Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 30, 2007

Selamat Tahun Baru


Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya.
Tahun ni aku nak.....(simpan saje dlm hati...insyaAllah termakbul) & semoga aku di murahkan rezeki olehNya.Amin.

lagi cerita hujung minggu

Aku ni nama je duk kg. tp kampungku sendiri pun aku tak habis jelajah...ms knk2 aku tak sempat nk jelajah...masuk sek.men dah kn masuk asrama...balik jarang..biasa bagi bdk asrama klu balik rumah membuta je tahu...lg2 aku ni jenis yg tak minat berjalan(itu dulu skrg tak lg)....habis sek.men smbng dip kat ipoh...pastu keje kat johor. tu la sedikit info tentang aku. baru 2 tahun lepas aku balik n menetap kat kampung. & sekarang dah kawin ni baru la nk menjelajah kampung ku yg damai & permai ni....tu je yg sempat aku snap hujung minggu hari tu...abang aku keje la so tak dak masa nk melayan aku ronda kampung. lain kali lah dia cakap...layan la ek gambo2 tu.




































Jalan2 ke Terengganu-29/12/07

Akhir tahun ni mcm2 la nk setel. Since ank sedara aku ngaji kat UDM so aku le nk kn nganto dia ke sana. So weken hari tu anto la dia ke UDM. Aku ni x bape suka sebetulnya jalan2 ni. Tp sejak berdua ni mcm suka plk. So sambil selam minum la air...lepas anto ank sedara kami round2 la Ganu. Best gak la... so enjoy the pics


December 19, 2007

Salam Aidil Adha



SALAM AIDIL ADHA 1428h.......

Leave for 1 week:-)

December 13, 2007

banjir lagi

semalam smpi je rmh abg ajak gi tgk air. Dia kata air naik & semua kenderaan xleh masuk bandar...patut la semalam bnyk keje opis yg hold kisahnya xleh nk masuk bandar,jln tutup. Tp aku & abg gi tgk kat area rumah kami. btw rmh kami takde lerrr naik air just kat sungai kemubu....mmg air melimpah ke jalan & oso ditutup kepada semua kenderaan...but aku nengok budak2 enjoy jer main air...bahaya dik...xnengok berita ke kan dah berapa org yg jadi magsa banjir tahun ni...so be careful ok. ni ada some pics yg sempat aku snap. Tengok la diaorang leka main air...

ni kat area pam air kemubu....air laju betul.pam ni tutup atas sebab keselamatan.

bang,menung apa tuh?

December 12, 2007

11 perkara untuk anak-anak kita

Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.
Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s. a. w.:Maksudnya : “Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.Riwayat Bukhari & Muslim Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:Maksudnya : “Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci”.Riwayat Ad-DailamiDi dalam buku Ihya ‘Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.
2. Rukun Islam Dan Iman.
Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s. a. w. ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail a. s.:-Maksudnya : “Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”.Riwayat BukhariAnak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara’. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.
3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya”.Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:Maksudnya : “Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya”.Rasulullah s. a. w. bersabda:Maksudnya : “Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka”.Riwayat BaihaqiSabdanya lagi :Maksudnya : “ Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh”.Riwayat Ahmad
4. Menunaikan Perintah Allah.
Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s. w. t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.Firman Allah s. w. t. dalam surah Toha ayat 132:Maksudnya : “Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)”.FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:Maksudnya : “ Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "Sabda Rasulullah s. a. w.:Maksudnya : “Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun”.Riwayat HakimSabdanya lagiMaksudnya : “Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)”.Riwayat An-Nasaei
5. Meninggalkan Larangan Allah.
Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.Firman Allah s. w. t dalam surah At-Tahnim ayat 6:Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu”.Sabda Rasulullah s. a. w.:Maksudnya : “Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka”.
6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s. w. t.Rasulullah saw. bersabda:Maksudnya : “Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah”.Riwayat At-TarmiziPerkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.Rasulullah s. a. w. bersabda:Maksudnya : “Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.Riwayat Muslim
7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.
Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak- anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.Allah s. w. t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:Maksudnya : “Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan”.Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s. a. w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:Maksudnya : “(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
8. Memohon Restu Kedua Ibubapa
Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.Sabda Rasulullah s. a. w.:Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa”.Riwayat At-TabraniBerbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.Rasulullah s. a. w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:Maksudnya : “Saya bertanya kepada Nabi s. a. w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah”.Riwayat Bukhari & MuslimJahamah r. a. telah mendatangi Nabi s. a. w. seraya berkata:“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu”. Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?”. Ia menjawab, “Ya”. beliau bersabda:“Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya”.Riwayat Ahmad & An-NasaeiMengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.Rasulullah s. a. w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.:Maksudnya : “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu.Riwayat Bukhari & MuslimFirman Allah s. w. t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:Maksudnya : “Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu”.Sabda Rasulullah s. a. wMaksudnya : “Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu”.Riwayat Ibnu MajahAishah r. a. berkata : “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s. a. w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu”.
9. Latihan Amali Fardhu ‘Ain
Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu ‘Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu ‘Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya ibadah-ibadah yang lain.
10. Mengadakan Usrah Keluarga
Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.Satu proses tarbiah diri dan keluanga.Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.
11. Halaqah Muhasabah
Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan

December 10, 2007

ujian...

Ujian pertama dlm hidup kami. ujian utk mematang kan kami....insyaAllah DIA akn mempermudahkan segala urusan perjalanan hidup kami....DIA pilih aku utk menghadapinya...DIA Maha Mengetahui.

monyet naik kelapa










since dh nk dekat raya kan, so mak aku suruh la c'sedi yg bela monyet tu naik kelapa. Nk buat ketupat,msk utk raya apa semua la. So hari Sabtu tu aku enjoy tgk monyet naik pokok kelapa...apapun bijak la monyet tu...suruh amik dia amik...tgk gelagat dia lucu sgt...emmm t'pk aku klu monyet pun reti d'ajar nikan plk kita manusia...tp manusia ni bnyk masalah betul. degil plk tu. Klu ajar slh x ajar lg la bermasalah...ni la gambo monyet2 comel tuh...



lps naik pokok kelapa kenalah jamu kan...








malu2 plk monyet ni......






ok keje dah sete,nnt sy kasi inbois yer,
ada apoimen tmpt lain...cawwww

ikan air tawar

weken hari tu kat kelate dh mula banjir. Hr jumaat aku kat rmh MIL, bangun pagi2 tgk air dh penuh kat bawah...tak sangka plk kat rmh MIL ni banjir ya. yelah even dkt pun aku tak pernah sampai kat situ....best plk aku rasa. then abg ckp nk pergi tahan ikan...aku nk ikut nk amik gambo dia tak kasi. Dia ckp aku tak biasa kang tak pasal2 plk hal lain jadi...maklum air laju betul. pastu plk melimpah2 ke tebing....aku ikut jelah. klu leh amik gambo kan best. apapun bnyk gak la ikan yg dia dpt...keli,puyu,haruan, uih mcm la spesis yg aku tak kenai. Aku tak mkn ikan2 tu semua. Tp dh abg suka sgt terpaksa la masak gak....aku masak paprik ikan keli....abg makan tak hengat...dia sorang je sekuali....best sgt agaknyer.....ni la paprik ikan keli tuh

December 06, 2007

hobi baru

hahahaha...dah jd habit dah pepg msk keje on PC bk net then bc blog mummyred.
best bc blog dia ni. corat-coret life dia. harap dia x kisah. kiranyer bc blog hobi ms lapang ku kat opis la...

ziarah

malam td ziarah makcik ipar aku.....sakit katanya lelah. aku doakan dia cepat sembuh sb raya haji nnt nk terima menantu sulong. mcmn nk kenduri klu tuan rumah sakit kan. be strong ya. tak leh lm2 klu kuar...sb tuk sedara ada kat rumah. dia pun uzur gak (tua) - ajak ikut takmo...

selamat hari lahir kak nik

selamat hari lahir kak nik...05/12/2007. semalam tak sempat nk blog it. banyak sgt keje kat opis...any how moga my sis panjang umo n selamat mengandungkan anknya itu....rezeki tu nik. Doakan utk T gak ya...biar berjangkit. tak sabar nk rasa pengalaman itu..amin

December 02, 2007

desert

semalam borak2 ngn MIL,dia citer la yg abg ni cengini,cengitu bla bla...aku yo yo je...bnyk mulut gak MIL aku ni (dlm ati je la). Satu yg aku amik port ialah abg aku klu blk keje mesti nk teh O suam ngn apa2 la wat minum petang. MIL aku ckp klu tak buat kuih pun atleast biskut kering cicah air teh O pun takper....huih pemakan gak abg aku ni. No wonder la apa2 aku mks semua bedal...nak jd citer aku pun buat la puding roti. Dah aku tgk roti kat umah mak tak terusik2. dah siap masak aku masuk icebox,pastu gi amik abg. then smpi umah tgk puding belum keras lg tgu dulu,so abg minum air teh O ngn kole ubi mak buat. Kami gi jln2 jap pastu blk umh....amik puding potong siap2...abg pun rasa...bab ni yg buat aku terasa ni....mula tu dia ckp bau beshh pastu dia rasa...emmm dialog dia "sedap dah ni T,tp klu keras sikit macam MA abg buat mesti lg sedap"....aku pun apa lg...terasa la beb...sikit2 MA dia.Aku tahu la MA dia masak best. Aku pun wat muka...terus angkat kain kat ampaian then wat2 lipat kain....dia tanya naper? aduih...ni buat aku nk nangis...dlm ati aku "sabar CT,baru lg kan,mesti la take time nk adapt semua tu" Tp betul tau,aku terasa dia ckp camtu. Abg, I need to understand you a lot! You too!!!

ujung minggu yg penat

huih tersangat la penat hjg mgu ni...keje aku anto & ngambik org je. bz2. weken tu gak aku gi melawat atok aku...sian dia....lembu yg dia bela terkena penyakit kuku&mulut....dia ckp lembu dia dah berapa hari tak mkn...tp dah ok dah sikit. Atok aku ni dah tak keje so ms lapang dia bela la ayam..lembu..biri2 (ada lg ke:-D)....best dia,sporting.
Dan disebabkan abg aku keje hr sabtu, so aku treat dia mcm King la...anto & ngambik dia keje..mkn serve.Gambo nnt masuk...cable missing ar tatau letak mn..maklum umah 2. siang kat sinin malam kat sinun...btw weken tu ttp asyik....

November 27, 2007

REMINDER!!!!!

Wahai Muslimin dan Muslimat…BERINGATLAH!!Hari qiamat sudah semakin hampir…..
Tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6….tidak lebih daripada itu.
Wahai Muslimin Muslimat
!!Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat…. Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH…Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya…JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.Sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan *vavi* (setelah mati)”.(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)Rasulullah SAW bersabda:“Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi”(Hadis riwayat Ahmad)Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1-Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2-Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3-Zakat dijadikan hutangSuami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)4-Anak derhaka terhadap ibunyaAkan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
5-Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
6-Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
7-Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
8-Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
9-Arak sudah diminum secara berleluasa.
10-Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
11-Para artis-artis disanjung-sanjung.
12-Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
13-Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wahai Muslimin Muslimat…. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!KEMBALILAH KEPADA ISLAM….JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH!
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!!Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??
Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!!TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH…apa yang kalian dah buat??Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM? Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim….memang muka tak malu!!
Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!Bagi para Muslimin…DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH….Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu….DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama.
Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.
p/s: copy from mr-khairul blog

road buli

emmm....geram sgh pagi ni. mentang2 kete aku pki P pastu plk kecik sdp2 ati jer nk buli aku ya. cross sdp2 ati,no signal pastu mencelah hmpr2 ngn kete aku...huih nk je hon tp aku sabar agi...plk tu kete gomen. dah th lmbat kuar la awl2. nyusah kan org je nk kn hati2 ngn mereka. manyak cantekkkkk

November 26, 2007

my 26th b'day

hahaha...hari ni genap 26 thn aku kat dunia ni.....alhamdulillah. And syukur yg amat adlh aku capai gak aim nk end akunyer zmn dara b4 26 thn. Alhamdulillah. Moga Allah melebihkan rezeki aku dan panjang kan umo aku, tenangkan hati aku, tanamkan kesabaran dalam diri aku. amin..amin...Ya Allah kasihani diri hamba Mu ini.

My 26th Years

keje ooo keje

klu weekdays mmg la lm nyer rasa nk tgu weekend plk. dh hdp berdua ni rasa cam tak sabar nk tgu weekend. btw keje ttp keje. komitmen takkan rosak tau. boss aku tersangatla baik nyer. syukur dapat boss camtu. ko nk buat apa pun buat la jnj keje tak delay & siap on time. Alhamdulillah.
smlm balik keje MIL kirim pulut ikan kering...huih beshh2x. tp takleh mkn byk sb dah konyang.....lps maghrib prepare dinner. simple je. Mlm td gi visit pakcik abg,katanya jatuh, tp nmpk cam dh ok. biasa la tu sakit2,kita kan org kena jadi. Always remember tuh.
JJM aku dh nk kn tukar kaki tuh...bang nk pinjam duit leh tak? hehehe...tgu hjg thn la. mn th bonus ada thn ni...amin mntk2 ada tuh.

November 25, 2007

no title

nak cite yg b4 dis sy dah berbloging lam frenster & dah lama la gak. so klu nk bc citer lm2 leh la view dis link . So starting ari ni sy akn update dlm blog ni saje...dats ol!

1st day

first day bloging..nothing much to say....

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi