Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 27, 2012

Mencari Tiket Keretapi

Tajuk dah boleh buat tajuk novel dah tu kan?
Kisahnya, angah & anak2 dia balik kampung (macam biasa la cuti sekolah ni kan)
Dia balik dengan bas, tapi nak pergi dengan keretapi. Katanya best naik keretapi.
Tahun lepas pun dorang balik JB dengan train..seronok lah budak2 kan.
.
.
So pagi tadi pesan dengan officemate minta dia tolong belikan sebab dia keluar ke Pasir Mas (tempat nak naik train nanti)
Nak jadi cerita tiket katanya sudah habis untuk tarikh yang saya minta. Tiket seterusnya yang kosong lagi seminggu lebih...wah lama tu..
Yang si angah mmg gelabah la bila saya cakap tiket takder & yang kosong lambat lagi..
macam2 la tu fikirkan-ialah anak2 sekolah, nak kena prepare apa yang patut kan.
.
.
Saya cakap takper la, biar saya cari agen travel kat Wakaf Che Yeh, mungkin ada agen untuk tiket train KTM...so keluar lah saya dari sarang ofis. Jumpa satu pejabat agen travel ni, tapi berkunci pulak, telefon cakap ada kat main ofis saja, which is main ofis kat KB..alahai nak kena pegi KB pulak...takper la niat untuk kakak tersayang kan...tangguh pun kena pegi cari jugak.

Jadi hari ni saya ke KB setelah berapa lama tak pegi...wahhh kagum sekejap..jalan pun dah ada atas bawah...dulu ada trafic lite dah takder, nasib masih boleh ingat jalan..huhu

Terfikir saya (ni masuk bab politik sikit) mana lah yang orang cakap KB (ibu negeri Kelantan) ni tak membangun. Rasanya ok jer..saya tengok kat negeri2 lain pun macam serupa jer, entah lah kat mana la yang tak membangun tu pun tak tahu la. Ok lupakan lah pasal tu..kita cerita lain:-)

Ok sampailah saya kat travel agen ni.....cakap2 apa yang nak..ok lah dapat tiket yang dekat sikit dengan tarikh yang angah nak tu..alhamdulillah.
Pastu tertengok lah pulak pakej percutian yang ada...hmmm best nya la kalau dapat pegi..(sekarang tak boleh nak gi cuti jauh2...dalam proses nak buat rumah kan, nak pakai duit semua tu) takperlah, insyaAllah ada lah tu di lain kali kan..
.
hah dah la tu..habis lah cerita 'Mencari Tiket Keretapi'
sikit gambo KB yang sempat saya capture sakni:-)



byee....

November 26, 2012

31 @ 32

mmg sah2 la sudah tua..
umo sendiri pun tak tahu berapa..huhu
mlm td dok borak2 ngn abg & adik..
cakap la esok birthday T (kena cakap sb dorang mana nak ingat-sedeyyy)
itu takper...sudah biasakkkk
.
.
so dorang tanya la dah ke berapa?
dengan yakin ku jawab..32 dah...tua dah kan?
hahaha
.
.
tapi dorang macam errr
iya ke?
iya lah..mesti la org ingat-umo sendiri marrr
.
.
hehe
tapi hah ko....1981 la..so 31 la..
ini tua ke tak tau kira ni?
huhu
apapun saya sudah memasuki umo 30-an
mmg sudah tua pun...
harap tahun ni lebih bahagia untuk diri dan keluarga..
semoga saya dilimpahkan rahmat Ilahi..dan perjalanan hidup saya diberkatiNya..amin

31 tahun sudah....alhamdulillah

November 21, 2012

Boikot : pendapat saya

Saya tekan kan sekali lagi ini hanya pendapat saya yang sangat naif ni...
.
.
bila kita berbicara pasal boikot ni..
kalau kamu kuat kamu boikot
kalau kamu belum cukup kuat tak perlu lah nak ikut boikot dan tak perlu lah nak bagi alasan yang bermacam2..itu masing2 punya usaha kan. Dan masing2 punya iman:-)
Para ilmuan kita pun dah buat ulasan. Buat setakat yang kita mampu.
Ya betul...kalau setakat boikot certain2 product takkan muflisnya si Israel/Yahudi tu..
tapi sekurang2 nya kita berusaha. Saya juga yakin, katakanlah kita boikot sesetengah barang mereka akan bagi effect juga la kpd sales mereka tu...kita ada pilihan kan?
.
.
pastu pasal anak2 muda kita yang bekerja dengan syarikat2 berkenaan...cubalah cari kerja lain pulak kan..mana tahu, dengan kerja lain kita lebih bahagia...kadang sebab rezeki x berkat kita rasa hidup ni susah sangat walau tiap2 bulan ada gaji kan. mungkin sebab kita kerja kat tempat2 macam tu? mana tahu kan.
Ubah la sikit cara tu..tak semestinya kerja sendiri tu tak menjamin kehidupan...kita usaha, kemudian serah & tawakal kepadaNya. Ubahla sikap...jgn malas, itu saja sifirnya:-)
.
.
Ya Rabbi, selamat kan saudara2 kami yang dizalimi...amin.

November 20, 2012

Anak Soleh saya : 1 Tahun 8 Bulan

Amboi kemain tajuk kan...
takper..tu tajuk seorang ibu...jadi dikira doa seorang ibu jugak:-)

lena dibuai mimpi pagi
sudah 1 tahun 8 bulan kasih kami bertaut di bumi ini...sebelum itu di alam rahim 9 bulan dikendong kemana saja tanpa ada rasa nak letak sebentar walau sesaat- itulah hati seorang ibu..
.
.
anak2 yang BF ni manja dia lain macam sikit katanya...
kalau boleh time tido mmg nak berkepit sesajer.
saya dari najibah lagi..mmg kalu tido kalu tak terkepit celak ketiak ibu tak sah..
dan kalau macam tu..pagi2 nak bangun agak susah la...nak kena letak bantal atau apa sbg pretend ibu ada sebelah...contoh macam kat atas tu...kalau tak bersentuh ngn apa2 kita akan dengarlah jeritan batinku di pagi2 subuh hening...hehehehe
.
.
ohhh masa lagi beberapa bulan ibu & syahmi perlu ber'cerai' susu..
tak sanggup rasa...sama macam kakak dulu..kakak lagi awal sebab syahmi dah lekat masa akak umu 1 tahun 5 bulan lebih kurang...
.
.
tengok muka anak2 masa tido, terus teringat kat anak2 yang dalam kesusahan..macam kat Palastine, Somalia, Rohingya  dll..syukur kita tidak di tempat itu sekarang...betapa kalutnya mereka untuk menyelamatkan diri...Allahuakbar..bantulah mereka Ya Allah.

November 19, 2012

As-syura 2012

Kami buat hari sabtu, 2 Muharam 1434h..
saya ada bawa cam tapi segan lah pulak nak amik gambo beria..
tapi ada jugaklah budak2 amik.
tapi tak ikut piawaian saya lah..
saya kalu boleh nak dari sedia barang sampai lah masa bagi2 nak agihkan kat orang kampung...
seronok sangat..
penat pun berbaloi sb boleh bagi kat orang makan..sekali setahun jer pun kan..

ni satu gambo satu curik dari FB budak 2 orang tu..
kami buat dua kawah...satu kecil & satu besar...
kat kelantan, bubur as-syura bila dah agak sejuk dia akan jadi macam lebih kurang bingka tekstur dia..so kita boleh potong2 untuk bagi2..
bagi kami sedap sangat, kalau orang luar tak tahu lah kan..selera masing2
kat dalam tu kita ada masuk kan..bawang (putih & merah), halia, lengkuas, serai, lada hitam & rempah as-syura tu sendiri...semua bahan tu di goreng terlebih dahulu untuk naikkan aroma dia...mmg wangi jer bau..

p/s saya tak pernah rasa bubur as-syura kat tempat lain...jadi saya tak boleh nak tahu beza dia.

November 18, 2012

Selamat menerima menantu

Selamat la  sudah ank buah sulung saya..bertemu jodoh dengan org Ijok, Kuala Selangor..
jauh jugaklah kami berombongan ke Ijok pada 10 & 11 Nov 2012 lepas
mudah2an cepat dapat baby..tak yah nak plan2..
biar dapat sorang dulu..pastu nak plan ke apa takper..korang muda lagi..
.
.
letih jugak lah..walau pun cuti panjang kan..
berjalan ni badan penat..nak2 pulak saya yang tak biasa travel jauh2..
alhamdullillah..perjalanan selamat, anak2 pun ok.
.
.
saya tak tahu kenapa blogspot ni takleh nak up gambo..
jadinya entri kurang manis sb takder gambo.
.
.
Apa2 pun tahniah untuk kak long & abe lie - menerima menantu
untuk pengantin - semoga bahagia hingga ke syurga.




November 15, 2012

Salam Tahun Baru Hijrah 1434h

Salam Maal hijrah untuk semua..
Doakan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni...Aminn


November 08, 2012

Kete rosak

kete kecil kesanyangan saya rosak pulak hari ni..
semalam balik tiba2 mati masa dok drive tu..
ketar lutut saya..tak biasa kan..
nasib tak jadi apa2..
tapi sempat la sampai rumah dlm 2-3 kali mati tiba2 tu..
enjin tiba2 mati tapi leh start balik..tak tahu apa masalah
tgklah petang ni tanya abang..dah hantar bengkel pun;-)
.
.
tapi ok jugaklah leh saya rilek sikit jadi mem besar orang hantar & amik:-)
nak jadi citer merc bos pun jadi benda sama..bila slow enjin mati..huhu
penyakit berjangkit ke apa ni..hahaha
kebetulan:-)
.
.
harap petang ni ok la.

November 07, 2012

Cuti panjang tak perlu minta....

best betul hujung minggu ni...
cuti seminggu tanpa perlu isi borang cuti..
bermula 11/11 & 12/11 - cuti keputraan Sultan Kelantan, Semoga Sultan kami sentiasa dalam redha Allah s.w.t
kemudian 13/11 - cuti deepavali
dan akhir sekali di hujung minggu hari khamis 15/11 - Awal Muharam, Selamat tahun baru hijrah. sedar tak sedar sudah setahun kita...semoga hari2 mendatang lebih baik dari hari ini.
.
.
kami insyaAllah akan ke Melaka & KL untuk majlis kawin anak sedara & sepupu
semoga perjalanan kami selamat dan berkat.
.
.
heyyy tak sabar betul nak jalan2 ni..
dah lama betul tak berjalan jauh...
huhu

Itik Serati yang diingatnya...

aduhai..rindu rasanya kat bonda tercinta saya tu..
dah hampir 2 minggu dia kat KL..
rasanya paling lama dia tinggalkan saya adalah masa dia buat haji tahun 2010 tu..
selebihnya kamilah yang selalu tinggalkan dia huhu
Tapi sekarang tak lagi...sebab saya mmg tinggal dgn dia..
dan rasanya sampai hujung nyawa lah saya dengan dia sebab kami lakibini mmg keje kat kampung...huhu
dan sekarang dalam proses nak buat rumah kat..belakang rumah mek jugak hehehehe..tanah orang tua kasi..alhamdulillah
tanah yang kami ada beli tu tak jadi nak buat rumah kat situ..kami cadang nak tanam getah...insyaAllah boleh jugak hasilnya...tu dalam perancangan la..
.
.
eh nak citer pasal mek..pegi melalut pasal rumah pulak..soriii
ya dia sekarang kat KL
pegi dgn kak long lepas raya korban hari tu..
mula2 mmg takmo pegi..biasala org tua kan..
mana nak duk rumah org lama2..walau anak sekalipun...
macam2 alasan dia..
last sebelum pegi dia tambah pulak angsa sebagai ternakan dia..
saya dah tahu..tu akan jadi alasan dia kalau anak2 ajak pegi rumah dorang..huhu
mmg pun.
.
.
so pendek cerita..dia pegi la..
sb kami cakap kami akan care betul2 segala macam itik serati angsa dia tu...
bagi makan 4-5 kali sehari..
tukar air sekali..
siram pokok2 bunga & tanaman2 dia jugak..
huhu
.
.
tiap kali tepon mesti tanya itik+serati+angsa dia dulu
bukan nak tanya kabar kami ni..ahh korang dah besar panjang..tahu lah jaga diri masing2-katanya
itik+serati+angsa dll tu nak kena jaga, bukan boleh buat sendiri-katanya lagi..
hah ko amik sebijik..
ngada nak manja2..takdernya..
yang dia tahu bagi tak makan kat ternakan dia
siram tak pokok2 dia..
huhu
hujan tak kat rumah-kalau tak hujan rugilah dia-tak menoreh hehehe
jawapan selamat-hujan, takleh menoreh pun..benonya tak hujan pun:-)
hehehe
itulah bonda saya. walau apa pun dia tetap kesanyangan kami:-)
mek saya...kat belakang tudung hitam tak berapa nak clear tu ma (MIL) saya...saya cuma ada doa dr dua insan ni saja..kedua ayah saya dah takder...moga Allah panjang usia mereka berdoa:-)

November 06, 2012

Primadona

Sapa tengok show tu?
apa ke hal lah ya..sampai 4 orang nak kena jadi host?
semua macam berebut nak cakap..
hehehe
ntah apa2 lah ASTRO ni...jgnlah main ambil jer program2 ni...
orang bayar bukan nak tengok program ntah apa2.
.
.
lagi satu MELETOP tu..
takder idea langsung..apa yang meletop pun tak tahu lah.
came on la..dah banyak lah program2 macam tu
buat lah lain pulak..
asyik dok citer retiss jer
.
.

November 05, 2012

Kakak : Diaper less

horeyyy
kakak dah tak pakai diaper lagii
siang & malam akhirnya..

tak susah mana nak train rupanya..
yang siang tu tak payah citer la kan..dah agak lama dah..
sejak dia umo 2++ lagi dah free diaper..
yang malam ni pun dah try lama
tapi banyak kali end up ibu yang malas..
iyalah..kadang ibu tido tak sedar apa..
jadi tak sempat kejut kakak tgh2 mlm tu:-)
tapi sebelum raya korban hari tu dah janji dengan myself
takleh jadi ni...
kena jugak train dia
so buat la..
sebelum tido masuk toilet dulu..
pukul 12 @ 1 am kejut dia bangun shi-shi
subuh bangun terus masuk toilet..
hehehe
boleh pun..
dan sekarang..tak perlu kejut lagi
dah boleh kejut ibu kalau nak shi-shi..good girl kakak...macam tu lah anak solehah ibu kan:-) ikut arahan, walau kadang2 sekarang ni pandai lawan cakap ibu ya...dah besar ya:-) takper..dalam proses pembesaran mmg macam tu...ibu dulu pun gitu.

gambar lama..masa ni diaper free siang jer:-)
jadi sekarang..ibu dah kurangkan sikit jumlah pembuangan diaper untuk alam sekitar katanya & yang penting poket ibu+abah sedikit jimat betulnya...huhuhu

November 01, 2012

Anak Soleh & Solehah Saya - Part II

Rentetan entri ini. 
Hari ni kiter citer anak soleh saya pulak.

Terbaru...raya korban hari tu:-
Budak ini sekarang sudah 1th 7bln umonya..
banyak sangat keletahnya yang buat kami lelah...hehehee
tapi dia jugaklah pujaan hati (bukan pilih kasih ni)
sudah tahu macam2 jugak lah
dah besarkan..padanlah dengan perkembangan dia
boleh cakap sudah...saya perasan anak2 kami mmg cepat b'cakap
kakak dulu pun sama jugak..b'cakap dulu baru jalan kedek2..
apa2 sajalahkan..yang penting syukur..alhamdulillah
.
.
oohhh anak soleh saya ni kuat merajuk..
sangat suka merajuk..
hati tisu budak ni:-)
.
.
apa lagi ek..
lost track sudah ibunya
emmm
rasanya belum sedia nak ada adik lagi..(lebih pada ibunya yang belum sedia hehehe)
.
.
suka sangat tengok budak pompuan...
tak tahulah nak mengorat ke apa..hehehe
tapi kalau ada budak pompuan...siaplah dia tenung & belai2 manja budak itu..huhu
jenuh ibu nak memilih menantu nanti:-)
.
.
apa sajalahkan...
akhir kata..saya doakan anak2 saya berjaya dunia & akhirat. Amin.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi