Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

June 29, 2015

Mana lah letaknya hati

Assalamualiakum w.b.t

Sampainya hati buat budak macam tu...kalau pun bukan ank kandung, simpati lah sikit. Apalah agaknya salah budak tu smpi cacat seumur hidup budak tu dibuat mereka. Allah nak tunjuk tu..dipanjangkan umur budak tu. Kalau tengok pada kecederaan, takut dan ngeri. Yang sibapa tu tunggul ke apa...anak kamu kot..takkan tengok saja...alahai.

#adikyaya

June 25, 2015

Kakak & basikal

Assalamualaikum w.b.t

Kami ada belikan basikal baru  untuk kakak...abe mi pun ada. Tapi abe mi belum boleh kayuh betul2...masih pakai roda ketiga.

Kakak mmg dah terer benar dah...siap boleh lepas sebelah tangan...berlagak betul dia dapat tunjuk kat ibu bawa basikal sebelah tangan...dia tak tahu ibu boleh lepas 2-2 belah tangan...taknak tunjuk kat dia..kang nanti dibuat jugak...hiks

Bila kat rumah tokma tau dia naik basikal siapa? Basikal besar, basikal anak ma uda dorang...lama punya, zaman dorang sekolah..sekarang dorang kat U semuanya...aduhai. Abah dorang la suruh repair boleh bagi  anak-anak Kak Nah tumpang naik...huh..kemain lagi dia dapat naik basikal besar...bila balik dari keje kemain lengit tengok dia...mana taknya dok naik basikal sehari suntuk masa cuti sekolah baru ni...
Sekarang dah okay la (kurang berbasikal) sebab dah sekolah lagi pulak puasa (walau dia sekerat hari jer) penat jugak lah tu...sekerat pun dah pukul 3-4 ptg baru jamah makanan...baru belajar katakan..
tengok kakak...berpeluh2 tak daya ibu nak melarang dah..gasak kamu lah asal kamu seronok.

Harta dunia akhirat

Assalamualaikum w.b.t

ni ha 3 beradik (buat masa sekarang)....
harta saya duani akhirat. tanggungjawab & amanah terbesar buat kami untuk mendidik dan mencorakkan mereka...
Ya Allah, jadikanlah mereka orang2 yang hebat dalam urusan dunia & akhirat...
kakak, abang & adik

Saniy

Assalamualaikum w.b.t

Ibu dah tak hantar budak ni rumah tokma...abah yang hantar naik motor..kesian dia pagi2 sejuk..
bukan apa kalau ibu hantar dia punya nangis tu yang buat tak tahan...punya susah nak kasi lepaskan dia..tu yang ibu tak hantar..bila abah hantar naik motor sukalah dia...dia tak tau samajer nanti kena tinggal...alahai anak...sabar ya semua...sikit masa jer lagi.
budak ni punyalah suka dapat kaki..asyik tersembam jer...dukung2 takmo dah..makan kurang..tu berat dia 3x timbang x naik...aktif. Malam bila tido agaknya lenguh kaki tu siang banyak sangat "excercise"...dihentak2 kakinya...bila kita urut baru selesa..letak minyak panas sikit...hiks macam org tua...harap besar nanti rajin & ringan tulang la ya saniy:-)

June 24, 2015

orkid

Assalamualaikum w.b.t

ada 3 ketul jer pun orkid kat rumah tu...beli kat Mundok,Thailand.
murah2 tapi jenis yang biasa2 jerlah.

nak kena buat rumah dia dulu..baru boleh tambah lain...masa beli belum berbunga...excited tengok bunga orkid...tahan lama pulak tu...dan sebulan rasanya bunga2 tu....cantikkan?


Agar-agar aka beledo

Assalamualaikum w.b.t

orang kelantan panggil beledo...
agar-agar cendol..
sepatutnya dua lapis..atas cendol kat bawah gula melaka..
tapi biasalah saya sedikit bijak dan terlebih malas...saya campurkan sekali..takder lapis2..hiks
sedap jugak...ala kita minum air cendol tu dah siap campur kan...hah camtulah jugak sifir saya pakai nak buat agar-agar ni...the outcome not bad at all...hahaha perasan:-)
cantik acuan ni...tak sia2 beli.

macam-macam puasa

Assalamualaikum w.b.t

Kenapalah pilih jalan dosa?
sebab tiada kebaikan dalam diri bukan jahat...hehehe

p/s saya harap semalam keluarga itu berada dalam darurat/keuzuran...mungkin dalam musafir. 2-3 orang 'cukup dewasa' tidak berpuasa (lelaki & wanita)..Allahu...ampun kan aku, tertengok dan menelah.

p/s ramai jugak anak2 muda kita juga tidak berpuasa...kesianya mereka. budak 6-7thn pun beria puasa kita yang muda2 ni dah kenapa takmo puasa?

p/s kesian jugak mereka yang puasa tapi...x solat...x tutup aurat. kesian tau..penat kot puasa but at the end nothing:-(

p/s makanan lebihan buffet boleh bagi kat orang x mampu....boleh bukan tak boleh, tak salah pun dari membazir kan? Tapi...makanan lebih kot...nak bagi, bagilah masak baru masak...lagi berganda korang dapat. golongan susah pun ada perasaan kot...

June 22, 2015

Ber-2

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni tahun ke-2 kami berbuka berdua...kat rumah sendiri la...
bukan takmo berbuka kat rumah mek @ ma
nak...lagi2 kalau malas nak masak..nak sangat makan kat rumah mereka...bawa perut jer:-)
tapi tulah nak buka dirumah sendiri pun kami terpaksa bergilir makan...
askar lecik kami mmg tak kasi can langsung nak makan dengan tenang sekarang ni...
semua benda dia nak jamah...seboleh mungkin nak sentuh.
kakak dengan abang okay...tak kisah mana dah..lagipun dorang boleh makan sendiri...tapi si kecik tu...ya ampun lain macam sangat dengan kakak & abang...susah nak control dia melainkan dia tido...bolehlah kami makan dengan tenang. Nak tunggu tido sahur jerlah kut...sahur pulak x berapa nak selera makan...
saya imagine kalau berbuka kat rumah mek @ ma mau bersilat saya...sah2 banyak makanan nyer...kang tak pasal ada yang jadi gulai pulak...ni kalau tahun ni ada buka puasa kat luar kat tempat kerja..rasanya kena fikir 2 kali nak pergi ke tak...tak pergi kang rugi...hehehe:-)
Tapi buat masa ni dialah pengarang jantung....rindu dia bila kat tempat kerja...Saniy buat apa tu? 


June 21, 2015

Najibah puasa & terawih

Assalamulaikum w.b.t

Kakak x puasa penuh...dapat la sekerat hari...hiks
kesian betul...melepek jer dia.
bila kita suruh buka...dok la tanya boleh ke?
hehehe...kesian.
nak puasa penuh tapi time sahur x nak makan...susah la nak bertahankan...takpelah slowly belajar yer kakak.
terawih tiap2 mlm dia pegi...bila tanya tokmek dia solat ke tak...tokmek dia cakap solat..boleh ikut.
tapi balik mengomel la...banyak sangat solat....bulan puasa kak...terawih hanya ada bulan puasa....istimewa untuk kita umat Nabi Muhammad...so jangan lepaskan peluang...ni kesian kat ibu, tak boleh nak terawih kat masjid...lain tahun entah ada lagi ke tak untuk ibu...mohon jerlah Allah panjangkan umo ibu...kat rumah bukan tak buat, buat tapi seronok sebab takder selawat semua tu....kita cuma nak habiskan terawih cepat nak kejarkan askar kecik tu....masa terhad lah...nak kena tidokan dia:-)
Saya dulu pun masa umo 7thn belum puasa penuh lagi...rasanya saya mula puasa penuh betul2 umo 9tahun kot...hehehehe. Salute kat kawan2 dulu yang boleh puasa penuh sejak dari 5-6thn. Tahniah jugak buat ibu2 yang boleh melatih anak2 puasa penuh:-) sejak kecil. Solat pun jangan lupa ya...umo 7 tahun kena solat cukup 5 waktu...10 th kena rotan bila tak buat...

Selamat berpuasa semua...semoga amal kita diterima olehNya

June 17, 2015

Belajar Puasa

Assalamualaikum w.b.t

Kakak tahun ni 6thn...so far dia belum pernah puasa. Dia tahulah puasa tu apa. Tahan lapar waktu siang...
Tahun ni saya saya cakap, ibu tak paksa kakak puasa, tapi kalau nak puasa ibu suka...bagus. Belajar tahan lapar tak kiralah penuh atau tak...ramai lagi manusia yang terpaksa 'puasa' sebab takder makanan...
.
.
dia okay jer...kita tengoklah kemampuan dia...
saya ada bagi jam loceng untuk dia belajar bangun sahur nanti...tapi nak kena kejut jugak rasanya nanti..
kakak ni liat sikit bangun pagi....tahun depan darjah satu tak tau lah macamana.

Okay semua...selamat berpuasa ya...tingkatkan amal ibadah dibulan yang Allah bagi berlipat kali ganda ni..

June 16, 2015

Saya pun rasa macamni

Assalamualaikum w.b.t

"KEBERKATAN BAGAIKAN MULA HILANG
Sejak satu tempoh negara kita bagaikan ada yang tidak kena. Tiga kapal terbang menjadi trajedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain.
'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.
Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita. Hendaklah kita semua sekelian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang telah mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan.
Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti di bawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.
Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara." - petikan dari FB Dr.MAZA

p/s saya dah lama nak tulis pasal ni...sebab saya bukan "sapa", jadi diam lebih baik. Tapi Dr.MAZA tulis macamtu, saya sharekan....bagaikan dah hilang berkat bumi bertuah Malaysia ni. Macam2 hal jadi lately. Ya Allah angkatlah doa kami, berikan kami "orang yang amanah" dalam urusannya....tolong kami Ya Allah

doakan jugak untuk anak kapal tangki (krew) yang 'hilang'. lupa pulak namanya:-) sori my bad.

June 14, 2015

Displin

Assalamualaikum w.b.t

susah betul nak maintain kemas kat rumah...
betul ke orang kata ada anak kecik macam tu lah.
tapi saya pernah jer nampak orang ada anak kecik rumah dorang maintain kemas jer..wonder jugaklah anak dorang ni 'displin' betul..
tak boring ke dorang main dalam bilik jer...
kalau anak saya..dari dalam bilik sampai ke dapur menan dorang...yang tukang kemas ibu la sapa lagi...
betul kena syukur...tu maknanya ada anak kan?
tapi nak jugak rumah kemas kan....saya ni bila datang time tak berapa nak betul...sakit jugak kepala bila tengok sepah2...dah minta dorang kemas balik...tau sajalah budak2 punya kemas...kalau kita tak betulkan balik..asal kemas jerlah dorangkan...hehehe
boleh jer nak pejam mata jer...tapi tulah...ada jugak masa tak boleh nak pejam mata...sakit mata adalah :-)
kat rumah ni...dinding pun dah jadi art wall dah...macam2 ada..berseni sangat :-)
ada papan putih pun dorang bantai kat dinding jugak....sekarang si kecik pulak amik alih..abang & kakak dah tak conteng dinding sangat dah.
hehehe..saja jer..tiba2 terlintas pulak...sebab ramai jer up rumah mereka kemas jer...kalau tengok rumah saya agaknya mesti mereka cakap rumah ke kapal pecah tu?
jangan takut tau nak bertamu rumah saya...jemput la...saya sangat mengalu-alukan:-)

nak kena 'displin' kan orang dalam rumah ni biar berkemas rumah...sudah buat aktiviti sila kemas ya...kang ibu jadi rimau jadian....aauuummmmm :-)

June 11, 2015

selamat datang ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

pejam celik tup2 dah nak puasa...yang belum ganti puasa tu cepat2 la ya..16/06 ni kita tengok anak bulan..dah tak boleh ganti puasa dah...
insyaAllah 18/06 ni puasa lah kita:-)
harap2 puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun sebelum.
rindu puasa tahun lepas sebab tahun lepas masa puasa masih dalam cuti bersalin...syok la duk rumah. Tahun ni kena berkejar balik kerja lah...kami pulak pesen tak suka makan yang beli ...seboleh mungkin nak masak sendiri...walaupun simple2. Takpe semua tu ada ganjaran kan...masak untuk keluarga tambah lagi bulan puasa yang ganjaranya berlipat kali ganda...

apa menu paling best kalian ya?
kalau  saya apa pun okay...bihun goreng pun takper....hiks. kuih-muih biasanya jarang saya makan...tapi buatlah jugak macam onde2...sagu gula melaka....ketayap...

bestnya puasa....Ya Allah, temukan kami dengan Ramadhan Mu.

June 10, 2015

long silence

Assalamualaikum w.b.t

Salam semua...alahai lama nyer stuck...hehehe
sori kan ambo ya...bukan malas..bukan takder cerita...tapi ntah...mungkin faktor usia..dah tak berapa nak update stori...hehehe
.
.
ada jer cerita yang nak share...takperlah kalau ada luang saya kongsi ya...
cerita si kecik saniy yang menginjak ke satu tahun...
cerita setahun dok rumah sendiri...yang masih tak siap2
cerita pegi mancing
cerita anak2 buah yang ramai
cerita jalan2 - dekat2 jer pun:-)
.
.
ada la cerita nyer..nak up jer yang x buat.

macam2 hal yang jadi kat negara kita pun jadi faktor jugak kot...
jadi lebih suka jadi pemerhati...
macam2 kisah...pelik2 pun iya...
mohon banyak la...Malaysia masih dilindungi, selamat dari anasir luar...seram jer mikir:-(

Salam takziah jugak untuk mangsa2 gempa bumi di Sabah...
dulu bejar geografi, Malaysia negara yang terlindung dari bencana...sekarang tak lagi kot...
Allah jua lah yang tahu....kembalilah kepada Dia..
Kita ni bukan risau diri kita...tapi yang lebih merisaukan anak cucu cicit nanti..yang akan menanggung susah senang hidup akibat tangan2 kita...tapi bila kita tetapkan hati anak2 pada Allah...bergantung harap hanya pada Dia...insyaAllah selamat lah mereka....tanamkan benih agama dalam diri mereka....kuatlah mereka walau apa saja yang datang...amin.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi