Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 31, 2010

Novel: Saksi Cinta

sinopsis:-
Mengenali Juliana seakan satu anugerah yang Allah berikan kepada Iskandar. Kelahiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya.Juliana begitu istimewa. MAlah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.
Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaanya terhadap Juliana,Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.
Bagi Juliana, dia terpaksa akur...Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia KEliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya.

p/s saya sedang sedaya upaya nak habis kan novel ini,almaklum sudah lama tidak bernovel,singgah kedai buku tadi terus amik satu...untuk santapan dikala luang....najibah jgn kacau ibu...pegi main ngn abah...
-Jiwang ke orang yang suka baca novel?


Selamat Hari Lahir Suraya

Hari ni hari lahir Suraya..
Lama sudah tak contact dia ni..
best fren since primary skul lagi..
apa pun saya doakan dia selamat & sentiasa dalam redha Allah
semoga panjang umo & murah rezeki bersama suami & anak2.


Best

Best sb mlm tadi boleh gak ijin sang suami nak bawak najibah gi wakaf che yeh...
huhu..
lama sudah tak pegi wakaf che yeh (maksud saya pasar malam)
sejak deliver najibah...
best...blh beli kasut bundle...dan mlm tadi rembat satu kasut bundle untuk najibah..
sweet sangat...nak nike tapi takder saiz pulak...adidas pun ok..
semalam semua dapat bahagian masing, saya jer tak tahu nak beli apa..
terlalu excited pulak tengok...maklum lama sudah tak pergi..boleh la pgi lagi bila2...najibah ok jer jalan tempat camtu...
mek beli carpet nak lapik sembahyang...ma pulak beli toto dan masing2 beli tudung jugak..huhu sakan ya my both moms.
Abang lak terbekenan ngn t-shirt belang warna itam...ok la..
so saper2 yang datang kelantan tu pasar malam wakaf che yeh ni tempat must go tau..
selamat datang ya...


January 26, 2010

Plsss..

ssshhhhhhhhh...pls zippp ur mouth.hahaha
pernah tak korang,bila some one datang & cerita blabla...
then akhir sekali mintak tolong jgn inform benda yang dia cakap tu kat org lain..
like mengumpat ke tu? huhu takut nya saya kalaulah saya termasuk dalam golongan itu.
tapi nak lari camner ya klu dah dia datang terus cerita tuptaptuptap kan.
whats a life..
selalu jadi camni,saya pun tak tahu nak buat apa lagi.
no saya takkan bocorkan bila dia mintak saya keep it secret.
tapi tu lah, bila ia berkait ngn some one yang kita kenal,
rasa ralat jugaklah,
nak wat camnerkan, selagi leh simpan,saya simpan la.


January 21, 2010

Istimewa untuk Najibah

Najibah,
hari ni 210110 genap setahun najibah hadir dalam hidup ibu & abah
ibu rasa complete dengan kehadiran najibah,
alhamdulillah, sedari awal najibah tak banyak 'songeh'
just nice, dari ibu pregnant hinggala najibah lahir setahun yang lalu,
ibu tak rasa penat pun melayan telatah najibah yang hari kehari banyak akal & ragam.
tapi ibu suka,
tanpa najibah ibu rasa ada kurang jer,
sampaikan ibu rasa jika tokma acah nak amik najibah ibu rasa kelam kabut,
walau ibu tahu itu cuma joke...sungguh perasaan itu ibu rasa geram dengan ibu sendiri....takleh control...
Hari ni ibu ingat nak masak mee sup kesukaan najibah.
najibah suka sangat dengan mee..best tengok najibah makan...slurppp macam org besar...
tak sabar rasa nak balik gomol2 najibah...& alhamdulillah sampai hari ini najibah masih lagi nenen ibu...syukur...
Mohon ibu,agar najibah jadi anak yang solehah...boleh mendoakan ibu&abah bila kami dah tiada lagi....ibu doakan najibah sentiasa mendapat lindungan rahmat & kasihan belas dari Allah sepertimana ibu mengasihani mu nak...insyaAllah selagi usia ibu ada,kasih sayang ibu untuk najibah(dan adik2-insyaAllah) sentiasa mengiringi langkah & perjalanan mu anak2 ibu.

January 18, 2010

Atok

Sekarang kat rumah kami ada atuk-emak kpd my mom.
saya panggil atuk=mok (panggilan biasa bagi org kelantan utk atuk pompuan)
dalam sebulan jugaklah dia ada kat rumah.
untuk berapa lama tu we see.
Kesian mok,dia jatuh bilik air, dan tulang retak-due tu reput tulang.
dan saya tengok sejak2 akhir2 ni dia macam nyanyuk pulak.
Saya bukanlah minta macam tu tapi banyak kes yang terjadi yang saya rasa dia sudah kearah itu.
Semalam yang terbaru,kain baju kerja saya semalam diambil dan disimpan dlm beg dia...punyala saya cari nak masuk mesin basuh...tup2 ada dlm beg dia...1
2...time diner mlm tadi,dia tanya mana anak dia (pakcik saya),taknak naik rumah dia ke sedangkan dia kat rumah kami bukan kat rumah dia,bila saya tanya dia kat mana sekarang still dia cakap rumah dia la...aduhhh
pastu ada lagi la...huhu macam tu ke org nyanyuk ya?
Apa ya yang menyebabkan masalah nyanyuk ni.



January 17, 2010

Nak @ Xnak

nak buat ke tak nak ni,
MIL suruh buat majlis hari lahir najibah.
saya pulak rasa macam tak payah buat kut...
kang tak ikut,lain pulak dia fikir menantu dia ni...
saya tak biasa buat la majlis hari lahir ni...
lagipun najibah still tak tahu apa lagi, nak tiup lilin bagai..
ni kes atuk yang lebih2 ni.
ishhh..poning den,
mlm tadi pun dah hint2 dah,
saya faham ma,cuma saya tak gemar je party2 harijadi ni.
For me benda ni kita raikan with famili sudah,no party2.
aduh camner nak cakap ni.
kang saya buat doa selamat kang, semua insap kot.



January 14, 2010

Kelantanfm

Dulu org Kelantan panggil Radio 3,
Pastu lo ni tukar jadi kelantanfm.
Saya tak sure radio daerah ni ada online ke tak,
sat gi leh google yek.
time lunch tadi kat satu restoren di wakaf che yeh,
(utk pengetahuan RTM kat kelantan terletak kat wakaf che yeh)
so terjumpa lah ngn salah sorang DJ dia dok makan kat restoren tu gak,
tak kenal sb tak pernah tengok,tp biasa dengar suara dia.
tahu dia DJ pun kawan dok bagitahu tu DJ radio kelantan.
Cakap pasal radio kelantan ni, ada 2 segmen waktu petang saya suka dengar
1- seloka bersahut(hari selasa 5.30ptg), rancangan dikendalikan oleh Abe Jali.Best dengar mereka dok berpantun bagai,saya memang fail bab ni. Ok lah time balik keje kan penat so leh jugak release.
2-kayo nyo bahaso kito, segmen ni pulak hari khamis pkl 5.30ptg gak, segmen ni akan berbicara pasal perkataan kelantan yang biasa & tak biasa diguna. Kadang tu saya sendiri tak pernah dengar,best2 leh tambah vocab sbg ank kelantan.
maaf la klu entri ni kenegerian,sy just nk kongsi cerita.
daaaa



Beralah itu yang terbaik!

pagi tadi dok sibuk2 prepare apa yang patut,
terdengar Ustaz Fauzi kat TV9,dlm segmen tanyala Ustaz klu tak silap la,
Tajuk nya ISTERI.BOS
Best Ustaz Fauzi tu sb dia suka buat joke,
dan saya pun terdengar yang dia cakap "org yang beralah adalah yang terbaik"
so sekiranya kita dlm rumahtangga ada konflik ngn MIL+hubby cubalah untuk beralah,sb katanya MIL kita sudah tua,apa salah kita bersabar untuk satu tempoh, klu ikut umo kita mungkin lebih panjang umo dari dia kan...takke lawak Uztaz Fauzi tu kan.
Tapi dlm lawak dia tu ada gak benarnya.
Jadi fikirlah yang terbaik,untuk keharmonian rumahtangga kita gak.
bagi saya boleh beralah tapi jgn sampai org pijak kepala kita,ya dak?
tepuk dada tanya iman,insyaAllah selamat.



January 13, 2010

Blogger We care...InsyaAllah


Saya baru singgah kat blog MR.PenyuBiru & ada kempen ni. BLOGGER WE CARE.
Dan setelah pergi ke blog en.MEGAT baca apa yang ditulis oleh beliau,susah nak percaya tapi anggaplah saudara kita berada dalam kesusahan. Kan kita pernah dengar tak sempurna iman seseorang sekiranya mengetahui jiran(saudara seagama) dalam kesusahan tapi kita tak berusaha utk menolong.
So jika dengan cara ini saya boleh menolong en.Megat, apa salahnya kan. Baca cerita dia yang ini(Tangisan Aku,Isteri Dan Anak) buat saya insaf yang dunia ni penuh dengan dengki & khianat.
Saya juga doakan moga en.Megat & Keluarga mendapat lindungan Allah s.w.t Sb Saya percaya apa jua yang terjadi dengan izin Allah,Jadi sama2lah kita mendoakan yang terbaik untuk dia sekeluarga.
Ok sekiranya ada blogger yang ingin sama2 menjayakan kempen ni sila ke blog en.Hydir



January 11, 2010

25 Muharam

Kalau mengikut tahun islam hari ni najibah genap setahun...
horeyyy najibah 1year oredi...
najibah masih belum jalan ngn lancar.
still jatuh2..
tp klu lepas kat laman huhu suka kemain.
lagi satu suka kutip batu&pasir...
pastu klu ibu lepa sikit nak masuk mulut...
ish2..
najibah demam semalam..
malam tadi dah ok..
demam nak masuk setahun kut.
janji najibah ok.



January 07, 2010

budak yang semakin banyak akal


-abaikan rambut najibah yang masih belum lebat2.My mom dah letak minyak kelapa, so kita tengokla hasilnya nanti.
-najibah dengan 2nd cousin dia.Garang ooo najibah ngn org yang dia tak kenal...kih..kih..bagus2:-)


huhu inilah budak yang buat ibu dia kadang speachless..
banyak akal sungguh.
lasak bukan main
tapi dengar bunyi2 kuat takut,sampai bila saya batuk or terbersin pun leh sakan nangis dia...cepat terkejut macam ibu dia.
semua benda nak dipanjat,jalan baru 2-3 langkah...
makin ramai orang kat umah makin sakan dia tunjuk aksi dia...
huhu..apa2 pun najibah tetap pojaan hati ibu.


January 06, 2010

oldies2

Lagi satu gambo lamo time skul dulu.
layannnnnnnnn...



20 Muharam 1431

Wauuu dah 6 hari kita di tahun baru 2010.
Tahun baru...reso baru...tapi reso lepas tu blh carry forward ya...bagi saya la.
Selagi ia tak tercapai selagi tu leh carry sampai bila2.
Hari jumaat lepas kami sekeluarga ada buat bubur asyura.
Najibah punya excited sampai nak masuk dalam kawah...huh
best gakla ramai2 kacau2.
rugi takder gambo.
gambo ada ngn cousin...dia jer yang excited nak amik.
saya bz ngn bahan2 nak buh dalam asyura...lagi pun segan la nak amik gambo beria...org kampung tak biasa macam tu. so saya diamkan jer la. buat2 keje apa yang patut.
kat kelantan bubur asyura dia lain...asyura dia akan jadi pejal dan boleh dipotong2 mcm kuih bingka tu...warna hitam...tapi best...
org tak biasa makan takleh makan kut.
last2 punya penat saya sampai tertido ngn najibah.
org duk sibuk agih2 asyura saya best landing...huhu sungguh la menantu jenis apa lani...bukan apakan...najibah kan susu badan so itu mmg takleh excuse la so ngn2 ibu najibah pun terlena sama la.(siap explain tu)
so tahun baru kami hari tu kami sambut ngn asyura la...takder bunga2 api bagai.
So untuk tidak menghampakan saya kasi la satu gambo pada hari kejadian.Tu dah nak dekat masak dah tu. Masuk santan yang dimasak supaya bubur tu berkilat.

sekian laporan awal tahun dari blog suam2 ku2 ni..


oldies

Jenguk FB tadi...huhu jery tag gambo lama ni. Masa ni mmg aktif tak ingat la ngn netball. Muka pun legam hangus dek penangan sang mentari. Best time tu..belajar memang kelaut la...asyik ngn netball jer. Tapi enjoy. Emm rasa nak tengok balik jer album lama.Takpe ada masa weken ni kita selongkar balik. huhu. Rasa2 kenal tak saya yang mana?




Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi