Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

April 29, 2010

cilok

baik punya cilok,
last2 masuk bendang padi.
itulah kisah budak semalam,
saya perasan dari highway lagi dia dok cilok kete sebuah demi sebuah,
pastu masuk simpang sama ngn saya,
pastu potong kete saya dan dua buah depan saya...
last2 xsempat potong kete ke-3 sb kete tu bagi signal nal masuk rumah dia,
tak sempat nak buat apa melayang la budak tu masuk bendang padi.
punya jauh dia wat aksi stunt,saya turun tengok,alhamdulillah masih ada nyawa,
sempat la gak saya sindir dia, bawak motor tu jgn perlahan2 dik,kena bwak laju2 baru macho...huhu,tak baik kan,dah geram sgt tu lah yang keluar dari mulut saya.
kata orang motor pun pinjam,hmmm apalah nak jadi.

April 28, 2010

comel

saya suka tengok orang comel...
senyum manis sokmo..
agaknya hati mereka sentiasa gembira..
saya susah betul nak senyum sepanjang hari..
tu la penyebab kita akan nampak sombong bila tak senyum,walhal kita cuba jugak nak senyum.
senyum jugak terapi.
jom pakat ramai2 kita senyum.

April 27, 2010

baik punya plan x jadi pulak

sokmo jadi,plan dah cun..tup2 tak jadi..
huhu frustnya.
apa nak buat masing2 ada hal
lain kali tu tak tahu bila la plk.
emmm...klu tak plan tu jadi la plk.

April 15, 2010

apa nak buat

esok weken sudah...
best..tapi dengarnya esok abg keje.
alolawei..
sabtu plk ada kenduri kawan dia...sibuk gak
nampaknya tak best gakla weken ini->apa nak buat
outing ngn najibah pun best gak ni..
najibah jom kita dating ber-2.


Apa nak dikata

balik keje semalam, sempatlah jahit kain baju kurung najibah.
tu pun lepas kena bebel ngn tokmek najibah...bila nak jahit...ulang2
najibah balik lambat,sb abah dia balik lambat...ibu tak pgi amik sb abah tak suruh..huhu

siap jahit mek ajak teman dia gi umah tauke dia,nak gi amik upah...so teman dia,
then dia suruh gi umah jiran nak bayar dia ais kacang, tak sempat bayar katanya.
so layan kan jer...

smpi umah plk,pok nik ngadu badan2 dia sakit..ubat habis katanya. dia tanya ubat bila sampai, saya tak tahu, sb anak dia kata tak tahu bila...so saya kasi ubat tahan saya punya,dah pernah kasi dia tu yang saya berani kasi tu...
orang tua biasa la,sakit situ,sakit sini...tak kisah lah tu.
urut la sikit2 belakang dia ngn minyak angin. dah tua ni mmg nak bermanja2 lebih...anak2? hmmmm malas nak stori dah.
tapi saya rasa semalam bukan apa,dia lapar kut tu yang mengigil. sb lepas makan malam tadi terus ok. semalam kat rumah takder sapa. mek gi spital tengok kawan lama dia sakit,so tak masak la semalam...tu yang dia lapar tu. biasa ada makanan kat dapur. Bukan kami kejam tak sediakan makanan ya...biskut2 tu dia tak makan, nak buat air sendiri pun tak tahu...so bukan salah kami,yang ada semalam bawah saji sesikat pisang,dia tak jamah.
Jaga orang tua mmg kena bnyk sabar,tu bila mek bising sikit ngn feel ntah apa2 poknik saya diam jer...klu nak kira sy lagi panas,biarlah kami jer tahu. ok lah,
saya dah hot ni bila teringat balik. saya benti sini jelah.lebih2 kang habis terkeluar.
daaaaa.....


April 12, 2010

Padi

bukan nama band tu
itu saya tak tahu
ini padi yang kita makan beras tu bukan biras ye.
sekarang kat kampung saya musim tuai padi.
saya suka sgt bau padi yang dah kuning masak tu.
ingat dulu2 tolong mek+arwah ayah gi cerut(dulu mana pakai mesin)
kalau pagi lagi kuat bau dia.
org yang tahu,tahu la macamna bau dia...best
nostalgia sungguh.


April 07, 2010

kesian

ini kisah najibah,
kesian kat budak kecik tu mlm tadi,
so far najibah boleh la dikatakan friendly.
mlm tadi budak ngaji quran mcm biasa,dan najibah saya tinggalkan dia ngn tokmek dia la-biar dia biasa. So saya ke dapur masak.
dok syok masak, tokmek dia panggil saya, najibah merajuk.
apasal la plk
Mek ckp najibah boring asal datang je budak nak salam ngn dia (najibah dah tahu salam) pastu plk 2-3 kali sorang. Macam nak main2 kan dia.
so budak kecik tu macam bosan la,asal jumpa salam...jumpa salam...so dia lari masuk bilik dok atas katil sorang2 dlm gelap, tokmek dia panggil pun takmo keluar..
huhu...tapi tak la plk nangis.
Saya pegi amik baru nak keluar,pastu dah malas nak layan budak ngaji.
Itulah little najibah...so sweet.


Inspirasi

Bijak pandai berkata
"Jika kita ingin berjaya,mesti berkawan dengan orang yang sudah berjaya"
tapi betulke orang yang dah berjaya mahu berkawan dengan orang yang ingin berjaya.
huhu
p/s saya org ado2 je.


April 06, 2010

tapak rumah

tapak rumah.
kami sedang fikir ni nak bayar ke tidak
tapak rumah.
skrg kami masih dok ngn mek.
dan saya tak terfikir lagi untuk pindah.
bukan taknak.
tapi memikirkan yang kami ni sekampung,pastu keje pun dikampung
so macam tak perlu jer.
lagipun belanja rumah kami still berdikari bukan harapkan mek ataupun ma.
dan lagi rumah mek & ma pun takder sapa,kalau kami dok rumah lain pun kami still akan makan & minum rumah mereka jugak,namapun dok sekampung.
Cuma tapak rumah tu mungkin boleh jadi aset untuk kami nanti.
kami mmg fikir nak bayar jugak.
takper masa masih panjang.InsyaAllah kalu sudah rezeki tak kemana bukan?

p/s tak ke seronok kahwin dekat2 ni. senang tak? tapi kalu gaduh sendiri mau ingat la yo...huhu.Tapi saya suka.Tima kasih mek.tiba2


April 05, 2010

...........

saya rasa seluruh malaysia tahu ttg kematian Din Beramboi.
sb itulah juga saya stuck utk buat new n3.
macam mimpi je.
saya bukanlah fan arwah,tapi pagi2 klu tak dengar dia punya drama sebabak cam tak best.
lawak spontan dia tu yang buat riuh tu.
tapi bila ajal menjemput,mmg tak boleh tidak pasti datang jugak.
Al-fatihah untu arwah.
Saya pasti ramai yang sedih dengan pemergian dia selain keluarga arwah.
dan aznil nawawi antara yang paling terkesan saya rasa.
pasti aznil akan mengambil masa untuk terima.
apa pun yang terjadi,dia tetap tinggalkan kita yang masih meneruskan sisa2 hidup ini.
so teruskanlah...come on!


April 01, 2010

virus

saya rasa semua org tahu yang DJ Din Beramboi kritikal (mengikut surat khabar)
Dia suspect terkena virus kencing tikus.
saye pernah tulis pasal tikus jugak sebelum tapi bukan virus cuma wabak yang akan berlaku sekiranya tikus itu membiak.
so kita boleh simpulkan yang binatang ini memang bahaya.
saya pun tak pernah dengar sebelum ni pasal virus ini sebelum kejadian DJ Din.
sila google untuk info lebih lanjut.
macam2 virus attack Malaysia kebelakangan ini.
HINI,selesema burung, selesema b*b*,denggi-> mcm2 la
bila google virus kencing tikus ni,uiii seriau la.
apa pun harap pihak bertanggungjawab boleh cari solution terbaik
dan kita doakan jugak DJ Din kita selamat.
Kita juga sebagai masyarakat ambil inisiatif la jugak.
Jaga kebersihan,sampah2 tu buang kat tempat sepatutnya,
Kalau bukan kita siapa lagi nak buat.
Kebersihan itu penting dan separuh dari iman jugakan.
so jom sama2 kita jaga.


1 april 2010

makin lama makin sikit pulak n3 kat blog ni.
feel nk update to membuak2
tapi tak tahu nak update apa? boleh?
huhuhu kesian.
Bukan takder cite-ada
tapi nak cite kat blog skrg kena tapis.
ada mata2 tengah skodeng.
boring..
kita cite bukan apa,untuk kita juga kan,kang panjang umo,kalu blog ni masih wujud dapat gak kita imbas balik apa yang berlaku.
sikit sebanyak memori tu ada.
tapi biarlah,kalu saya feel nak update jugak,apa kisah update jelah.
nak baca,baca jelah.


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi