Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 30, 2010

Checkup 28 minggu++

Untuk checkup 28minggu++
- bb masih juga oblique.
- berat dah stabil
- bp & hb normal
ok la, cuma oblique tu kena tunggu 32 minggu++ untuk pastikan kedudukan sebenar.
ini sb bb masih belum di kedudukan yang betul.
harap lepas ni ok lah.

Hujung Tahun

Salam semua.
Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca blog ala2 ini.
Tiba sudahlah kita ke penghujung tahun untuk 2010.
Mesti ramai yang dapat big boom bang kan...apalagi bonus la.
Yang dapat increment....naik pangkat->tahniah semua.
syukur pada rezeki yang diberikan....
.
.
.
saya?
saya biasa je...alhamdulillah dengan segala yang dilimpahkan.
rezeki tak semestinya 'duit' sesaja kan...bnyk lagi->kesihatan, kasih sayang, keluarga, anak2, pasangan yang memahami....semuanya itu rezeki.
.
.
.
malam tadi kita juga menang piala suzuki AFF-->tahniah untuk semua team harimau malaya.
.
.
.
selamat tahun baru semua.
harapanya tahun depan lebih baik dari tahun ini.


Welcome 2011
^-^

December 27, 2010

my najibah

dialog najibah bila dia nak menebeng nen ibu...

"baby,kakak ni.
kakak nak nen deh..
boleh deh, time kacih....
okeyyyy"
p/s dia tanya...dia jawab...:-)

boleh lagu tu....cuba cakap ibu mana yang tak jatuh hati+kesian kalau dah sampai macam tu.
takpe la najibah, ibu pun sihat jer...susu pun ada, minum lah selagi awak mau. ibu pasrah je.
bukan ke susu ibu untuk anak2 ibu?

merusuh

merusuh secara tiba2...
angin lintang mana la yang masuk.
harap petang ni dah ok.

December 26, 2010

^_^

2 hari cuti weken,mmg penat.
penat mendobi, penat pk nak masak apa, belum lagi memasak. tapi best sebab boleh habiskan masa bersama keluarga, yang penting bersama najibah.
saya sokmo wonder,surirumah tanpa pembantu tu boleh buat semua kerja rumah kan.
dari pagi sampai lelap.
mmg nampak mudah tapi penat.
nak2 pulak ngn anak kecil
sgt2 perlu dihargai.
tapi pelik jugak ngn suri rumah, tapi rumah macam tokang pecah.
sibuk sgt ke sampai nak kemas rumah pun tak boleh..
macam2 kan, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
rumah tak gah takpe tapi bagi kemas & bersih.
masuk rumah rasa oooo rumahku syurgaku.
biar ada "roh" org kata.
|
|
|
cerita najibah pulak.
sudah macam2 dia.
mulut pun dah becok sesangt
"okey" mmg feberet word dia lah.
masih nenen ibu bila bersama ngn ibu.
yang ni mmg tak boleh nak kata apa.
bila dia wat muka kesian tu, mmg bagi jer.
bila kita kata minum susu najibah ya, dia nangis bagai nak rak pulak,
lagi kalu abah dia yg cakap, di pukulnya abah dia.
tak tahu la mcmna nak lepas.
dah taruk macam2 jugak.
harap start tahun baru ni boleh betul2 lepas la, lagipun dah cukup 2tahun.
|
|
|
lg seminggu nak masuk tahun baru.
lg 28 hari najibah nak turn 2 tahun.
lg 3bln najibah nak jadi kakak, sekarang pun dah mula biasakan dia panggil kakak.
Harap semuanya dipermudahkan segala urusan kami.

December 20, 2010

berat

berat yang naik agak banyak.
bayangkan 1bln=4kg
dan semalam naik 1.5kg dlm masa seminggu...
risau jugakla...
harap takder apa yang membimbangkan.

:-)

....
buat baik berpada-pada
buat jahat jgn sekali.
.
.
buat baik utk org yang buat jahat kat kita-its ok.
tapi susah jugak nak lupa apa yang dia dah buat...
"can forgive but can't to forget"
.
.
.
.
banyak hal yang dok main2 di fikiran la ni.

December 16, 2010

Rasa Cinta Untuk Dia

Sudah 16 tahun berlalu...
maknanya sudah 16 tahun kami semua hidup tanpa rasa kasih sayang dari dia...
bulan inilah, tanggal 1 Dis 1994, dia pergi meninggalkan kami. Tanpa pesan, secara mengejut. Kami redha itu,sebab semuanya ketentuan Allah. Walau tanpa sekelumit pesan mahupun wasiat yang ditinggalkan, kami yakin satu pintanya agar anak2 sentiasa mengingati dia...dan rasanya kami tidak pernah lupa itu.
.
.
.
Sejunjung kasih bersama doa saya titipkan untuk dia, moga2 Allah mengampunkan dosa2 dia dan apa yang kami hadiahkan sampai untuk dia. Tiada apa yang dapat kami (anak2) mampu bagi untuk dipersembahkan kepadanya, hanya sepotong doa moga dia tenang di sana. Sungguh dunia kami berbeza, jadi itulah yang diharapkan,doa itu sampai untuk dia. Doaku juga agar kami dipertemukan bersama menjadi satu keluarga kelak......di Syurga abadi.
.
.
.
Sungguh saya amat rindukan kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar AYAH....

Al-Fatihah untuk arwah - Allahyarham Daud bin Esah

December 15, 2010

Hantar Angah

macam jauh je ya...
naik keteapi je kat Pasir Mas...
najibah 1st time tgk keretapi...kemain excited.
nanti kita plan naik keretapi ya najibah...
so rumah dah kembali sunyi...budak2 tu semua dah balik JB
Najibah pun dok tanya2 kakak dia mana...huhu
angah mmg balik cuti sekolah sokmo ngn anak2 dara dia...
jumapa lagi...insyaAllah. Rasanya tahun depan raya balik kelantan. org kawin jauh2 macam tulah...bukan macam kami...sekampung tu pun boleh masam muka jugak...hehehe





26minggu & Najibah

Salam semua...
terima kasih sudi jenguk blog saya yang ala-ala ini.
.
.
.
semalam cuti, gi checkup bulanan...26 minggu
sekali ngn periksa gigi sekali.
dentist tu ckp gusi tak cukup space untuk gigi bongsu tumbuh.
jd dia cadang lps bersalin ni kena cabut jugaklah gigi tu.
kalau tak sakit gigi tu akan berulang.....so ok, lps ni kita buat.
pastu, pgi check rutin pulak...
yang risaunya berat naik 4kg....
tu yang dlm gambo semua nampak nau gemuksnya...
alahai...mahunya tak 4kg mkn tak berenti...
apa jer yang org hidang makan...perut pun asyik la lapornya...
aduhai...nak kena kontrol la pulak.
lagi 3bln,kang naik tak turun2 pulak...
jadi kena aim jugak untuk BF baby samapai 2thn...
kalau tak lambat la nak ke bentuk asal....
so far semua ok...
baby nurse kata oblique, tp tu biasa sb masih baru lagi...
dia masih nak pusing2 dlm perut ibu dia...pasni takleh nak gerak sangat....alhamdulillah.
.
.
..
najibah pulak makin kaletah...
banyak nau cakapnya..
semua nak tahu
semua nak tanya
sikit2 apa bu...apa bah...
tapi syukur...alhamdulillah
bila kita kata najibah soon nak jadi kakak nak ada baby nanti...angguk ya2 je dia...
hhahha
org kata awal sangat najibah nak ada adik...
tapi tu semua kan kerja Allah...
lagipun najibah dah dua tahun...ok la tu
kalau2 lama sangat kang naik lemau pulak dia.
biarlah dia membesar sbg seorang yang bertanggungjawab, sb bila ada adik nanti mungkiin dia lebih faham dan cepat belajar.
Anak sulong mesti jadi contoh kan....

December 12, 2010

Rina & Wadi

majlis kawin anak sepupu mek... Rina & Wadi..
so kita kasi up gambo sikit yooo.
gambo tuan rumah adalah sgt gemuks....hish
najibah jugak adalah tidak berapa nak bagi kerjasama...
abg pulak tidak dapat nak menghadirkan diri bersama dimajlis itu...
jadinya majlis itu terasa biasa sgt bagi saya...
pengantin adalah sgt cantik...kiut miut dan sepadan....

Pengantin+mak ayah pengantin perempuan.

Meja santapan raja sehari

Saya+pengantin

mek ngn adiknya...

kami di hari itu.....
tahniah untuk kaklong..
semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan peroleh zuriat yang soleh&solehah....

Lawatan Muhibah

hehehe lawatan muhibah katanya...
baca blog kak linda manis....ada pameran apa la tak ingat kat muziam kelantan. jadi untuk isi masa lapang, lagipun anak2 angah takder pegi mana2 sejak balik hari tu bawalah mereka semua....boleh la, dorang pun dah nak balik...
pameran tu menakutkan la jugak....nasib najibah tidur....so gambo pameran tu tak amik sgt...seram.
naik atas baru dia bangun, nasib jugak kat atas tu pameran biasa...permainan2 tradisional kelantan. so layan je lah gambo yang tak seberapa ni....xder caption harap ok2 saja ya.




P/s nak upload gamb kat FB jenuh...

December 06, 2010

Berbekal

Sapa malu bawa bekal?
Ok apa bawa bekal...hari ni saya bawa ini....taraa

Ubi itik rebus gula+susu campur oat campur milo....dan air masak. Air masak mmg bawa sokmo....
yelahkan...org mcm saya ni ok la kan...
jimat katanya....kata dah naik petrol & gula...
so wajib barang2 lain pun naik juga...
tak diumum pun brg mmg naik sokmo2...
sbg contoh, misal kata bulan ni kita belanja $200 brg dapur...
bulan depan takdernya nak stay $200 mahunya pegi $300...tu pun habis berjimat dah tu...
amik barang keperluan jer....tu contoh la...
.
.
.
esok cuti....kak ngah janji nak buat laksam....dap..dap...
.
.
.
Selamat Sambut tahun Baru hijrah semua....jgn lupa baca doa akhir/awal tahun....

December 05, 2010

musim boh=musim cuti sekolah

ni sarap dulu....pastu baru jamu nasi,bukan lunch ya...pagi jugak. Menu pagi tu ubi itik rebus+air teh o+keropok ikan goreng....

ni tak tahu la pesen apa...rasanya cubaan untuk amik cam ibu rasanya...tu sb ibu jarang bawa kuar cam...kang habis dikerjakan oleh ini budak

ini ngn kakak sepupu dia....kakaknya nak masuk darjah satu....hmmm nampak najibah dah besar la dlm gambar ni...

sesi ngaji ngn tokmek...ini sesi wajib ya...
catatan:-tiap2 tahun pun mcm ni lah, bila cuti sekolah rumah mek agak meriah, ngn cucus nya. ngan kain baju tak kering so bergantungan dimana saja...maklum rumah tak berapa nak besar pulak tu orangnya ramai budak2 kecik lagi so mmg kain baju menimbun la...tapi meriah, sebab mkn...mkn...mkn...rasanya mkn adalah lebih dari 5-6 kali sehari. Dan yang meriahnya nasi mmg wajib...huhuhu mmg buntal la jawabnya.....
tengok gambo2 tu tak sedar najibah dah besar.....rasa macam dia tu baby lagi hahaha perasan tak sedar ke adik najibah akan menyusul tu...insyaAllah.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi