Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

July 23, 2013

Nostalgia Kad Raya

Assalamualaikum w.b.t

sekarang mana ada orang nak kad raya kan...
kalau dulu sapa dapat kad raya banyak mesti org tu hot...huhu
siap tunggu tangga nak tgu posmen hantar kad raya...huhu kenangan betul
sekarang dengan peredaran zaman semuanya tu dah takder..
simple jer sekarang...sms..mms..tag kad2 elektronik jer:-)
apa2 pun ingatan yang penting kan...
tapi saya suka kad raya...klu yang siap ada muzik2 tu lagi syok kan..
rasanya takkan ada dah kot zaman kegemilangan kad raya...

May 28, 2012

kisah putus

haha
yup kisah putus cinta.
dulu kemain tak nak cerita dah pasal2 kisah cinta sekerat jalan ni..
sekarang tak dah.
dah boleh terima...usia mematangkan diri.
saja up entri ni..sebab ingat lagi hari ni hari lahir dia
mau tak ingat..rasanya dekat 10thn jugaklah orang kata bercinta..
salah ke ingat? mau tak ingat berapa duit saya habis masa tu..dah la masih belajar habis duit mak+ayah jer...
sesal dahulu pendapatan..sesal kemudia tida guna sudah..hehhe
harap (doaku) anak2 tak ikut perangai ibu dorang ni. ikut abah dia...soleh habis
bercinta pun tak...katanya lah.
huhu masing2 punya pandangan la ya.
.
.
tapi semua barang yang ada kaitan dengan budak itu sudah ku bakar...
gila sakit hati rasa masa tu..
geram sangat2...
.
.
syukur jugak jadi macam tu..
kalau tak, rasanya tak kemana pun..
Allah tu Maha Mengetahui..
Dia bagi apa yang kita perlu..bukan apa yang kita nak...Allahuakbar...Alhamdulillah
.
.
Buat orang itu, saya doakan kamu sejahtera....(entah ada lagi ke tak tahu lah) 
.
.
Buat Abang...Sayang kamu sangat2..bahagia sangat bersama cinta-cinta hati semua

March 31, 2012

sekolah rendah

semalam (mmg hari2 lalu) lalu depan sekolah rendah.
sekolah tu lah jugak pertama kali saya belajar secara formal.
saya tak masuk tadika dulu..masuk pun sekejap je..
tapi walau tak habis tadika (masa tu saya dah tahu baca) ... cumanya gamba "konvo" tadika takder la kan....
.
.
semalam tengok budak2 duk training netball
game kegemaran tu masa sekolah..
best sangat main netball
boleh lompat..terbang..huhu
rasa macam burung pulak.
.
.
.
cuba sekarang suh buat macam tu
alamatnya tak lompat2 la...berat sungguh sekarang.
lari kejar budak dua orang tu pun dah termengah2 dah.
apa lagi nak main netball.
saya harap najibah akan suka bersukan macam saya dulu2...

November 17, 2011

Musim cuti sekolah

hari ni last day sekolah kt belah pantai timur..
musim cuti sekolah anak2 buat apa ya..
kalau zaman saya dulu main jelah kejenya...
dulu mana ada nak masuk apa2 kelas pun
selain dari takder modal...budak kampung mana kisah nak attend apa2 kelas.
apa yang best cuti sekolah makna nya takder baca2,keje sekolah & seangkatan la..
kalu sekarang, macam2 kelas boleh anak2 kita attend kan-bagi mereka yang mampu lah kan.

dulu kalau cuti sekolah menan biasa bagi budak kampung main congkak,dam haji,tenteng,galah panjang,tali getah,guli,mcm lagilah..
pastu pulak time cuti biasanya kat sini musim banjir...emm lagilah best.
main+makan=tido.
masuk sekolah balik tak tahu apa=tepu...hehehe
apa pun best.

jom balik kampung weh...

August 24, 2011

Kenangan Raya

kenangan raya mmg bayak...
raya dulu ngn sekarang jauh sangat.
dulu main bunga api relax jer..
dulu dapat duit raya 20sen pun ok
dulu pegi raya ramai2 ngan kawan dengan senang hati
dulu sapa dapat kad raya banyak kira top la dia
dulu baju raya siap gantung depan lemari, kejap2 try sampai la raya kasut pun sama...try sampai nak lunyai, maklum bukan senang nak dapat, sekali setahun je.
.
.
banyak la kenangan lagi.
anak zaman sekarang nak kumpul apa la ya nak buat kenangan..
sebab serba serbi senang dapat...bukan sekali setahun macam saya dulu...
huhu
baju baru? rasanya tiap kali gi mall beli baju baru untuk anak2
kasut baru? kalu pun tak selalu tapi rasanya boleh tahan jugak
duit raya? rasanya budak sekarang mana jeling dah duit syiling kan?
bunga api? ada yang main tapi tak meriah macam dulu...
.
.
apabila kita susah nak dapat jadi kita akan lebih menghargai....

April 12, 2010

Padi

bukan nama band tu
itu saya tak tahu
ini padi yang kita makan beras tu bukan biras ye.
sekarang kat kampung saya musim tuai padi.
saya suka sgt bau padi yang dah kuning masak tu.
ingat dulu2 tolong mek+arwah ayah gi cerut(dulu mana pakai mesin)
kalau pagi lagi kuat bau dia.
org yang tahu,tahu la macamna bau dia...best
nostalgia sungguh.


November 22, 2009

musim tengkujuh.

memang setiap tahun pun musim tengkujuh ni pasti terjadi. Terutama di negeri2 pantai timur Kelantan, Terengganu & Pahang.

Kalau mengikut buku geografi, ia disebabkan oleh monsun timur laut.
Tapi kita bukan nak belajar geog kan?

Saya nak citer kat Kelantan ni sekarang dah masuk lah musim tengkujuh ni,Biasa musim ni ramai drpd nelayan & penoreh takleh nak bekerja.
So dorang just duduk kat rumah je lah.


Tp rezeki Allah tu InsyaAllah ada utuk setiap hambanya, so w'pun "tidak bekerja" masih lagi boleh menampung hidup.
Kebanyakan daripada mereka ni bila tiba musim "bah" ni akan mula pasang jala bila air naik...so dapat la ikan2 darat untuk santapan,dan sekiranya banyak blh buat duit gak. Dorang akan jual ikan yg dapat tu,sebab biasa orang akan mencari ikan2 darat ni bila tiba musim tengukujuh. Musim lain susah nak dapat ikan2 ni.
Ada juga yang jual ubi2,siput bendang.ubi keladi,cendawan dll.

Dulu, mek pun camtu. Takleh nak menoreh. Ingat dulu2 pulak. Eh rindu nya kat mek. Mek suka buat bingka ubi badak merah (tapak gajah).Kena pulak time tu saya sambut hari lahir. Dulu mana ada kek2 ni. So klu mek buat tu dah rasa seronok dah. Org kampung camtulah. Sekarang je ada kek. Tu pun mek tak heran pun ngan kek2 ni. Dia cuma makan kek yang kami adik beradik buat je.sob.sob

Time tu pulak musim cuti sekolah. So dari pagi samapi petang main "selambuk" ala batu seremban bahasa buku. Congkak pun ada gak. Kadang2 main air.huhuhu

Dulu air tak sekotor sekarang...la ni air huh nauzubillah. Nak wat camner ada longkang pun tersumbat.

Tapi memang musim2 hujan camni buat perut lapar.Masak la apapun sure habis. Nasi tu takyah cakap la,masak jer habis masak jer habis. Lapar tu lain macam. Pastu klu dah takder benda nak buat TIDO.

klu nak citer zaman dulu mmg tak habis kan. sambung entry lain la plk ya.
Saya dah takleh nak tulis ni...sentimental plk,ingat kat mek la.
ok la ya,daaaaa

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi