Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

August 26, 2012

Lemang Raya


Dulu masa arwah ayah ada, dia mmg selalu bakar lemang...rasanya tak pernah missed.
lepas dia meninggal mmg kami tak makan lemang dah la...ada la makan tapi kat rumah orang la..
dah takder sapa yang tahu buat/bakar lemang..
.
.
tapi sekarang tidak lagi..
dah ada pengganti..hehe
orangnya tak lain tak bukan...my dearest la....
sejak kawin..5thn  sudah..mmg merasa makan lemang la kami semua..
ok boleh la jadi hidangan wajib kami kembali...selain ketupat palas (my mom signature dish)

 the preparation->masukkan daun pisang dalam buluh

isi beras dalam buluh

 bakar...api nak kena jaga betul2

p/s ketupat palas pulak..takder amik gambo, jadi takder la ketupat raya dalam blog ni...tapi selamat masuk perut kami sekeluarga...hehhee

Raya 2012


 yeloor mana cerita raya nya weh?
.
.
raya tahun ni sama macam lepas2 jugak..
meriah...walau anak2 tak sihat..
sedih betul....anak2 demam betul2 hari raya.
kami emapat beranak just dok rumah sesajer..
nak berjalan dah takder mood.
anak2 dok hokhek..nak buat macamana kan..ujian->sabar jerlah
.
.
alhamdulillah..dah ok dah semua..
risau jugak..agak teruk, macam nak kena athma pulak tengokkan si syahmi.
makan pun tak nak...apa pun tak nak..
nak berdokong jer..dan yang pasti hanya ibu jer boleh pegang..orang lain takmo..
lenguh segala sendi ibu..hehehe..tulah kan..ibu jugak jadi penawar 
.
.
ni macam biasa gambo raya yang ntah apa2
selalu pun macam tu..
keluarga kami tak pernah ada gambo yang formal..
susah nau nak bergambo secara formal macam famili lain...

 famili yang tak cukup...masing2 sibuk hantar wakil saja:-)

kami...abah,ibu,najibah & syahmi (kelabu tema tahun ni..mmg kelabu la,sampai mandi sunat raya pun dah pukul berapa dek penangan jaga budak demam...kelam kabut cari klinik...kenangan raya 2012 katanya...alhamdulillah) 

ok..itu saja laporan hari raya dari saya...hehehe jumpa lagi.

August 19, 2012

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Murahkanlah hati kami juga

InsyaAllah, entri baru kat bawah...
.
.
Sungguh hati ni tersentuh sangat...
dia bukan sapa2 pun dengan saya..tapi apa salahnya kan buat setakat termampu..
mungkin dengan bantuan kita semua, dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Dugaan & ujian untuknya...Allah lebih tahu. Setiap dari kita mmg tengah diuji, tak kira lah dalam apa saja keadaan. Kita semua sedang menjalani ujian untuk kita pergi ke sana kelak.
.
.
di hari yang mulia ini..
dengan rasa rendah hati, saya mohon sahabat2 yang membaca sama2 menghulurkan bantuan untuk keluarga ini...boleh ke laman blog dia untuk mengetahui serba sedikit tentang mereka.
saya pun kalau boleh ingin sekali berjumpa beliau...insyaAllah akan saya ikhtiarkan suatu hari nanti. 
 .
.
Sumbangan boleh dihulurkan di akaun berikut:
Maybank
164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.
.
.
.
Sumbangan anda semua saya dahulukan dengan terima kasih...semoga anda dapat ganjaranya.Amin 

August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua teman sahabat. Mohon maaf di atas apa jua salah silap...

Selamat Hari Raya 1433H/2012

August 15, 2012

Cuti Raya - seminggu


Sakan cuti sampai seminggu, mana nak pegi pun tak tahu lah...takper dah bos kasi kita ok jer..
Ramai yang dah mula cuti hari ini...saya sampai esok.
rasanya ramai yang  dah tak sabar nak balik kampong..
selamat memandu ya..pandu berhati2...kalau mengantuk berenti dulu..rehat seketika...jgn paksa ya.
.
.
raya tahun ni cuti panjang, seminggu. Akan naik keje balik Ahad depan...26/08
sakan lah kan..pastu lemau nak naik keje..hehe
.
.
harap tahun ni boleh jalan2 rumah kawan yang dekat2 la.
dah lama tak berjumpa...boleh eratkan ukhwah..insyaAllah
.
.
Selamat bercuti raya semua..
 
 

August 14, 2012

Kemeriahan sudah terasa...

ya suasana raya sudah dapat dirasai..
jalan kt KB dah mula sesak.
tu belum anak2 rantau balik kampung.
hmmm mmg teruk lah
.
.
untuk tahun ni buat pertama kalinya saya buat biskut raya
rasa macam tak caya pulak..huhu
ala yang simple2 jer
biskut dahlia, choc chips, popia mini..tart jugak...hehe
saya mmg tak pernah buat biskut raya
tapi bila ada anak ni..nak tunjuk la bakat yang tak seberapa ni untuk anak2..
mudah2an besar esok dorang ingat kuih raya ibu dorang buat, insyaAllah
.
.
tak sabar rasanya nak menikmati hari raya..walau puasa tak cukup..opppsss
ooo tahun ni puasa tak penuh setelah 4thn straight puasa penuh..
maknanya kena ganti puasa la tahun ni...ok itu bisa ajer kan..
.
.
ada beli baju ready made kat De'alfa.
De'Alfa dengan Noor Alfa tu butik yang sama ke?
baju dia ok lah..harga pun reasonable la bagi rakyat marhaen katanya macam saya ni...
tengok baju pereka tersohor Rizalman Ibrahim kat Tesco..emmm nampaknya ignore jerlah
banyak jugak baju dia kat Tesco tu..
.
.
tahun ni kalau Allah izinkan boleh makan ketupat pulut mek..kalau tak sila cari kat rumah orang lain.
ini disebabkan bahu mek tak berapa ok..tak boleh nak kuat2..
kalau nak buat ketupat mmg tangan kena kuat..
nak buat sendiri mmg tak la...belum berguru betul2 lagi...huhu
tapi nampak macam dia nak buat..sikit pun jadilah kan..
tak sah rasanya raya tanpa ketupat..
.
.
.
Selamat menyambut hari raya semua..lagi 4 hari ya kawan2
mohon maaf sepenjang kita bersahabat di alam maya ni...

August 09, 2012

20 Ramadhan

Assalamualaikum semua...
sudah masuk fasa terakhir ramadhan..
.
.
persiapan raya sudah siap ke semua..
saya biasa2 saja..sekadarnya
dah bayar zakat fitrah?
kat Kelantan tahun zakat fitrah RM7/org
masa paling 'aula' (afdhal) nak buat zakat fitrah dipagi syawal sebelum sembahyang sunat aidil-fitri...lepas solat boleh bayar sebelum terbenam matahari TETAPI dah masuk makhruh...
jadi buat yang terbaik ya...
yelah kita dah puasa selama sebulan kan..takkan terus nak buat perkara2 yang makhruh pulak...
.
.
dan kepada mereka yang  berhijrah, sama2 lah kita buat secara istiqamah..
saya nampak ramai yang dah berubah..alhamdulillah
keep it up ya kawan2..
.
.
kepada yang jauh tu mesti dah tentukan giliran kan..nak balik mana..hehe jngan gaduh2 ya..kurang pahala puasa huhu (mentang2 dia takyah pikir nak balik mana)
.
.
kalau tak dapat balik beraya kat kampung masing2 pun jangan lupa bagi hadiah untuk mak+ayah ya (kpd mereka yang masih ada)
insyaAllah rasa sedih tu terubat la sikit...mak+ayah ni, kita tanya khabar pun dah suka kan..lagi lah kalau ada hadiah dan lagi aula balik raya...seronok sakan la - macam anak2 dapat gula2...
bila lagi kan nak gembirakan hati dorang...walau sikit takper, janji ada. Dorang pun faham kalau kita dah berkeluarga, sudah tentu tanggungjawab kita pun dah bertambah...
.
.
.
jangan lupa untuk kejar malam Lailatulqadar...
kalau tak mampu nak berqiammulai pun...jangan tinggal solat maghrib,isyak, terawih berjemaah..insyaAllah ganjaranya besar...sama2 kita kejar ya sayang2 semua...

August 08, 2012

again->bukan wordless

apa lah nasib dapat kawan blogger macam saya kan..malas kemain nak update..
tengok dah seminggu...baru nak update.
puasa pun dah nak pulang...aduhai sedihnya..
kenapa lah masa sekarang cepat benar saya rasa..
alih2 dah nak masuk 20 ramadhan.
bulan pun dah sayup2 nun di atas..
harap sangat puasa kita2 semua diterima..dan kita akan lahir kembali suci lepas puasa ni..aminn
.
.
puasa dah habis saya belum tepek satu hapa pun juadah puasa..hehehe
alhamdulilah sempat masak until semalam..redah jugak bazar ramdahan sebab dah tak tahu nak masak apa & also kemalasan melanda.
tapi alhamdulilah walau beli semalam...sedap & tidak membazir.
saya beli cukup2 untuk berbuka saja..sahur masak nasi goreng ikan masin..ohhh masih terasa kesedapan nasi goreng pagi tadi...alamak...kecur liur pulak..hehe 
.
.
alhamdulillah jugak tahun ni ada kesempatan buat buka puasa kat rumah...siap masak sendiri (ramai2 la kan)
jap saya cari gambo yang cousin saya amik, nak kena tag dulu jap ya...
.
.
.
ok ni dia lauk rakyat marhean katanya...ada ayam percik...kerabu "sare" (rumpai laut)... daging singgang...itik masak kurma...sedapppp


uhhhh kecur lagi..
.
.
saya ada buat kuih lompat tikam & kuih peria...tapi bukan hari tu la..
hari lain2..tapi segan nak citer..
dua2 kuih tu tak menjadi..nak makan boleh la..tapi tak boleh nak bega2...malu sehhh
so diam2 sudah. nak buat tapi tak reti tu lah jadinya..takper belajar dari kesilapan katanya..
lain kali kita buat lebih baik...insyaAllah.
.
.
so, tu jelah kut untuk kali ni...
bye..semua
.
.
p/s mari kita pikir sama2 nak masak apa lagi ni..

August 01, 2012

bukan wordless

haha
orang buat entri wordless..
tak kisah lah..sebab saya takder gambo pun nak up..malas dah nak amik gambo sekarang..
.
.
esok birthday abang..tak terfikir pun nak beli apa..mungkin sepasang kasut kut..kasut dia pun dah boleh ganti baru tu..kami ni beli barang bila sampai masa kena ganti jer..takder la nak beli sokmo2..
.
.
cerita lain...
ada pergi melawat sedara yang baru dapat baby..
comel..pompuan alhamdulillah.
yang best nya..ada pulak tanya saya dah berapa bulan...amboi2 kak
tak agak2 tu..tanya la dulu bila nak tambah ahli..ni terus tanya dah berapa bulan macamkan kamu tahu semua hal saya ya dak?
huhu..saya agak anti lah dengan orang macam ni..serkap jarang tak kena tempat...
kalau ya saya pegnen pun apa yang awak dapat pun..oo boleh la nak citer yg saya ni anak berderet ya....hahaha..apa salahnya kak..nanti saya leh jadi calon "ibu mithali" huhu
.
.
hujung minggu ni buka kat Bali Tok Bali, hehehe merasa jugak pegi Tok Aman...tapi tak bermalam la..beriftar sesaje...insyaAllah.
kalau amik bilik..dapat buka puasa dan sahur...lain kali, InsyaAllah

p/ssstt
macamana puasa saing2 semua?- insyaAllah lebih baik kan semua?
dah ngaji sampai mana?- saya belum habis separuh lagi...tak khatam la saya tahun ni...
terawih macamana?-saya hanya sempat 1 malam setakat ni...sedey kan..

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi