Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 25, 2010

cerita minggu ini

hidup mesti diteruskan.
selagi hayat dikandung badan.
Selepas ke majlis pengebumian makmuda pada jumaat lepas,
kami melawat pulak sepupu ma & atok belah arwah ayah...dia pun dah semakin uzur.
harap Allah permudahkan urusan2 mereka & kami juga.

hari jumaat tu mmg tak duk rumah la..
mlm semua membungkam tak ingat...

yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu teruskan perjuangan..
so kita tinggal dulu kesedihan kehilangan mereka...
kita cerita sedikit kegembiraan di hari sabtu.
kami pergi umah atok belah mek...
musim buah sekarang ni..
so masuk dusun la.
najibah 1st time masuk dusun..
tokyang najibah cakap takyah bawa,suh tgu je kat umah..bnyk nyamuk
ibu dia kata takper...nyamuk hutan xsama ngn nyamuk bandar.
nyamuk bandar bw penyakit-->aedes.
huhu...sebenarnya ibu najibah yang beria nak ikut..
mana leh tahan kan,buah2 ni kalau mkn kat dusun best dia lain sikit...segar dari ladang katanya...dengan bau2 yang susah nak cerita...bau durian mmg menusuk hidung. mmg best la...
kalau boleh panjat tu lagi terbaik....skrg dah tak boleh nak memanjat dah...
layan jelah sedikit sebanyak gambo2 ni...

::dusun itu::

::suka buah ni::
::mereka yang bertungkus lumus mengutip::

::hasilnya::
::budak kecik ni pun sibuk sama::

sekian...hahaha apa punya ending pun tak tahu la.

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk makmuda.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Arwah telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 22/07/2010. Sebelum azan Asar.

July 21, 2010

maaf...saya taknak

ms lunch tadi ado call dr bank,
ingat kan ada masalah apo..ghupa2 nyo nok approach ambo nak suh amik CC dia..
macam2 benefit dia kasi, senang nak keluar negara-->masa bila la tu nak perginya
huhu masa akaun tu senyap sepi takder pulak nak call2...
skrg bila tgk statement lagu tu,sudi pulak nak approach ya...
tu la kehidupan, bila nampak ado peluang pandailah cari ya,
maaf la ya saya belum berminat nak ada CC.
saya masih suka byr semua cash...biar takder janji tak berhutang.
Iya ke senang pakai CC tu ek-->

hari ni

alamak hari ni dah rabu...
esok kamis...dah habis weekdays (untuk klate je la yo)
ada seminggu lagi untuk bulan ni..
pastu masuk bulan ogos..
Mungkin 12/08 kita mula puasa untuk tahun ni...
cepat betul masa.
dulu waktu kecik takder pulak rasa masa cepat2 gini.
Iyalah makin berusia,makin bnyk tanggungjawab kan...tu yang masa rasa tak cukup sokmo..
.
.
.
mlm tadi kelakar rasanya..
time dinner,
letakla ayam goreng + nasi dlm pinggan najibah..
so kami makan la..
tapi boleh dia amik telur goreng dlm pinggan saya & cakap 'nak elo', kalau tengok mmg kelakar...
huhu ibu lupa nak letak telur dalam pinggan najibah...sori
ank2 ni mmg penghiburla...ada je leh buat kita lupa seketika hal lain.
esok nak bawa gi checkup tu...
nasib baik selera makan dah ok, taklah risau bab berat dia tu.

July 20, 2010

ujian

orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
itulah kan,

tapi Allah berfirman, Dia takkan bagi ujian sekiranya kita tak mampu untuk menanggung (maksudnya lebih kurang la ya,maaf kalau tersilap)

Tanpa kita perasan,ramai lagi yang menggung ujian Allah lebih dari kita.

Malam tadi kami sekeluarga melawat makmuda (mak saudara)
kesian sungguh saya tengok dia,rasa sakit dimana2 saja. Pegang situ sakit, sini sakit.
Sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Apalah daya saya,setakat melawat sekali sekala. Syukur dia punya anak+menantu yang bertanggungjawab....
Makmuda tak punya saudara di sini, sb dia asal Taiping. Lepas kahwin ngn Pakmuda terus menetap kat sini...besar sungguh pengorbanan dia untuk Pakmuda. Tapi rasanya keluarga dia pun ada datang...saya tak pasti samada makmuda punya mak+ayah lagi ke tak. Kalau dah jauh tu faham2 jelah kan,dengan belanja yang bukan sikit untuk datang.

Pakmuda tu adik arwah ayah. Kami ni tak berapa rapat sangat ngn famili sebelah arwah ayah, sb masa arwah ayah meninggal kami masih bersekolah....so ada jurang disitu. Tapi dah besar dan lepas belajar ni kami sentiasa ziarah keluarga belah arwah ayah...lagi2 atuk pun uzur sekarang. Ingat lagi dulu kalau tidak kerana mek sudah tentu kami ni kerumah anak2 yatim...sb katanya mek tak mungkin dapat menangung kami sendiri...syukur punya bonda yang kuat semangat macam mek....sayang mek. Patutnya mereka yang bertanggung jawab ke atas kami....tapi takpelah kan..itu semua dah lepas. Kami tak ralat pun sebab sekarang pun Allah telah kurniakan kami macam2---syukur.

Ohhh panjang pulak cerita saya...ok berbalik pada cerita makmuda, kami difahamkan doktor belum dapat sahkan penyakit dia. Masih dalam ujikaji. Sebelum kejadian dia jatuh bilik air, paha dia patah, tapi masa saya melawat kat hospital hari tu rasanya taklah seteruk semalam. Dia masih boleh berinteraksi dengan kita. Allah tentukan semua itu. Harapan saya anak2 dia sentiasa sabar melayan mak yang sakit itu, orang sakit ni banyak kelakuan dia yang tak diduga.
Harapnya juga makmuda akan kembali sihat. Semoga dia sentiasa ingat Allah.

July 18, 2010

Dibenak kepala

gembira
gembira kerana hari ni masih lagi berpijak di bumi Allah ini untuk sehari lagi...bersyukur sepatutnya-->Alhamdulillah
.
.
sedih
sedih bila dengar cerita poknik dari Kak Yah(anknya). Poknik dah semakin uzur. Tidur sepanjang masa....dan lagi sedih bila dia sebut namaku...sungguh saya takleh dengar bilamana dia kata teringat kat saya...aduhhh saya takleh pergi rumah tu....saya tak sanggup bila teringat balik apa yang telah mereka buat kat saya...katalah apapun mmg saya tak sanggup nak pergi kerumah orang yang telah mengutuk saya dan suami. Kami masih ingat kata2 dia. Cukuplah. Katalah saya ni pendendam ke apa, tapi kalau dengar apa yang dia cakap, sungguh menghinakan. Takde apa yang boleh saya lakukan, semoga Poknik tahu akan kebenaran itu.
.
.
.
kira-kira
berkira-kira untuk tambah bil ahli keluarga.
ini sudah lama dlm kepala cuma belum ada rezeki.
InsyaAllah.
.
.
gula & minyak...
dah naik ya..
huhu
sama2lah kita berhemah (itu untuk org2 tidak bergaji besar macam saya ni)
kalau sebelum ni boleh simpan,la ni pun boleh jugak kut...cuma amaunnyer mungkin tak sama...tapi kita sbg anak ni sedikit tak banyak pun kena panjang2 rezeki yang dapat tu untuk orag tua kita dulukan...insyaAllah cukup la tu.
.
.
.
^_^

July 15, 2010

10 tahun lagi


dok jln2 blog Pn Jemah ada pulak entri 10 tahun lagi...dia tag pembaca blog dia so saya ngn berbesar hati amik je lah... hari tu saya buat entri 20 tahun lagi...juga amik dr blog dia...

So untuk 10 tahun lagi apa impian kita lebih kurang macam tu lah...
Masa sekolah rendah dulu mmg cita2 nk jadi "cikgu" kira macam cool la tu..
pastu msk sekolah menengah dah lain pulak...tak istiqomah betul saya ni.
so saya ikut flow je...cuma dlm hati, apa pun saya jadi lepas kuar kolej, yang pasti saya taknak bekerja makan gaji seumur hidup....saya nak bekerja sendiri. Itu dlm hati saya...nampaknya yang baca blog ni tahu la plk dlm hati saya....hehehe tak bocor kan. Cumanya sekarang ni saya masih berkira2 berapa lama lagi saya patut makan gaji ni...oh well,hanya Dia yang tahu.

Jadi insyAllah,saya akan pastikan saya takkan bekerja makan gaji seumur hidup saya.

cop...cop...usahawanita salah satu cita2 saya jugak ms sekolah dulu.hehehe

najibah

Alhamdulillah...
ini budak dah kembali aktif.
so kena tahan telinga dengar dia coloteh...
klu kita dok ckp ngn someone dia mesti "apa bu?"
amboi...suka2 nak interframe....

tengok tu dia dera budak ngaji suh ajar dia,kalau tak layan siap la guling2 merajuk....(yes itu genetik namanya...)
Ngaji dlm umah pun siap nak berkasut sport...huhu suka hati kamu la nak oiii.
ooo budak ni dah ada pet...jgn main2 seekor anak mmbooooo...kami panggil tompok (nanti ada masa saya amik gambo)
haha lembu abah dia beranak 1 minggu lepas, so di assumekan sbg pet najibah sb kalau kita tanya tu mbooo sapa? dia jawab "ibah" so the cow belong to her la. haha saham tu...kalu dijual or sembelih masuk akaun dia lah nanti...
ibu & abah takder harta nak tinggal nak oiii,insyaAllah ilmu itu akan didahulukan.

July 13, 2010

x kebah2

demam najiah ni x kebah2.
bila mlm je panas kemain...
mlm tdi checked temp dah 40
panas tu..terus masuk ubat ikut bont...
najibah mmg genetik ibu dia sb ubat mmg payah nak telan..
bagi la rasa macam mana ubat tetap ubat ok...
bukan x cerdik najibah tu...dah tahu dah siap kacip gigi takmo buka mulut.
last2 masuk ikut bont... ok selamat.
pas dah kena ubat leh pulak dia main2 ngn paksu dia...huhu
dah la makan takmo tu...pengasuh dia cakap dia cuma minum milo kota & makan cokelat sesaje...susu mmg takmo.
So najibah minum susu bila ibu balik sajo.huishh makin susut la berat dia..
minggu depan nak kena buat monthly check-up.
hmmm kena bebel lagi la ngn nurse kalau berat dia menurun...
nak buat lagu mano misi oii,bukan taknak kasi makan dia yang tutup kemas mulut dia bila sua mknan...nak2 time demam ni.
cepat sembuh ya sayang,minggu ni kita gi tengok wau kat pantai irama bachok...ada pesta wau.
kalau demam takleh gi...tak seronok la.

July 11, 2010

Domam

Najibah demam 2-3 hari gak la
hish nak keje pun tak tenang.
tapi rasanya siang dia ok, bila malam je demam
boleh kata mmg tak tertido la dibuatnya.
Najibah ni jarang demam, so klu demam tu mmg lembikla..
melekat je ngn ibu.
tengokla tu..kesian je tengok dia..
makan pun taknak...mungkin mulut dia ada ulser tu yang takmo mkn
doktor ckp ada merah dlm kerongkong dia...


jaga najibah bila dah agak besar ni kurang pulak kesabaran ibu, mungkin dah biasa sejak lahir najibah kurang berjaga malam,bila kena berjaga tu yang ibu asyik angin tu...nak2 pulak ngn abah...sori eh abah, ibu tak sabar.
Tapi memang mencabar sebab najibah takmo ngn sesapa, abah pulak macam takder skill nak pujuk anak manja dia tu time demam tu yg ibu jadi gerammmm tu...senget bahu2 dok kelek najibah...maaf la ibu mmg tak sabar time tu...huishhh malunya kalau ingat balik.
Ok nanti ibu ubah peel ibu yang tak elok tu...tapi ibu harap najbah tak demam mcm ni lagi...risau ibu.

July 08, 2010

...........

tahu tak kita (saya pun baru tahu)

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


saya pun lupa sumber dari mana ni, cuma google je.
nanti kalau ada yang best saya kongsi lagi.

July 07, 2010

Myvi Edisi Khas

Myvi ada edisi khas untuk wanita...
Apa beza dia ya. Kalau tak silap baca ada cermin solek..ni sepatut ada ke takpayah sebenarnya. Kan kemain dok telek cermin kete kemana,ni cuma difikiran sayalah. Kang ada yang salah faham pulak ya...tapi ok lah kan ada juga edisi khas untuk wanita.

sumber: kosmo online

July 04, 2010

Riadah

saja pergi tok bali.
boleh beli stok barang basah.
kat pasar jelawat barang basah murah sangat.
sayur...ikan...ayam...
alang2 gi tok bali abg mesti ngn agenda dia.
dah tahu sgt kalau gi situ pastu nak mancing.
walau pun tahu ikan takkan kena pancing dia sb matahari dah memancar...tp nak juga campak pancing dia tuh..huhu
orang kalau dah minat mmg la..cakap la apapun "wat dok" jer org kelantan ckp.


gigih tak gigih...tak makan umpan pun takper...

Pantai kat Tok Bali ni kotor la,nak mandi pun tak selesa...org yang datang berkelah kat sini pun satu hal, dah tahu nak buat bakar2, makan2 tolong la jaga kebersihan...nak harap sapa lagi,ni tidak main buang je sisa2 kat situ...kesian tempat lawa tapi kotor....

abah yang tak dengar ibu cakap....org kata takdok ikan...takdok la...nak jugak bawa pancing.

najibah ngn tok mek pas naik dr pantai...menggigil dia tahan sejuk...najibah takut tengok ombak menghempas pantai....huhu

July 01, 2010

Ilmiah:Aurat Part II

Ok cuba kita temgok kesalahan2 yang pernah kita lakukan (saya pun terbuat jugak ni)
Kalau buat tu macam2 alasan akan diberi...tapi tengoklah....



Ok ni pulak pengalaman peribadi Noorkumalasari, saya amik dari Gua

"Kongsi pengalaman peribadi


Bercerita tentang penglibatannya di dalam seminar 'Keep The Change - How To Achieve Transformation And Sustaining It' yang dianjurkan oleh AM Production Sdn. Bhd. dan Airborne Production Sdn. Bhd, penyanyi yang sinonim dengan lagu raya "Pulang Di Hari Raya" itu menyatakan, dia akan berkongsi pengalaman peribadi yang dilaluinya selama ini dengan peserta seminar.



Namun katanya, program tersebut bukanlah siri ceramah untuknya berdakwah sebaliknya mahu berkongsi pengalaman dengan orang lain mengenai perubahan hidupnya serta cara terbaik untuk mengekalkan perubahan tersebut.



"Saya pernah menyaksikan seorang wanita yang bertudung tetapi apabila sampai di dalam kereta dia menanggalkannya. Inilah yang kita mahu cuba elakkan. Saya tidak mahu wanita bertudung kerana disuruh oleh suami atau perlu bertudung kerana orang lain bertudung.



"Saya mahu seseorang wanita itu bertudung kerana rasa cintanya kepada Allah dan bukan atas sebab-sebab lain," katanya yang mula menceburkan diri di dalam dunia lakonan melalui filem 'Menanti Hari Esok' pada tahun 1977.



Katanya untuk mengekalkan sesuatu perkara baik sememangnya amat payah. Seseorang itu perlu mempunyai kekuatan dalaman serta keazaman yang tinggi agar perkara baik itu berterusan dilakukan.



"Saya dahulu bertudung tanpa dirancang. Saya bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah. Selain itu jika dahulu saya tidak pergi ke masjid untuk bersembahyang, tetapi kini saya akan pergi ke masjid bersama suami dan anak-anak untuk bersembahyang berjemaah.



"Ini kerana ketika menunaikan haji di Mekah, saya lihat golongan wanita berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan sembahyang. Tetapi apabila sampai di sini, amalan tersebut dilupakan tanpa sebarang alasan kukuh.



"Perkara seperti ini dan pengalaman yang saya lalui inilah yang mahu saya kongsi dengan para peserta seminar. Ini bukanlah ceramah kerana sehingga kini saya belum bersedia untuk memberikan sebarang ceramah kerana takut ada membuat kesilapan dan yang lebih buruk takut-takut jika timbul perasaan bangga serta riak dalam diri saya," ujarnya yang turut pernah berlakon dalam sebuah filem seram usahasama Malaysia-Indonesia, 'Misteri Rumah Tua' pada tahun 1987."

Bukan niat saya untuk menyindir sesiapa pun...peringatan ini untuk saya jugak,maklum sebagai manuasia iman kita sentisa dibolak-balikkan,jadi sama2 lah kita beringat. Saya jugak pernah melakukan kesalahan2 seperti itu....

Ilmiah:Aurat Part 1

Salam semua...
Saya bukan pendakwah ke apa...
Entri ni sudah lama dlm draft.
Risau juga untuk publish,takut dikata macam2...
Pastu macam ada satu kekuatan untuk saya publishkan bila terdengar slot "Tanyalah Ustaz-TV9" di suatu pagi.
Sama-sama lah kita perbaiki kelemahan diri.
.
.
.
.
.
Kenapa Kita perlu menjaga aurat?
Saya tak mampu untuk menerangkannya,tapi sila rujuk artikel dibawah untuk rujukan....kita masih boleh untuk nampak cantik tapi biar mengikut sunnah, macam Ustazah Asni ada beritahu dalam slot Usrah TV9-wanita ni makin tutup makin cantik...

Kepada bapa,suami,adik-beradik lelaki,atuk & bapa saudara anda semua punya tangungjawab yang besar dalam menentukan pemakaian wanita2 disisi kamu.
.
.
.
Part II nanti saya sambung artikel seterusnya kesalahan kita dalam berpakaian untuk renungan kita bersama...insyaAllah.

Wallahuaalam...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi