Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

March 31, 2012

sekolah rendah

semalam (mmg hari2 lalu) lalu depan sekolah rendah.
sekolah tu lah jugak pertama kali saya belajar secara formal.
saya tak masuk tadika dulu..masuk pun sekejap je..
tapi walau tak habis tadika (masa tu saya dah tahu baca) ... cumanya gamba "konvo" tadika takder la kan....
.
.
semalam tengok budak2 duk training netball
game kegemaran tu masa sekolah..
best sangat main netball
boleh lompat..terbang..huhu
rasa macam burung pulak.
.
.
.
cuba sekarang suh buat macam tu
alamatnya tak lompat2 la...berat sungguh sekarang.
lari kejar budak dua orang tu pun dah termengah2 dah.
apa lagi nak main netball.
saya harap najibah akan suka bersukan macam saya dulu2...

March 30, 2012

selerakan

aduhai...bilik ke apa ni?
macam tulah kebiasaan nya kat rumah sekarang.
sangat2 tak kemas
saya dah naik muak nak kemas
mengemas 1jam..elok seminit pun tak sampai.
mmg pejam mata jelah..sb kalau marah high blood presure pulak.huhu
tapi...saya sayang mereka2 tu semua..terutama yang dalam gambo tu. Orang bagi buku nak suruh baca, dia dok meratip atas buku...

March 29, 2012

25?

alahai...25 jer kena. Mana nak dapatkan...di M'sia boleh.
hok aloh la..macamana nak mendidik tu..25 tu budak sekolah menengah pun boleh bagi wei...
.
.
semoga dorangx3 tu insaf dan kembali ke pangkal AGAMA.

March 24, 2012

Bukan mudah lupa tapi tak bersyukur.

yup..kita bukan tak ingat tapi kita tak bersyukur.

March 23, 2012

perkembangan anak2

Kakak : 3 tahun 2bulan
najibah ni banyak main orangnya..
kalau suruh ngaji ke baca buku ke
sekejap jer dia buat pastu main..huhu
ikut gen ibu kut...
tapi dia cepat tangkap apa yang kita ajar...alhamdulillah.
bercakap mmg petah la kan...dah 3 tahun untuk anak tipikal normal la tu..alhamdulillah
saya cadang tahun depan nak hantar "play school" la
bukan apa..biar dia tahu bergaul dengan rakan2 yang sebaya dengan dia.
kalau saya yang ajar dia bukan dia amik port sangat pun. Biar dia expose dengar dunia luar pulak.

Adik : 1 tahun
apa ajer kan untuk 1 tahun
boleh la ikut sikit2 apa yang kita cakap
berjalan 2-3 langkah
mls nak biar dia main kat tanah sebab budak ni suka kutip pasir pastu masuk mulut...
*macam kan ibu dia tak aksi makan pulak..ishhh
masih BF...tapi rasanya dah nak kena campur...*sebab ibu dia dah tak berdisplin...sob..sob, stok mmg dah habis....harap yang hari2 jerlah...malam mmg still la ngn ibu kan...harap yang support BF tu tak marahkan saya ya...saya sudah berusaha...ampun.
betul...BF ni mmg perlu displin.
makan kena teratur
jadual kena ikut
kalau tak mmg tak jadi la...
jadi untuk mak2 baru tu...displin ok baru leh sampai 2thn fully BF.
apa lagi ek...
takperlah..kang saya kongsi lagi. blur dah apa yang nak dicoretkan...happy weken semua..

p/s jangan lupa ziarah negeri kami ya sempena tahun melawat kelantan.

March 22, 2012

Kenapa anak2 tertekan apabila berada di rumah?

hah tu dia tajuk specific betul...
kalau Google mesti dah berjujut link ke web2 motivasi kan?
.
.
.
tapi saya bukan nak bagi motivasi jauh sekali sbg kaunselor.
saya cuma nak amik tahu pasal anak2 kita sekarang yang macam2 hal..
.
.
tu yang pasal budak kena culik..tup2 bukan culik tapi mmg dah rancang nak lari dari rumah.
kenapa ya sampai macam tu..
.
.
nak letak 100% kesalahan kat mak+ayah, takleh jugak..ada yang mak+ayah ok jer tapi anak2 bermasalah.
.
.
banyak sebenarnya tarikan kat luar tu yang menarik anak2 ni..
dengan budaya couple.
dengan hiburan
dengan kawan2
dengan dunia tanpa sempadannya..
.
.
entahlah ya...tak seronok sangat ke duk kat rumah tu ya...
kita semua pun pernah remaja kan...tapi remaja sekarang mmg lain macam dia punya "keberanian"
takut pulak tengoknya...
kalau ditegur, kita pulak dimusuhinya..(saya ada pengalaman itu..kita tegur,kita yang kena balik)
.
.
suasana macam mana lah yang dorang nak kat rumah tu ya..
cuba lah fikir wahai anak remaja sekalian, kalaupun korang tak dapat apa yang korang nak, fikir mak+ayah korang yang keje tak kira siang malam tu...just untuk nak membesarkan korang. Mereka dah sedaya upaya nak bagi korang senang....jadi belajar lah bersyukur..tengok orang yang lebih susah dari kita, jangan tengok orang yang senang dari kita.

March 19, 2012

jersey

ni jersey untuk budak 2 orang tu...

melayang la 70hengget...
ingatkan 10hengget satu rupa2nya 35hengget...
tapi berkualiti la..bukan cap siam la..
jersey2 ni banyak jer dijual kat studium KB tu..
nak yang murah amik jer cap siam..tak menjadi masalah pun...
janji jadi penyokong setia & berhemah...huhu

pandangan belakang

lengan tepi ada sticker liga Malaysia...

p/s...jgn lupa melawat Kelantan ya....

March 18, 2012

bola sepak kampung

gambo tak berapa nak nampak..jauh pastu pulak guna phone jer..harap maklum.

again
apa beza bola sepak kampung
ala ada la bezanya...
main kat padang takder rumput & kadang2 tu pemain tak pakai kasut pun..
main suka2...pastu setiap team tu ramai,ikut suka la nak masuk belah mana..hhehe
semalam ada buat perlawanan suka2..ni ada sikit gambo yang sempat di ambil..
panas la nak tunggu kat situ, nak2 pulak ada anak kecik..baik balik rumah tido..


penyokong setia redwarriors ni...hehe


p/s sempena tahun melawat kelantan ni...jemputla ramai2 datang ke negeri kami yang tak seberapa ni...

March 16, 2012

kenapa ber"blog"

Salam Jumaat semua...ohhh kami di pantai timur wekend...selamat bekerja pada sebelah pantai barat...
.
.
ada yang tanya (sedara) knp berblog?
blog tu apa benda?
.
.
first, TQ la sudi baca blog yang takder apa2 ni.
benarnya berblog ni cuma terpengaruh jer..
suka2..
pastu ada pulak baca cerita yang blogger boleh kaya raya dengan berblog..
huhu...baik lupakan lah kalau intention hanya nak duit...tak dapatnya..tak dinafikan ramai yang boleh buat duit dengan blogging tapi tak semua incomenya lebat kan...
kalau nak duit kena buat betul2...kena jual nama blog merata2...
kalau setakat duk tunggu orang baca blog kita (mcm gue la tu) lupakan lah..
kena exposekan diri pada dunia luar...
jadi kesimpulanya...saya ber"blog" hanya untuk diri sendiri..nak "compile"kan (ada ke?) cerita2/kejadian yang berlaku sekitar diri sendiri saja.
.
.
kepada yang bertanya tu (jomlah kongsi cerita kita kpd dunia) cerita yang tak mengarut la...jgn yang bukan2 pulak kan...hehhe
.
.
saya suka jer merepek meraban kat sini. Selain orang baca cerita kita, boleh la nak tambah kenalan tu...mana tau dari alam maya ke alma nyata kan...
.
.
so ok...jom buat blog semua...pakat2 cerita apa yang boleh dikongsi bersama. Iyalah, tak semua benda kita boleh kongsi. Yang terlalu peribadi tu simpanlah.
Rasanya saya tetap akan berblog walau takder yang baca blog saya ni...sebab ianya untuk saya. Untuk tatapan anak-cucu nanti,InsyaAllah.
.
.
kesimpulanya ber"blog" atas niat masing2 la....

March 14, 2012

1 tahun

di usia 1 hari

Alahamdulillah...anak bujang kami Muhammad Syahmi sudah pun 1 tahun...
dari sekecil 2.3kg masa lahir sekrang dah jejak 9kg...
baru lepas cucuk setahun-harap tak demam la dia...
.
.
Muhammad Syahmi,
Ibu doakan Syahmi sentiasa dirahmati Allah.
InsyaAllah, dengan rahmat Allah kita mampu berjaya dunia & akhirat.
.
.pagi ni...15/03/2012...di usia 1 tahun.

Jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu+abah, insyaAllah
Syahmi kiranya anak sulong lelaki bagi keluarga kita,
insyAllah akan ada adik2 lain.
Jadi syahmi kena jadi ketua untuk adik2
Kakak pun dibawah tangungjawab syahmi nanti...insyaAllah.
Jadi saudara yang boleh membantu ya sayang...
Apa saja yang jadi, dahulukan keluarga kita..
.
.
.
Selamat Hari Lahir sayang...Terima Kasih Allah anugerahkan nikmat tidak ternilai ini untuk kami sekeluarga...Alhamdulillah
Ibu sayang kamu...

kenduri+jajan+anak2

susah kan nak elak anak2 dari makan makanan ringan ni..
kalaupun kita tak bagi orang lain yang bagi.
nasib la..
nak2 pulak musim kenduri ni...lagi la seronok mereka makan.
takkan lah kita nak marah mereka makan, lagi2 depan orang kan...
redha jerlah makan..
anak2 saya bukan tak pernah makan, tapi selagi saya boleh elak mmg saya elak.
tapi kalau dengan orang lain saya tak tahu lah..
mungkin selalu la kut..huhu
nak buat lagu mana..omak eh keje...
harap tak memudaratkan lah.

p/s ibu korang kecik2 pun mkn jajan jugak...

March 12, 2012

my little helper


oohooo...masa cepat sangat sekarang kan...
tup2 anak dah besar..
tengok najibah..dah boleh tolong ibu dah..
tolong "kacau"
hehehe
tu cara2 main air tu bukan basuh pinggan.
kalau di biarkan...habis sebotol sabun...
aduhai...
tapi ok jer sebenarnya kan...biar dia tahu..
lepas makan kena basuh pinggan..
kalau tak 'mewarisi kepapaan'....

p/s;tgk najibah pakai baju sapa?

March 11, 2012

ehh


alamak...
jumpa pulak tu baju yang ibu simpan ni..
actualy baju tu org bagi kat adik dia..
belum muat lagi..so simpan jer lah.
aisey budak ini...ada2 jer dia.
nak marah pun tak sampai hati bila tengok dia sengih..terus amik phone amik gambo..kang kamu dah besar esok ibu kasi kamu tengok..
macam2 peel kamu ni...

March 07, 2012

Tasbih Jari


tengok pic ni kat Fb. Share jer lah kan...apa salahnya. Yang baik elok disebar2 kan...di blog Us.Azhar Idrus pun ada

March 06, 2012

kenapa tak update?

minggu ni malas betul
gi keje pun pakai tudung segera.
biasa pakai bawal (malas nak gosok)
weken baru ni pun takder apa sangat
.
.
cuma saya berjaya buat nasi soto...
best sangat...puas hati boleh makan banyak2
kat KB ni rasnya takder orang jual kut..(ke saya yang tak tau)
saya suka makan makanan orang jawa-soto,lontong,bakso (betul ke orang jawa punya?)
ampun ya kalau bukan...
belum berani lagi nak buat bakso..
bakso nak kena buat bebola daging kan?
huhu
nantilah saya cari resepi yang paling mudah...biasa ah saya nak resepi yang paling mudah saja...hehehe
.
.
ohh minggu ni jugak minggu puding karamel...
buat sebab atok ada kat rumah-dia suka makan kuih tu.
ala senang jer..
seloyang tu kejap je habis..
ada la simpan utk atok makan petang2...
.
.
eh kata malas kan...so cukup la dulu..

p/s hari ni hari lahir BOSS
So Selamat Hari Lahir BOSS (budget boss baca?)
Dengan pertanyaan bila nak makan nasi minyak?

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi