Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 30, 2012

iklan macam2

musim perayaan ni macam2 diiklankan..
iklan biskut@kuih-muih raya tu biasa lah 
baju raya juga...
huhu
sekarang lagi maju rasanya..
iklan barangan kosmetik..untuk raya katanya..muka mesti mau berseri...
iklan sessi pelansingan (set) huhu
ada jugak kan...kalau kita puasa ikut cara yang betul, insyaAllah boleh turun berat kepada yang nak..
.
.
dan terbaru iklan "duit utk raya" @ personal loan..
banyak la bank2 call potential customer dia untuk buat pinjaman segera-buat tambah duit nak beraya..
alahai..
bagi saya lah...tak perlu semua tu...semua tu lagi membebankan..
lepas raya kita ada komitmen baru pulak nak bayar personal loan..walaupun masanya singkat...tapi mesti akan ada effect dengan perbelanjaan kita kan?
berayalah setakat yang mampu..tak perlu la nak berlebih2 kalau tak mampu
janji ada yang baru..memadai la tu..
nak lebih..usaha lebih-macam jual kuih raya ke..amik upah jahit baju raya ke..tu pun kalau ada kepakaran la..tak kalu duk diam2 (macam org yang menulis ni) hehehe
ok tu je lah..sekian.

July 24, 2012

gastrik

bila bulan puasa jer..penyakit ni menjadi2 ya..agaknya kuman (yeker?) penyakit ni aktif time bulan puasa jer kan..huhu
ramai la yang gi klinik sb sakit peyutttt..hiks
.
.
ubah plisssss
tak matinya kalau belum tiba masa dengan izin Allah.
malulah sikit dengan anak2 & adik2 kecik kita...
mereka bertahan sampai lembik...

July 23, 2012

Ramdhan yang penuh barakah

Bulan Ramadhan ni penuh barakah.
bulan bonus untuk kita umat akhir zaman..
semuanya pun dikira ibadah hatta tidur sekali pun kan..
tapi jgn lah asyik tido sesajer...tak produktif tu namanya..
.
.
Puasa tahun ni, impian saya (insyAllah) nak masak walau satu lauk..
atleast setiap hari ada air tangan saya untuk abang..huhu
saya kan duk ngn mek...so mmg kalau hari keje dia dah masak..
so saya tambah la apa yang patut..pastu rezeki berganda ma (MIL) pulak kasik macam2 huhu
dari 2-3 jenis lauk jadi 5-6 lauk..hehe
tapi saya cerdik sikit la...lauk ma kasi saya simpan buat sahur..
senang..hehehe panaskan sajer.
.
.
semalam ada pegi PARAM..huhu
rezeki bulan ramadhan..saya tengok ramai yang kemas tempat meniaga awal...dah habis.
masa saya pegi tu dalam pukul 6.30 gitu...alhamdulillah...

July 22, 2012

hebat cerekarama malam tadi

"Perempuan Neraka"
.
.
sapa yang jadi pelakon malam tadi saya doakan anda semua mendapat hidayah daripada apa yang anda lakonkan...cerita yang menarik..tahniah untuk team itu.
.
.
biasa jarang sudah saya tengok cerekarama sekarang..tapi malam tadi mmg menarik perhatian.
.
.
takut pulak saya baca statement yang ditulis oleh sisuami...ishh neraka tu tempat yang paling dasyat..sampai sanggup suami sebab sayangkan isteri... 
tapi realiti kita sekarang mmg macam tu kan...
ramai suami meng'agong2'kan para isteri...
tengok yang x menutup aurat sudahlah...para suami ni boleh pejam mata je tengok para isteri mereka..biarlah....belum dapat seru...kalau pakai tak ikhlas buat apa...aduhai..
WAJIB tau tak..sama macam sembahyang...wajib buat walau terpaksa.
.
.
cakap lebih2 kang orang kata jangan dok jadi ustaz/ustazah internet la...
betul...ilmu saya mmg tak seberapa..tapi setakat ingat-mengingati apasalah nyer, ya tak?
bukan mahu tunjuk hebat, sekadar yang termampu saja.
saya pun dalam proses untuk ke arah yang lebih baik.
.
.
ada jugak yang cakap..kalau nak nasihat tu...berhemahlah sikit..
cuba cakap macamana cara yang berhemah tu?
cakap lembut2? cakap depan2? cakap direct?
aduhai...bukan keje mudah ya para pendakwah semua kan..semua tak kena...

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]

tgk selemah2 iman adalah mengubah dengan hati untuk mengelakkan maksiat (kemungkaran) kepada Allah (ni lagi satu, term 'maksiat' ni...ramai yang faham maksiat ialah melakukan hubungan lelaki & perempuan (yang bukan mahram) sahaja...hakikatnya bukan ya...maksiat ialah melakukan apasaja perbuatan yang menjuruskan mendapat dosa,cth tinggal solat, tak menutup aurat, mencuri, berbohong dll).
= benci melihat manusia berbuat maksiat adalah selemah2 iman.
.
.
walau apapun saya doakan, semua sahabat2 perempuan saya yang muslim, menutup aurat. 
Aurat dijaga, InsyaAllah maruah terpelihara.
Menutup aurat ya..bukan sekadar pakai tudung fesyen2 tapi sendat..jarang...senteng...
InsyaAllah semua...berubah kearah kebaikan jom...tak perlu tunggu seru ke...ikhlas ke..suami tak kata apa ke...jom lah..kewajipan kita tu...buat dulu walau terpaksa..pastu istiqamah...lama2 boleh jadi biasa jer nanti.
Takkan suami jer sayang kita sampai sanggup ke neraka...kita pun wajib sayang suami kan...takkan nak biarkan dia sorang2 sebabkan kita....para suami pun jgnlah asyik "ya sayang"...tegurlah isteri tu kalau betul2 sayang.

Wallahua'lam

July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Untuk semua saya ucapkan selamat berpuasa.
Moga2 puasa kita tahun ini sempurna & diterimaNya. InsyaAllah.

July 19, 2012

ameera

dah lama tak tengok samarinda..tapi bila cik Rita berlakon dlm samarinda cerita ameera tu rasa nak tengok..
then follow lah cerita tu...standard la samarinda cerita orang2 kaya..
dah sebab suka kat cik rita tu tengok gak lah...mlm tadi dah habis..
tapi bukan happy ending..huwaaaa
dah nama pun cerita kan..alolo sian ameera..sudah la kena berkongsi, last2 laki pulak eh pergi..
polis tu macam hapa2 jer...dah tahu penjenayah yang mmg diburu..boleh pulak dia balik camtu jer..huhu
tapi ok lah....best lagu dia..andai ku bercinta lagi...sape nyani eh..lupa pulak...
.
.

kalau ikutkan..dah lama tak tengok drama2 kat tv ni
kalau layan pun game BOLA..huhu
kalau tak tengok animal world..berita pun jarang benar tengok:-)
dan sekarang tengok masterchef pulak..baru habis masterchef celebriti kan..
bukan tak nak tengok TV
cerita tu ntah apa2 jer..baik tengok cerita jepun apa kenama tajuknya kat TV Al-hijrah...jam 3.30ptg.. rasanya setiap hari..saya blh tengok weken jerlah..best cerita tu..ala2 Oshin zaman dulu2...ke mmg cerita Oshin tu..tak tahulak pulak..hehehe
.
.
alah melalut pulak..dari cerita ameera ke siaran Tv pulak eh...
sambung lain kali pulak ya...selamat berpuasa semua....

July 17, 2012

amboi nak

pagi tadi bawa anak bujang checked bulanan...pegi sorang dgn anak bujang jer.
kakak tinggal...sengaja tinggalkan..sb takut tak terkawal kat klinik.
.
.
tapi mmg ya pun...anak bujang tu bukan reti nak duk diam..
gambo mmg tak sempat nak amik la..
dengan nak kejar dia..mana sempat nak amik gambo.
.
.
tapi yang herannya..bila nampak budak pompuan baya2 dia boleh pulak duk diam..
duk usha nak dara orang..amboiii kemain lagi ya..
.
.
mmg rugi lah tak amik gambo dia "usha awek"
kalau tak boleh buat bahan bila dia besar nanti:-)
.
.
Syahmi, besar nanti kalau buat macam tu, tahulah ibu nak buat apa. Jgn main2 ya!

July 15, 2012

Tok Bali

sempat lah tido semalam...padahal rumah bukan jauh mana..huhu
nak ke Bali Indo belum mampu kan..ke Tok Bali pun ok lah tu..hari2 pun boleh pgi..hehehe
saja je tido sana...kesian kat budak 2 orang tu belum rasa tido hotel katanya (macamkan mak+paknya selalu) rasa katanya..kiranya mak+pak penah rasa tido hotel..




ok lah...untuk orang budget macam kami sekeluarga ni..


p/s...Tok Aman Bali tu best..macam2 ada:-) Kami bukan kat Tok aman...resort sebelum Tok Man:-) Ada rezeki, nak try Tok Aman pulak...insyaAllah

July 10, 2012

amukan blogger

hish...terkejut kan..pagi2 nengok paper ada org ngamuk..siap claim "imam mahdi" lagi..
saper dia ni? kata blogger...bl buka blog dia..baru je lagi buka blog..sebulan kot..
kesian dia..apa dia nak eh? macam2 sekarang ni...wallahua'alam.

July 09, 2012

Alahai si hitam...manis

Najibah...si hitam manis ibu.
budak sebesar ni dah tahu okay...stigma sangat.
benci la...kesian tau.
agak susah la jugak nak cakap yang warna kulit tak penting..
nak2 pulak si adik agak cerah pulak..

tak apa2 kakak..janji kakak pandai....belajar rajin2 tau.. 
dulu masa saya sekolah pun saya pernah rasa..kawan2 dok ejek budak hitam..huhu
sampai ada satu masa tu budak lelaki tu takmo satu group dgn saya sb saya tak cantik+hitam...berlagak sangat...takpelah. 
ishhh..
kakak ttp comel di mata ibu...sayang kakak... jom tengok budak itam mannnisssss ni baca al-fatihah..tu pun nak kena pujuk..dan banyak kali nak record baru ok lah sikit...kakak dah boleh baca (ofkos lah dengan bimbingan)...Ya Allah terangkan pintu hati anak ini untuk kenal Al-Quran.....abaikan suara si ibu ya....nanti saya rekod dia baca surah2 lazim pulak ya...insyaAllah.




July 08, 2012

kalau letih nak layan...

semalam bawa budak ngaji gi pertandingan..mmg tiap tahun pun ada buat..
tapi semalam mmg agak penat la...sebelum ni abang ada & sebelum ni Najibah sorang jer..
semalam dengan hero yang tak boleh duk diam..keje nak mengukur tanah jer..
last2 saya biar dorang dok berguling kat padang tmpt parking.  Najibah mintak dia dok ngn Tokmek taknak...nak jugak dengan Ibu.
Syahmi biasa lah dia..nak jadi taiko...mana2 pegi pun gitulah lagi2 dah boleh lari2 skrg...huhu
ok ni video saya amik kat padang tu..nasib cuaca mendung jer..kalau tak huhu silap2 ibu yang sakit kepala...
najibah pulak yang over acting heh...abak mek biasa la speaking bahasa ibunda dia...harap sori lah ya..

July 04, 2012

harap lepas ni takder la semua menatang insect kat rumah tu

hah...kemain panjang tajuk..saya mmg fail la bab2 nak letak tajuk entri ni..redho kata su winci..huhu
ni saya beli kat MilkADeal RM33 instead of RM69 for Riddex Plus Digital Pest Repeller from SB Direct Resources [52% OFF]".

Barang belum sampai lagi..baru jer redeem...kang saya review bila barang sampai...nak tengok jugak..sila sign up deal2 itu...sekian.

July 03, 2012

Jgn mudah marah


saya terbaca post sorang kawan..yang marah2 bila ada yang kondem usaha dia nak BF baby dia...
tak perlulah nak marah...jelaskan sehabis baik...insyaAllah orang akan faham..
perkara biasa bila orang tua kita ni tak berapa faham..zaman mereka dulu kalau ibu kerja, anak otomatik kena bagi susu tepung...dorang dah faham gitu...so peranan kita untuk terangkan...jangan marah2 ya...
bagi penjelasan yang terbaik...cayok2....insyaAllah faham lah dorang tu nanti...

alahai malasnye

malas betul nak update..mesti orang borring masuk blog ni..
agak lama tak up apa2 cerita..
bukan apa pun..tepon saya ni takleh nak connect ke pc pulak..
apa yang nak kena buat pun tak tahu..
nanti minta tolong budak teknikal..dorang bukan leh kacau..kang ada jugak yang makan perli..huhu
.
.
tulah malas tu..dah gambo dalam phone takleh nak transfer..
kang org putih kata...picture tells the story..kan?
iyalah sangat..kannn
.
.
ohh ada satu malam tu gi funfair..hah ko..1st time dalam hidup gi funfair ni..
mmg tak pernah..dulu mana ada, kalau ada pun sapa nak bawak kan..
pukul 9 dah jenegho(tidur) hehehe
punya pening pala pulak tengok benda pusing2 semua..
naik la train..dah anak2 pun tak makan saman sudah...terjerit2 nak naik..huhu
takut pulak ibu...kang dibuatnya train tu terbalik...melampau kan...imaginasi tak sudah...
.
.
kang nak bawa lagi lah budak2 tu...abah pulak take turn naik sekali..ibu takmo dah..pening lalat dibuatnya.
.
.
ok kang kita sambung lagi...


p/s walau kita gembira bersama keluarga...ingat pada mereka yang tak berapa baik nasibnya...:-) Ujian Allah ni luas...senang pun ujian jugak...jangan lalai ya kawan2..ingatan untuk diri sendiri jugak.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi