Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

March 31, 2013

rentetan dari entry - segan

Assalamualaikum w.b.t

rentetan katanya:-)

huhu
okay lah..boleh lah lepas ni nak join lagi, takderlah boring macam kayu....layan jugaklah dengan akak2 tu:-)
hehehe..masuk kandang kambing kita mengembek katanya..

makanan terlampau banyak..tak kehabisan...orangnya jenis tak pemakan semua...budak pulak tak ramai..
kawan2 abang jenis tak ramai anak...2 & 3 jer huhu..jangan berjangkit sudah...hehehe

kalau budak tak ramai, makanan tak berapa nak jalan la...biasa budak2 yang suka makan2 ni..
aktiviti seterusnya adalah campak pancing:-)fuhhh

saya agak dorang buat plan ni nak kasi kami (isteri2) ni taklah syak wasangka sangat...takder alasan nak halang dorang klu nak pegi pancing lepas ni...

ketahuilah wahai bapa2 sekalian...saya rasa takder pun nak halang, jgn lupa tanggungjawab sudahlah:) baikkkk tak:-)))

saya tak amik gambar pun...maklummmm segan katanya:-)

lain kali bila buat lagi saya amik banyak2..sebab dah kurang segan:-) lupa nak tanya dorang ada acc FB ke tak?

March 30, 2013

Fesbuk

Assalamualaikum w.b.t

comei sungguh la makcik2 ni...fesbuk pun boleh buat gaduh..huhu
kalau tak tahu takyah la nak kecoh2 kan...dah tak sedap dengar jadinya..adoila.
kang saya buat kelas IT instead kelas mengaji yg dah ada kat rumah tu:-)comelsss

p/s...gaduh mulut jer...biasalah masing2 nak tunjuk sapa hebat & serba serbi tahu:-)

March 29, 2013

roket vs raket

Assalamualaikum w.b.t

suatu hari, pulang dari amik kakak & adik  dari rumah Tokma.
nampak budak2 dok main badminton...

kakak: ibu, roket kakak ada so jah (satu jer)

ibu: roket? (tak perasan yang dia dok tengok budak2 main badminton)
bila kakak beli roket?

kakak: ibu la beli, baru ni ado dua, lo ni ado so jah...

(baru sedar roket tu racket la)

hahha

ok nanti ibu beli roket eh raket lain ya..ibu pun nak main jugak ni boleh la hilangkan sikit lelemak ibu yang dah degil ni...awas ko lemak, selama ni aku dok wat tak tahu eh..sekarang aku nak burn korangs semua yeh:-)


March 28, 2013

belajar berenang

Assalamualaikum w.b.t

Seronok tengok budak2 tahu berenang..
kami ni selalu pegi pantai, tapi tak pernah langsung benarkan anak2 main air tu...takut nak lepaskan..
kalau kami tahu berenang secara proper mungkin kami tak rasa takut kut..huhu
mana nak cari ya kat KB ni orang yang buat kelas renang..nak sangat anak2 tahu berenang..
selalu jugak tengok budak2 main sungai kat kampung tu..pandai dorang berenang...macam pro sangat..
alangkah baik anak2 saya juga tahu berenang:-)
mana ya nak cari ni, orang yang tahu ajar berenang.....saya pun kalau boleh nak belajar jugak:-)

March 24, 2013

Segan

Assalamualaikum w.b.t

Segan:-)
tulah yang saya rasa sekarang ni...
saya ni mmg agak penyegan lah..

cerita dia macam ni..abang2 dengan kawan2 dia rancang nak bawa famili masing2 pergi berkelah..
so masing2 bawalah apa nak bawa untuk santapan nanti..
tu okaylah..setakat nak masak benda simple2 tu...insyaAllah no hal..

masalah saya..apalah  saya nak borak nanti..
dorang semua selalu jumpa sebab selain kerja surirumah mereka tinggal dekat2...
saya ni, dahlah jarang2 jumpa..pastu pulak ada yang tak kenal pun..huhu
segan la pulak...jangan orang cop saya sombong dah la...:-)

March 15, 2013

Anak Soleh Saya : 2thn

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, Jumaat 15/03/2013 genaplah budak bertuah ni 2 tahun...
kalau kakak dulu ada potong kek, dia ni tak tahulah, sebab mak+paknya bizi boleh tahan:-)
tengok lah dulu macamana..anak lelaki lagi pun..tak heran rasanya nak potong2 kek ni kot....huhuhu

2thn....masih lagi dok nenen..hahaha
ibu malas nak buat apa2..biarlah dia benti dengan sendiri macam kakak.
perkembangan --> sama la dengan budak lain jugak yang sama baya dengan dia:-) (malas la nak tulis, kang ada pulak yang cakap macam dia jer ada anak, walau sebenarnya nak cerita:-)
kecik jer budak ni lahir dulu--> 2.1kg (nasib cukup kg..klu tak kena dok dlm inkubator) sekarang boleh tahan kalau dokong tu rebeh la bahu:-)
Apa pun Selamat Hari Lahir Mohommad Syahmi, ibu doakan syahmi jadi anak yang membanggakan suatu hari nanti, dan penyelamat ibu+abah:-) kelak, InsyaAllah

March 14, 2013

Kakak yang manis:-)

Assalamualaikum w.b.t

kakak punya cerita ni..
adik tak berapa sihat jadi dok merengek2...dan asyiklah dok panggil ibu..
nak pujuk adik, ma bagi lah gambar kawin kami, cakap ni ibu...huhu
kakak tengok, boleh dia tanya...kakak dok mana masa ni?
hahaha...(kakak belum proses lagi--->nak jawab gitu boleh:-)
saya mahu terbang:-)
ecehceh cat walk kita:-)

ada gaya dah tu kak:-)
p/s dulu dengar jer orang cerita..sekarang dah alami sendiri..sejak pegi sekolah ni macam2 pulak dia..yang penting dah pandai buat joke:-) tak daya dah ibu nak gelak kakak oiiii

March 13, 2013

Penyu

Assalamualaikum w.b.t

Kesian penyu ni..
saya ingatkan masih hidup masa nampak dari jauh..rupa2 nya dah mati..
mungkin dia tersangkut kat pukat2 nelayan...tu yang terdampar kat PCB ni..
pantai di Kelantan rasanya takder penyu...tak pernah dengar pulak penyu naik bertelur.
dah membusuk:-(
kasi la tengok yang real punya walau dah mati, sebelum ni asyik dok tengok dalam Tv jer..kesian anak2 saya tak pernah pergi zoo lagi:-)
p/s gambar dlm camera mmg akan di update lambat sb asyik lupa nak transfer masuk pc...

So True

Assalamulaikum w.b.t

Saya jumpa benda ni kat simpang lampu isyarat, sambil tunggu turn nak jalan tertengok benda ni...mungkin ramai yang tak perasan kalau tak berhenti betul2 kat tiang lampu tu:-) Betul kan? nak membina ambil masa yang lama, tapi nak meruntuhkan sekelip mata pun boleh:-)


March 10, 2013

Teman orang memancing..

Assalamualaikum w.b.t

Bosan tak tahu nak buat apa kami pegi mancing semalam....keje banyak, tapi tu lah kan nak jugak keluar untuk lepaskan lelah:-)
 
Cuti weken kami sekarang mmg kami akan buat apa yang patut untuk rumah yang sedang kami buat, untuk masa sekarang mmg kami tak upah sesapa lagi, mungkin untuk bhgian bumbung kami akan panggil orang:-)....ohhh yaa kami buat sendiri sb suami saya tukang rumah:-) boleh la save sedikit budget:-)..rumah kecik2 jer....setakat apa yang kami ada sb tak buat pinjaman pun.

so, minggu ni mungkin penat lain macam sikit..saya pun dah hint2 nak jalan2..hah pegi picnic la kami...dia bawa joran tu yang sempat mancing tu..dapat la ikan gelama 2 ekor..sambil2 main dengan anak2...hilang la sikit rasa lelah tu...

tak masak apa pun, beli nasi bungkus dan laksa...bawa bekal tu jer... sekejap jer pun lepas solat zohor terus balik..anak2 dah mengamuk nak tido...bawa khemah pun tak tido...anak2 tak biasa lagi..panas pun iya..so lepas solat & makan yang entah kali ke berapa terus balik...on the way balik pun beli makan lagi dan lagi..sampaikan semalam saya rasa perut dah nak pecah sebab kenyang....ishhh serik pulak rasa sebab tak selesa...tulah kan..makan kena berpada2 berhenti sebelum kenyang, ni tak selagi tak jadi ular sawa tak berenti...buruk lantak betul:-)
dalam gambar cantik jugak pantai ni...

yang kami bawa

makan jeli kelapa..sedap sejuk2 time panas tu:-)

kakak pun makna jeli juga:-)

tu orang yang sedang campak pancing...saya tunggu bawah pondok jer...

syahmi nak gi kat abah ya?
tulah saja laporan hujung minggu ini:-) boleh la wat modal update:-)

March 07, 2013

Makanan untuk tersayang-->anak2 kita la:-)

Assalamualaikum w.b.t

Makanan anak2 ni susah jugak ya...
kalau boleh dapat KFC wahhh bukan main suka lagi...sekarang senang sikit dah ada TM kan..buat sendiri kat rumah...beli ayam @ apa2 saja boleh goreng kat rumah,ala2 KFC pun okay kan...lebih baik la kot dari beli yang segera tu...wallahu'alam
kalau kita suruh makan sayur...huh kemian lagi takmo..
tu anak2 saya lah..susah sangat nak makan sayur..dah la dorang tu tak minum susu sangat...kakak sekarang minum milo jer...alahai, tapi nasib baik dorang tu makan nasi....tanpa sayur la..kuah jer boleh...

saya ni dalam dilema la jugak...kat rumah tu sekarang, sedara kami ada jual makanan2 segera tu...ala yang macam2 tu spt fishabll, sosej, daging burger (yang macam makan steamboat tu)...pastu bakar2...saya mmg tak kasi anak2 makan benda2 tu...susah hati saya..takut dorang chop saya sombong sebab tak pernah beli sejak mereka buka gerai tu...alahai. nak buat macamana kan...bukan apa makanan ni kan boleh efek pada kesihatan & akal anak2 dan jadi darah daging kita...selagi boleh elak, saya cuba elak. kalau dah terlepas tu tak tahu la. Tapi pernah sekali najibah ni ada sedara bagi dia makan apa ntah....yang ala2 steamboat tu la jugak, boleh muntah dia...saya tengok jer masa dia amik & makan tu...nak larang tak la, depan2 orang takkan nak buat macam tu...agaknya perut dia tak biasa tu yang boleh muntah tu...saya tahu, agak susah kan..lagi2 bila mereka dah ke sekolah..dengan kawan2, tapi insyaAllah bila kita selalu cakap & nasihat, anak2 akan dengar. Macam najibah & syahmi...sekarang kalau main  kat depan rumah pun belum minta untuk beli lagi..harap2nya mereka cepat faham kenapa ibu tak kasi mereka makan benda alah tu semua...lagi pun kita tak tahu status halal makanan tu semua sebab mereka jual bukan beli dalam paket yang dijual kat supermarket tu..yang kita boleh pilih yang ada cop halal...tapi beli secara borong di pasar borong...lagi la saya tak berani nak beli...nak2 lagi bila dengar dalam sosej tu ada DNA binatang ekor pendek tu...Allahuakbar, jauhkan anak2 saya dari sumber itu.....

kalau boleh masak lah sendiri....sekurang2nya kita tahu apa yang kita masukkan dalam mulut anak2 kita...sedikit sebanyak kita boleh elak apa yang boleh dielak...wallahua'alam...nak burger? beli daging kisar,cincang bawang besar, hiris daun bawang halus, tambah minyak zaitun & letak garam secukup rasa...siap la burger kita....nugget pun sama...beli daging ayam kisar...letak garam secukup rasa & minyak zaitun sikit...celup dalam serbuk roti..goreng boleh makan nugget...fishball? beli ikan yang dagingnya tak banyak tulang contoh tenggiri...lenyek2kan...campur tepung jagung+garam & minyak zaitun, bulat2 kan...rebus (macam kita buat kuih buah melaka) bila timbul angkat boleh simpan...nak goreng ke nak buat tambah dalam sayur ke...insyaAllah selamat.

p/s kita dijajah secara halus melalui makanan...perasan ke kita?


March 05, 2013

Tepung Magik

Assalamualaikum w.b.t

Saya dah cuba Tepung Magik (TM) ni....sekarang kan TM ni tengah dok in macam lain2 produk spt rumpai laut la..VCO laa..
hah ni sekarang TM la pulak..
boleh buat goreng macam2 yang anak2 kita suka..spt ayam goreng ala kfc...udang goreng ala tempura...cendawan goreng..ikan goreng dll.
sazlishaliza.blogspot.com
Dulu TM ni takder packaging macam sekarang...untuk lebih komersial, packaging pun kena tukar la kan..jadi lebih berdaya saing orang cakap. Keluaran BUMIPUTERA & ada kelulusan HALAL dari JAKIM

Anak2 saya mmg suka makan ayam goreng celup tepung..jadi sekarang lebih senang nak buat..celup jer dalam TM & terus goreng...nak sedap lagi sebelum celup dalam TM celup dulu dalam telur letak sedikit garam...tarraaa siapppp...berebut2 makan dengan mak+pak sekali la ofkos:-)

Nanti saya up apa lagi saya goreng guna TM ni...

Oleh itu...hmmm..hmmm sapa nak beli TM ni boleh contact saya ya...sapa orang KB leh contact saya direct untuk dapatkan TM ni...stok cepat habis ya....SMS saya ya 013-9759028. 


Tepung Magik 540g --->RM10.00 sahaja.

Contact saya ya orang2 KB....orang luar KB pun boleh jugak..tapi ada kos penghantaran la ya +RM6.00...

March 04, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t

Tolong sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah banyak2 untuk pejuang2 kita di Lahad Datu sama ada yang terkorban atau tidak. Semoga dengan usaha kita ini sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan untuk mereka.

p/s rakyat perlukan satu medium untuk mengetahui kebenaran...tolong jangan jadikan kami mangsa. Apa perlu disembunyikan, walhal itu kebenaran. Ya ALLAH tunjukkan kami kebenaran sekiranya kami dizalimi..aminnnn.

--->Gunakan senjata kita yang paling tajam itu sekarang iaitu DOA!

March 03, 2013

Salam Takziah

Assalamualaikum w.b.t

Innanillahiwainnailahirajiun...

Ya Allah ampun dosa mereka (angota komado polis yang terkoban di Lahad Datu)
Semoga roh mereka dicucuri rahmatMu dan berada bersama para syuhada yang lain. Al-Fatihah.

March 01, 2013

Teguran

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat semua...semoga hari ni kita ditambah keimanan & keyakinan kepada Yang Maha Esa.
Saya ingin mengajak anda semua (yang wanita) yang terbaca entri saya ni.....untuk menutup aurat sebaiknya...cubalah untuk ubah sedikit demi sedikit..
Jagalah aurat kita sekiranya kita menyayangi suami, ayah, adikberadik lelaki & anak2 lelaki kita.
Janganlah tunggu sehingga hidayah datang...hidayah perlu dicari..bukan ditunggu.
Jangan sampai terlambat ya sahabat2 semua...pakai lah ikut syariah, jangan pakai ikut orang suka & nampak up to date...sedih tau..orang comel2 cantik2 tak ikut syariah Allah...percayalah kita semua akan kelihatan lebih menwan bila ikut syariah:-)kalau solat, kita boleh patuh..tutup aurat pun samalah, itupun suruhan & arahan dari DIA juga kan?
jom baca ini...aurat saya maruah saya
saya harap teguran saya ni tak menyakit kan sesiapa saja..

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi