain pun okay. Budget untuk sorang anak lebih kurang $150.00, itu untuk satu setiap benda....cth:- sepasang baju, sepasang kasut, stokin (satu pack ada 2pasang), tudung, kotak pensel & bag sekolah...okaylah kan...sekarang mana nak cari lagi murah:-)
yang masih belum beli buku latihan & alat tulis. Untuk alat alat tulis saya cadang nk pegi mydin...boleh beli banyak2...maklum anak ramai...nanti kalau dorang nak apa-apa kena beli dengan ibu...ibu buka kedai...hiksss.
** saya kan ada anak baru (5 orang) hehehe, semuanya sekolah, tu yang kena beli banyak2 kot...takderlah dorang dok mengulang beli kat koperasi sekolah....saya tau sangat lah budak2 ni kang itu hilang...kang ini hilang...hah nanti kalau hilang beli jer dengan ibu...KENA belilah, barulah dia rasa kena jaga barang dgn elok:-) hiks, bijak tak ibu?
** bukan saya sorang yang keluar belanja ya...ibu anak2 itu pun keluar belanja. Iyelah kakak ipar saya tu belum bekerja, belum habis edah pun lagi...rezeki kami, rezeki anak2 itulah jugak:-)

December 14, 2014

main mekap2

Assalamualaikum w.b.t

Allah...anak bertuah sungguh...
kat rumah saya mmg takder mekap...
satu bedak compact pun takder apatah nak berlisptik...
tapi bila sepupu2 dia balik...hah ditadahnya muka dia...sakan lah dia..
mula tu takut2 nak tunjuk kat ibu...risau kut2 ibu marah...
hihi.....takperlah sayang...dah ramai2 mmg tak leh kata apa dah...
apa pun shomelllss kamu ni kakak:-)

 
garang eh nampak muka kamu kakak
sepupu2 pulak ramai yang pompuan...menjadilah..sikit2 nak gi rumah tokmek...rupa2 nya dok main mekap2...hiksss

cuti sekolah

Assalamualaikum w.b.t

musim cuti sekolah ni meriah lah...
lepas ni kalu...senyap sunyi lah kembali...
macam2 lah dorang buat...
main congkak....congkak pulak gali kat tanah dan pakai biji getah..
rasanya kat rumah tokmek tu ada jer congkak kayu yang pkai guli...
mungkin biji guli tak cukup kut...
tapi lagi syok main kat tanah macam tu kan...
.
.
kat rumah saya tu dah jadi macam playschool...
playschool ala kampung la...
boleh main congkak
boleh main buai...
boleh main ikan..
boleh jamu makan ayam itik...
belajar sembelih itik (anak buah lelaki jerlah)
belajar cabut bulu itik dan proses2 lain untuk jadikan lauk makan tengahhari
.
.
sembelih itik 6 ekor, pulut kuning 4 kilo sekejap jer licin...
betapa bestnya makan ramai2...berebut2....huhu
lepas ni rindulah...bila lah pulak kan?
.
.

tu jer gambar yang ingat nak ambil...
yang lain x sempat...lupa pun ya:-)

December 12, 2014

Kadangkala kita kena pekakkan telinga :-)

Assalamualaikum w.b.t

Nukilan dr Dato'Tn Ibrahim Tn Man

Alkisah pertandingan melompat

Apabila ada sekumpulan katak menganjurkan pertandingan melompat. Syarat pertandingannya mudah, siapa yang dapat melompat ke menara tertinggi dikira sebagai pemenang.

Banyak katak yang datang menyaksikan pertandingan tersebut. Antara peserta pertandingan itu ialah seekor katak kecil.

“Ini terlalu susah bagi para peserta. Mesti mereka tak akan berjaya. Menara itu terlalu tinggi,” bisik hadiran yang ada.

Ramai peserta katak yang kedengaran kata-kata itu mula tawar hati setelah letih mencuba.

“Mana mungkin dapat naik ke menara. Katak dewasa pun tak dapat,” bisik hadiran yang datang lagi.

Akhirnya, semua katak lain menarik diri dari perlumbaan kerana hilang semangat. Cuma katak kecil yang tidak berputus asa yang berjaya sampai di menara.

Semua katak ingin mengetahui apa rahsia si katak kecil tersebut untuk tidak berputus asa.

Selepas beberapa kali bertanya, barulah mereka sedar bahawa si katak kecil rupa-rupanya pekak!

Wahai anakku,
Jangan selalu mendengar kata-kata daripada mereka yang negatif dan pesimis, kerana mereka akan menghancurkan impian dan harapan kamu yang terbaik.

Senyum

December 11, 2014

takder tempat kosong

Assalamualaikum w.b.t

ye takder tempat kosong kat rumah mek buat masa ini...
almaklum cuti sekolah...anaks+cucus berkumpul :-)
best ya amat....
.
.
kami pun masak2 pegi makan rumah mek..
ajak tido rumah kami takmo semuanya...
apa ada hal kan sekali sekala bersesak rumah bonda....nak borak smpi pagi
kalau boleh saya pun nak....hihi
tapi dorang tumpang mandi jerlah kat rumah saya...
berebut bilik air:-)

tertinggal bekal nasi saniy

Assalamualaikum w.b.t

hikss punyalah kalut ribut mak+paknye eh...sampai tertinggal peyuk nasi anak...
hihihi...ibu balik kije baru tahu bekal saniy tak bawa...
ayooo...so saniy makan apa?
abahnya belikan kuih lompang & ma bagi biskut..
budak saniy ni belum beria makannya...kalau suap tu adalah 3-4 suap...pastu dia main2
belum nak makan sangat kot...nak susu jer...hehehe
mula2 buat puree kat dia..diluek2 nye puree...geli ke apa dik?
pastu masak nasi bubur, takmo yang di mesin ya...nak yang ada tekstur...
ikut suka kamu lah anak...asal tak lapar sudah...susu ibu pun kenyang kan?
.
.
cerita bab kalut+ribut waktu pagi tu mmg
bayangkan berapa banyak beg nak kena pandang
- bagpack ibu yang dalam tu ada semua benda (pump susu, cooler bag,wallet, tepon, dll). ibu bawa bagpack jer pun sb senang...nak keluar makan just bawa wallet & tepon
- bag baju anak2
- cooler box susu adik saniy
- bekal makan anak2
- botol/bekal ibu (klu x sempat makan pagi)
tu belum buka sekolah, kang nanti bertambah lagi bag untuk kakak & abe mi...
huhu..tu ada yang tertinggal...hikssss tapi itulah perencah kehidupan kan?

December 09, 2014

setting komen

aikkk bila pulak aku setting komen kena masukkan huruf2 tu...hayyaaa..

$2.80

Assalamualaikum w.b.t

apa boleh beli dengan $2.80?
semua orang pun tahukan keadaan ekonomi sekarang...
dengan harga barang yang mencanak2...dengan macam benda berbayar...senang kata semuanya perlukan "wang"
.
.
apa cerita $2.80 tu?
takder apa pun...
semalam ada salesman insurances approach policy thru phone...
pandai dia...(dah mmg di'trained' dak?) suruh saya menyimpan 2.80/day, so that saya boleh bayar policy dia...huhu
betulah tu...2.80jer...nampak sikit kan? tapi bila dikumpul hingga hujung bulan dapatlah lebih kurang $84.00
tapi....apa jerlah yang cover dengan $84 tu kan? hmmm
pastu siap nak tahu insuran yang saya amik tu cover apa...
apa2 jerlah...tu urusan orang yang kamu beria nak tahu tu kenapa?
ke tu ada dalam etika kerja dorang ek?
.
.
hiksss

December 06, 2014

Petua hilangkan batuk

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak tahu sekarang musim batuk ke apa, tapi yang pasti kami sekeluarga sedang alami batuk kung-kang...mula adik saniy...pastu kakak & abe mi..dan sekarang ibu & abah pulak...sekarang ok dah sikit...apa yang saya buat?

- makan madu dengan air suam
- makan kicap yang diperah dengan limau nipis
- makan bawang putih bakar

saya tak tahu yang mana satu paling mujarab....cubalah. 

untuk anak2 pulak saya mandikan dengan air suam yang diletakkan bawang putih dan sapu minyak pun diletakkan bawang putih....abah dorang pulak ada letak kapur+limau nipis kat leher untuk kasi selesa. Madu pun kasi jugak...ubat batuk pun ada bagi tapi x ditelanya budak2 tu...mmg jenis tak makan ubat sama macam ibu dia:-)

suka duka BF

Assalamualaikum w.b.t

**BF - breastfeeding

BF ni tak susah dan tak juga senang
apa kamu merepek ni mek oii..
hiksss
.
.
.
saja jer suka2 nak cerita sikit suka-duka BF bagi saya lah
yang keje ofis hour
bukan senang, tapi menyenangkan..membahagiakan
.
.
pernah kena rumah blackout...risau stok susu nak simpan mana...dengan somi takder kat rumah masa tu...
alhamdulillah masih selamat...minta adik belikan ais then letak dalam bekas kedap...apa nama entah..
.
.
pernah kena, anak2 yang besar lupa tutup peti....cair susu adik baby...alahai...nasib tak semua...tengok susu kena buang, rasa macam nak menangis...susah wei nak buat stok tu...
.
.

saniy exclusive BF 6month...skrg dah mula makan. masih BF:-)
pernah susu tumpah sebelum masuk plastik utk simpan....yang ni banyak kali jugak...careless ibu
.
.
.
hehehe yang pasti saya suka BF...suka bila anak2 muka puas hati lepas minum susu...kekenyangan
.
.
so ibu2 cubalah sedaya upaya kita...buat lah sehabis usaha...selebihnya kita serah pada yang Maha Kuasa.
dah habis usaha, susu takder tu maknanya bukan rezeki anak kita lah tu....saya doakan semua ibu dapat BF anak2 selama yang mungkin dalam masa 2thn. 

Happy BF mommy :-)

December 05, 2014

7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Artikel dari sini 

kesilapan
kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.
Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan

kesilapan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.
Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.
Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.
Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.
Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.
Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.
Cuba lihat contoh perbualan dibawah:
Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”
Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.
Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”
Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”
Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.
.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

kesilapan
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.
Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.
Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.
Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”
Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.
Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.
Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.
Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.
.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

kesilapan 
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.
Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.
Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.
Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.
Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.
Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.
Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.
Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.
Apa tindak balas kita?
Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.
Apa pula perasaan anak?
Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.
Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar
Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.
Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.
.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

kesilapan
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.
Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.
Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.
Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?
Kemungkinan jawapanya adalah tidak.
Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.
Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.
.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?
Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.
Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.
Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.
Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.
Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.
Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.
Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.
Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.
Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.
Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.
Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.
.

6# Terlalu Memanjakan Anak

kesilapanSekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.
Saya ada menulis artikel mengenai topik ini sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI
.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

kesilapanAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.
Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.
Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.
Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.
Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.
Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.
Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.
Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.
.

Penutup..

Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak dengan sempurna.
Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.
Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.
Semoga bermanfaat, ikhlas dari warga tudung sicomel.. :)
————
Nota rujukan:
1. Teknik memotivasikan anak cara cemerlang (Dr. Tengku Asmadi)
2. Anakku penyejuk mataku (Ust Muhd Fathi Yusuf & Ustzah Ros Izanuri Jamaludin)

December 04, 2014

Selera

Assalamualaikum w.b.t

Sejak dah menginjak usia ni, selera pun dah berubah...
dulu semasa remaja belia, kalau takder masak sambal x lalu nak makan, sekarang bila org kasi free pun rasa x lalu nak telan...
selera lebih kepada sup2 air jer...lauk pulak lebik pada bakar2 pangggang...ikan singgang mmg kesukaan lah sekarang ni...tapi kat rumah tu tak sama selera pulak..aduhai...terpaksa lah masak ikut suara manjoriti. Selera kita terpaksa mengalah...nasib lah:-)

p/s sebenarnya tengah lapar ni...

Pemandu Teksi

Assalamualaikum w.b.t

cerita pemandu teksi mmg banyak...
kebanyakan driver teksi ni bawa teksi suka2 dia jer...
nak berenti...main berenti jer...tak kisah dah kat belakang ada apa...kalau bagi signal pun dah dekat dgn tempat nk berenti....saya pernah tengok..motor terbabas gara2 teksi berenti suka2 hati dia...nasib takder apa2 rider tu...saya pun pernah terkena jugak...samalah main berenti jer...break tu sempat, tapi gigil toksah cakap lah...nak kena bertenang2 dulu baru boleh bawa kereta semula....driver teksi tu selamba jer tinggalkan kita...huhu

saya tak kata semua ya...tapi ramai lah jugak yang macam tu...yang perangai tak berapa nak senonoh pun iya jugak...ishhh....

December 02, 2014

Mohon Doa dari kalian

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa rendah diri dan dari hati, saya mohon doa kalian untuk saya, agar saya & suami dapat jaga "amanah" itu dengan terbaik. Ianya anak-anak kakak ipar saya (kakak suami) yang baru kematian suami. Doakan kami lakukan yang terbaik untuk menjaga hak & harta mereka dengan baik tanpa mengambilnya secara paksa. Doakan kami dimurahkan rezeki untuk menjaga keperluan mereka. Allahukabar, besar ujian ini....doakan saya dapat menerima kehadiran mereka dengan ikhlas hati sama seperti saya menerima anak-anak sendiri....ameennn

Terima Kasih:-)

December 01, 2014

Genap 20 tahun

Assalamualaikum w.b.t

1.12.2014 genap 20 tahun arwah ayah meninggalkan kami..
doa kami semoga dilapangkan kubur arwah...diampun segala dosanya...diterima taubatnya...amin

November 28, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat...

- maafkan orang
- doakan orang
- hubungkan silaturahim....

November 26, 2014

Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

semalam bawa dorang pegi klinik...
ye semua...sambil bawa saniy pegi cucuk...saya bawa kad kakak & syahmi untuk update 
cek biasa jer..berat & tinggi, tapi syahmi saya request minta jumpa doc sebab dia batuk, bila malam jer kung-kang batuk...tapi x demam.
cuma curious sebab abah dorang ni ada lelah...alhamdulillah paru2 clear..cuma batuk biasa. 
.
.
berat kakak 20kg, while syahmi 13.5kg...okay..seimbang misi cakap. Then dia bagi ubat cacing juga. 
adik saniy pulak, berat tak naik sama macam 5bln 6.9kg. Saniy dah mula makan solid food...hayyyaaa ibu kena merajinkan diri lagi dan lagi...nasib kakak pun dah cuti takderlah nak gesa2 buat bekal dia jugak...huhu dasar malas sangat kan....tahun baru nanti kena extra rajin la ibu..bekal kakak & makanan untuk adik jugak...
boring la tu x leh nak "berotomen"
kakak jumpa cikgu dia...terus kejung malu...apa2 jer kakak ni:-)
gambo adik saniy takder pulak....susah nak amik gambo satu famili...teringin nak gi amik kat studio, baru cantik tersusunkan? Sapa boleh amik gambo famili murah2 ya...bajet sokmo la ibunya:-)

33 tahun

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Ya Allah, 33tahun Kau beri aku pinjaman usia ini...entah berapa banyak masa lagikan ada...hehe
bersama edisi terbaru...takder kat pasaran ni:- Saniy..hikss
Moga tahun baru ni baik2 saja...murah rezeki selalu...bahagia & boleh membahagiakan yang lain....


November 25, 2014

Bahasa ibunda

Assalamualaikum w.b.t

kemain bahasa ibunda katanya...
bukan apa..teringat kat kakak sulong saya...
kami ada group whatsApp...sekarang kebanyakannya ada kan...
jadi kami berinteraksi kat situ jerlah...
saya ni suka la tulis dalam bahasa ibunda kalau yang dok whatsApp tu sama negeri...
"kecek klate" la org kata...
boleh dia tak faham apa saya tulis..huhuhu
dia kata...kalau bercakap betul tak apa, tapi kalau tulis tak faham..susah nak baca..hiksss
okay2 lah..dinda tulis bahasa melayu baku ya kanda:-)

November 24, 2014

20 cara untuk meningkatkan kuasa otak anak

Artikel c&p x ingat dari mana...

1.       Jaga pemakanan semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda’. 

2.      Berkomunikasi dengan penuh emosi dan makna. Lebihkan kata-kata adjektif dan positif. Bercakap dengan nada yang agak tinggi. Contohnya: “Soleh boy, mashaAllah!” sambil ketawa dan berinteraksi. Bahagian otak yang memproses maklumat ucapan dan mengeluarkan perkataan sangat memerlukan input ini.
3.     Bermain permainan yang banyak menggunakan tangan. Bayi sangat mudah memberi rangsangan.
4.     Beri perhatian semasa bayi kita menunjukkan sesuatu. Penting untuk mereka mengetahui bahawa kita memberi perhatian.
5.     Tanamkan minat kepada buku sejak bayi. Tunjukkan buku-buku bergambar dan tulisannya. Sebut dan tunjukkan. Bayi belajar bahasa dengan cepat melalui cara ini. Tanamkan minat pada Al-Quran pada usia awal.
6.     Jadikan masa mandi atau menukar pampers sebagai masa sentuhan emas. Urut perut dan rambut. Ini akan meningkatkan kemampuan otaknya. Jarak yang sesuai adalah 30-40 cm daripada bayi supaya mereka dapat mendengar suara kita. Ini bakal mempengaruhi mereka. Anak-anak kurang sentuhan memberi kesan negatif kepada otaknya.
7.     Pilih aktiviti dan permainan yang membuat anak-anak berfikir. Contohnya aktiviti menyusun blok. Saiz yang besar dan kecil membuat mereka bereksplorasi dan bertanya semasa mereka bermain.
8.     Respon apabila mereka menangis. Peluk dan pujuk memberi mereka rasa selamat dari segi emosi. Ini memberi kesan positif kepada otak. Baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya tenang jiwa mereka.
9.     Bina kepercayaan dan perhatian kepada anak-anak. Bila mereka bermain, bercakap atau suka tentang sesuatu, beri perhatian.
10.   Jadikan rumah zon positif. Bercakap, berkelakuan dan beraktiviti positif sahaja.
11.   Meminta bantuan anak-anak dalam kerja-kerja rumah. Mereka belajar menyusun, mengkategorikan sesuatu dan lain-lain. Ini penting semasa bereka belajar menyiasat alam. Mereka juga membina softskill.
12.   Ruang kondusif dan selamat untuk anak-anak beraktiviti. Merangkak, berjalan, memanjat dan sebagainya. Ini supaya mereka belajar mapping ruang mereka dan mereka tahu di mana tempat boleh panjat, duduk dan sebagainya.
13.   Nyanyian yang mempunyai isi kandungan yang baik. Gerakan jari, badan dan kaki baik untuk motor skill mereka. Zikir dan selawat juga amat baik sekali. Al-Quran dimainkan sepanjang masa juga mempengaruhi otak dan kelakuan mereka.
14.   Bawa mereka bersama kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh bersosial dan berinteraksi secara positif untuk membina keyakinan diri.
15.   Waktu makan dan tidur yang positif. Mulakan doa, sebutkan nama makanan dengan kuat. Ceritakan kebaikannya. Ceritakan kisah yang baik sebelum tidur.
16.   Konsisten secara positif dalam memberi respon kepada kelakuan anak-anak.
17.   Disiplinkan anak secara positif. Gunakan bahasa positif, ganjaran sosial dan sebagainya.
18.   Ajar anak empathy dengan situasi seseorang atau peristiwa. Emosi skill akan menghubungkan sel-sel otak. Contohnya boleh bawa mereka ke rumah anak-anak yatim. Ceritakan tentang perasaan tiada ibu bapa dan sebagainya. Ceritakan tentang kebesaran Allah dalam setiap situasi.
19.   Beri anak-anak peluang bermain dengan benda-benda kotor seperti tanah, pasir dan sebagainya. Ini akan mengaktifkan sensori skill mereka. Kaitkan dengan Al-Quran dan hadith semasa bermain. Ini akan meningkatkan ilmu tauhid dan meningkatkan kemahiran mereka.
20.   Ekspreskan memek muka dan bahasa tubuh kepada anak-anak mengikut kesesuaian situasi. Ini menjadikan anak-anak yang mudah mempamerkan emosi dan perasaan mereka secara terkawal.

p/s Semoga bermanfaat...sama2 kita praktikkan.

borak 0

Assalamualaikum w.b.t

Saya x tahu nak buat entri apa...kosong sangat idea...saya tulis jelah apa yang terlintas..
.
.
Nak kata makanan anak saya terkawal sepenuhnya...tak juga..
iyalah bukan saya sorang yang menjamu mereka...di luar kawalan jugak:-)
.
.
tapi seboleh mungkin saya cuba untuk memberi makanan yang terbaik untuk mereka.
kadang gaduh jugak lah dengan abah dorang...abah dorang bagi jer bila ank minta...jajan ke gula2 ke..ok jer
bila saya tengok hmmm berbakul jugaklah bebelan dari saya....saya faham, kami (saya & abang) dibesarkan dengan cara berbeza...tu yang kadang 'misscommunication'...hikss 
Sebab tu saya seboleh mungkin nak masak sendiri...dari tak tahu apa2 sekarang...dah boleh masak macam2..hehehe ala...tak tahu google...tanya orang tua kan...bukan susah pun.
okaylah tu kan...ada peningkatan.
dan sekarang dah ringan sikit...sb saya dah ada pembantu...
jaga adik, kakak belum past...adik ngek sikit jer..dah gelabah....
boleh la tolong ibu sikit2...kalau masak tu boleh la potong2 sayur...kacau kuah (dalam perhatian saya ya...insyaAllah selamat)....gentel2 biskut...fishball..chicken ball...hmmm...basuh pinggan..sapu lantai..hehehe
kejam ke saya? Rasanya tak kot...untuk mereka jugak, bila besar nanti...takkan nak mengadap buku 24/7 kan...tak berbaloi jugak pandai belajar..tapi ilmu hidup takder....
.
.
ooh ya..soalan bodoh dari saya..lepas ni bila harga minyak petrol ada naik turun, harga barang pun ada naik turun ke? saya tengok sekarang kemain lagi harga barang keperluan....macamana nak makan makanan organik, harga yang tak organik pun kemain lagi:-) guna/pakai jerlah apa yang ada yer tak:-)

November 23, 2014

Syahmi dan otomen

Assalamualaikum w.b.t

Kalau kakak dgn frozen.....syahmi pulak dgn otomen...
pening jugak dengan budak ni...
kang kita leka dok buat apa2...tiba2 dia datang "bertukar"
hahaha...pengaruh tv sangat budak ni...
kang nanti....dia buat macam2 lah...
.
.
tahun depan 4 tahun...saya mmg akan hantar dia tadika la..
dari dia duduk sesaja kat rumah tu..baik dia bersosial dgn kawan2 baya dia...ada lah jugak inputnya...
duk rumah pun TV & NB memanjang....dorang mmg takder tab..
takder keperluan kot...lagipun ibu takda pitiss :-) nak beli sorang satu..kang beli satu berebut jatuh gedebuk rosak pulak...korang lenjan lah ibu punya...kang rosak duk diam...
menyesal pun ada beli TV...rasanya lebih baik takder kot...tapi tulah...dorang duk rumah tok dorang, jadi takder kawalan jugak...berdoa banyak jerlah...
tu dia otomen sedang buat keje part time...amik gambo kakak kat majlis akhir tahun...sudahnya satu habuk  gambo pun tarak...takpelah kakak, tahun depan ada lagi :-)

Najibah dan frozen

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama x cerita proper tentang kakak...
Alhamdulillah..sihat2 saja dia...
adalah batuk sikit2 berjangkit la kot...takpun kurang minum air...kakak mmg susah nak minum air masak...
.
.
.
dah habis pun sesi persekolahan tahun ni kan...
kakak pun dah cuti2 dah..
mesti boring dia duk rumah layan hero2 dia tu...nak2 si syahmi...selalu jugaklah dok komplen kat ibu syahmi tu x nak dengar cakap dia....sweet sgt kakak ni...prihatin :-)
.
.
kat sekolah dia, 5thn ada exam..so exam lah dia...haha
ibu dia rilex2 jer..5 tahun kan...setakat ni dia ok...excellent la jugak...
dah boleh baca pendek2, melayu la...english tak boleh...sebab sekolah pun bukan basis english.
.
.
eh nk citer kakak dgn frozenkan...
saya ni dah naik rimas pulak dgn frozen ni...semua bendalah frozen...
tgklah nanti naik sekolah...mesti ank2 pompuan ramai yang ber'frozen'
smpikan telekung solat pun difrozenkan...alahaiii
najibah sekarang dah jarang tgk frozen tu...boring kot...syahmi lah...tak kasi dah kakak dia buka..hihihi.
najibah adalah jugak mintak nak merchandise frozen macam bag..selipar...baju...
tak layan lah saya..... tapi cerita dia saya admit, best la jugak...
jadi untuk sekolah tahun depan mmg taklah saya nak 'memfrozenkan' kakak. beli yang biasa2 jer sudah :-)

tu dia...kita dok kalut kemas, dia pun duk kalut kerjakan sebotol bedak...habis la sebotol...nasib baik pandai nak settle down...saya x cakap apa pun...sebab nak marah...dari saya cakap baik saya diam...maka itulah hasilnya...fuutttttt

November 17, 2014

Habbatusauda

Assalamualaikum w.b.t

Nak cerita sikit pasal habbatusauda ni...
rasanya semua orang tahu khasiat dia kan...tapi ini pengalaman saya:-)
.
.
baru2 ni kan saniy demam+batuk...pegi klinik dah amik ubat pun...
tapi budak kecik kan....susah la nak kasi ubatnya...kasi 2.5ml belum tentu masuk semua...
being mak kan...cari jugaklah altenatif lain...kesian kat anak oiiii
saya pun cuba makan habbatusauda....sambil tu saniy saya suapkan sedikit madu untuk legakan batuk dia..
sayakan BF mom...jadi secara tak langsung susu tu jugak ada khasiat habbatusauda...alhamdulillah...batuk saniy hilang...jadi sejak hari tu...saya mmg letak semua masakan saya dengan habbatusauda.....susu badan pun banyak...cubalah untuk ibu2 yang BF anak tu...

November 16, 2014

Saniy - 6 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Kita kasi chance la kat dia...orang baru kan..kasi interframe banyak2....nah 2 ketul ibu belanja....hihihi

haiiii
nak makannnnnn


Sudah ditentukan semuanya dari awal hingga akhir.

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian dr FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Wahai anakku,
Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.

Wahai anakku,
Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah.

Wahai anakku,
Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.

Wahai anakku,
Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.

Wahai anakku,
Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah. Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan.

Senyum

November 13, 2014

Saniy - demam & batuk

Assalamualaikum w.b.t

kesian kat si kecik tu...demam & batuk...
dah hampir 6 bulan dia..ni first time dia demam.
agak teruk jugak lah..ditambah pulak sekarang kan musim hujan..sejuk..tu yang batuk pun menjadi2
.
.
bila tengok anak sakit camtu..dan2 nak duk rumah jaga anak...
kesian sangat..nangis smpi tak keluar suara...tambah pulak abah yang over panic...dah 3 anak bang oiii nak cuak2 lagi...
kesian saya...batuk2
doktor cakap macam nak lelah...alahai minta2 tak la...sekarang pun batuk2 lagi...malam pun tido asyik berjaga....ibu dah macam rupa panda dah...mengantuk...jarang berjaga malam walau ada anak...mmg anak2 klu tak demam kuat tido smpi pagi..nyenyak....ujian semua tu...sejauh mana sabar ibu ni...walau ada jugaklah merungutnya...hahaha...cepat2 istighfar...takut gue...kang di cop tak bersyukur pulak:-)

November 07, 2014

Alkisah dakwah

Assalamualaikum w.b.t

Artikel perkongsian dari wall FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Siti seorang gadis tidak bertudung menghadiri usrah di sebuah universiti tempatan.
Ketika berusrah, Siti ditegur oleh Fadilah, senior Siti, secara keras bahawa jika Siti tidak ingin memakai tudung, maka dia akan dikeluarkan daripada usrah sambil memberikan kata-kata pedih bahawa mereka tidak bergelumang dengan orang yang bakal ke neraka kerana tidak menutup aurat.
Teguran itu pula dibuat di khalayak ramai, sehingga Siti terasa malu.
Siti, seorang anak yatim, tidak pernah bertudung sejak kecil. Ibunya pun tidak pernah bertudung sejak kehilangan bapanya ketika Siti berusia 3 tahun.
Ibunya menghabiskan sepenuh masa mencari rezeki untuk membesarkan Siti sebagai seorang pekerja sosial.
Siti dibesarkan dalam keadaan menyendiri. Di universiti, tatkala Siti baru dapat bergaul dengan kawan-kawan, Siti pula dihalau Fadilah daripada usrah. Fadilah adalah anak perempuan kepada seorang ustaz yang terkenal.
Sejak kejadian itu, Siti ditegur dengan kasar setiap kali terserempak Fadilah di ruangan universiti.
Sedih melihat keadaan itu, Aminah, seorang senior di fakulti yang sama, yang juga rakan baik Fadilah, mula mendekati Siti.
Aminah berkawan secara biasa dengan Siti, dan menerima Siti seadanya tanpa sebarang komen.
Apabila tiba waktu solat, Aminah mengajak Siti bersama ke surau. Aminah juga mengunjung rumah Siti dan berkenalan dengan ibu Siti. Sebelah maghrib, Aminah selalu memastikan Siti ikut bersama mengikuti kuliah harian di surau.
Ketika harijadi ibu Siti, Aminah telah membuatkan kek dan membawanya ke rumah Siti untuk diraikan bersama.
“Ini hadiah untuk makcik,” Aminah berkata sambil menghulurkan hadiah kepada ibu Siti.
Di dalam kotak yang dibalut cantik itu terdapat 7 helai tudung yang cantik. Ibu Siti dan Siti terasa sentuh.
“Makcik, biar saya pakaikan untuk makcik,” kata Aminah.
Ibu Siti membiarkan sahaja Aminah membantunya memakai tudung di bilik.
“Cantik sungguh makcik bila pakai tudung. Padan sangat,” kata Aminah.
Ibu Siti tersenyum gembira. “Siti, Aminah bagi 5 tudung, Siti cubalah satu. Nanti kita ambil gambar bersama sambil potong kek,” pelawa ibu Siti.
“Cantiknya Siti. Aminah memang pandai pilih tudung,” kata ibu Siti selepas melihat wajah Siti bertudung.
Selepas itu, kelihatan Siti mula bertudung sekali-dua seminggu di universiti.
Fadilah yang melihat perubahan pada Siti bertanya kepada Aminah…
“Siti ini memang susah nak diajar. Sekejap pakai sekejap tak pakai,” kata Fadilah.
“Lah, spiritual journey setiap orang berbeza. Dulu Siti, 7 hari seminggu tak pernah pakai tudung dan selalu tinggal solat. Sekarang dah pakai selang sehari, kira dah ok. Bagi dia masa, dia akan jumpa hikmah di sebalik memakai tudung, dan Insha-Allah, akan erti menjaga auratnya.
Tapi, kita kena berusaha dekatkan dia dengan Islam untuk selamatkan dia. Bukan dengan menegur keras menghalau dia jauh daripada kita. Bukan semua orang datang daripada keluarga agama seperti Lah. Ibu Siti sekarang pun dah mula bertudung,” kata Aminah kepada Fadilah.

Wahai anakku,
Apabila kamu terlihat sahabatmu semakin jauh daripada agama-Mu, janganlah kamu terus menghukum dia dan menjauhkan dia daripada kamu. Sebaliknya, dekatkan kamu dengan dia untuk membantu dia kembali ke jalan yang sebenar. Menjauhkan orang dari Islam mudah, mendekatkan orang dengan Islam itu yang payah. Yang payah itulah tugas kamu sebagai seorang sahabat dan kepada Allah.

Senyum

p/s pendekatan kita :-)
Sahabat semua, tutuplah aurat....ia maruah kita:-)

November 05, 2014

Kisah anak2

Assalamualaikum w.b.t

Tengok anak bertuah ni, kecik2 takmo duk dlm carseat..dah besar ni nak la pulak....
letih seharian ikut ibu pergi kerja-sekolah cuti.
yeayyy untuk syahmi...
dah diapers free untuk malam...
jenuh jugaklah...nak kena dukung ke bilik air...
kadang bila kita pun tak sedar tu ada jugaklah terbabas..apapun tahniah syahmi...bit late than kakak.
peace yooo...
saniy pulak..tunggu masa nak makan...
huhu kesian tengok dia bila kita duk makan..kemain duk usha...adoila...
sabar ya dik..nnt ibu prepare makanan adik..
sekarang ni menjejes jer airliur dia...nak naik gigi pun iya jugak...orang tua kata gatal gusi...
ibu nak cari blender...psssttt abah bulan ni budget lebih ya...nak beli blender:-)
soriii takder gambo terbaru adik saniy :-)

Duit Palsu

Assalmualaikum w.b.t

Macamana nak tahu duit itu betul ke palsu ya...
Cuba tengok duit ni
palsu ke tu...
potong macam kan budak baru belajar pegang gunting :-)
nasib note singgit jer...

November 04, 2014

Makan Luar

Assalamualaikum w.b.t

sejak ada si kecik tu kami tak pernah makan luar lagi...
tambah pulak semuanya kemain mahal...
adalah pegi KFC...
bukan apa kesian kat sikecik tu...kemain geram tengok orang makan...
diakan belum boleh makan, makanan pejal...
kemain lagi dia tengok makanan macam nak telan...
so as ibu yang perihatin la sangat ni...tak payah la makan kat luar...kesian kat adik..
lagipun ibu+abah nak kena jimat cermat ni.....makan rumah sudah...ibu masak lagi sedap kot...kang order2 tak jugak kamu makan kalu tak kena selera..tak ke membazir tu..udahlah mahal kan...so jalan selamat kita makan kat rumah sajer ya...ibu akan pastikan ibu masak special untuk kamu semua ditambah pulak dengan ramuan kasih sayang...welllll :-)

November 01, 2014

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum w.b.t
Artikel C&P

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. ( Puasa ni kalau boleh buatlah 9 & 10 Muharam lebih baik)

P/s tak dapat buat semua, janganlah tinggal semua. Jangan fikir ganjarannya..buat dengan ikhlas, balasannya biar Allah s.w.t yang nilaikan :-) wallahua'lam

October 31, 2014

10 Makanan Yang Mencegah Arteri Tersumbat

Assalamualaikumm w.b.t

1. Bawang putih

Sejak zaman purba bawang putih telah digunakan untuk merawat hati penyakit dan tekanan darah tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan dalam perubatan pencegahan, bawang putih menghalang arteri koronari menjadi keras menjadi kapur yang berfungsi sebagai penanda bagi plak pembentukan.

2 Anggur

Anggur kaya dengan flavonoid, quercetin, dan resveratrol. Ini flavonoid telah didapati untuk mencegah pengoksidaan kolesterol buruk yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Mereka juga mengurangkan risiko membangunkan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3 Bayam

Bayam kaya dengan kalium dan folik asid, kedua-duanya bertindak sebagai pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. bayam adalah juga kaya dengan lutein, karotenoid tumbuhan yang bukan sahaja melindungi daripada umur degenerasi makula berkaitan tetapi juga mencegah serangan jantung dengan menjaga arteri bebas daripada kolesterol membina.

4 Ikan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Southampton University mendapati bahawa Omega 3 minyak, hadir dalam ikan seperti tuna dan salmon, berhenti pengumpulan deposit lemak dalam arteri. Asid lemak mengelakkan pembekuan daripada membentuk dan kolesterol daripada menjadi teroksida.

5 Minyak zaitun

Kolesterol teroksida hanya mampu berpegang kepada arteri anda dinding dan bentuk plak. Lemak monotaktepu membentangkan di minyak zaitun apabila dicampur dengan molekul kolesterol tidak baik menjadi kurang mungkin teroksida.

6 Tomato

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Korea, lycopene, sebatian yang terdapat di dalam tomato yang memberi mereka warna mereka, membantu dalam mencegah pengerasan arteri. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang lycopene tertinggi tahap dalam darah mereka mempunyai kekukuhan kurangnya dalam arteri mereka.

7 Delima

Jus delima bukan sahaja muncul untuk mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh juga menterbalikkan perkembangan penyakit ini. delima buah-buahan dan jus yang tinggi kandungan antioksidan, yang boleh membantu perjuangan pengerasan arteri.

8 Kiwi dan tembikai

Makanan ini kaya antioksidan berfungsi dengan mengurangkan LDL toksik kolesterol, yang dibentuk melalui proses berkarat dalam anda arteri. Mereka boleh membantu menghentikan karat di trek dan juga mencegahnya daripada merebak. Makan satu cawan tembikai atau satu kiwi setiap hari untuk unclog arteri anda.

9 Jus Cranberry

Jus ini strain lemak daripada arteri. Daripada harus lemak terkumpul di dalam saluran darah, jus ini meningkatkan anda keupayaan sel untuk menyerap lemak dan menggunakannya untuk pengeluaran tenaga. Minum tiga gelas jus ini setiap minggu untuk unclog arteri anda.

10 Oat

Terima kasih kepada gentian larut dalam oat, kolesterol tidak berdiri peluang. Serat ini melekat pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem anda. Beberapa kajian mempunyai menunjukkan bahawa pemakanan hanya 1 1/2 hingga 2 1/2 cawan oat- dimasak bijirin bran setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak hampir 20%.

October 25, 2014

Tahun Baru Hijrah 1436

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tahun baru semua...
Semoga tahun ini dihiasi dengan keimanan & ketakwaan yang semakin tinggi.


Salam Maal Hijrah...

October 24, 2014

Doa Akhir Thaun Hijrah & Awal Tahun Hijrah

Sama2 kita baca doa ini, takpun pergi jer ke masjid...banyak yang buat program baca doa akhir & awal tahun....semoga tahun baru kita ini penuh keberkatan..aamiiinn
 
Doa Akhir Tahun 
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah

Doa Awal Tahun 
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.


Selidik dulu :-)

Assalamualaikum w.b.t

c&p dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah satu kemarahan

Setelah bertungkus-lumus membantu sahabatnya memenangi satu jawatan penting, Cik Salmah tertunggu-tunggu jemputan untuk meraihkan kejayaan bersama.

Namun, jemputan daripada sahabatnya Cheku tidak sampai-sampai. Cik Salmah yang terkecil hati terus mengambil keputusan memutuskan bantuan yang selalu diberikan pada Cheku.

“Hilang madu sepah dibuang. Ambik ko,” bisik Cik Salmah di hatinya pada setiap hari sahabatnya Cheku tidak call mahupun menghantar sebarang SMS kepadanya.

“Waktu kempen bukan main call tiap-tiap hari. Lepas menang, tak call langsung. Menyampah,” bisik Cik Salmah lagi di hati.

Bisikan-bisikan Cik Salmah itu sedikit demi sedikit dan air liur mengumpat yang ditelannya menyebabkan timbulnya perasaan benci pada Cheku.

Akhirnya, Cik Salmah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan Cheku. Yang paling dimarahi Cik Salmah ialah pada tanggapan Cheku langsung tidak perasan kehilangannya.

Setelah berminggu lamanya, Cik Salmah menerima satu sms daripada Cheku – memohon maaf dan bertanya khabar dan meminta untuk berjumpa.

Cik Salmah ingin memberikan peluang pada Cheku lalu menerima jemputan tersebut.

“Saya baru balik daripada Sabah. Bapa kena kanser tahap tiga, berdarah tak henti. Maaf tak sempat maklum. Kelam kabut saya. Jawatan baru ini pula banyak hal, keluarga pula saya tak boleh tinggal.

Sekarang bapa dah keluar wad baru lega sikit. Mah ok? Dah lama tak terima mesej Mah. Ingatkan Mah bercuti ke luar negara. Terima kasih banyak bantu saya. Maaf saya tak sempat lagi pun nak belanja makan atau apa-apa sebab keadaan bapa,” kata Cheku pada perjumpaan tersebut.

Hati Cik Salmah terasa sayu mendengar penjelasan Cheku.

Pertama, Cheku tidak tahu pun Cik Salmah kecik hati dengannya kerana lama tak berhubung. Cheku mengganggap Cik Salmah kawan sejatinya yang hubungan tidak akan putus.

Kedua, kerana ego inginkan Cheku yang menghubungi dia, Cik Salmah terlepas peluang untuk membantu sahabat terbaiknya dalam waktu dia paling memerlukan seorang kawan. Sebaliknya, Cik Salmah menghabiskan masa berkhayal, mengumpat dan marah tidak tentu pasal pada Cheku hanya kerana bersangka buruk.

Cik Salmah tidak berani memberitahu Cheku apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia mengambil keputusan untuk memutus hubungan dengan Cheku kerana bimbang rakannya akan pandang serong padanya.

Nasib baik Allah masih memelihara hubungan ini. Cik Salmah hanya boleh menangis dalam hati penuh kesyukuran kerana Allah menyelamatkan persahabatannya dengan Cheku daripada minda sangka buruknya dan hati yang diracun air liur mengumpat.

“Cheku, you are my best friend!,” kata Cik Salmah kepada Cheku dan mereka saling berpelukan.

Cik Salmah berpeluk kerana rasa bersalah dan bersyukur mendapat sahabatnya kembali, Cheku berpeluk kerana gembira ada seorang sahabat seperti Cik Salmah yang sentiasa teguh di sisinya.

Wahai anakku,
Jangan biarkan minda kamu meliar memikirkan sesuatu yang belum berlaku atau bersangka buruk pada perkara yang tidak diketahui kamu.

Ego kamu akan menjadi baja kepada minda kamu untuk terus bersangka buruk. Ingatlah, perasaan membawa kepada benci adalah bisikan syaitan. Wahai anak kesayanganku, sekiranya minda kamu menjurus kamu ke arah perasaan negatif, berwaspadalah itu adalah bisikan syaitan.

Ketika itu, sms, telefon dan segala tindak-tanduk yang boleh menyelamatkan keadaan akan menjadi berat seperti keadaan Cik Salmah. Walhal, satu telefon pada Cheku pada peringkat awal sudahpun boleh mengelakkan segala konflik dalaman yang wujud di minda Cik Salmah.

Jaga air liur yang ditelan ketika bersangka buruk, kerana dari situlah, timbulnya perasaan benci dan lebih banyak gambaran sangka buruk.

Pendek kata, jangan mudah membuat kesimpulan tatkala kita tidak tahu. Lebih elok kekal tidak tahu daripada membuat sangkaan yang salah dan buruk, terutamanya pada sahabat dan ahli keluarga kita kerana tindak-tanduk mereka tidak mencapai tahap yang diinginkan kita.

Senyum

October 23, 2014

Letakkan Ego di bawah :-)

Assalamualaikum w.b.t

c&p dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah seorang kecewa

Seorang pemuda dengan wajah penuh kekecewaan datang bertemu Ustaz Ibrahim dan mengadu:

“Saya ingin mendalami ilmu lukisan, tapi sehingga kini saya masih tidak menjumpai seorang guru yang memuaskan hati saya,” adu pemuda itu.

Ustaz Ibrahim secara berseloroh membalas: “Bertahun-tahun ini kamu menggembara, masih tak jumpa seorang guru untuk diri sendiri.”

“Ya. Ramai yang saya jumpa hanya hebat pada nama. Saya melihat lukisan mereka, kualitinya pun tak sebaik yang saya lukis!” jawab pemuda itu lagi.

“Ana tak pandai lukisan. Tapi ana suka mengumpul lukisan orang ternama. Walaupun kamu masih belum ternama, boleh kamu lukis satu pun simpanan ana?” tanya Ustaz Ibrahim.

Pemuda yang teruja dengan pelawaan tersebut terus bersetuju dan bertanya pada Ustaz Ibrahim apa yang ingin dilihatnya pada lukisan tersebut.

“Ana suka teh. Mungkin lukis cawan dan teko dah ok,” kata Ustaz Ibrahim.

Pemuda itu pun melukis dengan sepenuh hati dan selepas sejam, lukisan itu pun terhasil.

“Bagaimana ustaz? Puas hati?” tanya pemuda itu.

“Ada masalah sikit? Kamu melukis teko di atas cawan di bawah. Sepatutnya cawan di atas teko di bawah…,” ujar Ustaz Ibrahim.

“Ustaz ini keliru kot. Mana ada orang lukis teko di bawah cawan? Terbalik la tu,” sindir pemuda itu yang kurang senang apabila Ustaz Ibrahim menyatakan lukisan dia ada masalah.

“Kamu tahu juga ilmu ini. Untuk menuang ke dalam cawan, teko kena lebih tinggi dari cawan. Tapi mengapa kamu sentiasa meletakkan cawan kamu lebih tinggi dari teko? Macam mana kamu nak terima ilmu daripada orang lain?” balas Ustaz Ibrahim sambil senyum.

Pemuda itu tersentak dan akhirnya merendah diri dan melukis satu lukisan baru di mana cawan di atas teko di bawah untuk dihadiahkan pada diri sendiri atas teguran Ustaz Ibrahim.

Wahai anakku,
Meskipun dari tangan yang sama, jari berlainan panjangnya. Ada bukit yang lebih tinggi daripada bukit yang kamu kenali. Bersifat rendah diri sentiasa supaya ilmu dapat terus mengalir ke arah kamu. Segala ciptaan Allah boleh menjadi guru kepada kamu. Hanya kamu yang dihinggapi penyakit sombong tidak mampu menjadi pelajarnya.

Senyum

October 20, 2014

Event ntah apa2

Assalamualaikum w.b.t

banyak betul event yang ntah apa2 sekarang ni...
tu yang 'i want to touch dog'
apa yang suka sangat pun tak tahu lah...
betullah nampak comel jer...tapi binatang itu bukan binatang yang boleh dibela & dibelai...
tapi nak buat jaga ladang takper.
.
.
alahai...bela kucing la...binatang kesayangan Rasullah s.a.w lagi...

October 17, 2014

50 Rangsangan Mudah Menjadikan Anak Bijak

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.

Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.
Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yang disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. 
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. 
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. 
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. JELIRKAN LIDAH.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG.
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6. GELETEKLAH BAYI ANDA.
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. 
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. 
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA.
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11. SENTUH DAN RASA. 
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH.
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13. BERI KATA KUNCI.
Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14. BERI KEJUTAN.
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15. SEDIAKAN BANYAK TISU.
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16. BACA BUKU.
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17. MAIN CAK-CAK.
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18. JANGAN LUPA REHAT.
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19. MAIN DENGAN WARNA.
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. 
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. 
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22. BIAR DIA MEMBEBEL.
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. 
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24. BINA LALUAN HALANGAN.
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25. IKUT RENTAKNYA. 
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26. BUAT MUKA LAWAK.
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27. RASA SEKELILING ANDA.
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28. CERITAKAN KISAH DONGENG. 
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29. BAYANGAN WAJAH.
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. 
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31. GOYANGKAN BADAN. 
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. 
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33. KIRA SEMUANYA.
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. 
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35. TUTUP TV.
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
36. TUKAR PEMANDANGAN. 
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA.
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA.
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39. MAIN HUJAN. 
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40. MENANGKAP SERANGGA. 
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41. BERGURAU-SENDA. 
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42. MAIN DENGAN PAKAIAN.
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU.
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA.
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. 
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN.
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47. CONTOHI CARA SESAME STREET. 
Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48. MAIN BERULANG-ULANG. 
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”.
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. 
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Sumber: Facebook
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi