Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

May 31, 2010

20thn akan datang

dok bertenggek kat blog VP a.k.a kak Jemah,
n3 terbaru dia 'saya doploh tahun lagi'
hahaha best gak
so sy try...
see 20thn lagi maknanya saya umo 49thn..
huhuhu sudah tua disitu.
kalau lah panjang umo boleh la merasakan..
so check it out. Lain mcm jer saya tengok..takut pulak heh.



sapa berminat blh cuba ya.

May 30, 2010

kalau terdesak....

I: abg nanti abg potong sikit tali lembu yang abg baru beli tu ya.
S: nak buat apa?
I: adalaa
S: org tanya takmo cakap,mls la buat.
I: ala org nak wat skiping, ni tengok ni naik berkilo2 ni.
nak2 pulak hari2 nasi 3x tak pernah miss..
S: alooo,wat malu kompeni la,beli jer la tali skiping tu, bukan mahal pung.ado ko.
I: hehe

p/s sudah dialih bahasa ya agar senang difahami...

turun pangkat daaa



najibah dah conquer seat depan,
so terpaksa la ibu kena dok belakang.
nak wat mcmana dah ada penyaing..
tengok ni pulak.


siap leh pegang2 tangan pulak..
sudahla,ibu nak carik jantung pisang,nak mkn nasi ulam jantung pisang lagi beshhh..daa

May 27, 2010

drama swasta


abah nok pitih nok beli mene


abah takdok pitih, tengok ado skeleng jah..


takpo la tengok dale beg ibu la pulok.

--->huh ibu lagi takdok pitih,habis dok shoping online..huhu
hi kena tahan sikit nafsu ni weh...

p/s
mene : mainan
pitih : duit (ni tak tahu ke?
skeleng : duit syiling
dale : dalam
ok tu jer kut

rindu

ni rindu kat budak ni sorang.
hari keje mmg tak sabar nak balik
tak sabar nak tengok dia dok terlompat2 nak terkam ibu
huhu bahagia
so mari kita tengok gambo budak comot ni yang ibu dia amik lps dinner mlm tadi
huhu


tersangat la lasaknya ini budak...terlebih DHA kut...


Suka nau dok dalam gobok tu,takleh letak apa kat situ,kalau letak gak habis dikembahnya.


tengok tu,budak comot takder rambut...huhu pengubat letih ibu...

May 26, 2010

Tang mana yang tak kena

hmmm
almost setiap hari ada jer cerita anak2 remaja kita.
gaduh,geng nakal,pil kuda,bersekedudukan & macam2 lagi la...
maka inputnya macam2 jugak la...
yang paling sedih sekarang ni lahirnya ank2 yang tak berdosa,
pastu buang,bersepah2 macam sampah (maaf kalau terlalu keras).
dimana la silapnya adanya remaja sebegini.
mungkin agama senipis kulit bawang seperti yang dinyatakan dalam hadis2.
sekarang,bilamana kita menegur dikata pulak kita menyibuk.
bilamana kita nasihat,dikata pulak kita pun belum tentu lagi.
aduhai...sudahnya kita diam2 sudah.
tak usah pergi jauh la,
dlm sekitar sedara mara pun sudah boleh nampak.
macam2 hal.
sedih pun ya, geram pun ya.
hari ni,dlm paper mcm2 berita pasal ank2 remaja kita
-->pukul guru
-->buang anak
-->intai nenek pun boleh...astagfirllah
-->dll
tu belum lagi cerita2 di kejiranan kita.
ayuhla...kembali lah kita ke pangkal.
cuba tengok iklan kat TV tu,
yang suruh kita semua INSAF tu,
ala yang dia mention dlm "kelompok binatang takder manusia,tapi dlm kelompok manusia bnyk sifat2 binatang"
ayuhlah kita bersama untuk berubah.
berubah peel-perangai,tingkah-laku,tutur-kata,berpakaian.
sama2 kita tegur-menegur,nasihat-menasihati,terima teguran...
Sama2 la kita beringat dan saling menjaga anak2 kita.
buang la sikap "ko punya hal,ko selesai la sendiri"
kita punya tangungjawab yang sama tehadap mereka.
berikan kasih sayang, bukan kemewahan yang boleh melalaikan mereka.
ini peringatan untuk diri saya sendiri.

May 20, 2010

U.L.A.R

huhuhu
dah 3x termasuk hari ni,ular masuk ofis.
huhu cuak gak la.
3x termasuk saya yang jumpa...
tapi hari ni direscue oleh JPA.
saya mmg bukan blogger yang hebat lagi tegar.
tak ambil kesempatan langsung.
just tgu je orang JPA sttle keje dia,
bila bos saya ckp naper tak amik gamba,
baru saya ingat nak amik cam.
tu pun org JPA dah nak keluar ngn ular yg ditangkap
tak sempat la hah.
kelakar pun ya gak tengok bos siap naik kosi nak tengok...
huhu
semua class penakut.
yang budak praktikal tu siap terjerit...huh kalau la teringat nak rakam tadi
kan best.
tapi takperla...dah tiba2 so mmg tak terlintas.
tapi harap jgn la ada lagi..seriau weh
sekarang pun meremang lagi bulu tengkuk ni hah.
daaaa

May 19, 2010

tak sangka

tak sangka pulak kemalangan semalam yg saya tengok tu jiran sekampung.
harap dia selamat, sb semalam mmg nampak teruk.
abg pun cakap sampai mlm tadi belum sedar lagi.
harap takder apa2 la, ank2 pun kecil lagi.

May 16, 2010

Hati ibu

sejak kira2 setahun jadi ibu ni, sikit2 perasaan tu makin sensitif.
bukan sensitif tak tentu pasal macam zaman muda belia tu.
tapi makin hari makin faham hati seorang ibu.
nak tackle anak lagi,nak2 pulak ibu yang kerja.
yalah budak2 ni kalau dah biasa ngan pengasuh,nak ambil hati dia tu sikit punya susah.
tapi syukur saya tak alami masalah itu. Mungkin najibah BF so dia rapat ngn kita lebih.
Syukur disitu.
ibu ni mmg seorang yang defending.
kalau boleh tak mau anak dia sakit.
risau kalau anak demam,jatuh
semua nak yang terbaik anak2 dia.
sebab itu saya amat respect pada ibu yang boleh jaga anak2 istimewa.
tabahnya hati seorang ibu itu.
sebab apa saya cakap macam tu sebab saya alaminya.
bukan lah teruk sangat pun.
tapi disebabkan hati seorang ibu itu,saya boleh nangis bilamana biji limau itu keluar dari hidung najibah.
kejadian ni hari khamis,balik keje macam biasa najibah mintak nenen.
so BF dia,tapi dia maca tak selesa. asyik pegang hidung dia pastu bersen 2-3 kali.
saya tengok macam nak selsema,so saya ajar dia blow hidung dia,budak sebesar itu manalah boleh buat macam kita. tapi dia tak nangis, so saya rasa ok la tu.
budak kalau nenen mesti terlelap, so najibah lelap atas riba saya petang tu. so saya amik kesempatan belek najibah (lebih pada nak cuci2 daki).
saya perasan macam ada something dlm hidung dia. Cakap kat mek,dia suruh periksa elok2 takut2 ada ketumbuhan ke apa. saya cakap tak,benda tu macam biji apa2 jer.
dia suruh bawak gi klinik,abah najibah pulak takder.
jadi saya tawakal, amik pencabut ketiak tu cuba slow2. Nasib najibah lena kat pangkuan ibu dia. kalau tak tak bolehnya.
Alhamdulillah biji limau tu berjaya dikeluarkan & najibah pun tak sedar.
Syukur sgt2....
budak2 sebesar tu mana tahu akibat,agaknya dia masukkan biji limau tu dalam hidung dia tanpa pengasuh dia sedar. Nak salahkan pengasuh tak patut. Budak2 kalau terlepas pandang,macam tulah. Aduhhhhyaaa.
tapi betul,lepas saya keluarkan biji limau tu,terus saya nangis.ooo itulah hati ibu.
dan ini lah biji limau tu



macam2 lah kamu ni najibah...

16 Mei

ooo hari ni hari guru ya...
time sekolah dulu ingat la.
tapi sekarang ingat juga,tapi lambat sikit.
sb saya bukan guru,pendidik
ok wish dulu.
selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru,cikgu,pendidik dengan kata lain mengajar secara bertauliah.
sememangnya anda semua bertuah sebab bergelar guru.
besar tu amanah & t'jawab anda dalam mendidik anak bangsa kita,dengan anak2 kita yang zaman serba-serbi maju.
banyak ilmu nak kena ada.
semalam sempat bertekak ngn anak saudara yang bakal jadi guru,
dia silap sb dia cakap perkataan B.O.D.O.H depan saya.
dah bnyk kali jugak saya dengar dia cakap perkataan tu dan ada lagi yang tak sepatutnya dia cakap.
so saya tegur dia,tu ke yang akan keluar dari mulut awak sbg cikgu nanti sekiranya budak2 buat hal.
pastu dia jawab cakap saya, bukan guru yang patut ajar,ibu+bapa yang perlu bert'jawab kalau budak feel mcm2 skrg ni.
ooooo.
tapi saya rasa macam kurang betul la dengan statement dia tu.
sb apa masa siang adalah di sekolah, boleh dikatakan anak2 bnyk berdampingan dengan guru2 & kwn2 dia. Kesan tu lebih.
memang ibu+bapa bertanggung jawab. Tapi selepas ibu+bapa dah bagi sepatutnya yang dibagi,tapi bila diluar dari kawalan ibu+bapa siapa pula yang perlu bertanggungjawab?
Anak2 ni dia cepat terikut,kita ambil yang mudah la,
kalau cikgu kata esok kena bawa bunga kekwa untuk kelas Sains,tak boleh tidak kena bawa kekwa jugak,sedangkan bunga lain jugak boleh dibawa untuk rujukan.
benar saya bukan guru,hanya guru yang tahu,tapi saya pernah jadi student,so saya faham apa perasaan student,mereka ni lebih dekat dengan guru nak2 pulak ibu+bapa tak berapa ambil peranan.Bukan nak lepas pada guru semata2 tapi bila di sekolah tu rajin2 la juga ambil inisiatif agar anak2 kita semua jadi manusia,bukan ambil mudah bila budak tu dah jauh ke hujung jalan. Mungkin dengan itu dia akan berfikir,guruku sangat baik so tak patut untuk buat benda2 yang bukan2.Saya pasti sgt kalau kita (ibu+bapa+guru) sama2 bertanggungjawab anak2 kita takkan jadi macam2.
InsyaAllah.
Selamat Hari Guru 2010

May 13, 2010

Garang ooo

tengok najibah..garang ooo siap pegang rotan lagi.
tengah mood sweng sb tdo petang....


kalau tengok balik gambo dlm HD ni najibah still suka dok ngan tokmek dia time budak2 ngaji.tengok gambo ni plk


Tokmek suruh dok bawah pun takmo...sampai naik kebas kaki tokmek dia,yalah budak dah besar bukan baby lagi,tapi tulah kalau dah dia duduk tu alamat sampai semua budak ngaji balik la dia dok atas riba tokmek..sian tokmek...

Pot Luck-X-smtpc

Cadang nak buat pot luck ngn x-smtpc batch 97/98.
Ada tak x-smtpc yang baca blog ni?
ada cadangan tak?

May 12, 2010

Atok


tulah atok yang pernah saya cerita.
Sekarang ada kat rumah.
seronok layan dia bercakap,sb sekarang dia cakap ikut sedap dia je due tu 'ingat2 lupa dia tu'
tengokla dia tu kurus sgt, kadang lupa makan, bila ajak makan cakap dah kenyang,baru lepas makan....takkan nak paksa pulak.
dia akan ulang tanya benda yang sama.
dia juga akan bercerita benda yang tak tahu dari mana dia dapat cerita tu.
mencabar jugak jaga orang tua kan.
Kita besok tak tahula macamana pulak ya,
jadi berbuat baikla pada org tua,sb kita tak tahu nasib kita pulak.

May 11, 2010

Bapa ku pulang...

Bapa ku pulang dari keje.
bapaku beli kan kereta.
kereta kecil warna merah.
boleh kubuat main2..
huhu
betul ke lagu budak2 tu..
semalam kami beli basikal menan utk najibah,
kesian tengok dia dok main basikal ank jiran kat rumah ma..
tengok la budak excited tu

May 10, 2010

apa-apa jer

dlm keje ni bnyk terms2 yang kena tahu.
misalnya profession doktor kena tahu terms medical
profesion lawyer kena tahu akta2nya
org IT ada bahasa dia
engineer...arkitek...waima petani pun ada bahasa2 dia.
adoiya...ko nak citer apa ni siti oiii
ya..ya saya nak citer bnyk hal tu yang jadi entri carca marba ni.
kesimpulanya:-
1- jgn kita agak,org akan faham apa yang kita cakap-kalau dia minta terangkan,jgn marah2,terangkan sebaiknya.
2- kalau masuk kadang kambing jgn nak act nak jadi harimau pulak,pandai2 jaga tata susila,jangan nk sombong pulak.
3- kalau tak tahu,jgn belagak tahu pulak.
4- ilmu untuk dikongsi bukan untuk diri sendiri shj.
5- jangan lah cepat nak judge sesorang kalau belum kenal.
6- jgn pandang rendah pada org kalaupun kita bergaji besar.
7- kalau nak orang sayang kita,kita kena sayang orang dulu.
8- jgn meminta pada orang, minta pada Yang Maha Kaya,Allah.
9- .....tak tahu dah nak tulis apa--tepu
buah cempedak luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
(jgn lupa dengar seloka bersahut di radio kelantan setiap hari selasa 5.30ptg-online pun ada)-->best,dorang dok berbalas pantun.
sorry n3 yang ntah apa2 ni.daaaa

May 09, 2010

Ibu Ratu Hati ku

sempena hari ibu ni,
bolehlah kiranya saya ingin ucapkan
selamat hari ibu untuk semua mereka yang bergelar
ibu,mek,umi,mak,bonda,mummy,mama dll
harapnya mereka yang bergelar ibu itu sentiasa menjadi ratu dihati pada semua.
.
.
.
.
.
untuk mek,
Tie sentiasa perlukan doa mek untuk setiap perjalanan hidup ini.
Tie harap mek tak jemu doakan kami adik beradik.
Tie harap mek sentiasa dibawah rahmat Allah & diampunkan selalu
Tie harap mek sentiasa gembira.
dan semualah untuk mek....Selamat hari ibu...
.
.
.
.
untuk ma,
Tie juga harap ma sentiasa mendapat rahmat Allah & diampunkan selalu
Tie juga harap ma dapat terima Tie seadanya,Tie percaya walau baru 3thn,harap ma sentiasa gembira dengan kehadiran Tie dlm keluarga ma...insyaAllah...
Selamat Hari ibu:-Ma...

May 06, 2010

Kalut

2minggu lepas mmg kalut
ngn demam yang on/off
dah baik kena pulak sakit gigi
gigi ok leher pulak terkehel.
hish bertimpa2...
harap bnyklah dosa yang terampun...amin
ok sudah2x mengarut tak sudah.
cuti 1mei sebagai menghargai pekerja2 mcm kami ni,
kami sepakat bermalam kat Tok Bali.
kali ni tak sewa chalet,just tido dlm khemah.
abg mcm biasa mancing-->tp kesian mlm tu ikan takmo makan umpan dia..
so last2 beli saja ikan kat pasar Tok Bali.
Najibah so far ok..lain kali takyah chalet dah,duk khemah je,save budget ibu&abah..
ank sorang boleh la,ank berderet ko nak bawa gelen bekal air?huhu sapa nak jawab tu
balik dari tok bali semua bantai tdo sampai zohor.huhuhu nmpk nau tak selesa berkhemah....tapi ok relax,tengok matahari terbenam,mlm duk bawah cahaya bulan...best
itu cerita kami bercuti..
pastu kami dikejutkan pulak ngn cerita poknik
dia demam...
kami dah bawa ke klinik, tapi tak kebah2
nak buat macamana...
pastu hari isnin 3/5/2010 demam dia agak teruk...
mek call kat ofis cakap poknik teruk,
saya rush balik...
sampai rumah...
poknik takder..
debar...
mek pun takder...
aduh....tepon mek tak bawa...
aloooo
tepon abang...
fuhhh lega sikit...
dia cakap Poknik anak dia dah bw gi spital.
mek pulak gi mesyuarat guru Quran yang memang dah lambat,tp dia pegi jugak.
hantar report.
so, sekarang poknik dah tak tinggal ngn kami lagi,tp tak tahu la lepas ni.
saya baik dia dok ngn anak dia,w'pun tak suka. sb klu jadi apa2 pun dengan anak dia so kami tak rasa sangat.
harap poknik cepat sembuh...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi