Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 31, 2012

31.12.2012

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Tinggal 2012 - macam2 berlaku. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Selamat Datang 2013 - sebaik2 rencana yang kita rancang, rencana DIA lah yang menentukan segalanya. InshaAllah semoga dipermudah segala urusan.

December 28, 2012

Tadika

Assalamualaikum w.b.t

Tahun baru nanti kami cadang nak hantar kakak (najibah) ke tadika..
jadi adalah survey2 tadika2 yang dalam budget ciput kami tu..

tak tahu pun saya tadika sekarang dah macam2..rasanya dulu femes amos adalah tadika kemas je.
sekarang hah..sediakan budget jer..
boleh tahan jugaklah nak hantar anak pegi tadika jer pun:-)
saya dulu tak sempat habis pun tadika:-) takder org nak pergi hantar & amik.
jadi dok rumah jer lah main pondok2 masak2:-) 
eh ke lain pulak cerita nya:-)

saya pun tak tahu lah umo berapa yang patut hantar tadika sekarang ni.
yang saya tahu umo 7thn masuk sekolah rendah kan?
tapi kalau ikut yang saya baca tu umo 4thn dah boleh hantar untuk pre-school..
jadi kami decide nak lah hantar najibah untuk pre-school.
memandangkan sekarang dia cuma dok di rumah rasanya adalah lebih baik kita hantar ke pre-school tu..
saya takdelah nak target apa pun..cuma biar dia boleh mingle around dengan kawan, belajar hormat hak orang lain, belajar berkongsi dalam erti kata belajar bersosial:-)
jika dia boleh belajar baca & kira dalam umo dia tu, itu adalah bonus untuk kami:-)

jadi, next year (insyaAllah) ke tadika lah najibah. 
lagipun dia dok mintak nak ke sekolah...nanti saya update dia ke tadika apa:-)
InsyaAllah

December 27, 2012

Banjir hujung tahun

Assalamualaikum w.b.t

kurang lebih 72jam dari sekarang kita semua akn menginjak ke tahun 2013, insyaAllah.



dan semua kita tahu kita dah pun dibulan Safar untuk tahun hijrah...begitu lah masa, cepat jer berlalu.
dan seperti biasa, ramailah antara kita yang buat resolusi2 terbaru mahupun carry forward yang lepas...
apa2 pun rancangan kita  hanya Allah yang tahu kemana kita seterusnya. Yang penting usaha & doa yang selari:-)
.
.
.
tahun 2012 mmg banyak yang tak boleh dilupakan...
harap tahun baru akan datang jika dizinkan saya mahu lebih bersemangat untuk berkongsi cerita..huhu
.
.
hujung tahun ni kat pantai timur seperti biasa kami mmg akan menghadapi monsun timur laut..
rasanya tahun ni agak lambat..sebab sekitar november hari tu kami masih dapat tengok sinaran mentari..
hujan lebat sekitar pertengahan december sehinggalah hari ini.
kebanyakan tempat dinaiki air...dan ada yang berpindah. Di kampung saya belum pernah lagi jadi mangsa banjir...Alhamdulillah.
Biasa kat tempat yang rendah akan berpindah mengikut arahan pihak berkuasa.
jln nak ke pekan ketereh dr rumah saya mmg takleh lalu untuk sementara ni
musim banjir jugak musim "bercuti" bagi mereka yang bekerja kampung seperti penoreh getah & tukang rumah
mmg tak boleh kerja la...jadi kebanyakannya akn dok rumah sesaja..melainkan yang agak rajin dan berminat akan ke tempat air naik dan memasang pukat untuk pukat ikan..biasa banyaklah ikan2 "darat" (ikan air tawar) musim ni..
dan itulah lauk musin tengkujuh di kelantan...ikan puyu,haruan, sepat, keli, dan macam2 lagi..dan kalau ada rezeki lebih tu boleh buat jual lagi....itu kalau dikampung2 la....harga ikan2 ni boleh tahan mahal jugaklah...nk mkn ikan laut segar mmg tak lah...kalu ikan sejuk beku tu pun mmg mahal la musim tengkujuh ni...mana boleh gi kelaut kan?
dah tak nampak mana jalan mana sungat-bahaya
Tapi seronok jugak lah main air tu (masa kecik2 dulu mmg nilah yang ditunggu pulak tu time cuti sekolah) sekarang mmg tak la nak main hujan...anak2 pun tak dikasi main..(dulu boleh je) huhu
entahla sekarang ni rasa bahaya pulak bila anak2 nak main air..dulu tak fikir bahaya pun:-)
dulu lain sekarang lain kan?





December 24, 2012

Sate ikan

Assalamualaikum w.b.t

Sate ikan ni budak2 mmg suka (org tua pun tak kecuali)
sangat popular di kelantan (tempat lain saya tak tahu)
masa sekolah dulu, balik sekolah boleh dikatakan hari2 beli sate ni...
murah jer dulu, dan sate pun gemuk2..
sekarang, ni saya beli kat pasar tani di Machang, 20sen secucuk..ok lah kan nak rasa.
anak2 saya belum pandai makna bendalah ni...tapi nak beli kena pilih2 jugak....yang penting kebersihan si penjual tu:-)

Banjir

Assalamualaikum w.b.t

Pantai timur dah mula banjir.
pagi dtg keje depan ofis dah naik air..dalam beberapa inch nak jejak lantai..
kete pun kena parking kat tepi jalan besar..
semalam pegi bandar...mak aii jamm ya amat..
.
.
.
.
jalan2 yang biasa air limpah kalau ikut laluan jln kuala krai-kota bharu (dari ketereh)
- depan petronas mulong
- tunjong

Sila berhati2 ya..
- pasang kan lampu sepanjang perjalanan
- jangan suka-suki nak potong ikut kiri, kang ada lubang ke apa mahu terbabas sapa susah.
- tolong hormat pemandu lain, sila berhemah ok:-)

December 19, 2012

Selamat kan Islam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t


2 komen dari ikramesir saya copy & paste.
Sumber dari youtube ini

[Perkongsian Nasrul,Zain,Afdlin,Ustazah Maznah di GAZA]

PART YANG TERLEPAS :
Roti dijual dengan 3 Harga
1) Harga Pasaran - untuk golongan mampu
2) Harga kos - untuk golongan kurang mampu
3) Percuma - untuk golongan tidak mampu
-->Yang mengagumkan adalah palestinian datang dan declare mereka dari golongan mana, seandainya mereka mampu, mereka tidak menipu dan mengambil harga percuma. Mereka datang dan bayar sebagaimana yang diperuntukkan.

Ustazah ada berbual dengan Bront(Nasrul) pasal hal ini :
kata Nasrul, "Itulah mereka ustazah, mereka(Palestinian) ini ada IMAN dan MARUAH"
Jawab ustazah, " Jadi, kita perlu tolong rakyat Malaysia. Kalau rakyat Palestin kita perlu bantu untuk menaikkan ekonomi mereka, Tapi di Malaysia kita perlu tolong untuk naikkan IMAN dan MARUAH mereka.


p/s sangat signifikan kan dengan kita sekarang...kita (islam) dilanda penyakit sosial yang agak kritikal sekarang...tak percaya? Wallahua'lam.

December 17, 2012

Nak memenangi hati anak

(untuk hati suami tak perlu dibincangkan disini:-))
Jadi ibu ni bukan senang kan...
nak memenangi hati anak tu rasa macam huh..banyak manalah sayang ank itu pada kita:-)
itulah yang rasa sejak jadi ibu ni..walhal kita tahu "setiap anak akan menyanyangi ibunya" walau macamana sekali pun.
.
.
jadi untuk memenangi hati anak, saya nekad nak:-

1- nak belajar masak - bukan lah tak tahu langsung, tapi nak pandai masak macam2. kalau boleh apa yang anak nak makan tu pandai buat, bukan pandai beli:-) huhu

2- nak belajar jahit - ini mmg saya failed. kakak2 saya semua pandai menjahit (menurun dari mek saya yang dulu adalah seorang tukang jahit)..saya adalah pandai pakai saja...jadi saya nak sangat anak2 saya pakai baju yang saya jahit (anak pompuan la kan, baju kurung)..anak lelaki takkan la kut...tapi mana tahu kemeja pun boleh jahit kannnn (mek saya dulu baju kemeja adik dia yang belajar kat U dia jahit sendiri - impress kan? (kenapa la bakat dia tak menurun kat saya ni) ....Mana nak belajar ni:-)
baju kurung pertama untuk najibah dari ibu....bangga rasa bila ank pakai apa yang kita buat. saya ada buat skirt untuk najibah jugak:-) walau jahitan nya tak secantik tukang jahit, tapi untuk mula2 ok la rasanya..kena usaha lebih lagi..nak beli kain banyak2 rasanya:-)
3- nak tambah (hari2) ilmu - ini tak kira la ilmu apa sekali pun (agama apa tah lagi).

itu je la dulu yang teringat...kalu boleh nak jadi superMOM:-) hohoho

December 13, 2012

tiada rasa

sungguh lah, buat masa ni takder rasa nak menulis & kongsi di page ni..
boring kut..
tak macam awal2 buat blog dulu..semua benda pun nak tunjuk & beritahu kan?
tapi takderlah sampai nak tutup pulak.
cuma saya terfikir, blog saya ni takder apa ilmu yang boleh dikongsi..rugi lah pulak kan.
jadi saya tengah dok cari apa yang boleh saya kongsi agar dapat beri manfaat untuk semua..
saya harap kawan2 masih sudi baca blog saya yang suam2 sejuk ni:-)
saya takkan tutup blog ni, lain lah saya sudah kembali kpd Yang Maha Pencipta kita..In Shaa Allah.

dari;
saya yang sedang down:-)

December 02, 2012

dah masuk december

sekejap jer dah nak ke penghujung tahun 2012
.
.
aduhai..cuba tengok apa yang kita capai untuk tahun 2012
bukan setakat dunia saja ya...akhirat pun patut dalam list target untuk peningktan.
tahun baru hijrah pun baru lagi..tak salah untuk sama2 tingkatkan mana yang patut.
.
.
tanggal 01/12/2012 genaplah 19 tahun arwah ayah kembali kepada penciptanya...Al-Fatihah
.
.
.
saya ada satu misi untuk tahun depan. Allah saja yang tahu...semoga dipermudahkan & ditunjukkan saya jalan untuk itu. Harap tidak terlambat...

November 27, 2012

Mencari Tiket Keretapi

Tajuk dah boleh buat tajuk novel dah tu kan?
Kisahnya, angah & anak2 dia balik kampung (macam biasa la cuti sekolah ni kan)
Dia balik dengan bas, tapi nak pergi dengan keretapi. Katanya best naik keretapi.
Tahun lepas pun dorang balik JB dengan train..seronok lah budak2 kan.
.
.
So pagi tadi pesan dengan officemate minta dia tolong belikan sebab dia keluar ke Pasir Mas (tempat nak naik train nanti)
Nak jadi cerita tiket katanya sudah habis untuk tarikh yang saya minta. Tiket seterusnya yang kosong lagi seminggu lebih...wah lama tu..
Yang si angah mmg gelabah la bila saya cakap tiket takder & yang kosong lambat lagi..
macam2 la tu fikirkan-ialah anak2 sekolah, nak kena prepare apa yang patut kan.
.
.
Saya cakap takper la, biar saya cari agen travel kat Wakaf Che Yeh, mungkin ada agen untuk tiket train KTM...so keluar lah saya dari sarang ofis. Jumpa satu pejabat agen travel ni, tapi berkunci pulak, telefon cakap ada kat main ofis saja, which is main ofis kat KB..alahai nak kena pegi KB pulak...takper la niat untuk kakak tersayang kan...tangguh pun kena pegi cari jugak.

Jadi hari ni saya ke KB setelah berapa lama tak pegi...wahhh kagum sekejap..jalan pun dah ada atas bawah...dulu ada trafic lite dah takder, nasib masih boleh ingat jalan..huhu

Terfikir saya (ni masuk bab politik sikit) mana lah yang orang cakap KB (ibu negeri Kelantan) ni tak membangun. Rasanya ok jer..saya tengok kat negeri2 lain pun macam serupa jer, entah lah kat mana la yang tak membangun tu pun tak tahu la. Ok lupakan lah pasal tu..kita cerita lain:-)

Ok sampailah saya kat travel agen ni.....cakap2 apa yang nak..ok lah dapat tiket yang dekat sikit dengan tarikh yang angah nak tu..alhamdulillah.
Pastu tertengok lah pulak pakej percutian yang ada...hmmm best nya la kalau dapat pegi..(sekarang tak boleh nak gi cuti jauh2...dalam proses nak buat rumah kan, nak pakai duit semua tu) takperlah, insyaAllah ada lah tu di lain kali kan..
.
hah dah la tu..habis lah cerita 'Mencari Tiket Keretapi'
sikit gambo KB yang sempat saya capture sakni:-)



byee....

November 26, 2012

31 @ 32

mmg sah2 la sudah tua..
umo sendiri pun tak tahu berapa..huhu
mlm td dok borak2 ngn abg & adik..
cakap la esok birthday T (kena cakap sb dorang mana nak ingat-sedeyyy)
itu takper...sudah biasakkkk
.
.
so dorang tanya la dah ke berapa?
dengan yakin ku jawab..32 dah...tua dah kan?
hahaha
.
.
tapi dorang macam errr
iya ke?
iya lah..mesti la org ingat-umo sendiri marrr
.
.
hehe
tapi hah ko....1981 la..so 31 la..
ini tua ke tak tau kira ni?
huhu
apapun saya sudah memasuki umo 30-an
mmg sudah tua pun...
harap tahun ni lebih bahagia untuk diri dan keluarga..
semoga saya dilimpahkan rahmat Ilahi..dan perjalanan hidup saya diberkatiNya..amin

31 tahun sudah....alhamdulillah

November 21, 2012

Boikot : pendapat saya

Saya tekan kan sekali lagi ini hanya pendapat saya yang sangat naif ni...
.
.
bila kita berbicara pasal boikot ni..
kalau kamu kuat kamu boikot
kalau kamu belum cukup kuat tak perlu lah nak ikut boikot dan tak perlu lah nak bagi alasan yang bermacam2..itu masing2 punya usaha kan. Dan masing2 punya iman:-)
Para ilmuan kita pun dah buat ulasan. Buat setakat yang kita mampu.
Ya betul...kalau setakat boikot certain2 product takkan muflisnya si Israel/Yahudi tu..
tapi sekurang2 nya kita berusaha. Saya juga yakin, katakanlah kita boikot sesetengah barang mereka akan bagi effect juga la kpd sales mereka tu...kita ada pilihan kan?
.
.
pastu pasal anak2 muda kita yang bekerja dengan syarikat2 berkenaan...cubalah cari kerja lain pulak kan..mana tahu, dengan kerja lain kita lebih bahagia...kadang sebab rezeki x berkat kita rasa hidup ni susah sangat walau tiap2 bulan ada gaji kan. mungkin sebab kita kerja kat tempat2 macam tu? mana tahu kan.
Ubah la sikit cara tu..tak semestinya kerja sendiri tu tak menjamin kehidupan...kita usaha, kemudian serah & tawakal kepadaNya. Ubahla sikap...jgn malas, itu saja sifirnya:-)
.
.
Ya Rabbi, selamat kan saudara2 kami yang dizalimi...amin.

November 20, 2012

Anak Soleh saya : 1 Tahun 8 Bulan

Amboi kemain tajuk kan...
takper..tu tajuk seorang ibu...jadi dikira doa seorang ibu jugak:-)

lena dibuai mimpi pagi
sudah 1 tahun 8 bulan kasih kami bertaut di bumi ini...sebelum itu di alam rahim 9 bulan dikendong kemana saja tanpa ada rasa nak letak sebentar walau sesaat- itulah hati seorang ibu..
.
.
anak2 yang BF ni manja dia lain macam sikit katanya...
kalau boleh time tido mmg nak berkepit sesajer.
saya dari najibah lagi..mmg kalu tido kalu tak terkepit celak ketiak ibu tak sah..
dan kalau macam tu..pagi2 nak bangun agak susah la...nak kena letak bantal atau apa sbg pretend ibu ada sebelah...contoh macam kat atas tu...kalau tak bersentuh ngn apa2 kita akan dengarlah jeritan batinku di pagi2 subuh hening...hehehehe
.
.
ohhh masa lagi beberapa bulan ibu & syahmi perlu ber'cerai' susu..
tak sanggup rasa...sama macam kakak dulu..kakak lagi awal sebab syahmi dah lekat masa akak umu 1 tahun 5 bulan lebih kurang...
.
.
tengok muka anak2 masa tido, terus teringat kat anak2 yang dalam kesusahan..macam kat Palastine, Somalia, Rohingya  dll..syukur kita tidak di tempat itu sekarang...betapa kalutnya mereka untuk menyelamatkan diri...Allahuakbar..bantulah mereka Ya Allah.

November 19, 2012

As-syura 2012

Kami buat hari sabtu, 2 Muharam 1434h..
saya ada bawa cam tapi segan lah pulak nak amik gambo beria..
tapi ada jugaklah budak2 amik.
tapi tak ikut piawaian saya lah..
saya kalu boleh nak dari sedia barang sampai lah masa bagi2 nak agihkan kat orang kampung...
seronok sangat..
penat pun berbaloi sb boleh bagi kat orang makan..sekali setahun jer pun kan..

ni satu gambo satu curik dari FB budak 2 orang tu..
kami buat dua kawah...satu kecil & satu besar...
kat kelantan, bubur as-syura bila dah agak sejuk dia akan jadi macam lebih kurang bingka tekstur dia..so kita boleh potong2 untuk bagi2..
bagi kami sedap sangat, kalau orang luar tak tahu lah kan..selera masing2
kat dalam tu kita ada masuk kan..bawang (putih & merah), halia, lengkuas, serai, lada hitam & rempah as-syura tu sendiri...semua bahan tu di goreng terlebih dahulu untuk naikkan aroma dia...mmg wangi jer bau..

p/s saya tak pernah rasa bubur as-syura kat tempat lain...jadi saya tak boleh nak tahu beza dia.

November 18, 2012

Selamat menerima menantu

Selamat la  sudah ank buah sulung saya..bertemu jodoh dengan org Ijok, Kuala Selangor..
jauh jugaklah kami berombongan ke Ijok pada 10 & 11 Nov 2012 lepas
mudah2an cepat dapat baby..tak yah nak plan2..
biar dapat sorang dulu..pastu nak plan ke apa takper..korang muda lagi..
.
.
letih jugak lah..walau pun cuti panjang kan..
berjalan ni badan penat..nak2 pulak saya yang tak biasa travel jauh2..
alhamdullillah..perjalanan selamat, anak2 pun ok.
.
.
saya tak tahu kenapa blogspot ni takleh nak up gambo..
jadinya entri kurang manis sb takder gambo.
.
.
Apa2 pun tahniah untuk kak long & abe lie - menerima menantu
untuk pengantin - semoga bahagia hingga ke syurga.




November 15, 2012

Salam Tahun Baru Hijrah 1434h

Salam Maal hijrah untuk semua..
Doakan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni...Aminn


November 08, 2012

Kete rosak

kete kecil kesanyangan saya rosak pulak hari ni..
semalam balik tiba2 mati masa dok drive tu..
ketar lutut saya..tak biasa kan..
nasib tak jadi apa2..
tapi sempat la sampai rumah dlm 2-3 kali mati tiba2 tu..
enjin tiba2 mati tapi leh start balik..tak tahu apa masalah
tgklah petang ni tanya abang..dah hantar bengkel pun;-)
.
.
tapi ok jugaklah leh saya rilek sikit jadi mem besar orang hantar & amik:-)
nak jadi citer merc bos pun jadi benda sama..bila slow enjin mati..huhu
penyakit berjangkit ke apa ni..hahaha
kebetulan:-)
.
.
harap petang ni ok la.

November 07, 2012

Cuti panjang tak perlu minta....

best betul hujung minggu ni...
cuti seminggu tanpa perlu isi borang cuti..
bermula 11/11 & 12/11 - cuti keputraan Sultan Kelantan, Semoga Sultan kami sentiasa dalam redha Allah s.w.t
kemudian 13/11 - cuti deepavali
dan akhir sekali di hujung minggu hari khamis 15/11 - Awal Muharam, Selamat tahun baru hijrah. sedar tak sedar sudah setahun kita...semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari ini.
.
.
kami insyaAllah akan ke Melaka & KL untuk majlis kawin anak sedara & sepupu
semoga perjalanan kami selamat dan berkat.
.
.
heyyy tak sabar betul nak jalan2 ni..
dah lama betul tak berjalan jauh...
huhu

Itik Serati yang diingatnya...

aduhai..rindu rasanya kat bonda tercinta saya tu..
dah hampir 2 minggu dia kat KL..
rasanya paling lama dia tinggalkan saya adalah masa dia buat haji tahun 2010 tu..
selebihnya kamilah yang selalu tinggalkan dia huhu
Tapi sekarang tak lagi...sebab saya mmg tinggal dgn dia..
dan rasanya sampai hujung nyawa lah saya dengan dia sebab kami lakibini mmg keje kat kampung...huhu
dan sekarang dalam proses nak buat rumah kat..belakang rumah mek jugak hehehehe..tanah orang tua kasi..alhamdulillah
tanah yang kami ada beli tu tak jadi nak buat rumah kat situ..kami cadang nak tanam getah...insyaAllah boleh jugak hasilnya...tu dalam perancangan la..
.
.
eh nak citer pasal mek..pegi melalut pasal rumah pulak..soriii
ya dia sekarang kat KL
pegi dgn kak long lepas raya korban hari tu..
mula2 mmg takmo pegi..biasala org tua kan..
mana nak duk rumah org lama2..walau anak sekalipun...
macam2 alasan dia..
last sebelum pegi dia tambah pulak angsa sebagai ternakan dia..
saya dah tahu..tu akan jadi alasan dia kalau anak2 ajak pegi rumah dorang..huhu
mmg pun.
.
.
so pendek cerita..dia pegi la..
sb kami cakap kami akan care betul2 segala macam itik serati angsa dia tu...
bagi makan 4-5 kali sehari..
tukar air sekali..
siram pokok2 bunga & tanaman2 dia jugak..
huhu
.
.
tiap kali tepon mesti tanya itik+serati+angsa dia dulu
bukan nak tanya kabar kami ni..ahh korang dah besar panjang..tahu lah jaga diri masing2-katanya
itik+serati+angsa dll tu nak kena jaga, bukan boleh buat sendiri-katanya lagi..
hah ko amik sebijik..
ngada nak manja2..takdernya..
yang dia tahu bagi tak makan kat ternakan dia
siram tak pokok2 dia..
huhu
hujan tak kat rumah-kalau tak hujan rugilah dia-tak menoreh hehehe
jawapan selamat-hujan, takleh menoreh pun..benonya tak hujan pun:-)
hehehe
itulah bonda saya. walau apa pun dia tetap kesanyangan kami:-)
mek saya...kat belakang tudung hitam tak berapa nak clear tu ma (MIL) saya...saya cuma ada doa dr dua insan ni saja..kedua ayah saya dah takder...moga Allah panjang usia mereka berdoa:-)

November 06, 2012

Primadona

Sapa tengok show tu?
apa ke hal lah ya..sampai 4 orang nak kena jadi host?
semua macam berebut nak cakap..
hehehe
ntah apa2 lah ASTRO ni...jgnlah main ambil jer program2 ni...
orang bayar bukan nak tengok program ntah apa2.
.
.
lagi satu MELETOP tu..
takder idea langsung..apa yang meletop pun tak tahu lah.
came on la..dah banyak lah program2 macam tu
buat lah lain pulak..
asyik dok citer retiss jer
.
.

November 05, 2012

Kakak : Diaper less

horeyyy
kakak dah tak pakai diaper lagii
siang & malam akhirnya..

tak susah mana nak train rupanya..
yang siang tu tak payah citer la kan..dah agak lama dah..
sejak dia umo 2++ lagi dah free diaper..
yang malam ni pun dah try lama
tapi banyak kali end up ibu yang malas..
iyalah..kadang ibu tido tak sedar apa..
jadi tak sempat kejut kakak tgh2 mlm tu:-)
tapi sebelum raya korban hari tu dah janji dengan myself
takleh jadi ni...
kena jugak train dia
so buat la..
sebelum tido masuk toilet dulu..
pukul 12 @ 1 am kejut dia bangun shi-shi
subuh bangun terus masuk toilet..
hehehe
boleh pun..
dan sekarang..tak perlu kejut lagi
dah boleh kejut ibu kalau nak shi-shi..good girl kakak...macam tu lah anak solehah ibu kan:-) ikut arahan, walau kadang2 sekarang ni pandai lawan cakap ibu ya...dah besar ya:-) takper..dalam proses pembesaran mmg macam tu...ibu dulu pun gitu.

gambar lama..masa ni diaper free siang jer:-)
jadi sekarang..ibu dah kurangkan sikit jumlah pembuangan diaper untuk alam sekitar katanya & yang penting poket ibu+abah sedikit jimat betulnya...huhuhu

November 01, 2012

Anak Soleh & Solehah Saya - Part II

Rentetan entri ini. 
Hari ni kiter citer anak soleh saya pulak.

Terbaru...raya korban hari tu:-
Budak ini sekarang sudah 1th 7bln umonya..
banyak sangat keletahnya yang buat kami lelah...hehehee
tapi dia jugaklah pujaan hati (bukan pilih kasih ni)
sudah tahu macam2 jugak lah
dah besarkan..padanlah dengan perkembangan dia
boleh cakap sudah...saya perasan anak2 kami mmg cepat b'cakap
kakak dulu pun sama jugak..b'cakap dulu baru jalan kedek2..
apa2 sajalahkan..yang penting syukur..alhamdulillah
.
.
oohhh anak soleh saya ni kuat merajuk..
sangat suka merajuk..
hati tisu budak ni:-)
.
.
apa lagi ek..
lost track sudah ibunya
emmm
rasanya belum sedia nak ada adik lagi..(lebih pada ibunya yang belum sedia hehehe)
.
.
suka sangat tengok budak pompuan...
tak tahulah nak mengorat ke apa..hehehe
tapi kalau ada budak pompuan...siaplah dia tenung & belai2 manja budak itu..huhu
jenuh ibu nak memilih menantu nanti:-)
.
.
apa sajalahkan...
akhir kata..saya doakan anak2 saya berjaya dunia & akhirat. Amin.

October 30, 2012

Saat2 akhir hidupnya


Saat untuk ditumbangkan....
Tumbang sudah...
Anak buah tak amik gambo masa TokPa sembelih..so ni setelah disembelih..
selesai...masa untuk dilapah & dibahagi untuk 7 bahagian.


 
Alhamdulillah, semoga korban diterima,Amin.

October 25, 2012

Selamat Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya semua..
Semoga jemaah2 haji Malaysia semua dapat haji yang mabrur..
tahun ni insyaAllah ada korban..bahagian sapa tak tahu lah..
tukar2 la..
mek dah siap buat ketupat, buat awal sb hari ni dia nak puasa:-)
pagi tadi dah sarapan ketupat dah..hehehehe
.
.
.
sekali  lagi Selamat Hari Raya:-)
hati2 kepada mereka yang balik kampung:-)
.
.
Labaikallah

October 23, 2012

dah cabut gigi:-)

cabut petang semalam
punyalah debor macam nak beranak pulak tunggu turn..hehehe kecoh:-)
saya cabut gigi bongsu..
doktor cakap gigi dah menghiris kat pipi tu yang sakit..
gigi bongsu mmg susah nak jaga dia cakap
baik buang saja..
dia suggest lepas ni buang yang kat bawah pulak
huhu
.
.
.
sakit masa cabut tak rasa pun..yelah dah di cucuk ubat bius kan
tapi boleh dengar la doktor tu tarik gigi tu..
sekejap jer dah siap, ingatkan lama la
fikir dok hujung2 kan..mesti susah ni
tapi tak pun..sekejap sangat..
tiba2 doktor cakap ok siap,tunggu depan amik ubat ya..
alahai..
tak berbaloi neves2 tadi.
.
.
yang kat bawah tu dia cakap nk kn oprate sikit sebab terlindung dalam gusi..saya pun tak tahu la macamana
tengok la nanti..sb sekarang gusi belah bawah tu masih bengkak.
.
.
kos untuk cabut gigi bongsu belah atas adalah $70.00
tak tahu lah murah ke mahal, sb saya tak pernah cabut gigi kat klinik sebelum ni.
ok lah..
gambo takder..segan pulak saya nak ngamik gambo hehhe
kalau pegi lagi lepas ni..insyaAllah saya minta izin amik gambo:-)

October 22, 2012

gigi sakit

gigi ke gusi ek?
tapi mmg sakit
nak kena cabut nampak gaya ni
dah selalu sangat
.
.
eh korang mmg pegi dentist 2x setahun tak?
saya tak pernah pegi sejak lepas sekolah dulu huhu
ada la check masa pregnant kat budak 2 orang tu..
.
.
takut la nak kena cabut gigi pulak..
tak boleh ke cabut gigi macam kecik2 dulu
goyang2 jer dah boleh cabut..hehehe
ini nak kena bius la..pakai2 segala macam benda..taku la pulak nak pegi ni
kang tak pegi merana duk sakit gigi sokmo alahai:-)

October 21, 2012

horeyyy

horey..horey..horey
kita menang kitalah juara..
huhu
.
.
meraikan kemenangan tak salah kan?
ya...kena berpada2
.
.
tengok game malam tadi mmg menyesakkan dada
nasib anak2 pun sporting..
tak terkejut tgk ibu dia...hehehe
.
.
geram jugak lah tgk pak2 ref. tu
huhu
.
.
bak kata pak sathia-pemain kelantan jatuh macam nangka..
nangka pun nangka la..kami dah menang pun game malam tadi-terima sajalah:-)
bila Dia dah tentukan kemenangan-menang lah kami, begitu juga sebaliknya (kami terima)
hehe..
habis la kopok,kacang...dan seangkatannya:-)
.
.
tahniah warriors semua:-)
dapat kami julang piala (lagi)

October 15, 2012

Anak soleh & solehah saya

Amin...
ucapan satu doa kan..
mana tahu ramai yang baca post ni...insyaAllah anak2 saya jadi anak yang menyejukan:-)
.
.
.
lama sudah tidak tulis perihal mereka kat sini..
lost track dah pun apa yang dorang dah capai hehehe
.
.
kakak, Nur Najibah
anak sulung saya, umur menghampiri 4 tahun (2013)
insyaAllah, tahun depan saya akan hantar dia tadika
ramai yang kata awal sangat, kang nanti anak jadi muak dgn school..insyaAllah tidak.
lagipun dia sekarang dok dgn tok dia pada belah petang sebelum kami amik, jadi manja dia berlebih2.
jadi saya rasa saya patut....kurang kan sikit "kemanjaan" dia tu. insyaAllah akan jadi lebih baik nanti.
sebagai anak sulong, dia takder benchmark, jadi apa2 hal kami lah contoh paling hampir untuk dia...
jadi sekarang mmg amat perlu sangat jaga apa saja perbuatan kami.
sekarang pun dah pandai sangat membebel macam saya (saya peratikan dia)
adik la jadi magsa...bila saya tanya-kakak kenapa marah adik macam tu?
dia jawab..kakak marah macam ibu la...huhu
refleks sangat2..jadi ibu kena behave:-)
bab mengaji:-huh ini mmg mencabar, mmg dia dah boleh hafal surah2 pendek tu..tapi dia belum mengenal. Jadi saya mintak dia baca IQRA' dulu sampai betul2 kenal huruf jawi...tapi takmonya dia.
dia nak baca quran terus...tokmek dia selalu bising...sebab dia takmo baca IQRA'...hehehe
sudahnya saya minta dia ikut & dengar saya baca (sekerat jelah dia tumpu) lepas tu main--hish
takper perlahan2..insyaAllah dia akan mengenal nanti...(suka dengan adik darwish & darwisha kecik2 dah boleh hafal surah2 panjang) boleh klik disini untuk tengok macamana cara ibubapa mereka bentuk anak2 hafiz).
kakak suka berangan..suka sangat cakap sorang2..macam berlakon..huhu sebijik macam ibu kecik2 dulu (hisk)..
semalam dia cakap dia nak "sleman"..tahu apa itu "sleman"--->senaman (hehehe)
saya ingat sulaiman mana la dia nak...rupanya nak senaman:-)
dah suka tengok kartun- ini mmg saya tak suka:-(
tapi nak buat macamana kan..takper lepas ni boleh control.
makan sangat2 cerewet->susah untuk ibu nak tahu kegemaran dia.
balik2 mee (masak apa pun takper, janji mee)
ibu buat la kek cokelat ke...nasi ayam ke..nasi lemak ke..biskut2 ke...hmmm
makan sikit jer..penat ibu masak
dia hanya makan nasi+telur goreg @ ayam goreng.
sayur mmg langsung tak nak...huhu
susu dah tak minum..
gula2 & aiskrim mmg kesukaan...huhu
ehh
dah panjang pulak ni
rasanya untuk anak soleh saya, saya sambung lain kali lah pulak.
panjang sangat pulak entri ni..
yang kakak pun kalau ikut nak cerita....mmg tak habis la.
lain kali ok..insyaAllah..


October 14, 2012

5 tahun....

huhu..
5 tahun berkongsi rasa..
tipu kalau takder sesi tarik2 muka..rajuk2..bengang...hehe

itulah kehidupan berumah tangga:-)
cuma depends pada kita untuk mendepani semua itu:-)
.
.
Alhamdulillah, itu yang patut di panjatkan.
.
dan saya percaya jugak..."sleeping partner" saya tu bukan amik tahu pun tarikh2 ni..
kalau saya nak terasa mmg setiap tahun la makan "jeruk rasa"..hehehe
.
.
jadi sekarang saya dah boleh terima itu semua..
ingat tak ingat lain cerita, yang penting dia lelaki terbaik untuk saya:-)Alhamdulillah
.
.
melepasi fasa pertama rasanya..huhu
masih jauh lagi perjalanan..jika diizinkan:-)
semoga kami akan terus dapat mengemudi kapal kami bersama hingga ke syurga,insyaallah.
semoga dia juga sentiasa diberkati, di beri taufiq & hidayah dlm perjalanan ini...menjadi imam saya & anak2:-)
.
.
gambar berdua terbaru yang senonoh sikit takder la pulak..so gambar 5 tahun lepas pun ok la kan..
kata anniversary:-) 
 hehe...malu2 kucing:-)meooowwwwwww



October 08, 2012

panik

kisah ni dalam sebulan jugaklah terjadi...
saya belum cerita kpd sapa2 pun kecuali ex-oficemate saya.
.
.
.
punya takut saya masa tu.
nak tahu kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
hehehe main2 pulak ya:-)
.
.
.
.
saya punya suspen.
macam nak luruh jantung saya (masa tu la)
tengok resit bal dlm bank
punya la terkejut saya tgk balance tak spt yang saya kira..
mmg ketara sangat.
dah la masa tu kat klinik, ank demam
tengok resit balance (tertengok sebenarnya) tinggal berapa je balance.
saya jenis bila sudah selesai kat ATM tak pernah tgk resit..terus masuk dalam bag..cepat beredar, iyalah ko dok tercanguk kat situ..orang lain nak guna jugak kan...jadi saya mmg cepat2 akan beredar...kalau sempat tgk..kalau tak mmg tak tengok.
Masa tu saya dok fikir..ada tak terima email2 pelik2 ke..sms ke...huhu
Abang dok tanya pun saya jawab sambil lewa je..
dan2 ajak abang pi ATM nak check balance iya ke tak...tapi tak cakap pun hal sebenar..
tapi tak pegi pun..sb abang kata malas nak pusing balik nak gi bank..huhu
jadi malam tu tido lah saya dalam keresahan...
.
.
.
pagi2 esoknya..siap cepat2
pegi ofis..
ingat nak singgah ATM..tak jugak singgah
.
.
tawakal jelah..sb saya mmg yakin yang saya tak terima apa2 email & sms pelik2 (iyala kan, saya kan selalu beli online, risau la jugak)
.
.
masuk ofis..
dengan bismillah...
saya pun masuk m2u...
.
.
.
wahhh
alhamdulillah...balance sama macam saya kira...huhu
tapi kenapa kat resit balance tu macam tu.idak la saya tahu..
mungkin itu resit orang sebelum tu yang dia tak ambil..jadi resit saya yang selepas tu tak betul2 keluar..sebab masa saya ambil resit tu pun macam susah jugak lah..kena tarik sikit baru leh dapat resit...huh
macam lah..

saya mmg panik...sb duit tu lah nak buat belanja kalau ada emergency...
duit tulah kami dok rancang nak buat rumah..
buat belanja kalau abang takder projek masuk (orang keje sendiri katakan)
iyalah...banyak la bagi saya...walau tak sampai ratusan ribu..

syukur...sekarang saya dah agak fobia pulak nak online m2u...
harap takde la jadi macam tu lagi...
sakit jantung mekkkk.....:-)

October 07, 2012

tengok bola kita:-)

semalam kan 1st round semi final piala malaysia..
KEL vs KB
.
.
kami pegi la tengok..
tak pernah pun pegi sebelum ni...
entah kenapa plan adhoc je pun..
huhu
orang punya lah ramai..
biasa kalau tengok fan kelantan kat internet tu...ramaikan?
macam tu lah yang saya tengok semalam.
baru lah percaya yang fan kelantan ni mmg betul fanatik.
rata2 yang datang tu sejak dari pagi lagi kalau nak dapat tiket astaka..
kalau tak dok la kat tempat biasa...

kami pegi lepas asar...sampai sana mmg org dah beratur la..
parking kete cantik2 jalan kaki ke studium...
huhu
agak jauh..tapi bila jalan ramai2 tak terasa pulak..syok pulak saya rasa.

tunggu adik ipar pi amik tiket dgn member dia
tengok Q makaiii kemain panjang..dapat ke tempat ni..
dah la dengan anak lagi ni..

adik ipar cakap dia boleh tolong masuk cepat sikit sb bawa budak kecik kan..tapi saya risau jugak lah kang nanti orang cakap apa pulak..tapi ada pulak orang sokong..cepat2 je dia cakap pegi jer kak..biasa je macam tu kalau ada anak kecik..insyaAllah orang faham...wahhh supporting sungguh mereka2 ni...Alhamdulillah kami dapat masuk awal dan boleh la tempat yang agak strategik jugak lah..

dah masuk tu...mak aiii ramai nya orang yang awal...
tiba time maghrib mereka solat je kat situ...ooo terharu gak la.
tapi ada jer yang tak perform...
huhu tu tanggung sendiri la ya.

mulanya tempat saya tu ok jer...
tapi masuk satu kumpulan budak2 muda...huhu
tak hormat langsung yang saya saya ada ank kecik...
terpekik2...
betul lah kan..tempat tu bukan masjid nak senyap jer kan...
tapi kalau dah over kemain..
siap gurau2 lucah pulak kau kan..
melampau lah tu..
aku pun (hah kan dah keluar aku tu) pun sorak jugak
takderlah over kemain macam ko..
macam kan ko boleh main better dan ko boleh jadi referee bagus jer...

geram2 pun kami mmg tunggu sampai habis jugak lah.
iyalah nak turun mmg susah lah..orang penuh
pastu anak2 pun takder la buat hal..
cumanya geng budak2 tu lah
tak ramai pun dalam 5-6 orang jer dan yang over nya  sorang jer..
tapi tak syok lah dok kat tempat orang yang suka gurau2 lucah macam tu..
mmg saya tak boleh terima...

apa2 pun best jugak tengok bola ni live ni ya...biasa dok tengok TV jer..

 
hehehe boleh pegi lagi kalau ada lagi:-)
p/s nasib menang, kalau tak kena bahan dengan adik pulak. dia takmo ikut.

October 03, 2012

yeyyy:-)))

yeyyy TRW mara ke separuh akhir...
mlm tadi tengok dalam keadaan tertekan..
yang menengok pun tertekan apatah lagi yang main..
2 kali bolos...nampak macam takder harapan..
tapi mujur player main sampai ke wisel penamat...
hahha..
boleh masuk semi final..lawan dengan selangor..
didoakan jugak boleh ke final..
gomo kelate gomo!!!!!!!!

October 01, 2012

Alahai skrip

kalau kita perhati betul2 skrip drama2 ni boleh buat salah tafsir pulak..
kan dah timbul macam2 cerita.
tapi betul la jugak...rujuk la dulu orang yang berpengetahuan dalam bidang dia  kalau ada sangkut paut dengan hukum.
kang nanti seumur hidup dok tanggung, tak ke nanya badan.
.
.
malam tadi saya tertengok drama apa ke tajuknya...hishhh boleh pulak dia buat lawak....lebih kurang la ayat dia...kan baru baru balik mekah..tak pakai (tudung) orang kata pulak kennnn..
amboi kemain lagi..takut orang kata. Hukum Allah tak takut pulak ya?
.
.
hmmm..apa2 la labu oiii
kalau taknak buat tu dah lah, janganlah pulak dipermainkan hukum2 ni....wallahua'lam

September 30, 2012

suka-suka je ni..:-)

Ain nak pegi Perth...bawa baju kurung
balik..kemas semua baju kasual...mana baju kurung dia eks:-))))

Belanjawan 2013


Belanjawan 2013 telah dibentangkan oleh YB PM kita pada jumaat lepas...
saya tak tengok pun...
satu famili tido tak sedar diri..
bangun dah pukul 5 ptg...pastu plan on tthe spot nak gi ziarah tok chek pulak..
mmg takder la nak tengok.
.
.
tapi, jujurlah saya cakap...sebelum2 ni pun saya tak pernah ambil kisah langsung dengan 'belanjawan" ni.
saya mmg tak tahu apa pun pasal ekonomi...teruk kan saya?
.
.
jadi apa ispati belanjawan tahun ni?
kata orang ini last belanjawan sebelum PRU13 ya?
hehehe
saya yang dapat lebih untuk belanjawan kali ni?
saya dengar orang bujang pun boleh dapat saraan 1Malaysia jugak.
pastu ada diskaun macam2...baguslah.
apa yang penting rakyat pun sama2 dapat rasa kekayaan negara tu:-)
hehehe
.
.
tapi lewat petang tu...masa kat rumah tok chek saya dapat sms dari mykakak
hehehe
...ayat lebih kurang dia....gula naik rege esok...dah ada stok ke?
huhuhu macamkan nak simpan stok bertahun:-)
.
.
rakyat marhean macam kami ni..tu ajalah yang dikisahkan:-)
dah itu yang jadi keperluan kami si rakyat jelata-gula,minyak,tepun,beras,sabun (keperluan asas)
.
.
impaknya...mungkin akan ada kenaikan harga makanan nanti..walau dorang gesa jangan naikkan harga makanan...gesa jer..tapi mana dorang tahu peniaga naikkan @ tidak kan?
tapi kebanyankannya naik la:-)
dorang tak umum pun harga barang tu naik jer sokmo:-)
tak pernah nak turun2:-)
.
.
.
hehehe senyum jerlah boleh:-)

September 27, 2012

Sedih pulak tengok...kesian pun ada

kesian saya tengok suspek kes bunuh kawan & larikan duit yang dorang ambil dr ATM tu...
entah kenapa rasa sayu pulak tengok muka dia...ujian dia
ujian kita?
satu kesilapan yang dia buat yang merosakkan keseluruhan hidup dia....Alllahuakbar.
apalah perasaan nasib keluarga dia...semoga Allah kasihani & pelihara keluarganya..
saya tahu dia telah buat kesalahan..tapi tulah..rasa kasihan bila lihat muka dia....
semoga dia bertaubat & Allah menerima taubatnya.
disebabkan duit...manusia boleh lupa diri & sanggup melakukan apa saja...
.
.
Lindungilah kami semua Ya Allah.

September 25, 2012

Adam & Hawa

alahai nak tengok citer ni..
kat rumah takder tv layar lebar tu..
takleh nak tengok mustika...huhu
geram weh.
best citer ni..
novel dia dah baca banyak kali..
tapi semalam dok belek novel yang ada..takder pulak novel tu..
mana letak ek..
alahai..
.
.
citer ikut novel kalau buat drama bersiri ok lah..
banyak plot2 dalam novel leh masuk ke drama...
tapi kalu buat filem...mmg hancusss la..
mmg lari terus..
contoh cite ombak rindu...lagenda budak setan..
semua tu kalau baca novel mmg feel sangat..
tapi bila tengok filem oooonooo
baik buat drama episod2 ni..jadi citer tak lari..

.
.
ni dok layan online...mmmg sedih la..asyik dok hang jer..
alahai..
dah la ada masa sejam jer rehat ni...
nasib sekarang rehat tak kuar...sanggup tu nak layan citer ni online...hehehe

September 24, 2012

Sama2 kita doakan yang terbaik buat Adik Soleh


InsyaAllah...dalam ramai yang mendoakan, akan ada yang doa kita diangkat oleh Nya.

 Adik soleh...yang bakal berusia 2 tahun 6/10 ini.

Boleh ke blog ibu soleh untuk cerita terkini. Adik Soleh sedang berjuang melawan penyakitnya. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga...

September 20, 2012

sesajer

kami sekarang takder aktiviti sangat..
weken sibuk kat rumah jer..
tambah sekarang dalam proses nak bina rumah..
so mmg takder apa nak digebeng2..
takperla..
kalu hari keje pulak..rasanya sebelum ada pengganti ni..mmg saya tak keluar lunch la.
kalu keluar pun atas urusan..
huhu
ini maknanya saya boleh:-
- kuruskan badan
- save duit makan...hehehe
iyalah sekarang nak kena save sikit..banyak benda nak kena pikir.
kalu keluar lunch tu..ada jer saya bimbit buat balik..
jadi boleh la save sikit tu..
tapi masih lagi jln2 kat online shop..macamana tu?
huhu
.
.
huh dah tak tahu nak tulis apa dah
ok
bye
tq


September 18, 2012

Satu keluarga kena

ya...satu keluarga kena sakit mata...
sian...kakak yang kena mula2..sian dia. mata bertaik...bangun pagi takleh buka mata..alolo
budak ni satu hal dia mmg payah benar nak kasi apa2 ubat...nak titik bukan main siksa lagi apatah lagi nak kali ubat telan...hishh
satu jer dia leh accept - titik susu ibu:-)
alhamdulillah..dah ok..tapi tulah..kami la pulak berjangkit. adik syahmie baru kena semalam..harap tak lama la macam kakak. 
tengok muka budak sakit mata ni
.
.
.
.
.
.
 .

 
 alolo..siannya...taik mata kededek..tapi tetap la comelllll:-)


p/s...sakit mata ni boleh tahan jugak ya..bila kita tunduk rasa macam mata nak tercabut...tulah kan...nikmat Allah mana yang kita perlu dustakan....terlalu2 banyak....

September 17, 2012

Tergamaknya kamu

minggu ni cuti panjang semuanya ya..
staff suka lah kan...yang tak suka boss2 la...
hehehe .
.
.
tak suka baca sorat kobar pagi ni ..
berita orang tak betul buang anak kecil itu...LAGIiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
kalau lah diletak (tinggal) kat tempat selamat ok la lagi...
ni tergamak dia CAMPAK dari tingakat 3...nauzubillah..
ishhh..ni kalau dapat kat aku ni...aku campak dari puncak gunong stong terus..
biar tak jumpa terus jasadnya..ishh geram betul..ko tak rasa sakit ke..ko dah carry anak itu sampai 9bulan...tergamak pulak ko buat macam tu...
apa rasa ank itu..esok kat sana kelak, ko jumpa la anak kamu itu...dia alhamdulillah dah kat syurga..yang ko terhegeh2 la nanti..dan mungkin akan minta tolong anak itu nanti...tolonggggggg
.
.
orang kata berita buang anak akan agak kerap la di bulan sept ni...yelah lepas 9 bulan sambut New Year katanya...tapi betul kan..cuba kita perati...lepas acara sambut menyambut tu...akan adalah berita yang tidak ingin kita dengar ni. Tapi tulah kan...masih jugak berlaku.
.
.
anak2 muda sekalian..saya amat faham gelojak jiwa anda semua..saya juga pernah muda...tapi tolonglah jaga batas pergaulan anda semua...jangan lah terlalu rakus nak bersuka ria..hingga lupa batas. 
sedangkan kita buat semua pun ada batas..limit, inikan maruah kita..peliharalah kalau kita rasa masih ada MALU dalam diri...wallahua'alm.

September 04, 2012

sedih & suka

sedih-> akan kehilangan oficemate sekali lagi.
suka->sebab oficemate dah dapat keje yang lebih baik dari yang sekarang. Suka untuk dia;-)
.
.
boss belum decide nak amik pekerja baru...nampaknya saya sorang2 jerlah bunga nanti. untuk berapa lama tak tahulah. overloaded la nanti:-)
.
.
harap baik2 saja nanti.
.
.
keje tu boleh je buat..cuma nak kena belajar balik la..dulu pun saya yang buat,tapi dah lama tinggal, so nak kena mentelaah semula la:-)
.
.
takper2...sibuk maknaya syukur..saya masih ada keje kan?:-)

August 26, 2012

Lemang Raya


Dulu masa arwah ayah ada, dia mmg selalu bakar lemang...rasanya tak pernah missed.
lepas dia meninggal mmg kami tak makan lemang dah la...ada la makan tapi kat rumah orang la..
dah takder sapa yang tahu buat/bakar lemang..
.
.
tapi sekarang tidak lagi..
dah ada pengganti..hehe
orangnya tak lain tak bukan...my dearest la....
sejak kawin..5thn  sudah..mmg merasa makan lemang la kami semua..
ok boleh la jadi hidangan wajib kami kembali...selain ketupat palas (my mom signature dish)

 the preparation->masukkan daun pisang dalam buluh

isi beras dalam buluh

 bakar...api nak kena jaga betul2

p/s ketupat palas pulak..takder amik gambo, jadi takder la ketupat raya dalam blog ni...tapi selamat masuk perut kami sekeluarga...hehhee

Raya 2012


 yeloor mana cerita raya nya weh?
.
.
raya tahun ni sama macam lepas2 jugak..
meriah...walau anak2 tak sihat..
sedih betul....anak2 demam betul2 hari raya.
kami emapat beranak just dok rumah sesajer..
nak berjalan dah takder mood.
anak2 dok hokhek..nak buat macamana kan..ujian->sabar jerlah
.
.
alhamdulillah..dah ok dah semua..
risau jugak..agak teruk, macam nak kena athma pulak tengokkan si syahmi.
makan pun tak nak...apa pun tak nak..
nak berdokong jer..dan yang pasti hanya ibu jer boleh pegang..orang lain takmo..
lenguh segala sendi ibu..hehehe..tulah kan..ibu jugak jadi penawar 
.
.
ni macam biasa gambo raya yang ntah apa2
selalu pun macam tu..
keluarga kami tak pernah ada gambo yang formal..
susah nau nak bergambo secara formal macam famili lain...

 famili yang tak cukup...masing2 sibuk hantar wakil saja:-)

kami...abah,ibu,najibah & syahmi (kelabu tema tahun ni..mmg kelabu la,sampai mandi sunat raya pun dah pukul berapa dek penangan jaga budak demam...kelam kabut cari klinik...kenangan raya 2012 katanya...alhamdulillah) 

ok..itu saja laporan hari raya dari saya...hehehe jumpa lagi.

August 19, 2012

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Murahkanlah hati kami juga

InsyaAllah, entri baru kat bawah...
.
.
Sungguh hati ni tersentuh sangat...
dia bukan sapa2 pun dengan saya..tapi apa salahnya kan buat setakat termampu..
mungkin dengan bantuan kita semua, dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Dugaan & ujian untuknya...Allah lebih tahu. Setiap dari kita mmg tengah diuji, tak kira lah dalam apa saja keadaan. Kita semua sedang menjalani ujian untuk kita pergi ke sana kelak.
.
.
di hari yang mulia ini..
dengan rasa rendah hati, saya mohon sahabat2 yang membaca sama2 menghulurkan bantuan untuk keluarga ini...boleh ke laman blog dia untuk mengetahui serba sedikit tentang mereka.
saya pun kalau boleh ingin sekali berjumpa beliau...insyaAllah akan saya ikhtiarkan suatu hari nanti. 
 .
.
Sumbangan boleh dihulurkan di akaun berikut:
Maybank
164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.
.
.
.
Sumbangan anda semua saya dahulukan dengan terima kasih...semoga anda dapat ganjaranya.Amin 

August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua teman sahabat. Mohon maaf di atas apa jua salah silap...

Selamat Hari Raya 1433H/2012

August 15, 2012

Cuti Raya - seminggu


Sakan cuti sampai seminggu, mana nak pegi pun tak tahu lah...takper dah bos kasi kita ok jer..
Ramai yang dah mula cuti hari ini...saya sampai esok.
rasanya ramai yang  dah tak sabar nak balik kampong..
selamat memandu ya..pandu berhati2...kalau mengantuk berenti dulu..rehat seketika...jgn paksa ya.
.
.
raya tahun ni cuti panjang, seminggu. Akan naik keje balik Ahad depan...26/08
sakan lah kan..pastu lemau nak naik keje..hehe
.
.
harap tahun ni boleh jalan2 rumah kawan yang dekat2 la.
dah lama tak berjumpa...boleh eratkan ukhwah..insyaAllah
.
.
Selamat bercuti raya semua..
 
 

August 14, 2012

Kemeriahan sudah terasa...

ya suasana raya sudah dapat dirasai..
jalan kt KB dah mula sesak.
tu belum anak2 rantau balik kampung.
hmmm mmg teruk lah
.
.
untuk tahun ni buat pertama kalinya saya buat biskut raya
rasa macam tak caya pulak..huhu
ala yang simple2 jer
biskut dahlia, choc chips, popia mini..tart jugak...hehe
saya mmg tak pernah buat biskut raya
tapi bila ada anak ni..nak tunjuk la bakat yang tak seberapa ni untuk anak2..
mudah2an besar esok dorang ingat kuih raya ibu dorang buat, insyaAllah
.
.
tak sabar rasanya nak menikmati hari raya..walau puasa tak cukup..opppsss
ooo tahun ni puasa tak penuh setelah 4thn straight puasa penuh..
maknanya kena ganti puasa la tahun ni...ok itu bisa ajer kan..
.
.
ada beli baju ready made kat De'alfa.
De'Alfa dengan Noor Alfa tu butik yang sama ke?
baju dia ok lah..harga pun reasonable la bagi rakyat marhaen katanya macam saya ni...
tengok baju pereka tersohor Rizalman Ibrahim kat Tesco..emmm nampaknya ignore jerlah
banyak jugak baju dia kat Tesco tu..
.
.
tahun ni kalau Allah izinkan boleh makan ketupat pulut mek..kalau tak sila cari kat rumah orang lain.
ini disebabkan bahu mek tak berapa ok..tak boleh nak kuat2..
kalau nak buat ketupat mmg tangan kena kuat..
nak buat sendiri mmg tak la...belum berguru betul2 lagi...huhu
tapi nampak macam dia nak buat..sikit pun jadilah kan..
tak sah rasanya raya tanpa ketupat..
.
.
.
Selamat menyambut hari raya semua..lagi 4 hari ya kawan2
mohon maaf sepenjang kita bersahabat di alam maya ni...

August 09, 2012

20 Ramadhan

Assalamualaikum semua...
sudah masuk fasa terakhir ramadhan..
.
.
persiapan raya sudah siap ke semua..
saya biasa2 saja..sekadarnya
dah bayar zakat fitrah?
kat Kelantan tahun zakat fitrah RM7/org
masa paling 'aula' (afdhal) nak buat zakat fitrah dipagi syawal sebelum sembahyang sunat aidil-fitri...lepas solat boleh bayar sebelum terbenam matahari TETAPI dah masuk makhruh...
jadi buat yang terbaik ya...
yelah kita dah puasa selama sebulan kan..takkan terus nak buat perkara2 yang makhruh pulak...
.
.
dan kepada mereka yang  berhijrah, sama2 lah kita buat secara istiqamah..
saya nampak ramai yang dah berubah..alhamdulillah
keep it up ya kawan2..
.
.
kepada yang jauh tu mesti dah tentukan giliran kan..nak balik mana..hehe jngan gaduh2 ya..kurang pahala puasa huhu (mentang2 dia takyah pikir nak balik mana)
.
.
kalau tak dapat balik beraya kat kampung masing2 pun jangan lupa bagi hadiah untuk mak+ayah ya (kpd mereka yang masih ada)
insyaAllah rasa sedih tu terubat la sikit...mak+ayah ni, kita tanya khabar pun dah suka kan..lagi lah kalau ada hadiah dan lagi aula balik raya...seronok sakan la - macam anak2 dapat gula2...
bila lagi kan nak gembirakan hati dorang...walau sikit takper, janji ada. Dorang pun faham kalau kita dah berkeluarga, sudah tentu tanggungjawab kita pun dah bertambah...
.
.
.
jangan lupa untuk kejar malam Lailatulqadar...
kalau tak mampu nak berqiammulai pun...jangan tinggal solat maghrib,isyak, terawih berjemaah..insyaAllah ganjaranya besar...sama2 kita kejar ya sayang2 semua...

August 08, 2012

again->bukan wordless

apa lah nasib dapat kawan blogger macam saya kan..malas kemain nak update..
tengok dah seminggu...baru nak update.
puasa pun dah nak pulang...aduhai sedihnya..
kenapa lah masa sekarang cepat benar saya rasa..
alih2 dah nak masuk 20 ramadhan.
bulan pun dah sayup2 nun di atas..
harap sangat puasa kita2 semua diterima..dan kita akan lahir kembali suci lepas puasa ni..aminn
.
.
puasa dah habis saya belum tepek satu hapa pun juadah puasa..hehehe
alhamdulilah sempat masak until semalam..redah jugak bazar ramdahan sebab dah tak tahu nak masak apa & also kemalasan melanda.
tapi alhamdulilah walau beli semalam...sedap & tidak membazir.
saya beli cukup2 untuk berbuka saja..sahur masak nasi goreng ikan masin..ohhh masih terasa kesedapan nasi goreng pagi tadi...alamak...kecur liur pulak..hehe 
.
.
alhamdulillah jugak tahun ni ada kesempatan buat buka puasa kat rumah...siap masak sendiri (ramai2 la kan)
jap saya cari gambo yang cousin saya amik, nak kena tag dulu jap ya...
.
.
.
ok ni dia lauk rakyat marhean katanya...ada ayam percik...kerabu "sare" (rumpai laut)... daging singgang...itik masak kurma...sedapppp


uhhhh kecur lagi..
.
.
saya ada buat kuih lompat tikam & kuih peria...tapi bukan hari tu la..
hari lain2..tapi segan nak citer..
dua2 kuih tu tak menjadi..nak makan boleh la..tapi tak boleh nak bega2...malu sehhh
so diam2 sudah. nak buat tapi tak reti tu lah jadinya..takper belajar dari kesilapan katanya..
lain kali kita buat lebih baik...insyaAllah.
.
.
so, tu jelah kut untuk kali ni...
bye..semua
.
.
p/s mari kita pikir sama2 nak masak apa lagi ni..

August 01, 2012

bukan wordless

haha
orang buat entri wordless..
tak kisah lah..sebab saya takder gambo pun nak up..malas dah nak amik gambo sekarang..
.
.
esok birthday abang..tak terfikir pun nak beli apa..mungkin sepasang kasut kut..kasut dia pun dah boleh ganti baru tu..kami ni beli barang bila sampai masa kena ganti jer..takder la nak beli sokmo2..
.
.
cerita lain...
ada pergi melawat sedara yang baru dapat baby..
comel..pompuan alhamdulillah.
yang best nya..ada pulak tanya saya dah berapa bulan...amboi2 kak
tak agak2 tu..tanya la dulu bila nak tambah ahli..ni terus tanya dah berapa bulan macamkan kamu tahu semua hal saya ya dak?
huhu..saya agak anti lah dengan orang macam ni..serkap jarang tak kena tempat...
kalau ya saya pegnen pun apa yang awak dapat pun..oo boleh la nak citer yg saya ni anak berderet ya....hahaha..apa salahnya kak..nanti saya leh jadi calon "ibu mithali" huhu
.
.
hujung minggu ni buka kat Bali Tok Bali, hehehe merasa jugak pegi Tok Aman...tapi tak bermalam la..beriftar sesaje...insyaAllah.
kalau amik bilik..dapat buka puasa dan sahur...lain kali, InsyaAllah

p/ssstt
macamana puasa saing2 semua?- insyaAllah lebih baik kan semua?
dah ngaji sampai mana?- saya belum habis separuh lagi...tak khatam la saya tahun ni...
terawih macamana?-saya hanya sempat 1 malam setakat ni...sedey kan..

July 30, 2012

iklan macam2

musim perayaan ni macam2 diiklankan..
iklan biskut@kuih-muih raya tu biasa lah 
baju raya juga...
huhu
sekarang lagi maju rasanya..
iklan barangan kosmetik..untuk raya katanya..muka mesti mau berseri...
iklan sessi pelansingan (set) huhu
ada jugak kan...kalau kita puasa ikut cara yang betul, insyaAllah boleh turun berat kepada yang nak..
.
.
dan terbaru iklan "duit utk raya" @ personal loan..
banyak la bank2 call potential customer dia untuk buat pinjaman segera-buat tambah duit nak beraya..
alahai..
bagi saya lah...tak perlu semua tu...semua tu lagi membebankan..
lepas raya kita ada komitmen baru pulak nak bayar personal loan..walaupun masanya singkat...tapi mesti akan ada effect dengan perbelanjaan kita kan?
berayalah setakat yang mampu..tak perlu la nak berlebih2 kalau tak mampu
janji ada yang baru..memadai la tu..
nak lebih..usaha lebih-macam jual kuih raya ke..amik upah jahit baju raya ke..tu pun kalau ada kepakaran la..tak kalu duk diam2 (macam org yang menulis ni) hehehe
ok tu je lah..sekian.

July 24, 2012

gastrik

bila bulan puasa jer..penyakit ni menjadi2 ya..agaknya kuman (yeker?) penyakit ni aktif time bulan puasa jer kan..huhu
ramai la yang gi klinik sb sakit peyutttt..hiks
.
.
ubah plisssss
tak matinya kalau belum tiba masa dengan izin Allah.
malulah sikit dengan anak2 & adik2 kecik kita...
mereka bertahan sampai lembik...

July 23, 2012

Ramdhan yang penuh barakah

Bulan Ramadhan ni penuh barakah.
bulan bonus untuk kita umat akhir zaman..
semuanya pun dikira ibadah hatta tidur sekali pun kan..
tapi jgn lah asyik tido sesajer...tak produktif tu namanya..
.
.
Puasa tahun ni, impian saya (insyAllah) nak masak walau satu lauk..
atleast setiap hari ada air tangan saya untuk abang..huhu
saya kan duk ngn mek...so mmg kalau hari keje dia dah masak..
so saya tambah la apa yang patut..pastu rezeki berganda ma (MIL) pulak kasik macam2 huhu
dari 2-3 jenis lauk jadi 5-6 lauk..hehe
tapi saya cerdik sikit la...lauk ma kasi saya simpan buat sahur..
senang..hehehe panaskan sajer.
.
.
semalam ada pegi PARAM..huhu
rezeki bulan ramadhan..saya tengok ramai yang kemas tempat meniaga awal...dah habis.
masa saya pegi tu dalam pukul 6.30 gitu...alhamdulillah...

July 22, 2012

hebat cerekarama malam tadi

"Perempuan Neraka"
.
.
sapa yang jadi pelakon malam tadi saya doakan anda semua mendapat hidayah daripada apa yang anda lakonkan...cerita yang menarik..tahniah untuk team itu.
.
.
biasa jarang sudah saya tengok cerekarama sekarang..tapi malam tadi mmg menarik perhatian.
.
.
takut pulak saya baca statement yang ditulis oleh sisuami...ishh neraka tu tempat yang paling dasyat..sampai sanggup suami sebab sayangkan isteri... 
tapi realiti kita sekarang mmg macam tu kan...
ramai suami meng'agong2'kan para isteri...
tengok yang x menutup aurat sudahlah...para suami ni boleh pejam mata je tengok para isteri mereka..biarlah....belum dapat seru...kalau pakai tak ikhlas buat apa...aduhai..
WAJIB tau tak..sama macam sembahyang...wajib buat walau terpaksa.
.
.
cakap lebih2 kang orang kata jangan dok jadi ustaz/ustazah internet la...
betul...ilmu saya mmg tak seberapa..tapi setakat ingat-mengingati apasalah nyer, ya tak?
bukan mahu tunjuk hebat, sekadar yang termampu saja.
saya pun dalam proses untuk ke arah yang lebih baik.
.
.
ada jugak yang cakap..kalau nak nasihat tu...berhemahlah sikit..
cuba cakap macamana cara yang berhemah tu?
cakap lembut2? cakap depan2? cakap direct?
aduhai...bukan keje mudah ya para pendakwah semua kan..semua tak kena...

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

tgk selemah2 iman adalah mengubah dengan hati untuk mengelakkan maksiat (kemungkaran) kepada Allah (ni lagi satu, term 'maksiat' ni...ramai yang faham maksiat ialah melakukan hubungan lelaki & perempuan (yang bukan mahram) sahaja...hakikatnya bukan ya...maksiat ialah melakukan apasaja perbuatan yang menjuruskan mendapat dosa,cth tinggal solat, tak menutup aurat, mencuri, berbohong dll).
= benci melihat manusia berbuat maksiat adalah selemah2 iman.
.
.
walau apapun saya doakan, semua sahabat2 perempuan saya yang muslim, menutup aurat. 
Aurat dijaga, InsyaAllah maruah terpelihara.
Menutup aurat ya..bukan sekadar pakai tudung fesyen2 tapi sendat..jarang...senteng...
InsyaAllah semua...berubah kearah kebaikan jom...tak perlu tunggu seru ke...ikhlas ke..suami tak kata apa ke...jom lah..kewajipan kita tu...buat dulu walau terpaksa..pastu istiqamah...lama2 boleh jadi biasa jer nanti.
Takkan suami jer sayang kita sampai sanggup ke neraka...kita pun wajib sayang suami kan...takkan nak biarkan dia sorang2 sebabkan kita....para suami pun jgnlah asyik "ya sayang"...tegurlah isteri tu kalau betul2 sayang.

Wallahua'lam

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi