Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

September 27, 2014

10 cara mudah meransang minda bayi!

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini saya nak kongsi 10 cara bagaimana nak meransang otak bayi dan inshaaAllah akan menjadikan bayi anda lebih bijak. Cara ini amat simple dan boleh dilakukan sejak bayi berumur satu hari lagi. Jom kita cuba!
1) Make eye contact
Apabila bayi anda membuka mata, walaupun hanya untuk seketika, ambillah peluang itu untuk memandang tepat ke mata mereka. Bayi sebenarnya berkebolehan untuk mengenal wajah seawal yang mungkin. Setiap kali dia merenung muka anda, dia sedang membina memorinya!
2) Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi seawal usia 2 hari mampu untuk meniru reaksi wajah yang simple - ia adalah petunjuk awal kepada kebolehan menyelesaikan masalah!
3) Memandang cermin
Biarkan bayi anda merenung imejnya sendiri pada cermin. Pada mulanya dia mungkin menyangkakan itu adalah orang lain, tetapi dia tetap gembira untuk membuatkan 'kawan'nya itu senyum dan melambaikan tangan.
4) Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar pada jarak 8-12 inci daripada wajah bayi anda. Gambar-gambar tersebut haruslah gambar yang serupa tetapi mempunyai satu perbezaan kecil (contohnya gambar rumah, satu mempunyai pokok ditepinya dan satu lagi tidak). Walaupun bayi anda masih kecil, dia tetap akan melihat dari satu gambar ke satu gambar dan cuba mencari perbezaanya! Ini akan menyiapkan bayi anda untuk belajar mengenal huruf  (letter recognition) dan membaca nanti.
5)Bercakap dengan mereka. 
Mungkin pada mulanya mereka cuma akan merenung anda kehairan. Tapi jangan lupa untuk sesekali berhenti dan beri peluang pada mereka pula untuk bercakap.Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengikuti rentak perbualan dan mula memberikan respons.
6)Bercakap bahasa bayi
Bayi sangat suka apabila anda bercakap bahasa bayi dengan nada yang tinggi kepada mereka!
7)Menyanyi kepada bayi anda
Ada kajian menunjukkan mendengar rentak muzik ada kaitan dengan belajar matematik!
8) Berikan isyarat kepada mereka
Apabila anda mahu melakukan sesuatu, beritahu mereka dulu walaupun anda mungkin merasakan mereka tidak faham.
Contohnya sebelum menutup lampu anda beritahu mereka dulu 'sekarang mama mahu tutup lampu!'. Ini dapat mengajar anak anda tentang kesan dan akibat (cause and effect)
9) Geletek kakinya
Atau geletek sahaja dimana-mana. Ketawa adalah permulaan kepada pembentukan 'sense of humour'. Bermain permainan seperti 'Mana anak mama?' dan kemudian anda mengeleteknya akan mengajar anak anda untuk menjangka apa yang akan terjadi (anticipate event)
10) Buat muka lucu
Kembungkan pipi anda dan apabila anak anda menyentuh hidung anda, buat bunyi 'pooff!!' Biarkan dia menarik telinga anda, dan kemudian keluarkan lidah anda. Buat bunyi aneh apabila dia menyentuh kepala anda! Ulang rutin yang sama 3 hingga 4 kali dan selepas itu tukarkannya untuk membuatkan dia terus meneka.
Ini hanyalah sepuluh cara yang mudah untuk meransang bayi anda. InshaaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan 10 lagi cara lain. Semoga bermanfaat ! :)
 
Saya kongsi dari sini...

September 26, 2014

Jaga perbuatan kita

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian dari FB Tuan Ibrahim Tuan Man...semoga bermanfaat.

Wahai anakku,
Aku ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah kamu sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur?

Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain.

Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya.

Wahai anakku,
Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat, doa, zikrullah, membaca Quran, berfikir dan mengambil iktibar? Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik.

Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki, benci dan cemburu.

Wahai anakku,
Kamu sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran. Maklumat kini hanya di jari. Maka, awasilah setiap apa yang kamu baca dan tonton kerana ia menyumbang ‘racun’ kepada pemikiran dan dirimu. Setiap maklumat memerlukan tapisan, sebaik-baik tapisan ialah iman.

Wahai anakku,
Betapa ramai yang rosak minda dan jiwa melihat dan membaca sesuatu yang tidak baik, samada dari pelbagai media baru atau lama kerana rosaknya ‘penapisan atau filter’ dalam diri mereka. Untuk itu, wahai anakku, jadilah kamu sentiasa membersihkan imanmu dengan membaiki amalanmu dengan Allah. Nescaya air liurmu menjadi penawar kepada racun yang cuba merosakkan kamu.

Wahai anakku,
Awasilah apa yang kamu lihat dan dengar, kerana sesungguhnya pendengaranmu, penglihatanmu dan perasaan dalam hatimu, semuanya akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.

Senyum.

September 25, 2014

Cuti

Assalamualaikum w.b.t

Cuti peristiwa semepena PRK Dun Pengkalan Kubur N01.

Saya x cuti pun....keje macam biasa, lagipun bukan kena gi mengundi pun :-)

September 24, 2014

Satu panggilan

Assalamualaikum w.b.t

satu hari...terima satu panggilan...dari satu nombor yang x dikenali...berkenaan satu "hutang"
hehehe banyak nau satu...

saya tahu..itu bukan dari yang memberi hutang, tapi agen yang mengutip hutang...

saya tahu hutang mmg wajib dibayar..

tapi...tolong la update dulu sblm buat panggilan untuk customer...
macam saya...dah lama lepas pun hutang tu dari yang memberi hutang..dia masih dok kata ada akaun tertunggak...huhu...dah dapat pun surat menyatakan hutang dah ahbis bayar....adoiiyaa...kesian budak tu...walau saya tak kenal dan tak tahu pun siapa dia...kesian dia, kalau dapat yang ok takperla...dapat yang baran...boleh kena sembur dia...apa2 pun hutang wajib dibayar...eh

September 23, 2014

Muhammad Saniy : 4bulan

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, 4bln sudah umo budak tecik ni..
takder apa sangat lah...sama macam budak2 lain jugak..
membesar dgn baik:-)
suka borak - sangat suka sebenarnya...bila kita layan dia borak, makin dia suka...
tak suka dok sorang2...nak kena ada orang sekeliling dia...
belum meniarap, tapi dah cuba2 untuk meniarap...
sentiasa menjadi mangsa kakak & abang, nasib lah saniy jadi adik kena redho jer lah..
dah tiga orang anak ni..penat mmg penat....
hi...baju kita dah sendat ni ibu...baru pleaseeee
p/s masing2 ada karenah...apapun syukur....alhamdulillah

September 21, 2014

Stress

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni stress sgt rasanya..
rasa down sangat2...banyak fikir benda yang tak perlu fikir
habis seme orang dalam rumah saya marah aduhai...bad me:-(
.
.
.
dah muhasabah serba sedikit barulah rasa calm down...
kesian anak2 bila ibu stress...takmo lah macam tu lagi...
buruk sangat rupanya...
hah macam ni kan elok...demi Allah ibu sayang kamu semua,lillahitaala...maafkan ibu ya...

September 19, 2014

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Assalamualaikum w.b.t

Solat kita:- sama2 kita semak solat kita...

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…

1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri 

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

5.   Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

6.  Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7.  Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8.  Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.

9.      Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.

10.   Dada berpaling dari kiblat

September 16, 2014

selera pantai timur

Assalamualaikum w.b.t

#inimmgmabeles
#budutempyakikanrebusgorengpetai

makan nasi panas2...anak2 nangis mmg tak la nak layan dulu, bagi ibu kasi licin dulu ya...kena makan sorang2 sebab kat dlm rumah ni semua tak layan tempoyak...takder geng..kena pegi rumah mek baru ada geng:-)

September 15, 2014

anak soleh saya:-syahmi

Assalamulaikum w.b.t

Syahmi ni suka la sangat tido lewat...bila kejut pagi2 mmg agak susah la...
tapi tido lewat pun kadang tu teman ibu...kemas rumah (menan dorang la), lipat kain, basuh kain, pinggan.
sambil ibu buat kerja tu...sambil dia tgk tv ke movie dlm laptop ke...alih2 tengok2 dah lena..alahai kesian.....
jadi anak yang menyenangkan ibu dan abah ya syahmi.....tolong jaga keluarga kita bila ibu & abah takder nanti...ibu doakan syahmi jadi manusia yang bertanggungjawab dan berjaya dunia & akhirat....
ada jer dia buat...

5 Gangguan Syaitaan Semasa Solat

Assalamualaikum w.b.t



1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://kelabkesenianislam-ukm.blogspot.com/

September 14, 2014

Sepanjang minggu ini

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Minggu yang sedih bagi, tapi syukur..semuanya dah selamat.
Arwah Poknik selamat dikebumikan pada pagi Khamis 11/09/2014
Innalillahiwainnailaihirajiun....semoga rohnya bersama dengan orang2 yang beriman dan soleh, diberi keampunan dan tiada siksaan kubur untuknya...aaminn

Pagi sabtu, sedang kami bersiap nak ke kenduri sepupu ma...kami dikejutkan pulak dengan kematian suami kakak ipar yang tinggal di Pendang,Kedah....Allahuakbar......Innalillahiwainnailaihirajiun. Terus teringat kak nah...anak2nya yang masih kecil....ujian Allah. Semoga dia tabah & kuat. Kedua2 adik kami & Ma jer yang pergi..kami tak pergi. Hanya sedikit kiriman untuk meringakan beban kak nah....hati ni meronta2 nak pergi...siap boleh gaduh laki bini...tapi yelah...bukan dekat kan...bukan boleh balik hari...anak2 lagi...hmmm. InsyaAllah kami smpi bila ada kesempatan....
.
.
.
.
.
Habis kisah kematian yang pasti menjemput -  takder siapa yang terkecuali....kisah soalan UPSR pulak yang bocor...penuh newsfeed dgn berita itu...huhu
kesiannya anak2 zaman sekarang...dimain2kan
rasanya dulu takderlah semacam ini....terkejar2 nak kan reputasi...prestasi...sudahnya semua macam robot...
kalau takdapat "jujuk" A tak gah lah...mana ada kelaskan...satu pertandingan yang  merosakkan semua golongan...baik ibubapa, guru2, anak2 dan juga orang atasan:-)
hey....anak2 tak pandai ngaji Quran kita ada risau? anak2 tak solat ada kita tahu?
dah lah..malas nak elaborate panjang...sendiri fikirlah...kata bijak pandai semua...lagipun dah basi kut...budak2 pun dah tahu nak kena sit exam balik...kesian jugak dengan anak2 yang tak mampu...takder kemudahan jalur lebar katanya...hanya harap semata2 sekolah....tu pun yang berminat dengan sekolah...yang tak berminat terus "rosak" kebayakkanya....ni sebab apa tau? sebab beza antara yang pandai & tak pandai sangat lah jauh...so yang tak berapa nak pandai ni terus tersisih....mmg kesian la...lgi2 yang tinggal jauh dikampung2 pendalaman.....

September 10, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t

Salam Takziah...

Sudi kiranya teman2 yang membaca nukilan ini untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuk atuk sedara saya Allahyarham Ghani bin Salleh....meninggal sebentar tadi..di Pasir Gudang, Johor.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, bersama orang yang beriman dan soleh... aamiin

Terima Kasih


Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Kelebihan susu ibu

Seperti yang kita tahu, kelebihan susu ibu terlalu banyak...antaranya seperti yang dinyatakan dalam aritkel yang saya petik dari sini...besar ganjaran untuk ibu dan sihat comel untuk anak:-)

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh
James
W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.



Menyusu bayi juga baik untuk ibu
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. 
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. wallahu’alam….

10 Tips Keibubapaan dari Prof Muhaya

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kita semua sbg ibubapa, semoga bermanfaat

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Prof. DrMuhaya Mohomad
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

September 09, 2014

Petua banyakkan susu ibu

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian untuk ibu2 yang breastfeed...

Berikut adalah sedikit petua yang kami dapat dari majalah Pa&Ma. Kami kongsikan untuk panduan anda semua.
1-Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
2-Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
3-Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan
air
sehingga kembang. Minum airnya.
4-Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
5-Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
6-Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
7-Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
8-Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.9-Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

September 08, 2014

Tips Hilangkan Batuk tanpa ubat

Assalamualaikum w.b.t

Artikel dari sini

Untuk pengetahuan ibubapa semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Ibubapa boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah, berkesan.
1) Rehatkan anak:
  • Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku
2) Mandi
air
suam (semua peringkat umur)
  • Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
  • Juga membantu merehatkan minda anak-anak.
3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
  • Penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
  • Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.
4) Vapor rubs (3 bulan keatas)
  • kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs
5) Banyakkan minum air (6 bulan keatas)
  • Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak
6) Sup panas/suam (6 bulan keatas)
  • Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat
7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
  • Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik
8) Madu (12 bulan keatas)
  • Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
9) Ajar anak keluarkan kahak (2 tahun keatas)
  • Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.
10) Berkumur dengan air garam (4 tahun dan keatas)
  • Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.
Semoga bermanfaat untuk semua.

p/s saya pun lebih suka cara 'alami' - natural. Sebab saya mmg takla nak makan ubat:-) mungkin sebab itu jugak anak2 saya mmg susah nak diberi ubat.

September 05, 2014

Aurat Bermula Dengan Didikan Agama

 Assalamualaikum w.b.t

(Entry Auto Publish)
Sekali lagi entri dari sini
Semoga bermanfaat untuk semua:-)


Bukan mudah untuk mendidik anak supaya menutup aurat terutama bagi si comel. Sebenarnya agak sukar bagi ibu bapa yang ingin membimbing anak dengan didikan agama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa begitu sibuk dengan kerja. Jadi kita perlu member pendedahan kepada mereka tentang seronoknya Islam ini.

1# Nurseri Yang Islamik
Bagi ibu bapa yang sibuk, boleh mulakan dengan menghanatar ke pusat jagaan yang betul-betul berkonsepkan pendidikan Islam. Elakkan dari menghantar si kecil ke pusat-pusat jagaan yang bermatlamatkan hiburan semata-mata. Dari situ, kita boleh biasakan mereka dengan suasana yang diasuh dengan cara yang diterapkan dalam Islam.

2# Hafalan Doa
Sebagai ibu bapa, kita perlulah memastikan si kecil mampu menghafal doa-doa ringkas sebagai amalan di kemudian hari. Antara doa yang mudah dan popular adalah seperti doa makan, doa naik kenderaan, dan tidur dan sebagainya. Dengan cara itu, si kecil akan terbiasa dengan sebutan kalimah-kalimah arab. Dari segi sebutan mungkin ada yang salah, tidak mengapa teruskan memberikan mereka sokongan untuk sentiasa membaca doa.

3#  Bercerita Kisah Terdahulu
Mungkin ada di antara ibu terutamanya gemar menidurkan anak dengan membacakan buku cerita. Ini sangat menarik bagi mendedahkan anak-anak tentang kisah-kisah teladan. Tetapi adalah lebih sesuai jika ibu mendedahkan anak-anak dengan kisah-kisah para sahabat, kisah perjuangan Rasulullah dan sebagainya. Antara tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah mengajar anak mengentahui siapa Allah dan siapa dia Rasulullah. Itu yang paling penting sebenarnya.

Jadi kesimpulannya, ibu bapa sangat berperanan dalam mendidik anak-anak dengan menerapkan pendidikan Islam yang sempurna. Didiklah mereka seperti mana yang Rasulullah SAW ajarkan. Kini banyak buku-buku Islam yang mengajar kita cara mendidik anak dengan sempurna. Jangan lupa untuk mendapatkannya.

September 03, 2014

Had fun at Pantai Irama

Assalamualaikum w.b.t

#asalkoranghappydahla
#maintakingatduniadah








kali pertama outing untuk saniy..okay past:-)
sedapnya aiskrim...nak sikit


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi