Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

July 31, 2013

Biskut raya :-conflakes madu

Assalamualaikum w.b.t

okay ni biskut saya yang ke satu...hahaha
belah bagi jugaklah nak buat biskut raya tahun ni...
buat pun yang paling senang..
disebabkan dah pasang niat taknak beli biskut raya tahun ni...so buat juga la
macam biasa..co-chef kita mr.syahmi, kakak ikut tokemk gi masjid.
senang amat buat bendalah ni rupanya...sebelum ni siap beli, aduhai...
garnishkan butter+madu+sesudu besar susu pekat untuk satu paket conrflakes tu....
letak bijan..masuk cornflake...gaul rataummphhh rangup kruk krak ...
sebekas habis kat pembantu chef katanya:-)
nak jadi citer ada tetamu pulak malam tadi:-) balance ada la dlm 50pcs lagi...jadinya kena buat lain..huhu
takper tetamu as rezeki jugak tu..lagi2 dibulan yang mulia ni kan.
satu kotak cornflake tu leh dapat dalam 100pcs letak dalam cup kecik2
tak amik pulak yang sudah masak...sedappppp
ok next..........



July 30, 2013

minta dijauhkan

Assalamualaikum w.b.t

hebat2 orang2 kat malaysia skrg ni...
kes tembak mcm dah biasa jer..
cuba tengok paper hr ni berapa kes tembak ada?
huhu
tak puas hati kasi tembak ya...gangster sungguh
takut weh..
senang pulak tu seludup barang terlarang...
tak takut apa2 dah...bukan boleh tangkap senang2 org yang buat tu:-(
Ya Allah, aku mohon perlindungan dari Mu, jauhkan keluarga ku dari musibah itu...
betul orang cakap kalu kita takder masalah dgn orang nak takut apa, tapi kalau kes tersilap orang tu macamana pulak?huhu nauzubillah min zalik


p/s takziah untuk semua keluarga yang terlibat:-(

July 29, 2013

sunyi sepi

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni raya tak tahu lah...sejarah kut
kakak saya semua cakap tak balik kampung..olololo
sapa jer ada kat rumah...alahai ni yang tak syok
tapi takper...ramadhan ada lagi kurang lebih 10 hari...lebih2 lagi diakhir2 ni, saya nak doa moga Allah buka pintu hati mereka semua untuk balik kampung...huhu
tak pernah tau dorang tak balik...tapi tahun ni dorang ada hal pulak..
kak long - nak jaga cucu, maklum org dah ada cucu...susah la kut nak tinggal cucu baru:-)
kak ngah - mentua dia sakit...nak tak nak kena balik rumah mentua la
kak nik - abe din x berapa sihat sebenarnya...mak dia pun dah ada kat sana, jadi kebarangkalian dia nak balik tu sikit...minta2 Allah bagi kesihatan yang baik untuk abe din dan gerakkan hati nak balik raya kat kampung..sebab dorang ni tak pernah tak balik raya....kesian la pulak kena raya tanpa keluarga kat kampung kan...

p/s sunyi tu yelah...tapi hati bonda mungkin terusik lah kan...kalau semua tak balik...alololo, dia mungkin faham..tapi dalam hati sapa tahu?

July 28, 2013

Apabila engkau marah elok kamu diam





Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,

Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu.

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.
 
p/s :-) saya kalau marah sangat2 saya suka cuci jamban...selepas buat apa yang agama sarankan lah...ialah, kita kan manusia biasa..marah tu biasa jadi...kalau dah marah mmg tak fikir apa dah..tahu nak hamburkan kemarahan sesaja (saya ler tu...) lepas ni kena fikir/diam dulu baru boleh marah..takut meluakai hati orang tersayang..harap boleh berubah kepada lebih baik:-)

Tok Ti:-)

Assalamualaikum w.b.t

Allhamdulillah...semua selamat
so sekarang saya dah upgrade jadi Tok Ti la ya...bukan Tok Ti singer no.1 kita tu
ni tok ti dlm famili saya jerlah..anak sedara saya baru selamat melahirkan baby boy...anak sedara panggil mok ti..so cucu kena panggil tok ti..tak ke glamer tu:-)
huhu...belum pun umo masuk 40 dah jadi atok...muda tak muda hehehe

kembali terjalin

Assalamualaikum w.b.t

ramadhan dah nak balik...huhu
sedih la pulak...tahun depan belum tentu lagi..
harap masih diberi kesempatan untuk merasainya lagi...insyaAllah

Ramadhan tahun ni...syukur...yang keruh dah nak jernih..walau belum betul2 jernih
tapi sekurang2 nya...semakin baik:-)
bukan senang, tapi boleh...walau pahit...
Alhamdulillah...Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui
lebih sedekad....lama tu, kalau budak dah nak menginjak remaja...
masing2 dengan pendirian di pihak yang betul..itulah kekdahnya....

p/s luka walau sembuh masih tinggal parut bukan dan rasanya tak hilang parut tu:-)

July 25, 2013

Sahabat Kurniaan Allah

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man
 Wahai anakku,

Jangan sesekali engkau mencari nahas dengan sahabat-sahabatmu dengan sikap suka membandingmu. Jika engkau sayang pada persahabatan dengan sahabatmu, jangan sesekali kamu menyoal 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa.’

Jika engkau inginkan sahabatmu kekal sebagai sahabatmu, jangan sesekali kamu mengungkit perkara yang lepas-lepas tatkala kamu marah dan tersinggung untuk beberapa saat itu.

Untuk menjaga persahabatan, wahai anakku, elakkan dari menuduh dan berkata-kata buruk tatkala kamu diracun oleh mainan minda dan sangka buruk pada sahabatmu tanpa usul periksa.

Wahai anakku,
Untuk mudah menerima sahabatmu sepenuhnya, kamu ingatlah selalu pada waktu-waktu gembiramu bersamanya apabila berdepan dengan perbezaan pendapat.

Untuk pastikan hubungan itu berkekalan, jangan sesekali engkau memperbesarkan kesilapan sahabatmu dan memperkecilkan usaha sahabatmu. Jangan biarkan egomu merasakan diri betul dan sahabatmu sentiasa silap kerana kamu cuma seorang insan yang penuh dosa dan mudah berbuat silap.

Wahai anakku,
Untuk mengelakkan sengketa dengan sahabatmu, janganlah engkau terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat bersamanya. Walaupun kamu lebih tua daripada sahabatmu, jangan sesekali merasakan diri engkau lebih pandai dan besar daripadanya ketika bersahabat. Engkau tidak tahu mungkin umur kamu lebih pendek daripada sahabatmu yang lebih muda daripada kamu.

Wahai anakku,
Aku sedar nasihat aku ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Aku juga berdepan dengan masalah ini sepanjang hidupku, namun aku selalu mengingatkan diri sahabat adalah kurniaan Allah. Dan dengan itu, aku hargainya selagi dia ada. Bilamu berasa marah, cuba bayangkan besok hari terakhirmu di dunia ini, apakah berbaloi perkara yang kamu marahkan pada dia yang bergelar sahabat?

Jaga hati sahabatmu, wahai anakku, kerana pengkhianatan tidak mungkin datang daripada musuhmu.



 

July 24, 2013

Dahlia :-Tamat

Assalamualaikum w.b.t

sempat kan...huhu
akhirnya dapat jugaklah tengok citer dahlia tu smpi ep.40
huhu..tq la kat sapa gigih upload tu:-)
bagi saya best la citer macam tu...
taklah over sangat...pastu pelakon pun taklah yang selalu kuar kat tv memanjang - tak jemu
ni tak...buka tv10 pun muka dia jer lah...naik jemu jugaklah
 

persiapan raya

Assalamualaikum w.b.t

takder persiapan apa pun..biasa2 saja
dah ada anak ni untuk mereka jelah pun peruntukannya...
.
.
ingat lagi dulu, klu nak raya meriahnya lain macam...zaman kanak2 mungkin lain rasanyakan
baju/kasut raya tu klu boleh tiap2 mlm sebelum tido nak kena try dulu...huhu
walau bukan baju/kasut mahal, tapi nikmat dapat kasut/baju raya tu mmg takleh nak cakap..
sebab tulah parents ni, persiapan anak2 didahulukan...nak bagi mereka rasa kemeriahan hari raya.
 .
.
saya beli berperingkat...nak beli sekali gus mmg tak la...mana cari ongkosnya..
kuih raya rasanya..buat sendiri..tengoklah macamana tahap kerajinan tu...
minggu ni nak bawa kedua bonda saya gi beli beras pulut nak buat ketupat..
beli awal senang, tak yah nak sesak nanti.

Sahur

Assalamualaikum w.b.t

kami sekeluarga mmg akan bangun untuk sahur...dah terbiasa, lambat macamana pun ttp bangun sahur...its sunnah kan...pahala yang senang kita nak kutip dibulan bonus ni:-)
banyak kelebihan2 sahur ni antaranya:-
  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur
So jgn lupa sahur....bangun lah walau minum seteguk air:-)

July 23, 2013

Nostalgia Kad Raya

Assalamualaikum w.b.t

sekarang mana ada orang nak kad raya kan...
kalau dulu sapa dapat kad raya banyak mesti org tu hot...huhu
siap tunggu tangga nak tgu posmen hantar kad raya...huhu kenangan betul
sekarang dengan peredaran zaman semuanya tu dah takder..
simple jer sekarang...sms..mms..tag kad2 elektronik jer:-)
apa2 pun ingatan yang penting kan...
tapi saya suka kad raya...klu yang siap ada muzik2 tu lagi syok kan..
rasanya takkan ada dah kot zaman kegemilangan kad raya...

July 22, 2013

Syahmi 2thn 4bln

Assalamualaikum w.b.t

budak ini mmg banyak akal..ada jer
tak boleh duk diam walau seminit...dia hanya diam bila tidur:-)
cakap macam bertih...tapi masih agak pelat...its okay anak...semua tu learning proses:-)
chef in da making:-)...seksi betul chef ni
ibu sibuk nak masak...dia lah jadi co-chef...mmg takleh nak larang. Lagi kita kata jangan lagi dia nak buat..sudahnya biarkan, janji saya boleh buat kerja...

Kakak Najibah 4thn 6bln

Assalamualaikum w.b.t

Ni harta saya dunia akhirat yang no.1...
dah besar...
dah pandai protes...(agaknya ibu dia dulu macam tu lah tu)
dah boleh harap la....walau banyak masa tak hehehehe

jadi anak yang membahagiakan ibu dah abah ya kakak...
apa lagi ya...ntah saya pun tak tahu la nk tulis apa
yang pasti doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup dia....

syukur

Assalamualaikum w.b.t

cepat sungguh masa sekarang berputar...
sudah pun nak separuh kita berpuasa...
puasa tahun ni mmg berbeza...ujian & rahmat yang tak bertepi..syukur
tahun ni bawa satu perubahan...hmmm
diharap ianya tidak berulang lagi...

hmmm takder pun citer puasa tahun ni kan...
hehe
adalah tu kut lepas ni...
ala berbuaka sekadarnya sahaja...
buat malu jer nak gebeng2
pasal2 anak2 pun kecoh masa berbuka
pasal hidangan2 kampung
pasal pergi ke pasar ramadhan...citer2 biasa jer pun
huhuhu

tahun ni terawih kat rumah lagi la saya...try juga pergi 1 malam ke masjid..
huhu mmg tak leh nak kawal anak bujang saya tu...semua nak dipetiknya...
sudahnya saya balik tak sempat nak terawih...takper, semua yang kita buat ada ganjaran insyaAllah..
yang penting bersih kan jiwa..bertaubat sentiasa...panjang umur anak2 dah besar sikit boleh la pergi masjid...kat rumah pun okay:-)

July 20, 2013

gewwammm la gujak....

Assalamualaikum w.b.t

kesian pun ya...nak marah pun ya...
kat siapa tu?
huhu
kpd tok saya- sebab dia ganggu jiwa saya tadi...bukan hari ni jer...selalu la jugak anti betul dia dgn saya, apalah yang saya buat tak kena pada mata dia:-(
tapi kena sabar jerlah sb dia dah kategori (betul ke eja macam tu) nyanyuk:-)

tarik nafas...lepas....tarik...lepas...
ish kalau tak sabar tadi mahu aku jawab...nasib baik ada akal lagi...ingat lagi yang dia adalah 'tok aku yang sudah nyanyuk'...allahuakbar....ujian:-)

p/s anak2 & cucu yang x tinggal sekali mmg tak akan rasa apa yang kita rasa...kalau tinggal sekali la baru tahu apa yang kita cerita tu betul@tidak..fuhhh

July 19, 2013

mungkin itulah hikmahnya

Assalamualaikum w.b.t

rindu bersarang lagi...sudah tiada lagi dia dipembaringan dirumah kami
sudah kembali ke rumah itu..
insyaAllah itu yang terbaik untuk dia..mengira sisa masa yang tinggal...
tie minta maaf untuk segala yang menyinggung hati selama tinggal dirumah tie..
rasanya..itulah yang terakhir pertemuan kita...aturan Allah, dalam duk fikir takkan jumpa dah kita...dia temukan kita di saat2 akhir..mungkin itulah hikmahnya....


July 18, 2013

Hujan Ribut

Assalamualaikum w.b.t

Menangis ketakutan saya semalam dalam kereta, balik dari kerja...
ribut & hujan kuat on the way nak balik...pelepah kelapa berterbangan macam burung kat atas bumbung kereta..
terfikir pulak, sampai ke aku ke rumah ni...sempat ke nak jumpa yang tersayang...aduhai...tu baru sikit, mereka yang yang kena lebih dasyat tu macamana lah kan...Allahuakbar...terima kasih Allah masih bagi ku kesempatan lagi hari ini:-)

Kawan & Sahabat

Assalamualaikum w.b.t

kawan - bila kita call, mesti tanya ada apa? tapi
sahabat - bila kita call, ucap terima kasih sebab hubungi dia:-)

kesimpulanya, kawan adalah sgt ramai..tapi sahabat susahnya la hai nak jumpa:-) Bila susah kita tahu siapa kawan, siapa sahabat.

July 17, 2013

hikmah apakah semua ini?

Assalamualaikum w.b.t

Hari tu kata begitu
Hari ni kata begini
esok ntah apa pulak..
aku lemah, mmg tak mampu nak melawan..
tapi tolong hormat rasa hati aku...
kamu rasa kamu besar..ada lagi yang lebih besar..Allahuakbar

p/s sabar lah hati

July 16, 2013

Hari ini dia bersama kami, esok?

Assalamualaikum w.b.t

kita merancang Allah jua yang menentukan....
bersangka baik lah..
apa yang kita duga tak sama dgn ketentuaNya
dulu kita hanya tengok orang..
hari ni kita pula yang merasainya..
harapnya poknik terima sajalah apapun..
lepas ni kalau dah baik kita buang ya tiub tu..
tie tahu poknik tak selesa..
bila dah boleh menelan nanti tak payah guna tiub dah...

p/s siapa sangka poknik balik ke rumah kami lagi...untuk berapa lama, wallahua'lam.

July 15, 2013

"Tidak sesuai untuk mereka yang kurang rajin membaca"

Assalamualaikum w.b.t

Saya kongsikan artikel yg ditulis oleh YB Ust.Tuan Ibrahim Tuan Man. Tajuk entri ini pun adalah dari artikel tersebut. Sudikan membaca....

Wahai anakku,
Pada suatu hari, ada seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Dia tetiba dikejutkan dengan suatu cahaya cukup bersilau terang terpancar dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Pandangan itu sungguh cantik tapi juga merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Si lelaki terpegun seketika dan bertanya pada diri apakah kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa? Apakah ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan? Jika tidak, mengapa kuburnya bercahaya? Si lelaki memberanikan diri dan mengambil sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu kerana ingin melawat kubur itu keesokan harinya.

Wahai anakku,
Pada keesokannya, si lelaki itu datang menyelidik kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Dibisik di hatinya, “Mesti allahyarham ini seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal…”

Si lelaki bertanya-tanya kepada orang kampung sekitar dan mendapati kubur itu adalah milik seorang lelaki tua yang meninggalkan seorang isteri di sebuah pondok di hujung kampung. Si lelaki tidak berputus asa dan terus menyelidik dan melawat rumah si mati. Di sana si lelaki terjumpa dengan isteri si mati dan diceritakannya perkara yang ajaib yang berlaku semalam.

Wahai anakku,
Mendengar cerita si lelaki, isteri si mati terasa aneh, terkejut dan kehairanan. Suaminya cuma seorang petani kecil. Tidak pernah seorang yang kaya, lagi bukan seorang ahli ibadah mahupun orang soleh. Juga bukan seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal yang disangka si lelaki. Malah menurut isteri si mati, suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Si lelaki cukup hairan dengan penjelasan isteri si mati. Apakah beliau bermimpi melihat cahaya di kubur itu? Takkanlah orang yang tak baca Quran boleh bercahaya di kuburnya.

Wahai anakku,
Namun lelaki itu tetap tidak berputus asa. Si lelaki inginkan mencari jawapan di sebalik cahaya di kubur itu dan bertanya apakah perkara-perkara aneh yang si mati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

Lalu, isteri si mati menjawab, suaminya akan mengambil wuduk setiap malam sebelum tidur, dan bersendirian di dalam bilik. Setelah seketika, isteri si mati baru sedar bahawa setiap malam suaminya selepas mengambil wuduk akan mengambil al-Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Si isteri si mati turut berkata suaminya akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca. Diraba-rabanya ayat-ayat Quran itu di atas Quran dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Malah kata isteri si mati, dia pernah dikejutkan tengah malam oleh rintihan dan desakan tangisan suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tapi suamiku seorang yang buta al-Quran,” terang isteri si mati.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki bertambah hairan. Lalu si lelaki bertanya, apakah yang dirintihkan dan dinangiskan si mati. Isteri si mati menjawab:

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimahMu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimahMu. Aku tidak dapat bersahabat denganMu. Aku tidak dapat memahamiMu. Tapi aku sangat mengasihiMu. Aku sangat mencintaimu.”

“Wahai Kalam Allah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan Tuhan di akhirat nanti.”

Malah, kata isteri si mati lagi, kadang-kadang suaminya tidak balik tidur bersamanya kerana tertidur di dalam bilik itu memeluk al-Quran dengan penuh erat.

Wahai anakku,
Mendengar penjelasan isteri si mati, si lelaki meminta izin untuk melihat al-Quran yang dimiliki suaminya.

Dibelek al-Quran itu, si lelaki terus bergenang air mata. Melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali cukup mengharukan. Dibisik di hati si lelaki, “Aku pun tidak sampai begitu membelek al-Quran.”

Si lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila benar melihat ada bekas-bekas air mata di halaman Quran milik si mati. Benarlah apa yang diceritakan isteri si mati, suaminya sering menangis berjurai air matanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Di hati si lelaki, terus tersenyum kerana beliau dah jumpa jawapan mengapa kubur itu bercahaya. Hati si mati telah bersatu dengan roh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimah Tuhannya dengan sesungguhnya dan perkara ini boleh dirasai si lelaki selepas membelek al-Quran milik si mati. Sungguh mulia si mati ini. Ini bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Wahai anakku,
Aku sengaja menceritakan ini kerana bimbang kamu merasai buku Quran teramat berat untuk dibuka untuk Ramadhan ini. Aku sangat berharap cerita di atas dapat membuka hatimu, menguatkan jiwamu dan meringankan tanganmu untuk mengangkat kalimah Allahmu untuk dibaca.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu terpedaya dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu untuk membaca Al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk menjauhkan kamu dari Al-Quran. Sedangkan engkau membaca dengan mengeja satu-persatu diganjar pahala dua kali ganda oleh Allah.

Lantaran itu, berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Al-Quran, kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim. Marilah kita bersama-sama menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan Ramadhan, bulan pengampunan ini.

p/s subhanallah..tengok bertapa Allah itu Maha Lembut...Pemurah...walau tidak tahu, Dia tetap bagi ganjaran yang besar, dengan syarat kita bertakwa...ini tidak sudahlah tidak tahu (jahil) tapi lagi nak ingkar perintah Allah..nauzubillah. Belajarlah..niat untuk belajar kerana Allah pun sudah besar ganjaranya.

July 14, 2013

Lepaskan rindu

Assalamualaikum..

baru balik hprzII...melawat poknik lagi..rindu yang masih bersisa:-(
hari ni nampak dia tenang...dan dah boleh discharge...
hmmm...tak jumpa dah la kita..sementara hayat ada...
semuanya kerja Allah...kalau Dia kuatkan hati tie...insyaAllah tie pergi jenguk...kalu tidak..tie sampaikan salam rindu dengan doa...

July 13, 2013

Akhirnya

Assalamualaikum w.b.t

akhirnya setelah hampir 2 thn tak bertemu mata..
semalam dapatlah jumpa, tengok, pegang dia
tapi sedih..dalam keadaan yang sangat2 sedih...
apa pun..tie doakan poknik dimudahkan segala urusan
biar apa pun..yang pasti tie yakin poknik masih mengenali diri ini.
hadapi lah..sisa masa yang ada ini...

July 07, 2013

kurusus pengurusan jenazah

Assamualaikum w.b.t

nak up entri ni tak jadi2...
satu sebab nota...tak lengkap
pastu gambo pun tak clear
dengan bawa budak2 lagi..
tapi takperlah
insyaAllah saya dapatkan nota yang dibekalkan..
tapi sayang, masa kurusu tu...kami kaum wanita tak belajar cara mandi..
cuma belajar sediakan kain kafan dan cara nak kafan...
takper lain kali insyaAllah kalau ada lagi saya nak belajar mandi jenazah...

cara nak potong kain kafan

sepatutnya gambar ni kat atas-ceramah serba sikit pesakit yang menghampiri nazak-insaf

susun kain satu persatu
gambar tak banyak..sebab harapkan kakak najibah yang amik....ibu sibuk dok melayan si hensem yang banyak akal:-syahmi:-)

p/s nanti saya cuba dapatkan nota ringkas ya...insyaAllah

cukuplah untuk minggu pertama puasa

Assalamualaikum w.b.t

jujur saya cakap...sejak kawin ni la baru kenal sikit2 nama2 ikan..
baik ikan air tawar mahupun ikan laut...huhu..ilmu jugak tukan..
ohh ini bekalan untuk puasa katanya...dah bagi2 untuk geng2 dia cukuplah untuk minggu pertama puasa
kat umah ni ada dua bahagian sebab adik saya pun ikut jugak..jadi banyak la..
tu pun dah dibagikan untuk Ma dan mak pengasuh anak2 ni...alhamdulillah..
tenggiri tu...saya aim dari buka tong lagi:-)burppp
kenyang sudah ratah ikan tenggiri...beli gamak..burn la 20-30hinggit kut:-)untuk sekeping

tenggiri idaman

hasil tangkapan
p/s ikan yu tu nak masak apa ya selain buap sup...

July 03, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Ada kurang lebih seminggu kita nak berjumpa Ramadhan
Ramai yang ternanti2
Bulan yang penuh barokah...Allahuakbar
Moga2 Ramdhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan dapat bertemu lagi dan lagi:-)
jujur, saya suka bulan ini, biar la orang nak kata..bulan puasa semua nak tunjuk baik:-)
tapi betul lah tu kan...bukan ke bulan Ramadhan Allah bagi kita umat Rasulallah kelebihan yang berlipat kali ganda..jadi apa salahnya kita merebut peluang..sementelah kita (saya la tu) yang segala2nya kurang dari segi ibadah ini:-)
cuba jadikan setiap apa yang kita buat itu dapat pulangan (pahala). tidak semestinya kita perlu duduk berteleku di sejadah semata2...pekerjaan kita pun boleh jadi saham untuk kita:-)wallahua'lam.

Selamat berpuasa:-)

July 02, 2013

Kapten Mavelles

Assalamualaikum w.b.t

citer TRW lagi;-)
takpelah kan..untuk kali ini...
lagipun kalau tidak blog ini akan jadi sarang sang labah2 pulak:-)

saya ni bukan lah mengikuti sangat pasal bola ni pun..
tapi ini pandangan saya saja....

ramai yang sokong Kapten TRW a.k.a Piya masuk skuad utama HM
kenapa ya dia bukan pilihan dato' raja..Piya saya tengok main bagus...
gambar sya sendirik ni tau...:-)

ini antara pandangan yang pakar
saya tak bias ya..tu orang yang dalam bidang dia yang cakap:-)
agaknya apa kreteria untuk dipilih:-)
takkan dalam game pun nak pilih2 yang glamor2 jer bukan patutnya yang betul2 boleh main ke?

p/s seingat saya waktu sekolah2 dulu..kalau nak masuk mana2 team kena lalui berapa2 sesi latihan untuk dipilih......bukan macam tu ke...select pemain2 yang rasa boleh main then buat tapisan demi tapisan bukan amik pemain yang kamu suka saja:-)

TRW Juara Piala FA 2013

Assalamualaikum w.b.t

Sudah beberapa hari berlalu..baru nak buat posting:-)
takpelah...bukan sebab kelantan juara saya nak cerita, tapi
pasal peminat/penyokong setia TRW
wowww hebat2 belaka meraka
tengok dalam TV macam cerita..nak dapatkan tiket satu hal...
bersesak2 nak masuk studium...semangat sungguh:-)
.
.
.
tahniah belako:-player, management, suppoter

p/s tapi kesian la kat sorang tu..tak pasal2 jadi bahan di wall2 fb penyokong kelantan. lain kali jangan buat orang marah...kita hidup tak lama mana...tak selamanya kita kat atas:-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi