Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

December 28, 2013

Membezakan kasih sayang punca anak derhaka

Assalamualaikum w.b.t

Cuba baca di link ini dulu sebelum baca entri saya. TQ

Rasulallah pun telah bersabda jgn membezakan anak2...betul perasaan anak mesti tercalar bila ada sikap membeza-beza. Betul, anak tetap anak. Perlu hormat pada ibu bapa. Kalu yang tak amik pusing tu tak jadilah kes anak derhaka, tapi yang betul2 terkesan sakit hati tu mesti akan parah:-)

dari saya kecik, sampai sekarang saya suka perhati orang2 tua...kebanyakan bila tua (tak boleh berdikari) akan ada anak yang menjaga dia (normal la tu kan) tapi jangan terkejut bila anak yang menjaga tu bukan anak kesayangan:-)
yang jaga adalah anak yang selalu dibeza2kan waktu dulu....sungguh ini cerita benar. saya selalu jumpa dengan keadaan ini:-)
anak kesayangan biasanya anak yang berjaya, ada kedudukan, perkerjaan yang baik....jadi tak pelik la x boleh nak menjaga ibubapa dia disebabkan kesibukan sebagai seorang yang berjaya:-) so anak yang kurang berjaya lah yang akan menggalas tanggungjawab menjaga, walau dalam serba kekurangan:-)

p/s sayangilah anak-anak kita seadanya...terkurang ke terlebih tu simpan saja dalam hati, jgn dibezakan didepan2 mereka...walau anak dia tetap ada perasaan sebagai sorang manusia:-) wallahua'lam

December 27, 2013

Itulah Dia Tuhanku

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Tazkirah pagi...
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99

Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!

December 25, 2013

7 Perkara untuk bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dr.Abdul Basit ( Dr.Abu Anas Madani)

Peliharalah 7 perkara untuk bahagia:

1- Jangan membenci sesorang walau dia buat salah pada kamu.
2- Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya perbanyakkan berdoa kepada Allah.
3- Hiduplah dengan bersederhana sekalipun kamu mempunyai kedudukan yang tinggi dan berharta.
4- Hendaklah sentiasa berfikiran positif walau sentiasa ditimpa ujian daripada Allah dan hendaklah bersangka baik kwpada Allah.
5- Banyakkan memberi atau bersedekah sekalipun kamu terhalang daripda menerima pemberian (iaitu walau org x bg kt kita).
6- Sentiasalah senyum sekalipun hatimu terluka.
7- Jangan putus berdoa untuk kebaikan saudaramu tanpa pengetahuannya..

Cuba kita pakat amalkan..
in sya' Allah kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat...22/12/13.

والله أعلم بالصواب...

December 24, 2013

Persiapan sekolah 2014

Assalamualaikum w.b.t

mesti parents semua sibuk menyiapkan persekolahan anak-anak sekarang ni...
sekolah pun dah tak lama
baju..kasut...buku...tambang bas sekolah...yuran...tuisyen....day care...tu semua ada dalam benak kepala masing2...
yang anak sorang tu tak la sesak sangat nak memikirkan...yang ramai tu agak pening la jugak..ditambah pulak jika ada kekangan kewangan...sabar je lah ya...tu semua pengorbanan kita sebagai parents...mak+ayah kita dulu pun macam tu jugak:-) Yang mampu tu alhamdulillah:-)

Saya belum beli apa2 pun lagi untuk najibah...hehehe sekolah tadika jer pun...takyah lah kut nak sama2 sibuk menyesakkan suasana ya dak...lepas2 ni boleh jer beli apa yang patut. Kasi can kpd mereka yang ada anak sekolah rendah & menengah:-) Tiba masa saya nanti, hah sama2 lah kita bersesak2 dalam mall2:-)

Selamat menempuh tahun baru....

December 23, 2013

Jaga maruah kita

Assalamualaikum w.b.t

sebagai wanita...aurat kitalah maruah kita....
saya bukan nak jadi ustazah atau nak tunjuk bagus, saya dulu pun pernah melakukan kesilapan ini, ini semua untuk mengingatkan diri saya sendiri dan saudara-saudaraku sekalian,jagalah maruah kita. Jangan sampai kita berzina tanpa kita sedar....sekarang ni bila tengok kaum saya (wanita) yang "bertudung" tapi tidak menjaga maruah mereka...betul mereka telah bertudung, tapi bila berlegging, pakai baju bershape, nipis....itu semua bukan mengikut syariat....pakaian kita kena LONGGAR dan tidak nipis sehingga nampak tiang kat dalam....harap faham lah ya....tak semestinya kita kena pakai jubah sepanjang masa....baju biasa pun okay yang penting longgar & tidak nipis....jangan nampak bentuk tubuh kita...ayuh ya semua kita sama2 berubah untuk kebaikan kita:-) Ibu,Mama,Mak tolong tengok pakaian anak2 perempuan kita ya....jgn jaga pakaian kita jer...anak2 kita tak kisah apa dorang pakai:-)

December 22, 2013

Najibah

Assalamualaikum w.b.t

Najibah tahun baru nanti 5 tahun...
kan lama dia dok bercuti sekolah....jadi sakan la dok main sesaja:-)
huhu...karton sesaja..tapi sejak minggu lepas saya dah remain dia pasal sekolah...
kena bangun awal...kena mandi, solat:-)
sekarang dok cakap "kakak lagi suka kalau ibu ada kat rumah, tak gi kerja"
aduhai anak...ibu nak sangat kakak, tapi untuk masa terdekat ni ibu kena kerja dulu ya...ada banyak list nak kena ikut:-) ibu percaya, dah besar nanti kakak faham apa ibu cakap:-) sayang kakak.....

Doa saya untuk dia, agar dia jadi anak yang solehah...jadi  muslimah yang bertanggugjawab dan jadi pencen kubur yang bermanfaat untuk saya dan suami...semoga dia membesar sebagai contoh teladan yang baik untuk adik2 dia...amin...insyaAllah
harta saya dunia akhirat:-)

December 20, 2013

Jangan bangga bersahabat dengan golongan fasik

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,
Janganlah engkau rasa hebat bersahabat dengan mereka yang mendurhakai Allah dan menjauhkan manusia dari jalan-Nya. Kerana engkau akan menempah jalan yang dimurkai Allah. Janganlah engkau kagum dengan seseorang yang memperolehi harta melalui jalan yang diharamkan Allah, kerana setiap perbelanjaannya tidak diterima oleh Allah. Tindakan kamu mendekati mereka dan bergaul mesra dengan mereka akan menjauhkan kamu dari golongan yang dikasihi oleh Allah, dan mendekatkan kamu kepada kemurkaan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau pisahkan dirimu dari jamaah yang memperjuangkan Islam, walaupun mereka kelihatan lemah, tiada permaidani merah yang menghampar mereka, namun mereka dekat dengan Allah. Perhatikanlah pergaulanmu dengan semua sahabatmu, berjalanlah bersama mereka, makanlah bersama mereka dan sembahyanglah bersama mereka; nescaya engkau akan kenal siapa mereka.

Wahai anakku,
Janganlah engkau bangga bersahabat dengan golongan yang fasik, lalu kamu menjauhi golongan bertaqwa. Engkau mengharapkan habuan dunia yang ada pada mereka, lalu mereka menyesatkan kamu dan menjauhkan kamu dari Tuhanmu. Engkau akan mulai terpisah dengan golongan yang menjaga iman mereka, kemudian kamu akan semakin jauh dari rumah Allah dan kamu akan terus bergelumang dengan golongan yang lalai dengan Allah.

Wahai anakku,
Sahabat yang baik itu ialah sahabat yang bilamana kamu melupai kewajipanmu, ia akan mengingatkan kamu. Bilamana kamu mendengar kata-katanya akan bertambah ilmumu, dan bilamana kamu melihat amalan sehariannya, mengingatkan kamu pada hari akhirat.

Wahai anakku,
Aku sedar betapa payahnya kamu untuk mendapatkan sahabat yang baik, namun kebaikan yang ada padamu akan mengundang kebaikan sahabat yang mendekatimu. Tidakkah bau harum pada bebunga yang mekar menarik kedatangan lebah bagi menghisap madunya. Dan tidakkah kamu perhati bau busuk dari seekor bangkai akan mengundang langau. Kamu jangan mengharap kebaikan yang ada pada golongan yang lalai pada perintah Allah, atau kamu kagum dengan satu dua kebaikan yang dilakukan di hadapanmu, lalu kamu sanggup memejam mata terhadap rasuah, salahguna kuasa, kezaliman dan kemungkaran yang dilakukannya. Lalu kamu war-war kebaikannya, dan kamu diam terhadap kemungkarannya.

Wahai anakku,
Janganlah kamu menjadi jurucakap kepada musuh bagi membenarkan keburukan perbuatanmu, kerana ia tidak lebih menambahkan kebencian orang terhadapmu. Sebaliknya perbaikilah kelemahan dirimu bersama jamaah, dengan mendekatkan dirimu kepada Allah melalui amalan jamaahmu. Hiruplah keredhaan Allah dalam setiap patah zikirmu, dan titislah airmata keinsafan di atas keterlanjuranmu kerana mengabaikan perintah Allah.

Wahai anakku,
Aku sedang berbicara denganmu, bukan orang lain kerana aku mengasihimu di dunia dan akhirat. Demi Allah aku sanggup hilang seribu sahabat yang fasik, namun aku tidak sanggup kehilangan seorang sahabat yang soleh.

Senyumlah semoga Allah mengasihimu.
Senyum

p/s insyaAllah setiap Jumaat, saya akan kongsikan artikel2 menarik dari Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man @ mana para ilmuan kita yang saya rasa dapat memberi manfaat dan inspirasi untuk kita semua selepas ini....moga bermanfaat. Selamat membaca.

December 18, 2013

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tn.Man
 
Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan...

1. Risau pasal kerja
2. Risau pasal anak
3. Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan

Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu....

Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..."

Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan.
Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit....

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut...

Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan.

Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi.

Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi.

Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan?
Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita.

Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada.

Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat membaca mesej ini.

Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita.

Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu.

p/s jadi, sila jangan risau2 lagi ya :-) Hadapi dengan tenang segala musibah & ujian, bersangka baik dengan Allah s.w.t
 

December 11, 2013

11.12.13

Assalamualaikum w.b.t

cantik tarikh tu..ikut susunan...
apa pun ia sekadar nombor:-)

hari ni kat tempat saya nampak cerah, semalam hujan x berhenti....
musim tengkujuh macamni la...tak jangka...kang pagi cerah petang pulak mencurah2...
insyaAllah hujan yang membawa rahmat...jauhkan mudarat.

biasakan baca doa ni ketika hujan
اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً 
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg memberi manfaat." 

p/s semoga semua mangsa banjir redha dan terima ujian Allah ini....berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu bagaimana.

December 02, 2013

02.12.2013

Assalamualaikum w.bt

dalam sedar x sedar dah pun hujung tahun...
semalam 1.12.2013 genap 18thn arwah pergi...begitu cepat masa berlalu..Al-fatihah, Ya Allah, sampaikan salam rindu anak ini untuk arwah ayahnya...semoga dilapangkan kuburnya seluas-luasnya.
Jadikan aku anak yang soleh Ya Allah, untuk sentiasa ingat kpd kedua ibubapa dan tidak lupa untuk mendoakan kedua-duanya.....
.
.
hari sabtu lepas saya dan abang ke seminar 'celik famili' anjuran as-sowah (Prof Muhaya)
best sangat...sehari suntuk duk dalam dewan x sedar pun...syukur Allah bagi peluang menghadiri seminar itu...banyak betul kesilapan2 sbg anak-ibubapa-saudara-kawan yang perlu diperbetulkan....semoga kami dapat amnfaat dari apa yang kami dengar.
Team As-sowah ni bagus sangat...penuh amanah & tanggungjawab. Saya tercicir handphone masa seminar tu.....bila call salah sorang staff tu ambil & simpan kan...siap hantar kpd saya kat ofis semalam...tengok lah bila kita berada ditempat manfaat, tiadalah kejadian buruk2 kan...cuba hanphone tu hilang kat shopping mall @ tempat2 yang boleh melalaikan...alamatnya, semua pun tahu lakan....keberangkalian untuk dapat balik tu rasanya 1% persen pun payah:-) Alhamdulillah...

kami  x amik pun gambar dgn Prof dan panel2 lain....bukan taknak...abang saya tu rindu sangat dah kat anak2 dia...huhu takperlah.....dia bukan biasa tinggalkan anak2 dia sehari suntuk...biasa kalau hari kejer 2-3 kali dia balik tgk anak2 dia...keje sendirikan...hhehhe. 

tapi saya sempat amik dgn Us.Roslan..bila time rehat untuk makan & solat tu..jumpa kat booth, dia mmg tunggu sapa2 nak amik gambar ngn dia...nice sangat Us.Roslan..lembut jiwa dia...setiap kali cerita pasal anak2 + ibubapa, mesti airmata dia tumpah.....

p/s minggu ni nak kena amik cuti bayar balik masa tinggalkan anak2....& nak pergi lagi seminar macamni bila ada peluang...insysAllah.

Ada ke patut

Assalamualaikum w.b.t

kita sampaikan berita sedih, boleh pulak dia perli orang yang sedang dlm mood sedih itu...ishhh kalau kena kat batang hidung sendiri macamana...geram betul dgn budak ini....kalau pun kita xnak merasai kesedihan orang itu, jgnlah cakap macam tu...kalau orang tu dengar x ke kecik hati dia...aduhai....macam2 peel orang nikan?

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi