Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 30, 2010

Checkup 28 minggu++

Untuk checkup 28minggu++
- bb masih juga oblique.
- berat dah stabil
- bp & hb normal
ok la, cuma oblique tu kena tunggu 32 minggu++ untuk pastikan kedudukan sebenar.
ini sb bb masih belum di kedudukan yang betul.
harap lepas ni ok lah.

Hujung Tahun

Salam semua.
Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca blog ala2 ini.
Tiba sudahlah kita ke penghujung tahun untuk 2010.
Mesti ramai yang dapat big boom bang kan...apalagi bonus la.
Yang dapat increment....naik pangkat->tahniah semua.
syukur pada rezeki yang diberikan....
.
.
.
saya?
saya biasa je...alhamdulillah dengan segala yang dilimpahkan.
rezeki tak semestinya 'duit' sesaja kan...bnyk lagi->kesihatan, kasih sayang, keluarga, anak2, pasangan yang memahami....semuanya itu rezeki.
.
.
.
malam tadi kita juga menang piala suzuki AFF-->tahniah untuk semua team harimau malaya.
.
.
.
selamat tahun baru semua.
harapanya tahun depan lebih baik dari tahun ini.


Welcome 2011
^-^

December 27, 2010

my najibah

dialog najibah bila dia nak menebeng nen ibu...

"baby,kakak ni.
kakak nak nen deh..
boleh deh, time kacih....
okeyyyy"
p/s dia tanya...dia jawab...:-)

boleh lagu tu....cuba cakap ibu mana yang tak jatuh hati+kesian kalau dah sampai macam tu.
takpe la najibah, ibu pun sihat jer...susu pun ada, minum lah selagi awak mau. ibu pasrah je.
bukan ke susu ibu untuk anak2 ibu?

merusuh

merusuh secara tiba2...
angin lintang mana la yang masuk.
harap petang ni dah ok.

December 26, 2010

^_^

2 hari cuti weken,mmg penat.
penat mendobi, penat pk nak masak apa, belum lagi memasak. tapi best sebab boleh habiskan masa bersama keluarga, yang penting bersama najibah.
saya sokmo wonder,surirumah tanpa pembantu tu boleh buat semua kerja rumah kan.
dari pagi sampai lelap.
mmg nampak mudah tapi penat.
nak2 pulak ngn anak kecil
sgt2 perlu dihargai.
tapi pelik jugak ngn suri rumah, tapi rumah macam tokang pecah.
sibuk sgt ke sampai nak kemas rumah pun tak boleh..
macam2 kan, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
rumah tak gah takpe tapi bagi kemas & bersih.
masuk rumah rasa oooo rumahku syurgaku.
biar ada "roh" org kata.
|
|
|
cerita najibah pulak.
sudah macam2 dia.
mulut pun dah becok sesangt
"okey" mmg feberet word dia lah.
masih nenen ibu bila bersama ngn ibu.
yang ni mmg tak boleh nak kata apa.
bila dia wat muka kesian tu, mmg bagi jer.
bila kita kata minum susu najibah ya, dia nangis bagai nak rak pulak,
lagi kalu abah dia yg cakap, di pukulnya abah dia.
tak tahu la mcmna nak lepas.
dah taruk macam2 jugak.
harap start tahun baru ni boleh betul2 lepas la, lagipun dah cukup 2tahun.
|
|
|
lg seminggu nak masuk tahun baru.
lg 28 hari najibah nak turn 2 tahun.
lg 3bln najibah nak jadi kakak, sekarang pun dah mula biasakan dia panggil kakak.
Harap semuanya dipermudahkan segala urusan kami.

December 20, 2010

berat

berat yang naik agak banyak.
bayangkan 1bln=4kg
dan semalam naik 1.5kg dlm masa seminggu...
risau jugakla...
harap takder apa yang membimbangkan.

:-)

....
buat baik berpada-pada
buat jahat jgn sekali.
.
.
buat baik utk org yang buat jahat kat kita-its ok.
tapi susah jugak nak lupa apa yang dia dah buat...
"can forgive but can't to forget"
.
.
.
.
banyak hal yang dok main2 di fikiran la ni.

December 16, 2010

Rasa Cinta Untuk Dia

Sudah 16 tahun berlalu...
maknanya sudah 16 tahun kami semua hidup tanpa rasa kasih sayang dari dia...
bulan inilah, tanggal 1 Dis 1994, dia pergi meninggalkan kami. Tanpa pesan, secara mengejut. Kami redha itu,sebab semuanya ketentuan Allah. Walau tanpa sekelumit pesan mahupun wasiat yang ditinggalkan, kami yakin satu pintanya agar anak2 sentiasa mengingati dia...dan rasanya kami tidak pernah lupa itu.
.
.
.
Sejunjung kasih bersama doa saya titipkan untuk dia, moga2 Allah mengampunkan dosa2 dia dan apa yang kami hadiahkan sampai untuk dia. Tiada apa yang dapat kami (anak2) mampu bagi untuk dipersembahkan kepadanya, hanya sepotong doa moga dia tenang di sana. Sungguh dunia kami berbeza, jadi itulah yang diharapkan,doa itu sampai untuk dia. Doaku juga agar kami dipertemukan bersama menjadi satu keluarga kelak......di Syurga abadi.
.
.
.
Sungguh saya amat rindukan kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar AYAH....

Al-Fatihah untuk arwah - Allahyarham Daud bin Esah

December 15, 2010

Hantar Angah

macam jauh je ya...
naik keteapi je kat Pasir Mas...
najibah 1st time tgk keretapi...kemain excited.
nanti kita plan naik keretapi ya najibah...
so rumah dah kembali sunyi...budak2 tu semua dah balik JB
Najibah pun dok tanya2 kakak dia mana...huhu
angah mmg balik cuti sekolah sokmo ngn anak2 dara dia...
jumapa lagi...insyaAllah. Rasanya tahun depan raya balik kelantan. org kawin jauh2 macam tulah...bukan macam kami...sekampung tu pun boleh masam muka jugak...hehehe





26minggu & Najibah

Salam semua...
terima kasih sudi jenguk blog saya yang ala-ala ini.
.
.
.
semalam cuti, gi checkup bulanan...26 minggu
sekali ngn periksa gigi sekali.
dentist tu ckp gusi tak cukup space untuk gigi bongsu tumbuh.
jd dia cadang lps bersalin ni kena cabut jugaklah gigi tu.
kalau tak sakit gigi tu akan berulang.....so ok, lps ni kita buat.
pastu, pgi check rutin pulak...
yang risaunya berat naik 4kg....
tu yang dlm gambo semua nampak nau gemuksnya...
alahai...mahunya tak 4kg mkn tak berenti...
apa jer yang org hidang makan...perut pun asyik la lapornya...
aduhai...nak kena kontrol la pulak.
lagi 3bln,kang naik tak turun2 pulak...
jadi kena aim jugak untuk BF baby samapai 2thn...
kalau tak lambat la nak ke bentuk asal....
so far semua ok...
baby nurse kata oblique, tp tu biasa sb masih baru lagi...
dia masih nak pusing2 dlm perut ibu dia...pasni takleh nak gerak sangat....alhamdulillah.
.
.
..
najibah pulak makin kaletah...
banyak nau cakapnya..
semua nak tahu
semua nak tanya
sikit2 apa bu...apa bah...
tapi syukur...alhamdulillah
bila kita kata najibah soon nak jadi kakak nak ada baby nanti...angguk ya2 je dia...
hhahha
org kata awal sangat najibah nak ada adik...
tapi tu semua kan kerja Allah...
lagipun najibah dah dua tahun...ok la tu
kalau2 lama sangat kang naik lemau pulak dia.
biarlah dia membesar sbg seorang yang bertanggungjawab, sb bila ada adik nanti mungkiin dia lebih faham dan cepat belajar.
Anak sulong mesti jadi contoh kan....

December 12, 2010

Rina & Wadi

majlis kawin anak sepupu mek... Rina & Wadi..
so kita kasi up gambo sikit yooo.
gambo tuan rumah adalah sgt gemuks....hish
najibah jugak adalah tidak berapa nak bagi kerjasama...
abg pulak tidak dapat nak menghadirkan diri bersama dimajlis itu...
jadinya majlis itu terasa biasa sgt bagi saya...
pengantin adalah sgt cantik...kiut miut dan sepadan....

Pengantin+mak ayah pengantin perempuan.

Meja santapan raja sehari

Saya+pengantin

mek ngn adiknya...

kami di hari itu.....
tahniah untuk kaklong..
semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan peroleh zuriat yang soleh&solehah....

Lawatan Muhibah

hehehe lawatan muhibah katanya...
baca blog kak linda manis....ada pameran apa la tak ingat kat muziam kelantan. jadi untuk isi masa lapang, lagipun anak2 angah takder pegi mana2 sejak balik hari tu bawalah mereka semua....boleh la, dorang pun dah nak balik...
pameran tu menakutkan la jugak....nasib najibah tidur....so gambo pameran tu tak amik sgt...seram.
naik atas baru dia bangun, nasib jugak kat atas tu pameran biasa...permainan2 tradisional kelantan. so layan je lah gambo yang tak seberapa ni....xder caption harap ok2 saja ya.




P/s nak upload gamb kat FB jenuh...

December 06, 2010

Berbekal

Sapa malu bawa bekal?
Ok apa bawa bekal...hari ni saya bawa ini....taraa

Ubi itik rebus gula+susu campur oat campur milo....dan air masak. Air masak mmg bawa sokmo....
yelahkan...org mcm saya ni ok la kan...
jimat katanya....kata dah naik petrol & gula...
so wajib barang2 lain pun naik juga...
tak diumum pun brg mmg naik sokmo2...
sbg contoh, misal kata bulan ni kita belanja $200 brg dapur...
bulan depan takdernya nak stay $200 mahunya pegi $300...tu pun habis berjimat dah tu...
amik barang keperluan jer....tu contoh la...
.
.
.
esok cuti....kak ngah janji nak buat laksam....dap..dap...
.
.
.
Selamat Sambut tahun Baru hijrah semua....jgn lupa baca doa akhir/awal tahun....

December 05, 2010

musim boh=musim cuti sekolah

ni sarap dulu....pastu baru jamu nasi,bukan lunch ya...pagi jugak. Menu pagi tu ubi itik rebus+air teh o+keropok ikan goreng....

ni tak tahu la pesen apa...rasanya cubaan untuk amik cam ibu rasanya...tu sb ibu jarang bawa kuar cam...kang habis dikerjakan oleh ini budak

ini ngn kakak sepupu dia....kakaknya nak masuk darjah satu....hmmm nampak najibah dah besar la dlm gambar ni...

sesi ngaji ngn tokmek...ini sesi wajib ya...
catatan:-tiap2 tahun pun mcm ni lah, bila cuti sekolah rumah mek agak meriah, ngn cucus nya. ngan kain baju tak kering so bergantungan dimana saja...maklum rumah tak berapa nak besar pulak tu orangnya ramai budak2 kecik lagi so mmg kain baju menimbun la...tapi meriah, sebab mkn...mkn...mkn...rasanya mkn adalah lebih dari 5-6 kali sehari. Dan yang meriahnya nasi mmg wajib...huhuhu mmg buntal la jawabnya.....
tengok gambo2 tu tak sedar najibah dah besar.....rasa macam dia tu baby lagi hahaha perasan tak sedar ke adik najibah akan menyusul tu...insyaAllah.

November 30, 2010

Ubi Kayu Rebus

yesszza ini dia ubi kayu rebus.....musim hujan makan bendalah ni mmg syok..
pagi tu menu cicah ngn kelapa parut....petang pulak cicah ngn sambal bilis...
untuk sambal bilis takdok gambo...cukuplah yang tu....old skul punya....
mmg laku nak2 pulak kat rumah tu berkumpul ramai2...licin la jadinya....
nanti kita up gambo ubi lain pulak....cameramen nak amik gambo dulu...

29th 4hari

malu eh...nak juga wat entri....
26 Nov 2010 genap 29tahun....
ok sebelum kita masuk bulan baru kita kasi update sikit sempena bigday itu...
nak jadi cerita org tak ingat pun...(kecuali member2 la, member lagi ingat befday kita)
cuma kita kenen2 la...baru oooo ibu nak apa?
hmmm apa kan daya la kan...macam tu la selalu pun selama 3thn ni.
kalau dia punya toksah cakap la kan,ofcos la kita ingat....
takpe yang penting dia jlnkan t'jawab seajibnya...hehehe sapa tak sayang laki kan...
.
.
disebabkan takder apa2 so wajib la kita merengek nak mcm2 kan....so kita tengok apa yang dapat nanti.....list tu dah propose dah...tgu approval jer...hehe
.
.
.
untuk ingat diri sendiri,
sempena peningkatan umo ini....
saya amat berharap saya boleh berubah ke arah yang lebih baik...
dari segi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
saya juga harapkan saya boleh jadi
1- hamba Allah yang lebih taat & istiqamah
2- isteri yang bijak, penyanyang & tidak menyusahkan hati suami
3- anak yang terbaik & dapat berbakti kpd orang tua (termasuk MIL sekali la ya) hingga hujung nyawa,insyaAllah
4- ibu yang bijak,penyanyang & terbaik untuk ank2.
5- saudara yang tidak mementingkan diri sendiri
6- pekerja yang amanah
7- kawan yang baik
8- makcik yang bertanggung jawab
.
.
.
harapnya saya sentiasa ingat semua tu....kalau la sapa yang ingin sama mengingatkan saya,silakanlah...harapnya juga tiada api yang akan menyala bila ada org menegur...dah tua weihh malu la sikit...teguran untuk kebaikan apa salahnya kan....

November 25, 2010

Kuih musim bohhh


Ni dia antara kuih biasa di musim bohhh aka banjir.
Ni kalau kat kelantan la....nama kuih ni rasanya "kuih putu halba"
saya suka sgt kuih ni...
di buat dr tepung ubi kayu,pastu taruk gula melaka then cicah ngn kelapa parut.
kuih ni dikukus...sedap...sampai kadang 5keping tu tak perasan pun sorang2 je mkn...
hehehe
tak pernah buat sendiri lagi...beli jer...$2 = 5 keping.

November 24, 2010

.......

bulan ni tak produktif sungguh..
berapa kerat je n3 bulan ni..
ahhh...
bnyk cerita yang tak dipost...kalau buat n3 leh selak2 blog tengok balik kan..
cerita raya pun cuma up gambar kt FB.
kalut sungguh.
nanti saya share jenis2 ubi yang biasa di mkn bila tiba musim banjir di pantai timur...
ok...musim banjir cepat lapar...apa yang terhidang semua licin, nak2 pulak mkn berebut2...syok.

November 16, 2010

Salam AidilAdha

SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA...
SEMOGA APA SAJA PENGORBANAN YANG DILAKUKAN UNTUK TAHUN INI DIBERKATI....

November 11, 2010

Anak demam mmg merisaukan

betulkan...nak demam lagi2 kalu yang jenis demam panas, ohh mmg merisaukan.
betul, kami masih baru lagi...jadi tahap kerisauan pun agak tinggi. lagi2 kalau demam yang tak mahu kebah2....
apa la agaknya perasaan org yang leh campak2 je ank dia tu, tak kesian ke bila tengok anak kecil tu dibiarkan begitu je...
.
.
sedikit update ttg najibah,
2-3 hari jugaklah dia tak jamah makanan...air pun main paksa baru minum. tupun nangis bagai nak rak.
demam dah takder betulnya, cuma ulser dlm mulut dia tu yang buat dia takleh nak makan. Bila masuk makanan dlm mulut je nangis sb terkena kat ulser dia tu...tu yang buat dia takleh nak makan...kita yang tua nipun kalau kena ulser teruk jadinya,apalagi budak sebesar itu.
tapi hari ni,bangun pagi tadi terus buka peti amik air milo kotak dia....habis sekotak. alhamdulillah dah boleh minum. dah ok la tu ulser dia.
cuma mkn mmg takmo lagi,tapi bawa jugaklah bekal ke rumah ngasuh,kut2 nk mkn pulak.
.
.
abah najibah smpi tak mkn tengok anak dara dia takleh makan, katanya kesian tgk najibah, so biar dia pun rasa lapar sekali...ohhhh sayangnya dia kat anak dara dia tu...
tapi ibu mkn jugaklah....ibu kena jaga kesihatan...
tapi dia dah minum tu pun ok la tu...sekurang2nya dah ada tenaga sikit.
Najibah, ibu selalu doakan kesejahteraan untuk najibah...takmo demam2 lagi tau.

November 09, 2010

Najibah

lama sungguh rasanya tak berupdate blog suam2 kuku ni...
selain takder cerita yang menarik,faktor kesihatan pun ya jugak(ayat tak agak2)
yelah ngn demam pastu sambung ngn najibah pulak, siap kena amik EL lagi.
nak buat lagu mano dok,ado anak kecik camtu la romanya.
Najibah kalu demam lain pesen sikit.
takmo ngn sesapa kecuali ibu..ibu...ibu...
saya perasan najibah sejak tak minum susu ibu ni,kurang la antibodi dia.
rasanya tiap2 bulan demam....kesian najibah.
susu FM pun dia kurang tu la agaknya boleh buat dia kurang antibodi.
kalu demam nak mkn ubat pulak satu hal.
ibu ngn abah dia nak kena bersilat tu pun rasanya suku pun tak masuk....huhu semua budak macam tu ke? mmg teruk la kalu najibah demam...mkn takmo...apapun takmo. biasa dok dengar dia membebel...kalu demam mmg susah hati sb dia sonyap sesaja....
yang syok nya abah dia la...kalu kita suruh amik najibah sekejap alasan dia, najibah takmo ngn dia...so kalu mlm tu leh la lena,ibu jugak la berjaga sb najibah takleh tido sgt. tu yang ibu agak gerammmm jugak la....huhu dah ngantuk kan emosi pun tak tentu la....hehehe
tapi takpe, tu boleh menyedarkan kita mak+ayah kita dulu pun sama jugak la untuk besarkan kita kan...
nak upload gambo jenuh cari kabel cam tak jumpa...biasa dok dlm beg ibu sokmo. card reader pulak takleh baca...cap ayam gitu la agaknya....kalu nak guna tu ada je. kena cari lain nampak gaya ni....

p/s dah nak raya haji....lagi 1bln++ masuk tahun baru. cepat sungguh perjalanan masa sekarang. apa yang dicapai untuk tahun ni? ada pertambahan aset ke? perjalanan menuju ke "sana" ada peningkatan ke? harap semua dapat apa yang diimpikan sepertimana awal tahun baru ni.....

October 28, 2010

demam+selsema+batuk

itulah yang dirasa sekarang ni...
mula2 najibah yang kena flu,
demam bermusim org kata...
sekarang dah jangkit kat ibu, harap DIA melindungi baby ibu...kakak najibah dah ok.

October 24, 2010

Pantai Irama, Bachok

Selingan je...kita tepek gambo sesaje ya.
Jemaat lepas ombak agak kuat,so takleh nak mandi manda..
lagi pun bawa mek...so semuanya jangan...nak main air pun takleh...takut ombak kuat katanya....so kita makan2 jelah...ibu siap bawa baju dah...nanti la lain kali mandi2 pulak...tengok org mandi ok je...mek ni mmg tau.

so layan je lah....
Gatal bu...ntah apa yang dia pegang...nasib takde apa2...

makan...

makan dulu,jap agi kita turun...

Bonda ku sayang...

Main layang2....mahal kan RM15...kalu saya boleh nego lagi tu...sb hari tu beli pelampung boleh rm5 je..penjual tu letak rm15 jugak...ni poksu najibah yg beli...bukan nak tawar2 ...takpe la bukan duit ibu...hehehe

berlagak tu tak nak org pegang...

last but not least...

badan kita bukan mesin

Betulkan badan kita bukan mesin...yang boleh disetkan masa then bergeraklah seperti yang diset...
badan kita perlukan rehat yang cukup.
bukan apa bukan ke dijadikan siang untuk bekerja & malam untuk berehat...kalau dilawan fitrah itu macam2 la jadinya.
.
.
ok tu saja nak mengomel.
nanti update untuk cite weken yang biasa2 je...mkn2 kat Pantai Irama....

October 19, 2010

Tetamu Allah

Salam semua...

kita dah masuk musim haji lani...
selamat berangkat untuk semua yang berpeluang untuk menjadi tetamu Allah.
Best nya...
Nak sgt pergi time muda+sihat ni...harap dapt peluang itu...dan Dia melapangkan rezeki untuk saya juga...insyaAllah.

semoga mereka semua mendapat haji yang Mabrur...Riena selamat berangkat dan pulang dengan haji yang mambrur....

October 11, 2010

Sejarah

semalam seperti yang semua tahu 10.10.10
mmg banyk tercatat sejarah untuk tarikh itu semalam.
ada tangis...ada gembira...
dengan berita kemalangan ngeri kat N9...
dengan berita2 perkahwinan yang megah...
apapun tarikh & nombor yang lepas mmg sudah jadi sejarah...
.
.
.
Al-fatihah untuk mereka yang beragama islam yang terlibat dlm kemalangan itu. Takziah untuk semua keluarga yang terlibat. Malang tidak berbau.
.
.
.
Tahniah untuk mereka yang mengecapi hari bahagia semalam. Semoga kekal ke hujung nyawa.

September 29, 2010

kutu

ini bukan cerita kutu kat kepala tu...
ni main kutu...ala yang bagi duit kat seseorang (ibu kutu), pastu tunggu giliran kita (kalau ramai lama la kena tunggu).
macam menabung la jugak...tapi dlm kosmo hari ni kat malaysia ni main kutu haram tau...
boleh kena denda sampai 5k...huhu
nk tahu lebih lanjut baca ni
balik nanti kena bagi tahu mek ni...dia main kutu.
huhu...

September 28, 2010

'cerai susu'

apa petua nak cerai susu ya...
my both moms dah bising soh cerai susu najibah...
tp tak sampai hati pulak...
sb najibah kurang minum susu formula...
tapi kena juga ceraikan....nak letak apa ya nanti.

September 27, 2010

apa nak jadi

tak tahu nak mula kat mana...
kisahnya, mek dok cari2 periuk yang dia letak kat luar rumah.
periuk tu digunakan bilamana nak guna dapur kayu-rumah org kampung mmg ada dapur kayu ni...so kena guna periuk lain la kang kalau guna yang sama diguna kat dapur gas mahunya hitam boleh buat air kopi pulak...
so mek tanya saya kat mana periuk dia...aisayman...tup2 ada budak menyampuk...sb masa tu budak ni dok tengok abg dok bawa masuk lembu2 dia ke kandang...dekat ngn dapur kayu tu la....
dia kata abang dia amik aka c.u.r.i la ya....
saya tanya bila...dah 2-3 hari katanya...tanya lagi mana tahu...dia tengok...siap dah jual...berap sen sgt la yang dapat tu ya...huhu sadis sungguh ngn perangai macam tu!
.
.
.
check punya check rupa2nya 4-5biji jugaklah periuk yang kami letak kat luar (kat dapur kayu tu hilang) huhu
.
.
.
dapur kayu tu mmg open...so mmg boleh nampak la apa yang ada kat situ.
nak jadi cerita yang amik aka c.u.r.i ni ank sepupu mek....makanya sedara la...
ohhh adakah kalau sedara kita perlu merelakanya...
sedara mek ni mmg bermasalah...sekolah taknak...pastu dok menc.u.r.i.....
bnyk jugak kami dengar, tapi mak & pak budak ni tak ambil port....sakan la ank dia kan...
so abang gi la cakap yang anak dia amik periuk kat umah.....boleh dia tanya "mu napok ko"
aduhhhh susahla macamni....lebih2 kang gaduh pulak ank beranak kan...so kami cakap la, kalau ngn anak beranak ok lagi...kang dia buat hal ngn org luar macamana?
.
.
.
kami bukan berkira pasal periuk hitam tu hilang ke apa.
yang kami kesah ank kamu tu yang dah pandai curi2 barang org. ada juga la beberapa org dok cerita pasal anak dia ni...cumanya org mls nak kecoh sb tahu makpak tak amik pusing pun, budak2 dikatanya....dari kecik la nk kena didik ye dok?
uhhh geram weh....rasanya periuk belanga mek yang hilang masa kami ke KL tu dia la yang amik...sb pintu belakang kena umpil...wallahua'lam. mahal weh periuk tu sekarang, kalu buat kuih dlm periuk tu mmg sedap....susah pulak tu nak carik sekarang,tembaga lagi tu...

ni la rupa periuk tu...pic adalah google ya...
tapi tuduh2 tak baik kan...cuma harapnya mereka sedar la ya...benda macamni la yang pecah belahkan keluarga ni...anak2 buat hal mak pak masam muka...pastu ank muka tak bersalah...ohhh gerammm

Pantai Irama, Bachok

syok jugak kat sini, pantai pun bersih banding ngn yang lain.
Pasir lembut...yang penting Najibah pun dah tak takut lagi nak main air.
Sebelum ni dia takut...so skrg dah boleh main laut.
Bukan apa, saya boleh la join sekali...ni kalau dia asyik dok bertenggek atas dukung camno nak horey2...
minggu lepas ada pgi sana,saje jln2 tak mandi pun...boleh la nanti nak picnik.
tempat pun selesa bnyk pondok2 disediakan.
layan je lah gambo budak takder rambut ni...

usha budak2 baya dia...seronok la tu

abah bawa dia ketengah sikit...dah tak takut daaaa

alamak basah jugak la...nasib ibu bawa baju spare.

jommm abah...best ni.

hai...saya najibah.

September 21, 2010

UPSR

selamat berjaya untuk anak2 yang exam UPSR hari ni...
semoga dapat jawab dengan baik.
.
.
.
Good Luck!

September 19, 2010

sesudah raya

Salam semua...
adoila....excuse me ya, nak sapu sesawang dulu ya...
hegeh2x la budak bertuah ni...
.
.
.
huhu
dah raya ke-10...
cerita raya hari tuh?
takder yang menarik...sungguh...
macam tak raya jer tahun ni...
walau cuti kemain lama...
tapi sungguh tak meriah...
tak tahu la kat mana yang tak kena...
jalan raya pun setakat rumah tuk (belah mek & arwah ayah)...
yang lain tak jejak pun..
mmg bukan raya la...
najibah & abah dia adala pegi jln2...
saya cuma menlangut kat umah...malas betul...
nak2 pulak abah najibah pegi kedah untuk majlis minang adik dia...
lagi rasa macam ohhh...malas ya Rabbi.
gambar raya?
adala beberapa keping...kalau rajin nnti di"up" kan...kalu idak...simpan jadi khazanah...
ok la...kita cerita lain kali pulak..
ado koje nak disetlekan ni...kejo dateline...

September 06, 2010

Salam Aidifitri

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf diatas apa jua kesalahan & kesilapan yang sengaja mahupun tidak sepanjang saya dialam maya ini.....

Semoga kita semua dapat meraikan aidilfitri bersama keluarga tersayang dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang....

kepada mereka yang memandu jauh @ dekat...utamakan keselamatan. Pandu biar berhemah,jangan ikut perasaan, yang penting selamat.

Kepada yang sudi, jemputla ke rumah kami...di ketereh,KB.

Selamat Hari Raya.....

September 02, 2010

Nak Raya dah

Salam semua...

dah nak raya dah kita semua...
dah siap prepare ke...
saya takder prepare apa pun...
kuih raya?
hehe
malu pulak...saya tak reti buat la...
kalau buat takpernah nya elok...
so saya tak buat...
kek tu boleh la...yang simple2
.
.
.
baju raya pulak?
eceh macam ada orang nak tahu kan...
takpe untuk diri sendiri pun aci...
baju raya takder tema la tahun ni...
mood berubah2 so masing amik yang masing2 berkenan....
tahun ni mmg out la...
rasanya preggy kali ni lebih teruk la...awal2 dulu taklah begini...
tu yang ingat kali ni macam ok awl2 dulu...tapi sangkaan meleset...
kali ni takleh nak buat apa pun...melepek je...balik keje landing....tgu berbuka je.
kalau keje pulak...sekejap2 masuk toilet...adushhhh
letih la jugak...takper la nak buat lagu mana lagi kan..
.
.
.
ok kalau saya rajin...saya update,kalu dak....sawang la ya...
selamat meneruskan puasa...kejar malam seribu bulan tu ya....

August 23, 2010

Najibah yg x sporting

salam 12 ramadhan....
fresh je rasa hari ni....semalam cuti-bermalas2 kat rumah sesajo...
.
.
.
sepanjang 12hari puasa ni,saya mmg tak berpeluang langsung nak ke masjid...
maklum ada ank kecik...harap ada ganjaran jugaklah tu..hehehe
.
.
tapi yang tak syoknye najibah ni tak sporting la...
dia nak ibu dia ni layan dia sesaje...
ibu nak basuh pinggan takleh...terjerit2 macam kena dera...
ibu nak solat dia dok main2 kain semayang ibu...kalau tengah duduk tahyat awal tu alamat tak bangun2 la ibu,dia dok bertengek kat riba....aduh tak sportingnye anak ibu ni....
tu ibu dah siap bentang sejadah untuk dia,nak jugak bertenggek kat ibu...
pastu dok la panggil ibu2, habis semua org dengar....
kalau nak ngaji pulak,walau kita dah bagi siap2 muqadam untuk dia nak jugak yang ibu punya...kenapa ni anak ibu macam ni? kalau ya pun nak attention jgnla macamtu...anak sekecil najibah manalah faham apa2 kan...yang dia mahu, kita sentiasa bersama dia....
takpe la ini mungkin semua ibu2 mengalaminya kan...mungkin panjang umo,ada rezeki lain tahun boleh la tu kan...moga Allah panjangkan umo kita semua....insyaAllah.

August 19, 2010

Menu di bulan puasa

Salam semua...
ye..ye.. dah nak masuk 10 hari puasa.
sepanjang 10 hari ni apa menu puasa korang semua ya...
saya masih belum berkesempatan nak merasai menu sebenarnya...makan pun ala2 jer...buat alas perut.
tapi teringat jugak dengan....ayam percik...kerutub....kerabu....semua tu ada je tapi tekak ni tak lalu la pulak nak jamah...huhu ngada2 sungguh...
kalau kuih tu jala mas...akok...netbak...lain2 pun tak leh masuk jugak..
apa la yang anakanda ibu ni nak tak tahu la...
minum teh o pun takleh...apa kena ntah...
bihum goreng rasa macam best sangat buat masa ni,tapi takkan hari2 nak buat.
bau durian adalah sangat tidak menyenangkan....kalau dulu durian adalah feberet sekarang no..no...no...huhu
mintak2 lah tidak berlarutan ni...kalau tak melepas nak merasa menu2 yang bulan puasa je ada ni...kalau mkn bulan lain takder feel tau..
gambo2 menu pun malas betul nak ambil...
nanti la kalau tergerak hati nak amik saya post kan...
oooo acid folic tu buat saya mual la...sekarang ni saya skip dulu sb kang kalau mkn asyik dok uwek2 jer...puasa pun tak tenang...harap juga tidak memudaratkan....saya tau itu penting lagi2 diawal2 ini...insyaAllah takder apa2 la...
daaaa...

August 15, 2010

woii malu la sikit

sungguh saya geram dengan ini manusia...
tiada langsung perasaan malu....
dah la tua...kalau pun x puasa, x payah nak tunjuk2...
orang tua tak sedar diri...grrrrrrrrrrrrr

August 11, 2010

syukur

Alhmadulillah...tahun ni kita masih mampu menjalani ibadah puasa.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan yang penting mendapat keampunan dariNya sepanjang bulan puasa ini dan insyaAllah bersih seperti bayi baru dilahirkan.
.
.
.
syukur juga saya panjatkan hari ini kerana saya juga insyaAllah akan berpuasa penuh untuk tahun ke-4....hehe...najibah akan jadi kakak...insyaAllah....suka la macamni...bulan puasa je penuh...alhamdulilah.
.
.
.
mood yang tak berapa molek tu mungkin ini la sebabnya...huhu
tapi sekarang saya ada masalah jg, sb saya takleh nak masuk dapur...rasa malas sgt nak ke dapur...mkn buat masa ni biasa jer...morning+evening sickness pun tarak...tak macam pregnant Najibah...syukur...cumanya tulah malas nak ke dapur. tapi nasib baik mek ada dan memahami...dia lah yabg buat semua sekarang...hehehe dibantu oleh menantu dia lah....takkan nak biar dia wat sorang2 sian pulak kan...sekarang mknan kegemeran saya nasi putih dan keropok ikan...hahaha lawak kan...makan tu semata...best sangat kalau nasi panas pastu patah2 kan keropok tu huhu....
.
.
.
ok la itu saja nak share dihari pertama puasa ni...
selamat menjalani ibadah puasa untuk semua...

August 09, 2010

server

server ooo server bila nk up ni...
saya dah poning tahap tak tau nak citer dah ni...
rasanya bnyk file saya corrupt...adusss
mana nak cari ni...
offline files bnyk nau...naik buntang dah mata ni dok mencari...
tolong2...
saya yang agak "mereng" dua tiga hari ni.....:-) (senyum tetap kena)

August 08, 2010

mood tak berapa nak elok

ishh apa ke tajuk la tu hah.
tapi serius minggu lepas adalah minggu yang sangat2 stress...
kat rumah pun...
weken pulak ketiadaan mood yang sangat melampau...
langsung tak kemana2....
rasa nak tido jer...tapi masih waras & sedar diri yang diri ini adalah bukan lagi 'single+mingle' so tolak sikit ketepi mood weng...weng itu...anak&laki perlu dikisahkan....huhu
.
.
.
dah nak puasa ni...
harap semua akan pulih seperti biasa hehehe
.
.
.
selamat menjalani ibadah puasa...semoga dapat beribadah dengan lebih baik tahun ini....insyaAllah....

Kerna Kasih Giveaway

::stick untuk seketika::

Belum pernah pun ambil bahagian dalam giveway mn2 blog.
Sebab saya rasa saya ni tak bagus la dlm karang mengarang ni...
nak cerita apa pun tak tahu la pulak..
tapi teringin juga nak join,kalau bukan menang pun boleh eratkan lagi silaturahim sesama kita kan.
So saya decide nak join Kerna Kasih Giveaway
fuhhh....fuhhh harap2 mandrem saya mengenala kali ni untuk 1st time....

nak cerita tentang apa la ni ya,
nak kata cekap jaga anak nan adonyo....nasib dok ngn mek,so dia sama2 bimbing saya yang baru nak belajar ni..
saya masih belajar macamana nak jadi ibu yang terbaik untuk anak2.
saya masih mencari ilmu yang boleh digunakan...
so sepanjang saya jadi ibu ni, hari kehari saya masih belajar.
lagipun, bila kita kerja ni masa tu terhad. Balik rumah dah senja...anak pun boleh lihat malam dan weken je...cuma saya amik masa time makan...masa ni la kita boleh tengok progress dia pun.
bagi saya biar anak membesar secara natural...biar dia kenal alam...orang sekarang kata go green...hehehe merepek je...takpe itu cara saya la...sb tu kalau kami gi ke pantai misalnya...saya akan kenal dia apa saja yang ternampak....biar dia cintakan alam semulajadi...biar dia tahu siapa Pencipta semuanya....
Najibah ni saya saya tak limpahkan dengan mainan pun...ada pun yang biasa2 jer....saya lebih suka belikan dia buku....color2....lagi pun kami decide untuk tidak memanjakan dia dengan mainan,sb kang kalau dah pandai minta nanti payah pulak kami. Kami dok kampung so kami guna apa saya yang boleh kasi najibah kenal...contohnya biji getah, kami persah sama2 kutip biji getah & bilang sesama...boleh jadi pelajaran jugak kan? Nasib la kamu Najibah dok kampung...tapi takper sayang, ibu juga membesar di kampung,tapi ibu juga sudah sampai ketempat yang ibu nak....ramai orang kampung yang berjaya...insyaAllah ank ibu jugak.
So belajar rajin2.

Biasanya kalau beraktiviti tu secara spontan....so nan ado gambonya kan...so gambo tu boleh jela janji gambo budak kecik tu...
so ni nama budak kecik tu : Nur Najibah Binti Sazli Hisyam
ini nama ibu budak kecik : Siti Nor Shah Liza Binti Daud
budak kecik ni lahir : 21 Jan 2009 7.21mlm

So sesapa yang berminat leh join saya giveaway ni...hadiah dia boleh tahan. Belum cuba belum tahu, iya dok...jom2 ramai....meriahkan suasana.

August 02, 2010

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir Abang,
.
.
Semoga sentiasa dirahmati dan dilimpahkan kasih sayang olehNya dan dapat menyanyangi kami seadanya....
.
.
.
Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu...
.
.
.
Terima kasih untuk hubungan yang suci ini...

August 01, 2010

kejap...

huhu lama gak tak update ni..
kijo manyak...server down...semuanya nak kena dummy dulu
pas server ok ni lagi la manyak kejenya...takpe la tu..
so amik kesempatan jap nak update ni...
huhu
.
.
.
.
weken baru ni poknik gi umah...lepas la rindu kat poknik jap...
kami potong kuku & cukur botak rambut dia...
bukan nak tunjuk rajin ke hapa...dah tengok panjang sangat tu kami tolongla...lagipun sebelum ni pun kami selalu buat jugak...
pagi ni dia datang lagi..nak suh amik alat dengar dia tu gi hantar service.
mmg kami je tahu kat mn tempat tu,sb ank2 dia tak pernah pergi.
tapi saya lupa la pulak nak bw kad dia...harap karang cina tu ingat la muka mek ni...
.
.
.
huh minggu lepas gak saya datang keje ngn kaki meggeletar,due tu 3x terserempak ngn eksiden yang tiga2 kes maut...huh ngeri sungguh. dah la mayat masih atas jalan...saya ni mmg lemah semangat la kalau tengok benda2 camtu...pulak tu berturut2...
harap penunggang dan pemandu kenderaan berhati2la...pandu cermat jiwa selamat...
.
.
ok kita sambung wat keje ...bos dah usha2 tu.

July 25, 2010

cerita minggu ini

hidup mesti diteruskan.
selagi hayat dikandung badan.
Selepas ke majlis pengebumian makmuda pada jumaat lepas,
kami melawat pulak sepupu ma & atok belah arwah ayah...dia pun dah semakin uzur.
harap Allah permudahkan urusan2 mereka & kami juga.

hari jumaat tu mmg tak duk rumah la..
mlm semua membungkam tak ingat...

yang pergi tetap pergi, yang hidup perlu teruskan perjuangan..
so kita tinggal dulu kesedihan kehilangan mereka...
kita cerita sedikit kegembiraan di hari sabtu.
kami pergi umah atok belah mek...
musim buah sekarang ni..
so masuk dusun la.
najibah 1st time masuk dusun..
tokyang najibah cakap takyah bawa,suh tgu je kat umah..bnyk nyamuk
ibu dia kata takper...nyamuk hutan xsama ngn nyamuk bandar.
nyamuk bandar bw penyakit-->aedes.
huhu...sebenarnya ibu najibah yang beria nak ikut..
mana leh tahan kan,buah2 ni kalau mkn kat dusun best dia lain sikit...segar dari ladang katanya...dengan bau2 yang susah nak cerita...bau durian mmg menusuk hidung. mmg best la...
kalau boleh panjat tu lagi terbaik....skrg dah tak boleh nak memanjat dah...
layan jelah sedikit sebanyak gambo2 ni...

::dusun itu::

::suka buah ni::
::mereka yang bertungkus lumus mengutip::

::hasilnya::
::budak kecik ni pun sibuk sama::

sekian...hahaha apa punya ending pun tak tahu la.

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk makmuda.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Arwah telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 22/07/2010. Sebelum azan Asar.

July 21, 2010

maaf...saya taknak

ms lunch tadi ado call dr bank,
ingat kan ada masalah apo..ghupa2 nyo nok approach ambo nak suh amik CC dia..
macam2 benefit dia kasi, senang nak keluar negara-->masa bila la tu nak perginya
huhu masa akaun tu senyap sepi takder pulak nak call2...
skrg bila tgk statement lagu tu,sudi pulak nak approach ya...
tu la kehidupan, bila nampak ado peluang pandailah cari ya,
maaf la ya saya belum berminat nak ada CC.
saya masih suka byr semua cash...biar takder janji tak berhutang.
Iya ke senang pakai CC tu ek-->

hari ni

alamak hari ni dah rabu...
esok kamis...dah habis weekdays (untuk klate je la yo)
ada seminggu lagi untuk bulan ni..
pastu masuk bulan ogos..
Mungkin 12/08 kita mula puasa untuk tahun ni...
cepat betul masa.
dulu waktu kecik takder pulak rasa masa cepat2 gini.
Iyalah makin berusia,makin bnyk tanggungjawab kan...tu yang masa rasa tak cukup sokmo..
.
.
.
mlm tadi kelakar rasanya..
time dinner,
letakla ayam goreng + nasi dlm pinggan najibah..
so kami makan la..
tapi boleh dia amik telur goreng dlm pinggan saya & cakap 'nak elo', kalau tengok mmg kelakar...
huhu ibu lupa nak letak telur dalam pinggan najibah...sori
ank2 ni mmg penghiburla...ada je leh buat kita lupa seketika hal lain.
esok nak bawa gi checkup tu...
nasib baik selera makan dah ok, taklah risau bab berat dia tu.

July 20, 2010

ujian

orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
itulah kan,

tapi Allah berfirman, Dia takkan bagi ujian sekiranya kita tak mampu untuk menanggung (maksudnya lebih kurang la ya,maaf kalau tersilap)

Tanpa kita perasan,ramai lagi yang menggung ujian Allah lebih dari kita.

Malam tadi kami sekeluarga melawat makmuda (mak saudara)
kesian sungguh saya tengok dia,rasa sakit dimana2 saja. Pegang situ sakit, sini sakit.
Sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Apalah daya saya,setakat melawat sekali sekala. Syukur dia punya anak+menantu yang bertanggungjawab....
Makmuda tak punya saudara di sini, sb dia asal Taiping. Lepas kahwin ngn Pakmuda terus menetap kat sini...besar sungguh pengorbanan dia untuk Pakmuda. Tapi rasanya keluarga dia pun ada datang...saya tak pasti samada makmuda punya mak+ayah lagi ke tak. Kalau dah jauh tu faham2 jelah kan,dengan belanja yang bukan sikit untuk datang.

Pakmuda tu adik arwah ayah. Kami ni tak berapa rapat sangat ngn famili sebelah arwah ayah, sb masa arwah ayah meninggal kami masih bersekolah....so ada jurang disitu. Tapi dah besar dan lepas belajar ni kami sentiasa ziarah keluarga belah arwah ayah...lagi2 atuk pun uzur sekarang. Ingat lagi dulu kalau tidak kerana mek sudah tentu kami ni kerumah anak2 yatim...sb katanya mek tak mungkin dapat menangung kami sendiri...syukur punya bonda yang kuat semangat macam mek....sayang mek. Patutnya mereka yang bertanggung jawab ke atas kami....tapi takpelah kan..itu semua dah lepas. Kami tak ralat pun sebab sekarang pun Allah telah kurniakan kami macam2---syukur.

Ohhh panjang pulak cerita saya...ok berbalik pada cerita makmuda, kami difahamkan doktor belum dapat sahkan penyakit dia. Masih dalam ujikaji. Sebelum kejadian dia jatuh bilik air, paha dia patah, tapi masa saya melawat kat hospital hari tu rasanya taklah seteruk semalam. Dia masih boleh berinteraksi dengan kita. Allah tentukan semua itu. Harapan saya anak2 dia sentiasa sabar melayan mak yang sakit itu, orang sakit ni banyak kelakuan dia yang tak diduga.
Harapnya juga makmuda akan kembali sihat. Semoga dia sentiasa ingat Allah.

July 18, 2010

Dibenak kepala

gembira
gembira kerana hari ni masih lagi berpijak di bumi Allah ini untuk sehari lagi...bersyukur sepatutnya-->Alhamdulillah
.
.
sedih
sedih bila dengar cerita poknik dari Kak Yah(anknya). Poknik dah semakin uzur. Tidur sepanjang masa....dan lagi sedih bila dia sebut namaku...sungguh saya takleh dengar bilamana dia kata teringat kat saya...aduhhh saya takleh pergi rumah tu....saya tak sanggup bila teringat balik apa yang telah mereka buat kat saya...katalah apapun mmg saya tak sanggup nak pergi kerumah orang yang telah mengutuk saya dan suami. Kami masih ingat kata2 dia. Cukuplah. Katalah saya ni pendendam ke apa, tapi kalau dengar apa yang dia cakap, sungguh menghinakan. Takde apa yang boleh saya lakukan, semoga Poknik tahu akan kebenaran itu.
.
.
.
kira-kira
berkira-kira untuk tambah bil ahli keluarga.
ini sudah lama dlm kepala cuma belum ada rezeki.
InsyaAllah.
.
.
gula & minyak...
dah naik ya..
huhu
sama2lah kita berhemah (itu untuk org2 tidak bergaji besar macam saya ni)
kalau sebelum ni boleh simpan,la ni pun boleh jugak kut...cuma amaunnyer mungkin tak sama...tapi kita sbg anak ni sedikit tak banyak pun kena panjang2 rezeki yang dapat tu untuk orag tua kita dulukan...insyaAllah cukup la tu.
.
.
.
^_^

July 15, 2010

10 tahun lagi


dok jln2 blog Pn Jemah ada pulak entri 10 tahun lagi...dia tag pembaca blog dia so saya ngn berbesar hati amik je lah... hari tu saya buat entri 20 tahun lagi...juga amik dr blog dia...

So untuk 10 tahun lagi apa impian kita lebih kurang macam tu lah...
Masa sekolah rendah dulu mmg cita2 nk jadi "cikgu" kira macam cool la tu..
pastu msk sekolah menengah dah lain pulak...tak istiqomah betul saya ni.
so saya ikut flow je...cuma dlm hati, apa pun saya jadi lepas kuar kolej, yang pasti saya taknak bekerja makan gaji seumur hidup....saya nak bekerja sendiri. Itu dlm hati saya...nampaknya yang baca blog ni tahu la plk dlm hati saya....hehehe tak bocor kan. Cumanya sekarang ni saya masih berkira2 berapa lama lagi saya patut makan gaji ni...oh well,hanya Dia yang tahu.

Jadi insyAllah,saya akan pastikan saya takkan bekerja makan gaji seumur hidup saya.

cop...cop...usahawanita salah satu cita2 saya jugak ms sekolah dulu.hehehe

najibah

Alhamdulillah...
ini budak dah kembali aktif.
so kena tahan telinga dengar dia coloteh...
klu kita dok ckp ngn someone dia mesti "apa bu?"
amboi...suka2 nak interframe....

tengok tu dia dera budak ngaji suh ajar dia,kalau tak layan siap la guling2 merajuk....(yes itu genetik namanya...)
Ngaji dlm umah pun siap nak berkasut sport...huhu suka hati kamu la nak oiii.
ooo budak ni dah ada pet...jgn main2 seekor anak mmbooooo...kami panggil tompok (nanti ada masa saya amik gambo)
haha lembu abah dia beranak 1 minggu lepas, so di assumekan sbg pet najibah sb kalau kita tanya tu mbooo sapa? dia jawab "ibah" so the cow belong to her la. haha saham tu...kalu dijual or sembelih masuk akaun dia lah nanti...
ibu & abah takder harta nak tinggal nak oiii,insyaAllah ilmu itu akan didahulukan.

July 13, 2010

x kebah2

demam najiah ni x kebah2.
bila mlm je panas kemain...
mlm tdi checked temp dah 40
panas tu..terus masuk ubat ikut bont...
najibah mmg genetik ibu dia sb ubat mmg payah nak telan..
bagi la rasa macam mana ubat tetap ubat ok...
bukan x cerdik najibah tu...dah tahu dah siap kacip gigi takmo buka mulut.
last2 masuk ikut bont... ok selamat.
pas dah kena ubat leh pulak dia main2 ngn paksu dia...huhu
dah la makan takmo tu...pengasuh dia cakap dia cuma minum milo kota & makan cokelat sesaje...susu mmg takmo.
So najibah minum susu bila ibu balik sajo.huishh makin susut la berat dia..
minggu depan nak kena buat monthly check-up.
hmmm kena bebel lagi la ngn nurse kalau berat dia menurun...
nak buat lagu mano misi oii,bukan taknak kasi makan dia yang tutup kemas mulut dia bila sua mknan...nak2 time demam ni.
cepat sembuh ya sayang,minggu ni kita gi tengok wau kat pantai irama bachok...ada pesta wau.
kalau demam takleh gi...tak seronok la.

July 11, 2010

Domam

Najibah demam 2-3 hari gak la
hish nak keje pun tak tenang.
tapi rasanya siang dia ok, bila malam je demam
boleh kata mmg tak tertido la dibuatnya.
Najibah ni jarang demam, so klu demam tu mmg lembikla..
melekat je ngn ibu.
tengokla tu..kesian je tengok dia..
makan pun taknak...mungkin mulut dia ada ulser tu yang takmo mkn
doktor ckp ada merah dlm kerongkong dia...


jaga najibah bila dah agak besar ni kurang pulak kesabaran ibu, mungkin dah biasa sejak lahir najibah kurang berjaga malam,bila kena berjaga tu yang ibu asyik angin tu...nak2 pulak ngn abah...sori eh abah, ibu tak sabar.
Tapi memang mencabar sebab najibah takmo ngn sesapa, abah pulak macam takder skill nak pujuk anak manja dia tu time demam tu yg ibu jadi gerammmm tu...senget bahu2 dok kelek najibah...maaf la ibu mmg tak sabar time tu...huishhh malunya kalau ingat balik.
Ok nanti ibu ubah peel ibu yang tak elok tu...tapi ibu harap najbah tak demam mcm ni lagi...risau ibu.

July 08, 2010

...........

tahu tak kita (saya pun baru tahu)

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


saya pun lupa sumber dari mana ni, cuma google je.
nanti kalau ada yang best saya kongsi lagi.

July 07, 2010

Myvi Edisi Khas

Myvi ada edisi khas untuk wanita...
Apa beza dia ya. Kalau tak silap baca ada cermin solek..ni sepatut ada ke takpayah sebenarnya. Kan kemain dok telek cermin kete kemana,ni cuma difikiran sayalah. Kang ada yang salah faham pulak ya...tapi ok lah kan ada juga edisi khas untuk wanita.

sumber: kosmo online

July 04, 2010

Riadah

saja pergi tok bali.
boleh beli stok barang basah.
kat pasar jelawat barang basah murah sangat.
sayur...ikan...ayam...
alang2 gi tok bali abg mesti ngn agenda dia.
dah tahu sgt kalau gi situ pastu nak mancing.
walau pun tahu ikan takkan kena pancing dia sb matahari dah memancar...tp nak juga campak pancing dia tuh..huhu
orang kalau dah minat mmg la..cakap la apapun "wat dok" jer org kelantan ckp.


gigih tak gigih...tak makan umpan pun takper...

Pantai kat Tok Bali ni kotor la,nak mandi pun tak selesa...org yang datang berkelah kat sini pun satu hal, dah tahu nak buat bakar2, makan2 tolong la jaga kebersihan...nak harap sapa lagi,ni tidak main buang je sisa2 kat situ...kesian tempat lawa tapi kotor....

abah yang tak dengar ibu cakap....org kata takdok ikan...takdok la...nak jugak bawa pancing.

najibah ngn tok mek pas naik dr pantai...menggigil dia tahan sejuk...najibah takut tengok ombak menghempas pantai....huhu

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi