Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 31, 2011

2011/1432

sudah setahun berlalukan..
365hari kita lalui..
tahun ni boleh saya anggap thn beremosi untuk kami...
apa yang emosi sangat tu, biarlah kami saja yang ketahui..
apapun syukur alhamdulillah Allah ingatkan kami dengan semua itu.
mungkin kami alpa & lupa, jadi Dia berikan kami sedikit peringatan.
Dia Maha Mengetahui.
.
.
Doa kami sempena tahun baru ini,
agar kami diberi kekuatan, ketabahan & hati yang tulus dalam menghadapi apa saya ujian & dugaan dariNya.
semoga kami diberi taufiq & hidayah dalam apa saja yang kami hadapi.
semoga kami diberi iman & ketaqwaan yang lebih dalam...
semoga kami diberi jalan yang lurus dan diredhaiNya...
semoga ikatan kekeluargaan kami lebih utuh dan sentiasa disirami kasih sayang antara satu sama lain.....amin ya robbulalamin.

December 27, 2011

mana lagi penting?

hi mak+ayah sekalian...
mana lagi penting ya..
straight A’s @ khatam quran?
tution @ solat 5 waktu?
anak ni saham akhirat,
jom sama2 bimbing anak2 kita.

December 23, 2011

menghampiri ke penghujung

amaboi tajuk tak nak kalah tu..apa sajalah kan
apa yang penting kita sekarang berada diminggu2 terkahir di tahun 2011
lagi lebih kurang beberapa hari lagi kita akan berganjak ke tahun 2012
agak2 apa pencapaian kita di tahun ini?
semoga semuanya baik2 dan ada peningkatan dalam kehidupan.
menjadi hambaNya yang lebih baik untuk tahun yang mendatang..
tahun baru hijarah 1433 dah pun 22 hari..
ada yang kacau bubur asyura ke?
rumah kami tahun tak buat pun..
tapi ramai jugak yang buat,bolehla merasa.
yang penting niat ibadah kan...meraikan kedatangan tahun baru hijrah...

December 21, 2011

twit..twit

inilah dia hobi baru che abang saya...."memanggil burung"
tension jugak lah hobi baru abang ni.
saya pun tak tahu lah apa istilah bahasa orang panggil.
tapi kalau kat kampung kami tu orang panggil "memanggil burung"
mereka akan pasang pukat/jaring kat sawah bendang...pastu pakat2 tunggu. siap pasang kaset suara burung, untuk menarik perhatian burung2...


Abang kata skrg ni musim burung berhijrah, benda ni tak selalu dan tak lama...katanya dalam seminggu dua jer..jadi kena bersabar la saya seminggu dua ni...sb dia buat benda tu mlm2 sampai ke subuh pagi...saya pun tak tahulah dia mengantuk ke tak...sebab siang pegi keje macam biasa...Lumayan jugak lah apa yang mereka dapat tu...mula2 dulu ada jugak kami masak sekarang dia jual je...sb dah jemu.
Saya pun tak tahu jugak apa nama burung2 ini...tapi sedap jugaklah...nak2 bila goreng garing2

.
.
.
.
p/s saya ok jer dia pegi pikat burung2 tu..jgn pikat lain sudahla ya...hehehe

December 20, 2011

syahmi:gigi

gigi pertama syahmi...dua batang kat bawah.
budak syahmi ni lambat sikit tumbuh gigi...2nd cousin dia dah naik atas bawah dah..tapi belum boleh bangun meniti macam syahmi...apa pun sakit bila dia dah mula menggigit...

December 19, 2011

DOA

Mari sama2 kita doakan untuk keluarga Arif Alfian Rosli...
Moga2 Arif diberi petunjuk & kembali ke jalan Allah serta kembali ke pangkuan keluarga.
Dugaan keluarga ini berat,mereka insan terpilih. Kita tak tahukan, doa siapa antara kita yang diangkat...insyAllah. semoga kita semua dilindungi dan beroleh barakah.

kemampuan

kita selalu dengar, "I buat semua ni ikut kemampuan"
kemampuan bagi kita, mungkin bagi orang ala setakat tu, petik jari je boleh dapat.
mungkin bagi kita kasut $20 tu apa lah sangat, tapi mereka yang kurang, nak dapat kasut rege $10 pun payah kan.
bila kita berbelanja, orang tengok kita wauuu banyaknya berbelanja...walhal barang asas je pun.
definasi "mampu" bergantung pada masing2 lah kan. Belanja setakat kadar yang kita boleh. Jangan terlebih spend. Jangan ikut orang. Jangan pandang orang yang lebih, tengok orang lebih, tak cukup sokmolah kita. Jangan selalu berhutang. Sekali kita berhutang mmg akan selalu la nak berhutang. Nak beli barang dapur pun berhutang-ni contoh je ni (tapi kalau kat kampung2 tu ada lagi)
Kalau boleh, biar ada simpanan, sikit pun takpe, janji kalau ada emergency boleh guna.
Belanja ikut keperluan, bukan kehendak (ni pesanan untuk diri sendiri ni)
Kemampuan kita mmg tak sama, jadi jangan ikut tembolok orang.
Orang kata ukur baju kat badan sendiri kan? Tepuk dada tanya poket:-)

December 18, 2011

Hutang

hidup sekarang penuh dengan hutang..
nak kawin berhutang
nak mengaji berhutang
nak tempat tinggal kena berhutang
nak kenderaan kena berhutang
nak cantik berhutang
semuanya pun berhutang kan..
tak berhutang tak boleh ke?
maknanya kita ni diluar kemampuan la kan?
tapi orang kata kalau nak, mesti kena berhutang
kalau tak sampai sudah apa pun takboleh...iya ke?
sampaikan sekarang baju dalam pun hutang..hhihihi
kalau yang pinjam ngn orang satu hal kan.
nak mintak tu macam kan kita ni peminta sedekah pulak...kita pulak naik segan nak mintak.
pada yang berhutang tu bawa2 bayar ya..
dan kalau boleh jauhkan lah dari berhutang.

December 13, 2011

Origami

hish mana nak belajar wat origami yang simple.
saya cuma reti buat kapal, kotak & topi.
najibah suka buat kapal...dan ada masa dah boleh buat sendiri, jadi saya rasa nak ajar dia buat benda lain pulak...dengan itu dia boleh nampak wahhh ibu dia leh buat macam2....hehehe
saya ada search kat tenet...tapi macam tak reti pulak tgk cara lipat2 dia tu...baca pun macam tak faham jugak...adoila..

Pok Nik

sudah lama saya tak jumpa poknik.
dia pun takde singgah di rumah bila balik dari kedai kopi.
mungkin sekarang dia tak ke kedai kopi agaknya, sb musim hujan kan.
saya doakan dia sihat sentiasa.
cerita poknik saya ada coretkan...malas la nak backlink...boleh tengok label kot nak bacakan.

serba tak kena

kalau dari mula tak kena...semua akan jadi tak kena.

December 12, 2011

Anak2 sekarang kurang adab!

betul ke anak2 kita sekarang kurang adab?
tak meraikan tetamu?
tak menghormati orang tua?
.
.
.
bagi saya lah, mungkin boleh dikatakan 8/10 dari anak2 kita sekarang begitu.
saya nampak...ciri2 ini mmg ada pada anak2 sekarang.
bila ada tamu datang...anak2 kita mana? Ada, tapi dok melopong depan TV,main games bukan dorang nak datang jumpa(salam) dengan tetamu apatah lagi bila tetamu tu saudara kan. Mereka lebih suka layan TV,gadget2...dan yang lebih teruk bila tahu ada sedara nak datang rumah siap boleh keluar jumpa kawan2....walawei
Salah kita jugak sbg ibu+bapa kan...
dah tahu begitu dibiarkan saja...
sudahnya anak2 terbiasa dengan cara itu.
jadilah anak2 muda yang entah apa2...belajar tinggi2 tapi adab takder.

December 10, 2011

amanah

berat kan "amanah" tu..
saya bukan nak kupas apa itu amanah-saya bukan orang yang arif pasal ini.
cuma saya adalah orang yang pegang banyak amanah...
amanah untuk menjaga & membesarkan anak2 (amanah bersama ni)
amanah untuk jaga barang pejabat (ini ok la)
amanah untuk rahsiakan masalah orang (ini berat ya amat)
amanah untuk pegang duit orang (ini pun sama berat, terguna nanti macamana - Ya Alalh jadikan aku orang beramanah)
.
.
.
bila tenung & fikir balik, kenapa orang percaya kat aku eh? Kenapa tak orang lain...
duit tu bukan sikit2.
apa pun, ingat jangan khianati kepercayaan orang.InsyaAllah

December 09, 2011

anak-anak kerinduan

haha
inilah padahnya bila tak biasa kena tinggal.
ada, tapi tak la lama macam ni.
huhu
syahmi ok je...cuma perkataan "abah" tu tak pernah lekang dari mulutnya.
subuh2 pagi bangun tido - abah
nak petang sikit (time abah dia balik keje) - abah
tengok org laki - abah
huhu rindu benor nampaknya
kakak pulak...malam ok la ibu ada.
tapi siang mak ngasuh dia cakap dia buat perangai...selalu tak pun
alahi anak...ibu tahu kamu rindu, ibu pun sama.
tak lama, insyaAllah ahad ni abah balik...
bila kena tinggal macamni, buat saya sedar, macamana la yang anak2 yang kehilangan ibubapa masa kecik2 ni kan...siannya
nak menjawab tu satu hal...

December 08, 2011

Masterchef5

wowwww
peserta MC dah ada improvement.
semua masakan malam tadi dipuji...
dan yang pasti malam tadi takder penyingkiran...

berani

huhu
sekarang sy sdh berani pump dr station sy sendiri.
kalau tidak sblm ni nak kn gi pantry-take time & agak tak selesa.
kat tmpt sediri ni agak open..depan pintu bos...nak kena cover molek sikit la...
yang penting selesa sikit dr pantry yang ada sang T tu.
tapi rasanya dorang semua dah tahu, sb susu saya letak kt peti di pantry, jgn salah amik sudahla.

sepi

senyap sunyi....hujung tahun biasa la,
ramai yang bercuti.
bos pun masuk kejap...pastu keluar.
nampaknya leh layan bluesssss

December 07, 2011

perogol bersiri?

ishhh takutnya...dapat s'khabar untuk selanjutnya.
macam2...dekat pulak tu ngn tmpt saya.
Minta2 dilindungiNya selalu.

kelemahan saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!

marahkan nyamuk,kelambu saya bakar!!!!!!!!!!!!

December 06, 2011

mimpi

ishhh pegi jauh2....

December 05, 2011

Ombak Rindu

Ala...nak tengok citer tu...
sudah banyak kali baca novelnya.
nak tengok2..bila nak kuar Astro first ni?
semua org review citer ni best...
dalam novel mmg best la..
jgn jadi macam Lagenda Budak Setan sudah..
dlm filem tak menyengat..
tapi kalau baca novel mmg...ummphhh
banyak banyak kali pun tetap meleleh.

Dia

rindu ini orang....

December 02, 2011

update:stok EBM


stok untuk bulan dec'11 - jan'12.
masih pakai ebm bulan sept/oct 2011nak ken
tapi sekarang saya dah kurangkan ngepam-salah saya (nak kena displin balik ni)

December 01, 2011

kesiannnnn

ini cerita kesian...kisah betul punya..
saya selalu dengar & baca kisah orang yang pegi kat certain2 kedai tu, then "bolayan" oleh SA @ tuan kedai tu..
bila dengar & baca kisah orang, macam hemm kenapa pulak taknak layan ek...dah tentu orang tu masuk tu dia ada niat nak beli la tu....bukan ke kita sebagai pembeli nak kena survey dulu kan..
sebagai tukang jual kita kena layan jugak...nak2 org melayu kita.
ok balik pada kisah saya...
saya ni biasa jer...kalau jalan mana2 pun pakai biasa je, janji tutup aurat bukan urat ya...hehehe pada hari kejadian saya ada pegi kedai mas kawasan rumah saya. Saya ada satu kedai mas china yang biasa saya pegi...mek yang kenalkan...sebab mek mmg beli ngn dorang sejak dulu kala...(nak jual pun kat mereka jugak hehehe) - betul la kan, kita beli mas ni untuk jangka panjang...kalau terdesak boleh guna kan?
ok sambung balik...tapi pada hari kejadian, saya ternampak kedai 'melayu' eh..ni kedai baru ni boleh try, lagipun hari tu macam ada sikit lebihan uang macam bolehla amik yang cheap2 nya kan....so kami masuk la...masa tu takder pelanggan pun...hanya saya ngn abang. Saya pakai selipar jepun je, abang pun...selekeh la nampaknya.
saya tanya la tukang jual tu (pompuan) lebih kurang...dia tak paling pun kat saya...kesian kan.
tapi saya nak jugak try kan.....dalam lima minit saya dok kat situ...takder sorang pun approach saya...alola ni nak jual ke tak nak ni saya cakap dalam hati la...
abang dah geram dah ni....iyalah kan...kita masuk tu berhajat la...layan la elok2.
Ini tidak tengok kita pakai ala2 terus tak layan. sakit hati jugaklahkan.
Saya pun depan2 dia saya tanya abang...kedai yang biasa kita pergi tu ramai orang tak? Bahasakan sikit dia...nak meniaga pun pilih2.
Kalau ko layan aku molek2 hari tu...dapat la jugak sikit...padan muka mung. Kan dah orang china yang dapat.
Susahkan...pastu cakap orang melayu takmo tolong org melayu...nak tolong apanya kalau dah kita sebagai penjual takmo keluar dari kepompong...nak layan yang ada class sesaje...yang kampung2 darat ni takmo layan...iyalah orang darat mana la kan...entah2 duit pun takder, ada hati nak masuk kedai mas...

Al-Fatihah

Al-fatihah untuk arwah ayah Daud binti Esah.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi