Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 28, 2013

Membezakan kasih sayang punca anak derhaka

Assalamualaikum w.b.t

Cuba baca di link ini dulu sebelum baca entri saya. TQ

Rasulallah pun telah bersabda jgn membezakan anak2...betul perasaan anak mesti tercalar bila ada sikap membeza-beza. Betul, anak tetap anak. Perlu hormat pada ibu bapa. Kalu yang tak amik pusing tu tak jadilah kes anak derhaka, tapi yang betul2 terkesan sakit hati tu mesti akan parah:-)

dari saya kecik, sampai sekarang saya suka perhati orang2 tua...kebanyakan bila tua (tak boleh berdikari) akan ada anak yang menjaga dia (normal la tu kan) tapi jangan terkejut bila anak yang menjaga tu bukan anak kesayangan:-)
yang jaga adalah anak yang selalu dibeza2kan waktu dulu....sungguh ini cerita benar. saya selalu jumpa dengan keadaan ini:-)
anak kesayangan biasanya anak yang berjaya, ada kedudukan, perkerjaan yang baik....jadi tak pelik la x boleh nak menjaga ibubapa dia disebabkan kesibukan sebagai seorang yang berjaya:-) so anak yang kurang berjaya lah yang akan menggalas tanggungjawab menjaga, walau dalam serba kekurangan:-)

p/s sayangilah anak-anak kita seadanya...terkurang ke terlebih tu simpan saja dalam hati, jgn dibezakan didepan2 mereka...walau anak dia tetap ada perasaan sebagai sorang manusia:-) wallahua'lam

December 27, 2013

Itulah Dia Tuhanku

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Tazkirah pagi...
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

December 25, 2013

7 Perkara untuk bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dr.Abdul Basit ( Dr.Abu Anas Madani)

Peliharalah 7 perkara untuk bahagia:

1- Jangan membenci sesorang walau dia buat salah pada kamu.
2- Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa kepada Allah.
3- Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta.
4- Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah dan hendaklah bersangka baik kwpada Allah.
5- Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripda menerima pemberian (iaitu walau org x bg kt kita).
6- Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka.
7- Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya..

Cuba kita pakat amalkan..
in sya' Allah kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat...22/12/13.

والله أعلم بالصواب...

December 24, 2013

Persiapan sekolah 2014

Assalamualaikum w.b.t

mesti parents semua sibuk menyiapkan persekolahan anak-anak sekarang ni...
sekolah pun dah tak lama
baju..kasut...buku...tambang bas sekolah...yuran...tuisyen....day care...tu semua ada dalam benak kepala masing2...
yang anak sorang tu tak la sesak sangat nak memikirkan...yang ramai tu agak pening la jugak..ditambah pulak jika ada kekangan kewangan...sabar je lah ya...tu semua pengorbanan kita sebagai parents...mak+ayah kita dulu pun macam tu jugak:-) Yang mampu tu alhamdulillah:-)

Saya belum beli apa2 pun lagi untuk najibah...hehehe sekolah tadika jer pun...takyah lah kut nak sama2 sibuk menyesakkan suasana ya dak...lepas2 ni boleh jer beli apa yang patut. Kasi can kpd mereka yang ada anak sekolah rendah & menengah:-) Tiba masa saya nanti, hah sama2 lah kita bersesak2 dalam mall2:-)

Selamat menempuh tahun baru....

December 23, 2013

Jaga maruah kita

Assalamualaikum w.b.t

sebagai wanita...aurat kitalah maruah kita....
saya bukan nak jadi ustazah atau nak tunjuk bagus, saya dulu pun pernah melakukan kesilapan ini, ini semua untuk mengingatkan diri saya sendiri dan saudara-saudaraku sekalian,jagalah maruah kita. Jangan sampai kita berzina tanpa kita sedar....sekarang ni bila tengok kaum saya (wanita) yang "bertudung" tapi tidak menjaga maruah mereka...betul mereka telah bertudung, tapi bila berlegging, pakai baju bershape, nipis....itu semua bukan mengikut syariat....pakaian kita kena LONGGAR dan tidak nipis sehingga nampak tiang kat dalam....harap faham lah ya....tak semestinya kita kena pakai jubah sepanjang masa....baju biasa pun okay yang penting longgar & tidak nipis....jangan nampak bentuk tubuh kita...ayuh ya semua kita sama2 berubah untuk kebaikan kita:-) Ibu,Mama,Mak tolong tengok pakaian anak2 perempuan kita ya....jgn jaga pakaian kita jer...anak2 kita tak kisah apa dorang pakai:-)

December 22, 2013

Najibah

Assalamualaikum w.b.t

Najibah tahun baru nanti 5 tahun...
kan lama dia dok bercuti sekolah....jadi sakan la dok main sesaja:-)
huhu...karton sesaja..tapi sejak minggu lepas saya dah remain dia pasal sekolah...
kena bangun awal...kena mandi, solat:-)
sekarang dok cakap "kakak lagi suka kalau ibu ada kat rumah, tak gi kerja"
aduhai anak...ibu nak sangat kakak, tapi untuk masa terdekat ni ibu kena kerja dulu ya...ada banyak list nak kena ikut:-) ibu percaya, dah besar nanti kakak faham apa ibu cakap:-) sayang kakak.....

Doa saya untuk dia, agar dia jadi anak yang solehah...jadi  muslimah yang bertanggugjawab dan jadi pencen kubur yang bermanfaat untuk saya dan suami...semoga dia membesar sebagai contoh teladan yang baik untuk adik2 dia...amin...insyaAllah
harta saya dunia akhirat:-)

December 20, 2013

Jangan bangga bersahabat dengan golongan fasik

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,
Janganlah engkau rasa hebat bersahabat dengan mereka yang mendurhakai Allah dan menjauhkan manusia dari jalan-Nya. Kerana engkau akan menempah jalan yang dimurkai Allah. Janganlah engkau kagum dengan seseorang yang memperolehi harta melalui jalan yang diharamkan Allah, kerana setiap perbelanjaannya tidak diterima oleh Allah. Tindakan kamu mendekati mereka dan bergaul mesra dengan mereka akan menjauhkan kamu dari golongan yang dikasihi oleh Allah, dan mendekatkan kamu kepada kemurkaan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau pisahkan dirimu dari jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun mereka kelihatan lemah, tiada permaidani merah yang menghampar mereka, namun mereka dekat dengan Allah. Perhatikanlah pergaulanmu dengan semua sahabatmu, berjalanlah bersama mereka, makanlah bersama mereka dan sembahyanglah bersama mereka; nescaya engkau akan kenal siapa mereka.

Wahai anakku,
Janganlah engkau bangga bersahabat dengan golongan yang fasik, lalu kamu menjauhi golongan bertaqwa. Engkau mengharapkan habuan dunia yang ada pada mereka, lalu mereka menyesatkan kamu dan menjauhkan kamu dari Tuhanmu. Engkau akan mulai terpisah dengan golongan yang menjaga iman mereka, kemudian kamu akan semakin jauh dari rumah Allah dan kamu akan terus bergelumang dengan golongan yang lalai dengan Allah.

Wahai anakku,
Sahabat yang baik itu ialah sahabat yang bilamana kamu melupai kewajipanmu, ia akan mengingatkan kamu. Bilamana kamu mendengar kata-katanya akan bertambah ilmumu, dan bilamana kamu melihat amalan sehariannya, mengingatkan kamu pada hari akhirat.

Wahai anakku,
Aku sedar betapa payahnya kamu untuk mendapatkan sahabat yang baik, namun kebaikan yang ada padamu akan mengundang kebaikan sahabat yang mendekatimu. Tidakkah bau harum pada bebunga yang mekar menarik kedatangan lebah bagi menghisap madunya. Dan tidakkah kamu perhati bau busuk dari seekor bangkai akan mengundang langau. Kamu jangan mengharap kebaikan yang ada pada golongan yang lalai pada perintah Allah, atau kamu kagum dengan satu dua kebaikan yang dilakukan di hadapanmu, lalu kamu sanggup memejam mata terhadap rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Lalu kamu war-war kebaikannya, dan kamu diam terhadap kemungkarannya.

Wahai anakku,
Janganlah kamu menjadi jurucakap kepada musuh bagi membenarkan keburukan perbuatanmu, kerana ia tidak lebih menambahkan kebencian orang terhadapmu. Sebaliknya perbaikilah kelemahan dirimu bersama jamaah, dengan mendekatkan dirimu kepada Allah melalui amalan jamaahmu. Hiruplah keredhaan Allah dalam setiap patah zikirmu, dan titislah airmata keinsafan di atas keterlanjuranmu kerana mengabaikan perintah Allah.

Wahai anakku,
Aku sedang berbicara denganmu, bukan orang lain kerana aku mengasihimu di dunia dan akhirat. Demi Allah aku sanggup hilang seribu sahabat yang fasik, namun aku tidak sanggup kehilangan seorang sahabat yang soleh.

Senyumlah semoga Allah mengasihimu.
Senyum

p/s insyaAllah setiap Jumaat, saya akan kongsikan artikel2 menarik dari Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man @ mana para ilmuan kita yang saya rasa dapat memberi manfaat dan inspirasi untuk kita semua selepas ini....moga bermanfaat. Selamat membaca.

December 18, 2013

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man
 
Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan...

1. Risau pasal kerja
2. Risau pasal anak
3. Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan

Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu....

Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..."

Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan.
Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit....

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut...

Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan.

Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi.

Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi.

Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan?
Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita.

Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada.

Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat membaca mesej ini.

Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita.

Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu.

p/s jadi, sila jangan risau2 lagi ya :-) Hadapi dengan tenang segala musibah & ujian, bersangka baik dengan Allah s.w.t
 

December 11, 2013

11.12.13

Assalamualaikum w.b.t

cantik tarikh tu..ikut susunan...
apa pun ia sekadar nombor:-)

hari ni kat tempat saya nampak cerah, semalam hujan x berhenti....
musim tengkujuh macamni la...tak jangka...kang pagi cerah petang pulak mencurah2...
insyaAllah hujan yang membawa rahmat...jauhkan mudarat.

biasakan baca doa ni ketika hujan
اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً 
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg memberi manfaat." 

p/s semoga semua mangsa banjir redha dan terima ujian Allah ini....berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu bagaimana.

December 02, 2013

02.12.2013

Assalamualaikum w.bt

dalam sedar x sedar dah pun hujung tahun...
semalam 1.12.2013 genap 18thn arwah pergi...begitu cepat masa berlalu..Al-fatihah, Ya Allah, sampaikan salam rindu anak ini untuk arwah ayahnya...semoga dilapangkan kuburnya seluas-luasnya.
Jadikan aku anak yang soleh Ya Allah, untuk sentiasa ingat kpd kedua ibubapa dan tidak lupa untuk mendoakan kedua-duanya.....
.
.
hari sabtu lepas saya dan abang ke seminar 'celik famili' anjuran as-sowah (Prof Muhaya)
best sangat...sehari suntuk duk dalam dewan x sedar pun...syukur Allah bagi peluang menghadiri seminar itu...banyak betul kesilapan2 sbg anak-ibubapa-saudara-kawan yang perlu diperbetulkan....semoga kami dapat amnfaat dari apa yang kami dengar.
Team As-sowah ni bagus sangat...penuh amanah & tanggungjawab. Saya tercicir handphone masa seminar tu.....bila call salah sorang staff tu ambil & simpan kan...siap hantar kpd saya kat ofis semalam...tengok lah bila kita berada ditempat manfaat, tiadalah kejadian buruk2 kan...cuba hanphone tu hilang kat shopping mall @ tempat2 yang boleh melalaikan...alamatnya, semua pun tahu lakan....keberangkalian untuk dapat balik tu rasanya 1% persen pun payah:-) Alhamdulillah...

kami  x amik pun gambar dgn Prof dan panel2 lain....bukan taknak...abang saya tu rindu sangat dah kat anak2 dia...huhu takperlah.....dia bukan biasa tinggalkan anak2 dia sehari suntuk...biasa kalau hari kejer 2-3 kali dia balik tgk anak2 dia...keje sendirikan...hhehhe. 

tapi saya sempat amik dgn Us.Roslan..bila time rehat untuk makan & solat tu..jumpa kat booth, dia mmg tunggu sapa2 nak amik gambar ngn dia...nice sangat Us.Roslan..lembut jiwa dia...setiap kali cerita pasal anak2 + ibubapa, mesti airmata dia tumpah.....

p/s minggu ni nak kena amik cuti bayar balik masa tinggalkan anak2....& nak pergi lagi seminar macamni bila ada peluang...insysAllah.

Ada ke patut

Assalamualaikum w.b.t

kita sampaikan berita sedih, boleh pulak dia perli orang yang sedang dlm mood sedih itu...ishhh kalau kena kat batang hidung sendiri macamana...geram betul dgn budak ini....kalau pun kita xnak merasai kesedihan orang itu, jgnlah cakap macam tu...kalau orang tu dengar x ke kecik hati dia...aduhai....macam2 peel orang nikan?

November 29, 2013

orang tu merasa mabuk

Assalamualaikum w.b.t

nak mula kat mana ya...huhu
ohhh semalam saya ada cerita abang demam mengigil kan...
hmmmm
mulanya saya rasa dia demam biasa, demam urat, biasalah kerja tukang rumah ni mmg sakit urat...
lagi pulak, sekarang kan musim hujan kat sini...
so pergi klinik macam biasa jerlah...malam sapu2 minyak panas dan bertungku sekali sb tak tahan sejuk...badan dia mmg panas la...
biasa kalu dia demam takder la makan masa, dah makan ubat tu tahan la...ni tak...ni demam apa ni?
semalam dia cerita dia muntah bila makan bihun goreng....bau tu x boleh....bau ni x boleh...huhu
saya pun suspek la dia mabuk...huhu ya2x kami expected no.3 sekarang dah nak masuk trimester ke2 dah pun...bau bedak ank pun boleh nak muntah huhu...rasakan lah...sekarang lagi best, bau rokok pun tak boleh...sedangkan dia jugak merokok...huhu ada can lah kut nak berenti...saya ni dah berbuih mintak dia berenti....doa tu dah jadi rutin:-) tapi nak paksa2...tak syok pulak:-) we see.
Ma pun cakap abang tu mmg mabuk.....biasa tak macama tu. Sekarang member tak lalu bau nasi jugak...huhu dok makan buah jerlah:-) harap x lama mana la mabuk dia tu..iyala kesian pulak tengok...melepek jer:-)
hehe saya tanya dia, macamana? sebelum ni ya2x klu pegi laut x mabuk..hah ni rasakan...lemau tau tak:-)
saya yang ke-3 ni awal2 tu mmg mabuk la jugak...sekarang alhamdulillah dah okay..cumanya x boleh nak berlapar...pening sampai xleh nak angkat kepala...tapi mujur jugak badan tak la naik walau makan xleh nak berenti...huhu klu orang tak tahu mmg tak perasan la:-) 
okay lah ya..cerita orang mabuk...doakan yang baik2 untuk kami sekeluarga ya:-)Terima kasih in advance.

November 28, 2013

ini tak kelakar tau

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni tak kelakar tau tapi......
Sorang jiran tu sakit, then masuk spital...stroke...agak kritikal
nak jadi cerita, semalam (waktu dah nak maghrib) ada 'van jenazah' masuk kg...yang kalau bagi saya ada lah yang meninggal tu kan...
then saya & sorang makcik tu jiran jugak...tengok la 'van jenazah' tu menghala kemana...nak jadi cerita 'van jenazah tu masuk ke kawasan rumah yang sakit tu...yang pada saya sekali lagi dialah yang 'meninggal'....tapi dah waktu tu pun dah azan maghrib, pastu pulak nak minta abang pergi tanya khabar dia demam (teruk jugaklah-mengigil-nanti saya cerita kenapa)....so kami assume jiran kami tu 'meninggal' jerlah tunggu esok pagi la...sb biasa kat kampung tu jarang kebumi waktu malam kalau takder apa2 spt mati eksiden ke apa...nak tanya org masjid semua tak pergi masjid malam tu...so biarla macamtu jer lah tunggu esoknya....
.
.
esoknya...saya ke pejabat..lupa sekejap pasal malam tadi - yakni ada 'kematian'....loghat punya pasal sb dah lambat....smpi ofis teringat terus tepon abang dah selesai ke belum urusan....nak tahu dia jawab apa?
.
.
.
.
.
eh tak meninggal lagi la....'van jenazah' malam tadi mmg hantar dia..tapi belum meninggal...hospital takder ambulan nak hantar..dan dia mmg takboleh nak naik kereta...sb dah takleh nak duduk macam biasa...dia terlantar..so nak kena guna ambulan....tu yang pakai 'van jenazah' tu.....gulppppp ada jugak eh macam tu...aduhai...kan dah salah sangka...aduhaiiii.....cerita tak kelakar tapi rasa nak gelak jugak...huisshhhh tak baik betul saya ni:-)okay2 sowiii:-)
macam2 hal kan...apapun saya doakan yang terbaik untuk dia...semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.....

November 27, 2013

Muhammad Syahmi: 2 Thn 8bln

Assalamualaikum w.b.t

Syahmi yang super mannja...xleh nak tinggi2 kan suara pd dia...kang sentap..hehehe
Syahmi ni saya ngaku kurang sikit nak ajar proper macam kakak dia dulu...tp dia boleh ikut...hehehe
agak senang sb dia akan dengar dan perati bila kita duk ajar kakak.
lagipun agak culas jugak budak ni duduk belajar- totaly x sama macam kakak...anak lelaki kot:-)
tapi kalau dia boleh ikut tu, insyaAllah takder masalah...lagipun saya ada baca, tak perlu nak torture anak2..biar kan meraka merasai dunia budak2 dia dulu:-) ok let go..hhuhu
yang penting doa ibu jgn pernah putus untuk anak2 kan...

syahmi masih duk menetek...sampai sakit la...sb bukan ada susu dah pun..saja manja..mlm klu nk tido mmg nak kena kasi candu tu dulu...klu tak, tak tido la member...

p/s pakai baju capuk2..ibu basuh 'terkena' clorox..huhu sayang baju tu:-) takper pakai untuk tido mlm pun okay:-)

November 26, 2013

My 32 ~ 26.11.2013

Assalamualaikum w.b.t

Dalam duk harungi up & down kehidupan dah sampai umo 32 dah pun...alhamdulillah
orang kata umo segini dah stabil kan...okaylah
nak kata senang tu tak jugak...dan nak kata susah pun tak jugak..dok tengah2 la
apa nak lagikan...kalau ikutkan mmg tak pernah merasa cukup...tengok orang ada tu..eh kita pun taknak kalah...huhu...sabooo jerlah
apa pun harap sangat...dgn umo yang dah segini...dah nak hampir kehujung dah pun...bertambahlah ilmu, amal & iman....bahagia tu biasalah..dalm duka pun sebenarya ada bahagia kalau kita tahu menanganinya...insyaAllah.
dan salah satu kebahagian yang tak terucaplah sekarang adalah saya sedang carry satu amanah Allah yang besar hehehe....no.3 is on-the-way:-) Semoga dipermudahkan segalanya..aminnnn


November 25, 2013

.........

Assalamualaikum w.b.t

sungguh lah perasaan stress tu sangat tak best...
aduhai...boleh dapat darah tinggi...
belajar la nak menangani stress lagu mana sekali pun.....tapi bila stress dtg agak diluar kawalan tu tak boleh nak handle jugak...
berbekal kan sedikit iman senipis kulit bawang sajalah yang boleh menyelamatkan keaadaan:-) aku belajar tu.."university of life"

tu lah kan...hidup kita ni penuh dgn ujian...kita lupa ujian bila kita diberi kesenangan...kita cuma anggap ujian itu bila dirundung kesusahan...tak bersyukurnya kita...akulah jugak tu....huhu
takper2x...belajar lagi:-)sabarrrrr
huhu...nak senang disana, kenalah bersusah disini:-)sabarrrr banyoklah wahai diri.....jgn putus pengharapan denganNya...insyaAllah. Jgn sombong2x....


November 21, 2013

Hujan:-(

Assalamualaikum w.b.t

Luar hujan...dalam pun hujan...
Allahuakbar..ujian ini
Semoga dgn dtgnya ujian rasa ini diangkat darjat kami...
Beri kami kekuatan & kesabaran dgn ujian besar ini Ya Rabb...
Lindungi kami dari segala musibah...amin

p/s rasa jiwa yang menjeruk....

November 20, 2013

Musim Tengkujuh

Assalamualaikum w.b.t

sejuk sampai ke tulang...begitu liat nak bangun pagi huhu
tapi kena bangun jugak kan..tunaikan tanggungjawab:-)

Hujung tahun di Kelantan begini lah..hujan
biasa musim ni, kebanyakan orang kelantan yang keje2 kampung x leh bekerja la...
macam penoreh, nelayan, tukang rumah...tapi insyaAllah yakin rezeki dari Allah, ada jer...
macam kami dulu2 mek menoreh, ayah tukang rumah, tapi tak pernah lah kebulur lagi waktu musim hujan tu...tiba sekolah buka boleh beli buku dan bayar yuran sekolah terus..alhamdulillah, yakin pada rezeki dari Allah, insyaAllah selamat. Yang selalu dok cakap susah2 tu (kebanyakan) x semua sebenarnya malas dan tak pernah bersyukur....tu jer boleh cakap. Usaha la sikit...nak benda senang jer;-)wallahua'lam

p/s dah nak berhibernisasi jap...sejuk ni..ekon pulak tu dok ofis ni...tutup kang x bernafas semuanya:-)

November 19, 2013

GPTD: Let's Follow Ammar


Saya tidak mengenali arwah anak muda ini....
jauh tanah kuburnya di Istanbul, Turki.
Berebut orang nak mengusung jasadnya...mestinya dia seorang yang istimewa....semoga saya juga mempunyai anak sehebat arwah Ammar.

Allahumma firlahu warhamhu. 
Inginku coretkan kisahmu dalam diariku agar kisahmu menggapai dan menyentuh lebih banyak jiwa di luar sana.

Alfatihah.

November 17, 2013

Cuti sekolah bermula

Assalamuaalaikum w.b.t

Akhirnya...masa yang ditunggu oleh anak2 hehehe
saya dulu pun kalau cuti sekolah mmg ternanti2 la...
walhal bukan nak pegi mana2 pun:-)
tapi best la tak payah gi sekolah kan...boleh tido x kira masa...pulak tu time cuti sekolah biasanya musim hujan di kelantan...ooohhhh heaven la tido...sejukkan...pastu makan:-)
mana badan tak naik...

budak2 sekarang pun rasanya tertunggu tu cuti sekolah...masa untuk rehatkan minda...
tapi ada jugak parents sekarang cuti pun dikasinya anak2 tuisyen la...kelas macam2..itu masing2 punya hal lah kan...tapi bagi saya bagilah ruang jugak untuk anak2 kan...kita pun semua tahu, sistem sekolah kat negara kita macamana kan..pack sangat2...budak darjah satu pun stress...hahaha
semua terkejar2 saya tengok....tak tahulah nanti saya macamana bila anak2 masuk sekolah..huhu

sebelum cuti sekolah result UPSR keluar kan....ramai yang dapat straight A's...tahniah lah semua...anak2 blogger pun ramai yang cemerlang, tahniah semua....budak2 sekarang ni pandai2
kalau dulu nak dapat A semua tu aduhai...susah kemain..ke tak belajar? huhu
saya dulu dapat 1A 3B jer....

masa saya pegi hari penyampaian sekolah najibah semalam, ada seorang budak tu (6 tahun) dapat hadiah kecemerlangan macam2....jap2 nama dia dipanggil....mesti bangga mak+pak dia...
najibah 4 tahun...kemain dia cerita pasal budak tu...kakak sepatutnya dia panggil....kagum dengar 6tahun dah boleh baca jawi:-)
setahun dia kat pasti...macam2 la dia belajar...tahun depan insyaAllah kat situ lagi lah dia..banyak input yang dia dapat, cumanya masih belum hilang rasa malu dia tu...tapi hari tu pegi amik hadiah takyah suruh pun...dengar nama dia panggil terus pergi...huhu okaylah tu..dah ibu dia pun malu2 kucing jugak orangnya:-)

syahmi pulak hmmm...2-3 menjak ni makin menjadi manja dia...alahai..tahun depan ada adik tak tahu lah macamana.....manja sangat:-)...silap jawap apa yang dia tanya siap la...huhu lain anak, lain peel nya kan...apapun syukur..kurniaan Allah yang tak terhingga untuk kami:-)

November 05, 2013

Salam Awal Muharam

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Muharam 1435h
Saya mohon dipermudahkan segala urusan di tahun baru ini...dan dapat bahagia & membahagiakan;-)

November 04, 2013

Kalah:-(

Assalamualaikum w.b.t

sob...sob...sedihhhh
huhuhu TRW kalah kpd Tok Gajah...
takpelah nak buat macamana kan...terima sajolah..
bukan rezeki la tu..player pun dah bersungguh benar semuanya..
tahun depan ada lagi....insyaAllah
apapun hari ni tetap cuti ya:-)
untuk penyokong yang nak bertolak balik balik tu hati2 ya...
sama "berarak" dgn piala sek2 Tok Gajah la gamaknya..dah sejalan kan...jadilah boleh jugak:-)

October 30, 2013

Bola - Gomo Kelate Gomo

Assalamualaikum w.b.t

Ahad nanti perlawanan akhir Piala Malaysia :- Kelantan vs Pahang
sudah semestinya saya sokong Kelantan...
Hari ni dah dijual tiket2 tersebut

berebut2 semua untuk dapatkan tiket...ramai kan....
kalau la sama mereka yang berebut nak dapat kan tiket yang berbayar tu dengan sama2 berebut nak solat berjemaah di masjid setiap kali laungan "marilah bersembahyang" dilaungkan...Allahuakbar...selamat rasanya bumi Malaysia dari anasir2 jahat tu semua....tapi tulah kan...iman ni susah kan nak jaga.

Saya mohon la yang pergi tengok bola tu...jangan abaikan solat....insyaAllah selamat.
lagipun perjalan tu kan panjang...mana tahu sampai masa kita...semoga tidak tergolong dalam orang yang rugi...bola, bola juga, solat tu lagi penting...di studium tu kemudahan ada..antara nak dengan taknak jer...

Saya doakan kejayaan untuk pasukan Kelantan..insyaAllah.

Gomo Kelate Gomo!

October 29, 2013

kenduri

Assalamualaikum w.b.t
Majlis kenduri anak saudara abang...anak abang tirinya... x amik pun gambo dgn pengantin...malas nak besesak kat dalam lagipun dorang semua taknak...saya lagi la, tak kenal mana lagi pun...rupanya kami dah punya 2 orang cucu klu ikut belah sana...hehehe
 
syahmi dgn anak sepupunnya - cucu pertama
amik gambo dorang jerlah sambil tgu pengantin berarak

comei anak abang jef ni...putih2 belako.

hujung tepi tu anak sedara
cucu ke-2 belah sana
penat jom kita balik:-)

October 28, 2013

Raudah dihatiku

Assalamualaikum w.b.t

rasanya iya dah event tu Raudah dihatiku...
kalau salah maafkanlah..
kami pergi hari sabtu...saja bawa budak2..sb dok tengok gezet tu ada upin -ipin....
nak sangat tengok katanya..tapi tak dpt jumpa pun...sb kami pegi pagi..mungkin dia dtg petang...nasiblah
tengok tv sudah la ya anak2...
tapi dapat jumpa mascott champs - vitamin budak2 tu...
baru saya tahu anak2 saya ni penakut tengok bendalah mascott2 ni..hahhaa
ibu ingat semuanya berani...maklum ibu tengok kamu semua aktif jer...
tengok syahmi...nak lari hehehe
eh kakak seksi la...ni pun sama tak nak bergambo:-)
pusing seround..letih mak aiii kemain luas tempat dia...letih yang amat. balik jerlah....lagipun malas nak besesak dalam jam..petang tu kan ada bola...mesti jalan sesaknya..baik kami balik awal....

singgah kat booth banana land..masa tu kakak dengar anak nora tu perform...dia mmg suka puteri tu...nyanyi erti fatihah:-)
p/s kesimpulannya penat la jln2 karnival macam ni...semua booth kalau boleh nak singgah hehe...terjumpa kawan lama jugak kat sini...tapi x sempat nak borak pun, dia pun datang untuk kerja kan...

Ujian


Assalamualaikum w.b.t

Ujian dari Allah itu meliputi semua...susah & senang
sekarang Allah sedang uji kami dengan sedikitttt kesulitan....insyaAllah ada penyelesaian.
semua ujian itu atas kemampuan diri kita kan....sabar banyak2 eh wahai diri:-)

p/s alah sikit jer...semut gigit lagi sakit:-) nak motivasi diri sikit..walau hujan deras telah menderu.....

October 24, 2013

berita sedih

Assalamualaikum w.b.t

berita sedihkan petang semalam...
banjir lumpur bak tssunami di cameron & sorang pegawai bank ditemkbak sehingga mati...innanillahiwainnailaihirojiun....

sampai hati orang yang tembak tu...sanggup bunuh untuk dapatkan "duit" yang disangka akan menyenangkan dia...buat jahat ni takkan boleh senang la...
kita percaya dia, itu yang dia balas atas kepercayaan tersebut....lepas ni susah dah la nak percaya guard....macam2 hal...sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Salam takziah untuk keluarga arwah & Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang2 yang beriman.

October 22, 2013

nak letak tajuk apa pun tak tahu

Assalamualaikum w.b.t

-->itulah antara masalah para blogger kan..nak letak tajuk pun kemain fikir:-) tapi best bila jari dapat menari atas keyboarad...bila idea banyak...huhu

seminggu sudah aidiladha...orang pegi haji pun dah balik:-)Alhamdulillah...semoga dapat haji yang mabrur..kekal dengan sifat2 baik yang diamalkan sepanjang diMekah:-)
cerita korban takdapek la ya...huhu
bukan takmo amik...tapi tiba2 pulak bila tengok lembu nak sembelih tuan blog kepitaman...buat malu jer..yo-yo oo jer ngn camera bagai...selalu okay jer...sori la ek...
sudahnya..balik tido:-)

tapi pagi raya sempat la pegi sembayang raya & bawa budak2 tu sekali..seronoknya ramai2
moga Allah bagi kesempatan lagi..insyaAllah.
syahmi pun dah boleh kawal...dah besar katakan;-)

apapun daging korban sgt2 best..empuk & fresh...

daaaa...nanti sambung la ya..insyaAllah

October 15, 2013

Salam Aidil Adha

Assalamuaalikum w.b.t

Salam Aidil Adha semua...
Semoga kita semua diberkati...
Bye..nak gi tengok korban:-)

October 14, 2013

14.10.2007 ~ 14.10.2013

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 9 Zulhijah 1434h, tahniah kpd mereka yang berpuasa sunat hari ini..puasa sunat arafah...ganjaranya dikatakan akan terhapus dosa2 kecil setahun sebelum dan setahun selepas....Allahuakbar...besar sungguh ganjaranya...

Hari ni juga genap 6thn perkahwinan kami...huhu baru 6 tahun....masih panjang lagi perjalannya...
tak ucap pun lagi..sb merajuk hehehe...biasalah horman x berapa nak stabil katanya:-)
esok raya...xleh nak celebrate mana2 lagi pun...
harap perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..aminnnn

October 09, 2013

Mari belajar bahasa

Assalamualaikum w.b.t

hmmm hari ni nak ajar satu perkataan kelantan...saya pun x biasa guna perkataan ni, tapi bila ada cerita pasal makan kt sebuah restoren kena smpi $6000...banyak tu (bagi sayalah) tiba2 teringat pulak dgn satu perkataan ini.
Perkataan tersebut ialah "SPELEK" sebutan sepe-lek. SPELEK ni macam lebih kurang maksudnya, tipu la...macam kita bayar $20, tapi nak claim punya pasal kita minta kedai letak dalam resit $50...tu contoh....
dalam kes kat atas tu saya tak tuduh dia buat spelek....mungkin betul la tu...sb orang yang makan tu dah 400++...so logik jugaklah dlm 15/orang....tapi kalu biasa saya makan kat restoren2 makanan kampung ni..tak pernah lagi le kena charge smpi 15/orang...mmg ayam tu dibelah empat..mmg besar tapi tak sampai pun sebanyak tu harganya...
apapun cerita nya..spelek ni kes tipu2 la...hehe lain kali kita belajar lagi ya...

p/s sikit ke banyak..tipu ttp tipu kan?

October 08, 2013

Korban

Assalamualaikum w.b.t...

tak beberapa hari lagi kita nak sambut raya korbankan...mungkin semua dah siap chop bahagian masing2..alhamdulillah.
ingat lagi arwah ayah dulu, setiap tahun pasti dia buat korban...dan dia bagilah bahagian tahun itu untuk anak2 dia...buat giliran...jadi merasalah bekorban..walau masa tu tak hiraupun kan....
tu dulu, kenangan....Al-fatihah untuk arwah...how i missing him:-(
sejak saya kawin pun, setiap tahun pun kami buat korban....tapi tahun ni kami tak buat...lembu jantan yang kami bela tu ada orang beli untuk kenduri kawin baru2 ni..so takder lembu yang cukup umur untuk dikorbankan...nak jadi cerita pulak bahagian yang kami tempah kat jiran pulak kami terpaksa bagi kpd anak buah untuk buat akikah anknya...huhu
mmg dah takder la nak cari yang lain...semua orang dah tempah..takder rezeki kami la tahun ni...mmg boleh buat korban secara online tu...tapi saya berani nak usulkan pada bos besar...dia bukan biasa dan rasanya tak tahu pun pasal2 ni..so end up kami bekorban jerlah bagi bahagian kami untuk anak buah...lagipun buat kat rumah tu jugak..dapatlah jugak merasa nanti..inysaAllah...
bila kita buat korban, barulah kita rasa kemeriahan raya tu...insyaAllah tahun depan kami buat.

ini antara fadhilat buat korban...
***sumber dari sini

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
-Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:Maksudnya:
Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya:
Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
-Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Sabda Rasullah Sallahahu ‘Alaihi Wasallam: Maksudnya:
Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani).
Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda: Maksudnya:
Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi).
p/s...jadi kalau boleh niatkan dalam hati setiap tahun untuk buat korban..simpan duit sikit2 (maklum sekarang bukan sikit duit kalau nak buat korban, kalau tak mampu mmg kena menabung (ada 12 bln nak tgu raya korban tahun depan, jadi mmg sempat kalau kita nak)...nak tunggu mampu mmg takkan buat korban la....tu pun dikira jihad jugak tu:-)

October 06, 2013

Kelantan

Assalamualaikum w.b.t

semua tahukan mlm td kelantan lwn JDT
semua tahu keputusan perlawanan tersebut...
kesian sungguh kami ni org kelantan
kalau kalah kami kena, menang pun kena
bukan saja bola...rasa semua sudut kalau berkaitan dgn kelantan akan jadi bahan->kenapa ya?
dari dulu smpi sekarang.....
nasib kami lah dilahirkan sebagai orang kelantan..hehehe
apa pun kami terima semua kawan & lawan:-)

atas dunia sementara saja semuanya ya...akhirat sana kelak tempat kekal yang dituju..berpada2 lah..tak kira la org kelantan ke tak..semua tuju tempat yang sama...

p/s kami masih rakyat malaysia juga:-)

borak kosong

Assalamualaikum w.b.t

Lama x cerita pasala budak 2 orang tu
takder apa2 yang menarik lagi pun...
tapi pening jugaklah melayan budak2 tu

sekarang syahmi suka benar pukul orang..silap sikit kenalah orang tu..
mana dia belajar pun x tahu lah...kadang geram jugak...kita marah, ok la lepastu dia buat lagi...aduhai sabarlah hati..bukan senang nak mendidik anak2 ni...banyak kan doa jerlah
semalam mmg saya geram betul..dah x tahan sangat takut tangan pulak naik...saya masuk bilik biarkan dia kat luar...hmmm berkesan jugak...sian pulak dia dok ibu2 kat luar hehe
bila dah keluar tu...saya ckp elok2 takmau dah buat macam tu...sian kakak asyik kena dgn syahmi jer...nak pulak sekarang moyang dia ada duk sekali...si syahmi ni pulak cicit "kesayangan" katanya (hmmmm) x boleh nak marah sikit budak tu, aduhai kita pulak yang dimarahnya....saya tahu dia nyanyuk..tapi sikit sebanyak ia akan menggangu proses saya mendidik anak2 saya:-(
entah lah....saya pun kadang kesian tgk dia..tapi bila dia terlalu melebih2 kan syahmi, sedangkan najibah dia ignore...ini buat saya sakit hati....nak marah tak boleh..sudahnya pendam saja dlm hati..huhu sakit tau tak...
nasib kakak ok jer...mungkin masih kecik so belum tahu dia dibeza2kan oleh moyang mereka...huhu. Saya pun tak tahu lah sampai bila, sb atok saya ni sudah x ingat kat rumah dia dah...yang dia tahu kat rumah kami tulah rumah dia...kami mmg bawa dia balik rumah dia setiap weken...dia buat tak tahu jer..macam pegi jalan2 jer..huhu..yang pasti cepat2 nak balik ikut kami...takut betul kalau kami tinggalkan dia...hmmm. Tapi syukur sangat sebab dia tak sakit terlantar...klu terlantar lagi susah kot....Allah bagi semampu kita tanggung. Walau pagi2 kena hadap dia membebel...biar jerlah...takut tau klu tgk dia pagi2...hishhh tapi kami diamkan ajer...dah tahu dia sudah tak ingat apa2..mungkin apa yang dia bebel tu lintasan perasaan dia dulu2..mana kita tahukan...apa pun saya harap dia sihat sehingga akhir hayat dia...

aik nak citer pasal budak2 tu..melalut citer pasal tok pulak..ni namanya banyak sangat fikir...ok lah sambung lain kali la pulak citer budak2 tu...

Salam 1 Zulhijjah....nak raya dah ni...

September 29, 2013

bukan hantulah

Assalamualaikum w.b.t

macam2 hal...
mlm jumaat hari tu..macam biasa la kami ke pasar malam...dah rutin dah..tak pergi macam tak sah, klu pegi pun x tahu nak beli apa pulak..huhu
tapi ni bukan kisah kami pegi pasar malam tu...
kisah yang tak terjangka...
saya & abang mmg perasan on the way nak ke pasar malam tu selekoh tepi sungai, ada terdengar macam orang mengerang & macam minta tolong...
tapi masing2 buat  x tahu, sb gelap...iyalah mmg mulanya ingatkan hantu, tapi kalu dibuatnya penyangak nak buat macamana..iya dak...dunia sekarang takleh nak buat berani sangat...
nak jadi cerita, masa nak balik ada orang tanya saya (saya kenal & dah biasa pun dgn dia) ada dengar ke?
dia cakap dia macam ada dengar (sama macam kami dengar jugaklah)....huhu 
saya pun cakaplah..ke ada orang jatuh...then panggil la 2-3 orang lagi..sb nak suluh tempat tu mmg gelap...
sekali mmg betul ada orang jatuh kat situ..huhu kesian mungkin dah lama...
klu tak mlm tu bersejuk la dia kat situ...tak tahu la injured macamana..lepas saya call ambulance terus balik..tak tungu dah..dengar adik cakap takder apa2..syukurla...tapi bawa jugaklah ke spital sb ambulance pun dah sampai..dia xleh bangun sb tertindih dek motor dan mungkin pening sb terhantuk kat tunggul kayu..tu jerlah ceritanya...duk ingat bukan2 last2 mmg ada orang jatuh...klu semua buat tak tahu mungkin lain jadinya...wallahua'lam

September 26, 2013

Puding triffle simple

Assalamualaikum w.b.t

Saya ni bukan terer benar masak
main masak2 terer la...
tapi saya suka cuba & kecahkan dapur:-)
masa kecik dulu, rasanya masa darjah 4, saya buat "jemput-jemput"
kiranya kuih pertama la tu....punya keras kenkong, boleh wat baling ke dinding huhu
banyak la...buat2 x menjadi..sudahnya saya buang jer....hehehe
itu dulu la...sekarang ni boleh la..takder la x jadi langsung..."boleh kiro" orang kelantan kata
.
.
.
sejak musim buah lepas raya hari tu, dah lama saya x main masak2, kecah2kan dapur...ialah musim buah jadi makanan ni x berapa nak pandang...dok makan buah jerlah, sekarang dah habis boleh la saya main masak balik:-) so semalam dah gian sangat saya singgah beli barang, jadilah "Puding triffle" ala saya tu, actualy first time jugak buat...saya tengok macam senang jer...tapi mmg senang pun...rasanya 15minit dah siap...hehehe
so inilah dia...
sengaja buat dalam bekas macam tu....senang nak bagi kpd Ma & pengasuh syahmi...pagi ni try makan hmmm not bad laaa..lain kali saya nak buah2 fresh pulak..tu buah dlm tin jer...lebih healthy katanya:-) sebab air dalam tin tu pun saya x amik macam dgn resepi suruh buat tu...buah tu pun saya tapis & siram dgn air garam pulak...huhu. Rasanya more better pakai buah fresh lepas ni:-)
p/s...senang banget puding ni..cubalah..sedap pun sedap. Makan pulak time panas "ceng-ceng"...mabelless2x hehehe

September 23, 2013

mak tunggul

Assalamuaalaikum w.bt

mak tunggul katanya..hihihi
weken baru ni la..jadi mak tunggul..abah budak2 ni gi mancing....gewammmm mekkk
.
.
saya ni dah kenapa tak tahu la...bila weken tu gatal jer tapak kaki nak berjalan...
xkisah la kemana mesti mau keluar jugak...fuhhhh
ke semua org macam tu ek?
masalah betul..duit klu kepuk2 takper la jugak kan...huhu
buruk betul perangai.
.
.
so dari boring layan jiwa sentap kena tinggal cuti2 weken baiklah ambo bawak anakanda ke taman...
biar dorang berpeluh..asyik dok rumah jer kan..apa barang..tak produktif sungguh..ayat orang bosan macam tu lah..huhu
.
.
kat taman ni satu jer saya x bekenan kotor tersangat2...saya tengok tong2 sampah ader jer...bukan tak disediakan..tapi tulah...masalah 'orang kita' x reti nak buang dlm tong..jgn salahkan budak yang main kt taman..tapi kita la sbg mak+ayah mereka....dah kita pun rilek jer buang plastik tu..dorang apa lagi...hmmmm..kesedaran yang entah bila la nak ada...kebanyakan ya..btl bukan semua:-)

mungkin syahmi ckp "kak mung bakpo?"
aiii..ramai ore..ambo tokleh ramai2 ni:-)
sonok ke kakak & abe mie?
p/s...dak syahmi skrg kena panggil dia abe mie..klu panggil adik dia marah..kakak dia jer blh panggil adik...bagus lepas ni takyah train dah klu ada adik..kan2x

September 09, 2013

weken :-)

Assalamualaikum w.b.t

haha, since kami tengah bina rumah..buat sendiri pulak tu...jadi sabtu mmg kena sama2 turun la..
jadilah buruh kontrak..hehehehe
takder apa pun..cuma tolong angkat batu bata dan bancuhan simen...klu abang buat sorang2 mmg penat la nak turun naik..
saya pun tak tahu lah....nak jimat setara mana..semua nak buat sendiri...sudahnya lama la nak siap.
sambil2 tu kita breakfast sama2..seronok gak macam, picnic kt pantai kata kakak...alahai kesiannya, dah agak lama kita tak picnic ya kakak?
si tukang rumah:-)
syahmi berani betul..dia boleh panjat staging tu nak naik sekali denagn abah dia (dlm pengawasan ya)...
tengok kakak..mmg penakkut budak ni...abah pegang pun takut...nak turun bukan main susah lagi ibu nak kena ambik dia dr bawah..nak naik jugak tu...ibu dulu rilek je kak panjat pokok...siap ikut geng2 laki lagi main...masuk semak..terjun tali air...tp balik rumah siap la kena marah dgn arwah ayah...hmmm rindunya zaman2 kecik dulu:-)
p/s klu ikut saya panggil jela tukang lain...cepat la sikit...dia cakap selagi dia boleh buat, dia buat sendiri...hmm yelah..ikut lah..lagi pun kami nak rushing sgt pun..lain la klu terdesak sgt nak duduk rumah tu kan...insyaAllah tahun depan boleh la duduk...setakat ni saya boleh kata 40% siap...dan insyaAllah takder hutang jugak:-)

Hantar Pakdo

Assalamualaikum w.b.t

Pagi jumaat (6/9/13) kami semua hantar Pakdo ke airport (nak naik haji)
singgah rumah ayah ziz dulu sb flight petang lepas solat jumaat...saja nak mkn2 rumah ayah ziz..lagipun dia duk berdua jer selepas arwah cik yah takder..nak kasi riuh sikit rumah dorang...hehhe
yang pasti syahmi mmg takleh klu riuh2...sy tak pasti kebetulan ke apa bila org ramai2 dia mesti demam & x sedap badan...dan kat rumah tu dia muntah pulak aduhai..kalu macam ni smpi bila la ibu boleh lepak2 borak2 senang hati dgn kaum keluarga dik oiii..bila ramai orang jer demam..macam tu lah klu raya kat rumah tu...setiap kali raya, orang duk berkumpul ramai2 dia..demam...aduhai...

pakdo pun dah selamat sampai madinah...alhamdulilah..semoga dia dapat buat segala rukun haji dengan baik..insyaAllah
gambar kt dalam airport x amik la...dan si syahmi kan 'demam'...dalam tu lagi ramai..lagi la dia x leh nak letak...iyalah musim haji ramai la yang menghantar...lagi lama duk dalam tu lagi x selesa la syahmi..so kami keluar...jumpa & salam dgn pakdo minta izin keluar dulu..xleh tahan dah...
dah keluar tu.dan2 tu okay...hmmm sabar jelah...penyakit xleh tengok orang ramai agaknya budak ni...

kat luar...sambil tunggu mek & poksu nak balik

tgk..dah okay kan?

nak buat simbol rabia tu...

pintu gerbang aiport pengkalan chepa

kt tepi pagar nak tengok  jugak smpi flight naik...ikut jerlah..panas pun okay:-)

amboi kakak...
p/s...ibu punya berangan nak amik gambo dlm airport..hmmm anak kecik macam tu lah...:-)

September 04, 2013

kos naik jugak:-)

Assalamualaikum w.b.t

hmmm nak jugaklah menyibuk pasal kekurangan subsidi sebanyak 20sen untuk petrol hehehe
mula tu malas nak sibuk2...tapi takleh jadi  ni nak jugaklah...saya pun rakyat malaysia jugak...belum keluar dari malaysia lagi walau berbeza fahaman..katanya:-)hehehe

Implikasi dari kekurangan subsidi dari kerajaan itu..maka dengan itu semua kos sara hidup pun meningkat jugak tau (vangan sungguh la sapa yang kata tak kesan apa2 tu-gewammmm tau)...sekian terima kasih:-)

hmmm saya dok congak ni pastu dok kira brp lagi balen tabung ayam yang ada:-)...bertambahlah kos nak bina rumah yang masih tak siap2 tu...nasib...sapa nak derma bagi tahu eh..nanti saya buka page minta bantuan derma bina rumah..huhu

ok..baiii:-)






*************gurau pun x vleyyy keyyyy

sawah bendang

Assalamualaikum w.b.t

bendang yang xleh nak tanam padi sb masalah air
sekarang sawah bendang di kampung saya sudah lama x dapat tanam padi..sb masalah air
sudahnya 2-3 musim jugak lah tak dapat hasil...
ramai jugak yang dah jual kpd pemaju...iyalah nak buat x boleh...klu jual boleh jugak hasil..kata mereka la..
bagi kami tak la kut buat masa sekarang...lain masa tak tahu...kalau tak dapat tanam padi kita usaha cara lain kan...banyak lagi pilihan..insyaAllah
ada jugak yang pemilik2 bendang  pajak kpd KADA untuk tanam pokok kenaf...di kampung saya sudah pun ditanam tapi belum di tuai lagi..
katanya sekarang orang tanam kenaf sb banyak benda boleh buat dengan poko tersebut...saya tak tahu la...cuba google la ya...hehehe
tengok...rumah2 tu...tuan tanah dah jual kpd pemaju la tu, jadilah perumahan...
dulu, seingat saya...tebing antara jalan tu tinggi sangat..sekarang dah boleh langkah macam tu jer...dulu lain kan..sekarang lain...dulu seronok main wau (layang2) bila lepas musim menuai padi..ada bau jerami huhu bestnya...dulu beras pun tak payah beli, proses sendiri jer padi yang dituai...sekarang kena beli beras...kenangan sungguh:-)

September 03, 2013

teringin biskut tart nenas

Assalamualaikum w.b.t

betullll ni teringin sangat biskut tart..alahai
raya baru ni tak nak makan pulak..dah hujung2 ni mencari...
sapa buat biskut tart yang maveless ya...nak beli...craving sangat2 ni:-)
nak buat sendiri tak menepati piawaian tekak la...maklum la tak berapa nak reti sebenarnya:-)
dah pernah buat, tapi takleh terima la...biskutnya keras:-( inti pun tak best...hehehe
mana nak cari ni...

Musim buah & haji

Assalamualaikum w.b.t

fuhhh..agak lama tak membebel kat sini..lagi pun takder apa nak dicoretkan.
nak bising2 pasal berita semasa pun, semuanya pun duk sibuk dah..so biar jelah..
.
.
sekarang kt kampung saya mmg musim buah..kenyang buah
macam2 ada manggis, duku, dokong, durian & rambutan..
mmg tak habis makan lah..alhamdulillah
setahun sekali rezeki Allah...puas lah makan
masa raya baru ni belum masak, so yang balik raya mmg takleh nak merasa la..kesian
hehehe
.
.
.
.
musim haji tahun ni, adik mek - pakdo akan ke Mekah
kalau takder apa2 insyaAllah 7/9 ni pegi..
semoga dapat buat haji dgn baik dan dapat haji yang mabrur...
sila doakan pulak untuk kami....semoga dapat pergi jugak di usia yang masih muda & kuat:-)

p/s hari ni kakak ada jamuan raya di tadika dia...pun saya kasi dia bawa buah2 yang ada kat rumah tu...huhu
siap suh saya dok sekali dengan dia untuk jamuan tu...mana la boleh kakak oii..tu untuk anak2 tadika saja..ibu xleh join...ptg karang abah amik ya...selamat menjamu selera ya.....

August 22, 2013

Cukuplah Allah menjadi Penolong





Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar
Hari ni sedih sungguh bila tgk anak2 di Damsyik tu...
kita mmg sedih..tapi redha lah biarkan mereka pergi tanpa perlu lagi menahan kesakitan & ketakutan setiap masa...biarkan mereka disana (syurga Allah)...itu lebih baik dari mereka menghadapi karenah manusia2 laknat tu..betapa kejam mereka..betapa rakus mereka...sehingga lupa dunia ini hanyalah sementara...teruskan perjuangan kita semua walau dengan apa cara sekali pun..teruskan mendokong & menyokong pemerintah yang memperjuangkan ISLAM..insyaAllah. 
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)

August 19, 2013

balik raya jugak

Assalamualaikum w.b.t

Kaklong balik raya jugak tahun ni..balik hari kamis..sabtu dah balik kl..sekejap jer pun
walau lambat..okay lah..yang penting bonda gembira kan..kak long cakap macam semacam jer tak balik kampung...tu yang balik jugak tu:-)
penangan kampung:-)
ni hari dorang balik kl...tak cukup corum pun..semoga jumpa lagi:-)
pagi subuh2 hening hari sabtu dorang dah bertolak balik kl...

kecelaruan

Assalamualaikum w.b.t

saya ni celaru sungguh...
sebulan saya tak online FB....sepanjang puasa baru ni
bukan apa...saya taknak tgk macam2 cerita yang kawan2 post...
kalau tengok asyik dok teringat2...tapi lepas cuti raya dah on FB
hah sekrang amik..mcm2 hal..
dgn keadan mesir...simpati sgt2 - lemah sgt saya ni..tak mapu buat apa2 pun hanya doa kudus yang boleh diutus...
dengan cerita dera- tak kira lah dera apa pun...tension baca...pastu dengan macam2 komen dari bijak pandai semua...aduhaiiiii
dengan jenayah yang berleluasa - takut la jugakkan..
tension tau...celaru
tak baca nak baca..dah baca fikir macam2 huhuhu

p/s apa saja keadaan dunia sekarang, saya mohon kepada semua kembalilah kepadaNya..insyaAllah.

August 16, 2013

Tukang gulai

Assalamualaikum w.b.t

tukang gulai...itulah antara kepakaran mek:-) selain menjahit (anak dia yang ni jer takder kepakaran apa2:-)
biasa kalau mism cuti sekolah mmg tak menang tangan lah dia...adajer kenduri
mmg biasa kalau musim cuti dapur rumah mek jarang berasap..sebab kami akan dapat gulai kenduri yang mek masak tu...

tapi yang ni special...dapat jemputan jadi tukang gulai rumah orang cina:-) kami panggil cina to'kong
dorang ni dah macam jiran sekampung la...mmg cakap dialet kelantan

terkejut jugakla dorang ajak mek pergi masak untuk kenduri anak sedara dia...dia cakap tempat disediakan khas untuk mek masak tak campur tempat dorang masak...ialah kan dia mesti ada makanan istimewa mereka kan...alatan nak masak pun dorang mintak mek sediakan jadi mmg tak campur la...dia pun tahu apa yang boleh apa yang tak boleh kan...bagus dorang ni...
dorang cerita tok2 dorang dulu siap sediakan pinggan mangkuk lain untuk tetamu orang melayu...punya beradapnya dorang:-)
kalau siapa biasa kat kelantan mmg tahu la keakraban hubungan ini:-)

kalau takder apa hal rasa macam nak pergi jer kenduri tu nanti:-)

August 15, 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kenang2 saja..
takder apa yang teruja pun..
biasa2 saja
yang balik pun brp ketul jer...
its okay dari takder kan...
.
.
pagi raya..siapkan anak2...makan2 kami terus ke masjid
tahun ni saya pergi, syahmi pun dah besar & boleh handle...alhamdulillah dapat merasai nikmat solat raya tahun ni:-)
selesai solat raya balik raya kat rumah la...salam, mohon ampun dan maaf:-)takder amik gambo pun,saya tak cukup kaki tangan...mana nak buat air la...nak amik makanan untuk tetamu yang datang awal...apapun tetap happy la...
dah agak tenang sikit..mohon diri nak beraya kat rumah ma pulak...tu jela kut untuk raya pertama..tapi kami mmg raya hari pertama jer..yang kedua dan seterusnya biasa duk rumah atau pergi kenduri jer pun...musim cuti raya+sekolah kan banyak kenduri kendara...itulah cara kami...
tapi cuti panjang jugak:-)
.
.
tahun ni kami tak menziarah ke kubur arwah ayah pun...kami buat tahlil bersama keluarga saja selepas buka puasa malam raya...bukan taknak pergi...insyaAllah akan pergi juga..tu kan adat saja...insyaAllah doa kami sentiasa ada untuk arwah.
.
.
menu raya?
huhu...orang yang tak berapa nak proper ni macam nilah...hehhe
pagi raya kami buat nasi lemak...best....iyalah semua duk buat rendang+kuah kacang semedang...muak jugak..jadi saya buat simple...gi jalan rumah orang leh makan jugak rendang ke apa:-)
lagipun rumah ma buat nasi minyak...merasa la semua...simple tapi sedap:-)habis licin hehehe

ni la seketul gambar raya..ada lagi kt FB

August 07, 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t

Dikesempatan ini, saya mengucapkan untuk semua yang sudi membaca blog tak seberapa saya ni 
Salam Aidilfitri....Mohon maaf untuk apa saya yang terkurang atau terlebih kata, yang menyinggung hati dan perasaan....Sampai jumpa lagi dilain temuan.

Salam Aidil Fitri 1434h dari;
tuan blog yang tak seberapa dan keluarga:-)

August 05, 2013

hilang

Assalamualaikum w.b.t

kisahnya cincin hilang...
saya ni jarang nak pakai cincin, sb setiap kali nak solat mesti nak kena buka.
nak jadi cerita, saya buka hari jumaat lepas, tapi x sedar x ambil, saya letak atas kolah dalam bilik air..masa tu mmg mamai sb x berapa sihat...mmg flat bangun sb nak solat jer..tu yang tak perasan x pakai balik cincin tu...
sedar2...nak ambik wudhu solat isyak mlm tu...masa mahgrib pun perasan cincin tu takder...suspen la kan...
takut nak bagi tahu abang..so biarkan, sambil cari2...tapi pelik jugak hati x debar langsung...terus saya fikir mesti boleh jumpa ni sb x debar...
esoknya..dlm tengah hari jugakla saya buat tanya2 abang...ada nampak ke tak...dia ckp  takder...siap cakap klu ada rezeki lagi...jumpa kalau takder nak buat macamana...fuhh nasib tak marah kan...iyalah time nak beli bukan main lagi...tapi careless....
tapi dia tak tolong cari pun...huhu...saya la setiap kali mandi, setiap kali tu la melilau cari...manalah tahu kan ada rezeki lagi...
dah agak give up, mlm tu saya bagitahu mek...mana tahu kan dia jumpa...
hahaha...mmg pun ada dengan dia, atok saya yang ambil then bagi kat dia...alhamdulillah...dia saja diamkan sb dia tahu saya susah nak cakap kalau benda2 hilang ni:-)
nak jadi cerita pulak...beg yang dia simpan cincin tu pulak missplace....huhu dugaan sungguh...
cari la pulak beg dia tu...mana dia selit pun tak tahu la...habis satu bilik dia kumbah tak jumpa2...sampai 2hari dok cari..x jumpa2
.
.
.
lastnya pagi tadi, saya bangun awal sb x solat isyak lagi...mlm tadi anak saya syahmi x sihat muntah2...so melepek dengan ibu macam biasalah...tu yang lewat benar solat tu (alasan)
saya bangun mandi, solat...dah alang2 bangun awal saya masuk dapur terus la prepare untuk sahur...sambil2 basuh kain...saya dok tepi mesin tu...terpandang mesin jahit mek...tertutup dengan kain.....terlintas di fikiran, agaknya Allah bagi ilham...saya terus tarik kain tu...dan...jumpa begnya...alhamdulillah
terus kejut mek...hehehe..then dia buka beg tu dan hmmmm ada lagi rezeki saya..jumpa balik cincin itu...huhu
ni la cincinnya...lama dah beli tapi jarang pakai.
p/s pasal tu pun leh wat modal ke...aduhai....kenangan mlm 27 ramadhan 1434h

jamm

Assalamualaikum w.b.t

rata2 jalan2 utama di kota bharu dah sesak...ramai yang balik awal cuti raya kali ni...cuti pulak agak panjang..bersambung pulak dengan cuti sekolah...huhu seronoknya...nak sambut raya
apa pun saya doakan perjalanan kita semua selamat...tak kira la jauh  @ dekat...

p/s hati2 la semua...kalau mengantuk jgn paksa nak cepat sampai...berehat la dulu...yang pasti kepulangan anda semua dinanti.

August 04, 2013

Biskut raya:- Biskut chips koko

Assalamualaikum w.b.t

Nama main hentam jer...
bahan pun saya main hentam jugak...hehe
saya amik resepi basic biskut, cuma tanbah serbuk badam dan tambah serbuk koko...
pastu letak choc chips...jadilah biskut chips koko...huhu
rasa? berani nak kata tak sedap...mestilah sesedap rasanya:-)
ok nak tengok? silakan scrolll ye
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
walau pun rupa agak tak menarik....tapi rasanya sedap tau...ada warna warni saya masukkan chips yang color:-) inovatif katanya


saya bulat2 kan lepas tu terap dengan garfu...jadilah begitu...tu saya pernah tengok chef wan buat biskut lagu tu...tak yah nak terap2 pakai acuan katanya:-)


saya rasa cukuplah tu kut biskut raya tahun ni..campur dgn kerepek yang beli...janji orang datang adalah untuk dijamu...biskut tu semua rasanya dah nak habis separuh...nasib lah...nak buat tu seronok tapi tu la renyah nak mengemas pulak....kita jamu jerlah apa yang ada:-)
ooh saya ada buat popia nestum jugak...


p/s kiranya kalau kakak2 saya tengok saya tahun ni mungkin dorang impress sgt2...yelah adik dia yang agak malas ni boleh buat semua tu...even simple:-)hehe...nampak nau manja terlampau...
betul orang kata bila kita dah berkeluarga...semuanya boleh berubah...saya macam tu lah...kalau dulu tak pernah amik pusing..sekarang semua tu kena ambil tahu lebih2 lagi dah ada anak...okay lah tu berubahkan, kalau tak berubah2 tu yang pelik:-)

Biskut raya :-Dahlia

Assalamualaikum w.b.t
Biskut ni org panggil semperit pun ya kan..
tak kisah lah..saya panggil dahlia.
senang la jugak buat biskut ni..
tapi kena berperang la jugak dgn askar 2 orang tu..
banyak jugaklah habis doh saya di buat dek dorang...
nak ambil balik tak sampai hati saya..di buatnya sakit perut org yang memakanya...tak ke naya huhu
maklum la..dorang bukan kira apa...tangan tu ntah dorang pegang apa pun tak tahu la...jadi biar lah..
dahlia sebelum diburn...macam2 bentuk maklum sambil terap sambil bebel tak sudah:-)
boleh la untuk orang macam saya ni...tak sangka jugaklah boleh buat biskut raya...hehehe walau simple jer biskut2 saya...
dahlia yang siap...1st round terhangus...huhu yang ni semenggah la sikit:-)
next...huhu biskut koko pulak ya...

August 01, 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum w.b.t

dah bayar zakat fitrah ke awok2 seme:-)
tahun di kelantan $7.00 sama macam tahun lepas jugak..
saya ni tak pernah bayar zakat fitrah sendiri:-)
sebelum kawin mak+ayah yang bayarkan..sekarang dah jadi tanggung jawab en.somi pulak kan..gitu la citernya.... rasanya semua anak pompuan gitu la kut selagi tak kawin kan...yang keje & nak bayar sendiri tu  ada la, tapi rasanya jarang....hihi...seronok kan jadi ank pompuan ni...sentiasa dilindungi:-)

yang belum bayar tu cepat bayar ya..kang terlupa pulak...ader ker?

p/s saja buat n3 ni lepas baca n3 YB...u inspired me katanya:-)
dah nak raya kan kita...saayu nya nak lepaskan bulan ni...semoga semua daripada kita mendapat ganjaran yang besar dibulan yang mulia ini....

July 31, 2013

Biskut raya :-conflakes madu

Assalamualaikum w.b.t

okay ni biskut saya yang ke satu...hahaha
belah bagi jugaklah nak buat biskut raya tahun ni...
buat pun yang paling senang..
disebabkan dah pasang niat taknak beli biskut raya tahun ni...so buat juga la
macam biasa..co-chef kita mr.syahmi, kakak ikut tokemk gi masjid.
senang amat buat bendalah ni rupanya...sebelum ni siap beli, aduhai...
garnishkan butter+madu+sesudu besar susu pekat untuk satu paket conrflakes tu....
letak bijan..masuk cornflake...gaul rataummphhh rangup kruk krak ...
sebekas habis kat pembantu chef katanya:-)
nak jadi citer ada tetamu pulak malam tadi:-) balance ada la dlm 50pcs lagi...jadinya kena buat lain..huhu
takper tetamu as rezeki jugak tu..lagi2 dibulan yang mulia ni kan.
satu kotak cornflake tu leh dapat dalam 100pcs letak dalam cup kecik2
tak amik pulak yang sudah masak...sedappppp
ok next..........



July 30, 2013

minta dijauhkan

Assalamualaikum w.b.t

hebat2 orang2 kat malaysia skrg ni...
kes tembak mcm dah biasa jer..
cuba tengok paper hr ni berapa kes tembak ada?
huhu
tak puas hati kasi tembak ya...gangster sungguh
takut weh..
senang pulak tu seludup barang terlarang...
tak takut apa2 dah...bukan boleh tangkap senang2 org yang buat tu:-(
Ya Allah, aku mohon perlindungan dari Mu, jauhkan keluarga ku dari musibah itu...
betul orang cakap kalu kita takder masalah dgn orang nak takut apa, tapi kalau kes tersilap orang tu macamana pulak?huhu nauzubillah min zalik


p/s takziah untuk semua keluarga yang terlibat:-(

July 29, 2013

sunyi sepi

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni raya tak tahu lah...sejarah kut
kakak saya semua cakap tak balik kampung..olololo
sapa jer ada kat rumah...alahai ni yang tak syok
tapi takper...ramadhan ada lagi kurang lebih 10 hari...lebih2 lagi diakhir2 ni, saya nak doa moga Allah buka pintu hati mereka semua untuk balik kampung...huhu
tak pernah tau dorang tak balik...tapi tahun ni dorang ada hal pulak..
kak long - nak jaga cucu, maklum org dah ada cucu...susah la kut nak tinggal cucu baru:-)
kak ngah - mentua dia sakit...nak tak nak kena balik rumah mentua la
kak nik - abe din x berapa sihat sebenarnya...mak dia pun dah ada kat sana, jadi kebarangkalian dia nak balik tu sikit...minta2 Allah bagi kesihatan yang baik untuk abe din dan gerakkan hati nak balik raya kat kampung..sebab dorang ni tak pernah tak balik raya....kesian la pulak kena raya tanpa keluarga kat kampung kan...

p/s sunyi tu yelah...tapi hati bonda mungkin terusik lah kan...kalau semua tak balik...alololo, dia mungkin faham..tapi dalam hati sapa tahu?

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi