Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 29, 2013

Muhammad Syahmi:- botak

Assalamualaikum w.b.t

Cuti maulidur baru ni saya amik kesempatan ikut bapak & anak ni pi potong rambut.
- Satu sebab nak amik gambo...hehehehe, iyalah dah banyak kali anak ibu dibotakkan tapi belum kesempatan ibu nak tengok camana gaya masa dok trim rambut tu;-)
- Dua sebab kakak takder kat rumah, ikut tokmek pegi selawat kat masjid, jadi keboringan so jommm ibu ikut sekali^_^

bukan senang ye nak potong rambut budak kecik tu rupanya...
bila saya tanya abah dia (yang sebelum2 ini) dia cakap anak dia ok..good boy sangat...
jadi  tahulah saya macamana gaya bila nak pujuk si kecik itu..huhu
tapi potong ttp potong ya syahmi..ibu lebih rela tengok kamu nangis ngengada dari rambut panjang:-)
tengoklah camana gaya budak ini untuk tidak dibotakkan:-)

apalah nak disedihkan dik...botak jer pun:-)

takmooooo^_^

akhirnya....gambo setelah botak habis tak sempat pulak ibu nak amik...hehehe.
bukan sakit pun...sekejap jer pun:-)

January 22, 2013

Meraikan kakak

Assalamualaikum..

Semalam buat bihun goreng untuk budak2 ngaji..saje nak meraikan hari lahir kakak.
Suka dia semalam..adik pun sama.
nanti, insyaAllah kita sambut hari lahir adik pulak.
kakak dgn hadiah dari abah, ibu & adik:-)
p/s buat makan2 ni suka, tapi nak mengemas balik tu yang tak berapa nak suka. 

January 21, 2013

Anak solehah saya : Selamat Hari Lahir Kakak -->4thn

Assalamualaikum w.b.t

hari ini genap 4 tahun ank perempuan saya..alhamdulillah
syukur, 4thn saya merasa jadi seorang ibu:-)
nikmat yang tak terhingga:-)
.
.
Kakak,
ibu doakan kakak berjaya dunia & akhirat.
menjadi anak solehah & bijak pandai:-)
jadi kakak yang penyayang & bertanggungjawab
rindu kakak kecik2 dulu:-) cepat sgt rasanya anak ibu ni membesar.
Tolong doakan ibu & abah sentiasa ya:-)

January 20, 2013

Anak solehah saya : Kakak suka sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...kakak dah okay nak ke sekolah.
betul kata cikgu dia, kakak ni masa ibu hantar je buat muka sememeh nak nangis.
tapi bila dah masuk sekolah ok lah dia..syukur
tapi pagi masih kena amik mood betul2..yelah bangun pagi2 nak kena mandi.
sebelum ni takder pun dia cakap..huhu
sekolah lah kakak..mesti lah kena  bangun pagi & mandi.
.
.
ok lah tu kan..4thn tak perlu nak push2...
biar dia biasa jer dengan persekitaran baru:-)
bagus kat pasti tu..pagi2 sampai amik wudhu' pastu semayang dhuha...
sempurna tu lain cerita..budak2 apalah yang kita harapkan..yang tua kedana pun masih ada jugak yang tak sempuna solat 5 waktu tu:-)
yang penting dibiasakan:-)
lepastu baru sesi pembelajaran diteruskan...
harapnya ilmu itu masuk dalam hati anak2 saya:-)

January 16, 2013

ohh boo-larr

Assalamualaikum w.b.t

Hmmm debar sengoti male tadi..tapi keputusan adalah muktamad 1-1
Masih kekal dengan rekod tanpa kalah ditempat sendiri.
Saya tak pergi pun..anak sekolah mana boleh nak gi kalu tak bukan cuti sekolah.
Tapi che abang saya pergi...dia cakap "meh2 nok pere" - macam nak berperang!!!
Apa taknya..geng2 johor datang bawa askar tu..siap bawa M-16...aduhai
Sampai macam tu sekali. Patut ke buat macam tu?
Apa ni? Kami pun orang Malaysia ok.
Cumanya kami ada semangat Tok Janggut tu yang pantang dicabar & dilawan..
Seluruh pelusuk negara ada kami..sekali orang usik..mmg kami akan ingat tau.

Main bola buat cara main bola la..tak payah la sampai nk bawa askar..
kami tahu hormat orang bila orang pun tahu hormat kami.

boo-larr tu maksudnya sudah la..
bukan sudah la tak payah main bola, tapi sudah2 la nak provok kami.
Sarang tebuan kalau tak usik tak apa2 kan?
main la secara pro..kata semuanya profesional:-)
tengok la...ini yang mereka bawa:-) saya amik dr FB Kelantan The Red Warriors Malaysia. Ooo patut la dia nak lawan "worriors" kan tu yang bawa 'bedil' huhuhu:-)

January 15, 2013

rindu

Assalamualaikum w.b.t

Suka cerita ni...mengingatkan saya kpd arwah ayah...bela lembu buat korban...monyet naik kelapa...ahh macam2 lagi la..cerita yang penuh cerita tersirat..rasanya ikatan keluarga macam tu kan?

Al-fatihah untuk arwah ayah.

January 09, 2013

Berpada-padalah:-)

Assalamualaikum w.b.t

Banyak status kwn2 bercerita ttg anak..kan baru buka sekolah.
Macam2 yang di "up" sbg post..
satu yang saya terpanggil nak kongsi, kisah ank2 yang kena pikul beg smpi 4-5kg...
sempat lagi dia timbang berat beg anak dia kan:-)
Well...mak zaman sekarang semua concern...terlebih concern pun ada:-)
.
.
.
pastu bagi cadangan la pulak...pki tab ke ipad ke kat sekolah...
amboiii kemain kan nak mudah2 saja:-)
yang mampu ok lah kan?
kalau yang tak mampu tu, macamana?
kan dah down pulak budak tu..sb mak+pak dia takboleh nak sediakan gadget2 tu. tak semua orang mampu kot...lagi2 yang kat kampung nun..yang mak+pak tak kenal pun segala menatang gadget2 tu semua:-)
.
.
bagi saya, oklah kalau awak boleh sediakan semua jenis gadget kat anak2...tapi setakat kat rumah sudahlah.
kat sekolah, biarlah dia belajar sama macam anak2 yang lain.
awak nak bagus sangat pegi hantar private school larrr takpun international school.
hah kat situ boleh la kut nak berlawan gadget sapa paling 'in'
.
.
disebabkan tsunami gadget nilah...dah takder rasa nak berkomunikasi secara lisan dengan orang sekeliling.
bayangkan dalam rumah sendiri pun dok main tweet2 jer...
kan dah hilang kemesraan secara fizikal...
semua dok ralit ngn gadget...
.
.
biarlah anak2 rasa susah sikit nak belajar...
barulah semangat tu lahir dengan rela hati nak belajar.
kalau dah terbiasa dengan kesenangan, bila jatuh tersungkur sukar lah nak bangun balik.
kita tak tahukan apa akan jadi lepas ni..even 2-3 min lepas ni.
mana tahu sampai masa kita tinggalkan anak2, kita tak tahu apa akan jadi dia lepas kita tiada.
jadi ajarlah anak2 untuk bersederhana & bersyukur.

January 06, 2013

Anak solahah saya : Kakak Menangis

Assalamualaikum w.b.t

Hari kakak nangis takmo dok tadika...
aduhai kakak..rasa kesian pulak biarkan dia nangis dan lepaskan pada cikgunya.
macam tu rupanya rasa bila anak nangis taknak duk sekolah..lagipun mmg cikgu dia pun minta kita cepat2 tinggalkan sebelum dia nangis lebih kuat. Agaknya dia syok dok rumah 2 hari cuti weken, tu yang takmo dok tadika bila hantar hari ni:-)
harap tak lama la dia berperangai macam tu:-)

p/s saya ada baca tips pasal anak nangis taknak ibu (parents) tinggalkan..
In sha Allah boleh berkongsi bersama. Semoga anak2 yang takut untuk kesekolah akan rasa tenang bila parents amalkan doa ini.Sila ke page Ikhtiar Muslim untuk mengetahuinya.

Banyakkan baca Al-Fatihah, dan berdoa semoga hati anak2 kita lembut dan tenang. Serta diterangkan pintu hati mereka nak menerima ilmu.

re: bukan berlagak tahu..sekadar berkongsi.Saya pun risau ni:-)

January 03, 2013

Anak Solehah Saya : Ke Tadika

Assalamualaikum w.b.t

Di Kelantan sudah 3 hari sesi persekolahn bermula untuk tahun 2013.
Walaupun hujan/banjir masih lagi berterusan, sesi persekolahan tetap diadakan seperti biasa.
Mungkin ada lah yang terpaksa tutup (tapi rasanya di Kelantan tak ada)
.
.
Sudah 3 hari juga lah kakak kat tadika..
so far so good:-)
.
.
Saya hantar kakak ke PASTI Al-Insaniah, Ketereh
Setelah survey beberapa tadika sebelum ni, kami ambil kata sepakat nak hantar ke situ.
Dengan yuran yang munasabah dan sesuai dengan kehendak kami.
pagi tadi...baru berkesempatan nak amik pic..adik pun sibuk nak gi sekolah:-)
Dengan bermulanya fasa (amboi berfasa2 pulak) baru untuk kakak, makanya jadual kami pun turut berubah.
Kami kena awal, biasa boleh turun rumah 8++, sekarang saya kena turun sebelum 7.45am.
Biasa boleh rilek2 sekarang omwards takde lah. Nak kena prepare breakfast najibah. Nak tak nak dia kena makan jugak pagi2 tu. Dia dah selalu bangun lambat...jadi makan pagi pun biasa lambat la.
.
.
Pengalaman baru untuk kami, agak susah la nak pujuk dia mandi pagi2 tu...siap ada adegan melalak la jugak...huhu
tabah sudah la..walau pun dia nangis bagai nak rak macamkan kami dera pulak..kami tetap mandikan dia.
takkan nk gi sekolah tak mandi pulak kan? huhu cabaran la jugak tu.
Tapi bila dah mandi siap wangi2 ok la pulak...
harap lepas ni akan bertambah baik.
.
.
Di sekolah pulak, saya tak tahu macamana, sebab saya terus tinggal dia, takmo lama2. Nanti bukan kakak yang nangis, ibu pulak yang lebih (hoooverrr:-)....
Saya rasa takder apa sangat la kut, baru 3 hari kan..
pagi tadi hantar, ramai la pulak yang nangis...risau kut2 berjangkit pulak...hehehehe
Harap2 tak la...kita sambung cerita anak solehah saya lain kali ya, tu pun kalau ada yang menarik untuk dikongsi...insyaAllah.


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi