Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

May 23, 2014

Bergantung pada-NYA

Assalamualaikum w.b.t

**Entri schedule
Petikan dari wall FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah seekor kijang mengandung...
Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan... memikir bahawa itu satu kawasan selamat.
Perutnya mula sakit.. tetiba langit mula mendung diikuti dengan petir.. petir menyambar rumput kering di sebelah utara kijang ? kebakaran hutan berlaku. Di tepi baratnya, ibu kijang terkejut melihat seorang pemburu sedang mengacukan senapangnya ke arahnya..Ibu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.
Utara ? api membara
Timur ? si harimau kelaparan sedang ingin menerpa
Barat ? si pemburu dengan senapang
Selatan ? sungai yang deras...
Langit ? mendung berpetir bakal hujan
Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk beranak?
Bolehkah ibu kijang dan anaknya selamat?
Apakah kedua-duanya bakal mati?
Sempatkah anak kijang dilahirkan?
Apakah kedua-duanya akan mati dibakar?
Ibu kijang mati di tangan siapa? Pemburu atau harimau?
Apakah ibu kijang sanggup lompat sungai dan lemas?
????????.
????????.
????????.
????????.
Ibu kijang tidak melakukan apa-apa. Ibu kijang hanya fokus pada tugas memberikan nyawa baru kepada anaknya.
Semua perkara yang difikirkan di minda anda tidak terjadi.
Dalam sekelip mata. Petir menyambar dan membutakan mata pemburu tatkala beliau menekan senapang beliau. Senapang itu tersasar melepasi ibu kijang....dan terkena pada si harimau dan luka parah. Hujan mula turun, api dipadamkan. Saat kemudiannya, anak kijang lahir di dunia.
Cerita ini adalah untuk kita melihat bagaimana minda boleh memerangkap seseorang dari segala penjuru secara negatif. Tanggapan minda begitu kuat sehingga menyakinkan kita bahawa kijang akan mati dan kita pula mati akal.
Jangan buat keputusan dengan terburu-buru. Fikirkan kita sebagai ibu kijang, yang dipenuhi pelbagai cabaran, tapi tetap mencapai kegembiraan di akhirnya.
Segalanya boleh berlaku dalam hidup ini sekiranya iman kita kekal utuh kepada Allah dan percaya bahawa Allah akan menjaga kita. Dan fokus pada tugas di tangan (melahirkan anak kijang) dan buat dengan sebaiknya, Allah akan bantu mereka yang berusaha dan tidak berputus asa. Insha-Allah.
Senyum...

May 22, 2014

Mewarna

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu lepas 17/05/2014, kakak ada masuk pertandingan mewarna...
cikgu tadika dia pilih, katanya kakak boleh mewarna.
so okaylah...hantar la dia pergi..
tak amik gambar pun sebab dok melayan hero...
lagipun, urussetia tak bagi masuk kat tempat budak2 nak mewarna tu...so just leave she there.
event tu rasanya sempena hari muslimat kut...
antara pertandingan yang dibuat...untuk budak2 mewarna tu je kut
- deko pulut kuning
- cara dodoi anak
- muka seiras
- cabutan bertuah
lain2 tak tahu pulak saya
.
.
kesudahannya kakak tak dapat nombor pun...
tapi no.1 - no.3 semua kawan2 dia..tapi umo 6thn la..dia sorang jer 5thn
ramai jugak yang masuk...
kebanyankan tak sempat siap, sebab tak biasa  warna kertas A3...besar sangat kut bagi dorang...
gambar famili masa raya.
tak sempat saya nak amik gambar yang kakak warna...sebab dia terus hantar nak terkucil katanya:-)
takper lain kali pulak ye kak...bagi akak merasa ok dah.
kakak nun kat tengah2 ada 3 orang girls tu...kakak pakai tudung pepel...tu kawan2 dialah tu...yang berdiri tu cikgu dia...tu jerlah seketul gambar yang sempat diambil...tu pun dah hujung2. Macam2 gaya ada..meniarap la menonggeng la...huhu

May 21, 2014

bebelan semata

Assalamualaikum w.b.t

ya saya masih belum bersalin....dup dap dah ni...
hari ni nak membebel jer...
biasalah ibukan...kalau tak membebel tak sah...
.
.
kakak exam minggu ni...
selamba jer budak tu...alah ibu pun sama..
apa ada hal baru 5 tahun kut...
enjoy jerlah kak...
tapi kemain lagi bila tanya, boleh...boleh jer memanjang :-)
ibu doakan kakak yang terbaik:-) insyaAllah

my boss....dia ni tahu ke tak saya nak bersalin dah ni...
kemain lagi bagi assignment...huhu
nasib la klu x sempat nak buat..
agaknya dia ingat staff dia ni lambat lagi kut....tapi surat cuti bersalin dah email..ke dia tak baca ni...tapi no.2 saya juga sudah cakap directly kat dia saya punya due date sekian2...ke dia tak ingat...hmmm apa2 jer lah. tahu lah dia tu kut:-)
iyalah dah due date pun masih lagi ke ofis...
malas saya nak amik cuti awal...
duk rumah pun bukan ada apa nak buat...
melanguk jer sorang...dah semua takder,
petang baru nampak muka semua orang...tak nak lah...
baik pegi ofis....klu nak bersalin pun mesti ada tanda kan....insyaAllah, Allah tolong:-)

apa lagi ek...
hahha nak membebel pun kena fikir...
ah sudah...lain kali la pulak..
tepu sudah takleh nak fikir:-)

May 17, 2014

Wau lagi

Assalamualaikum w.b.t

entri yang lepas tu takder gambar wau yang kami buat kan..
ok ini 2 biji wau yang abah dorang baru buat..
yang besar tu dah success, yg kecik pulak terkoyak sebab berebut...so kena tampal lain...
sebenarnya dah banyak biji jugaklah buat...tak sempat nak amik gambar jer..
anak-anak excited sangat nak naikkan wau2 tu...
ini wau yang terbaru....dah naikkan beberapa kali..okaylah naik dengan baik. selepas beberapa kali cubaan.
bukan mudah ya nak naikkan wau...baru saya tahu..
kena tahu cari keseimbangan.....
dah nak habis musim kut..sebab banyak bendang yang dah dibajak...takleh nak main la bila orang dah tanam padi....saya tak pergi pun tengok..tak larat sudah...tapi dengarkan dorang bercerita macam seronok sangat..enjoy kata kakak...huhu
kaki tu takyah cakaplah dengan hitamya sebab dorang pijak jerami yang dah dibakar...baju toksah cerita la...nak kena sental dengan tangan takleh masuk mesin sebab habis hitam kena debu jerami yang dibakar tu...sabar jerlah...tapi tulah kenangan kan...boleh dicerita kembali bila dah besar nanti:-)


May 16, 2014

Perjuangan

Assalamualaikum w.b.t

**Entri schedule**

Petikan artikel dari wall FB Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man 

Wahai anakku,
Islam pasti mencapai kemenangan kerana itu janji Allah, dan kita yakin dengannya. Hanya apa yang aku bimbang apakah kita mendapat saham di atas kemenangan itu. Kerana itu, janganlah engkau lengah menghabiskan masa mudamu dengan perkara yang sia-sia, kerana dunia ini akan melekakan kamu dan menjauhkan kamu dari perjuangan dan jihad. 

Wahai anakku,
Rasulullah tidak akan ditentang andai sekadar mengajak manusia kepada amal ibadah fardiyyah. Baginda tidak ditentang sekadar mengajak manusia untuk solat dan zikrullah. Baginda ditentang kerana aqidah yang dibawa, sehingga segala-galanya akan berpaksi kepada ketauhidan kepada Allah.

Wahai anakku,
Bersabarlah di atas lamanya perjuangan untuk mengecapi kemenangan kerana Allah mempunyai jadualnya. Ikutilah perjalanan perjuangan dan jihad ini, teguhlah kesabaranmu, tabahlah hatimu. Tingkatlah ketaqwaan sementara kemenangan yang bertambah hampir.

Wahai anakku,
Andainya kamu tidak berkesempatan untuk merasai kemenangan di dunia ini, janganlah kamu terlalu kecewa kerana kemenangan sebenar sedang menantimu di akhirat. InshaAllah semoga Allah merahmati perjuanganmu.

Senyum.

May 15, 2014

Mohd Syahmi

Assalamualaikum w.b.t

ank bertuah saya ni tak lama lagi nak jadi abang dah.
pantang orang panggil dia adik..terus betulkan - abe lah:-)
abe mi in action....nak gi ngaji harus la ensem:-)



dah belajar ngaji dengan tokmek dah...
klu saya yang ajar, hmmm banyak betul tang konarnya...huhu
tak boleh nak banyak sikit...mula la keluar macam2 peel.
anak lelaki:-) tapi saya ajar jer sambil dia dok main pun boleh:-)
tak perlu nak formal sangat kan

ingat lagi masa pregnant kan kakak...saya teringin la sangat nak anak lelaki...
ntah kenapa saya lebih prefer anak lelaki dari pompuan...tapi Allah punya kuasa, anak 1st saya pompuan...dan alhamdulillah Allah bagi ank ke-2 saya lelaki...Allahuakbar
syukur jugak kakak tak la berpewatakan lelaki kan...kalau tak jenuh pulak...alhamdulillah

syahmi ni suka sangat la 'berperang' dengan abah dia...sakit pulak mata saya tengok...
kalau dia buat mmg betul2...tahan jerlah abahnya...sapa suruh melayan...
bila abah suruh buat ibu, tak buat dia...jeles abah...main kuda2 lah...panjat2 la...aduhai...gerun kadang tu nengoknya...
anak lelaki takperla main macam tu...kalau nak pompuan jangan la...
saya plan nak hantar dia kelas tekwan-do la bila 5-6 thn nanti...
biar dia belajar secara formal....dulu arwah ayah saya ajar silat, saya tak pernah belajar pun...ke nak hantar belajar silat ek? huhu tengok lah apa yang dia suka...
lagi satu nak hantar kelas belajar berenang...kat KB ni kat mana la ya...tak pernah jumpa pulak saya...google pun macam takder jer...nak sangat anak2 tahu berenang...ibu mmg tak reti la....

** sambung lain kali la pulak..takder idea la nak tulis apa:-)

May 12, 2014

Makanan anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

jujurnya saya bukan orang yang arif tentang masakan....
saya masak pun sebab suka:-)
sedap @ tidak bukan penyebab untuk saya tidak mencuba...

tapi bila tiba masak untuk anak2
kadang saya jadi blur...
iyalah, hari ni kita masak sup kemain lagi dorang makan sampai hirup2 kuah...
tapi bila lain harinya kita masak taknak la pulak....jadi apa yang mereka suka,
kita ingatkan sup lah makanan feveret, rupanya tak...
cuba pulak lain...kita masak pulak ikan masak kicap...sedap agaknya..makan sampai bertambah2...
tapi tak la pulak bila buat untuk kesekian kalinya...aduhai anak...apa yang kamu nak ni...
kadang amat payah nak meneka makanan kegemaran mereka...

pasta? jangan harap la dorang nak makan...buat masa ni la...lidah orang kampung gitulah agaknya..masa kecik2 baru nak belajar makan dulu, okay jer...sekarang tak lagi...same goes to me goreng...bukan makanan kegemaran jugak...najibah terutamanya...cerewet nau bab makan mek tu:-)

sekarang ni bihun goreng menjadi pujaan....tak tahu la untuk berapa lama...
agaknya dorang ni makan bermusim...susah la ibu nak bajet apa dorang suka:-)

tapi saya tetap masak...kena la makan jugak, even tak kena selera. makan 2-3 suap pun jadi lah...setiap hari kena rasa air tangan ibu ya....ibu masak dengan kasih sayang tau....

buah, yang ni mmg kena sentiasa ada dalam icebox...sekarang musim buah mangga (pauh org kelate cakap)...murah sangat sekarang, 5kg baru sepuluh hinggit...
saya siap buat jeruk lagi buah pauh ringan (pelam kampung)...sedap...musim panas kan sekarang, bila makan jeruk pauh sejuk2 huhu terbaik ah...
ini lah pauh ringan....gambar google ya:-)
eh tadi citer makanan anak2 ni dah melalut sampai mana dah...hehehe soriiii

kesimpulanya..agak susah la nak tambat hati anak2 ni....kadang kita masak simple jer..cth nasi goreng biasa jer...best jer dorang makan...suka2 dorang jer kan...takperlah, janji kita masak:-) sambil masak tu jgn lupa doa ya...berzikir...insyaAllah anak2 lembut hati:-)

38 Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni masuk 38 minggu...menunggu hari jer ni...
kakak & syahmi dulu pun area jer ni...
beg nak bawa gi spital dah ready...
baju2 & sampul tilam + bantal semua dah basuh...
cuma nak kena ready mental & fizikal jerlah

berat pregnant kali ni..belum bersalin lagi dah jejak 65kg....
banyak tu nak kena buang lepas ni...
harap2 metabolisme masih tinggi la...
susah nak buang segala lemak yang ada bila umur pun dah banyak ni:-)

pagi tadi ada amik gambo...alamak tuan punya badan pun gerun tengok pipi kemain kembung...macam kuih pau...kita simpan jerlah buat kenang2...hehehe
kalau ikut due 24/5...kita tengoklah dia jejak ke EDD tu...




May 11, 2014

Bonda - Cinta kamu hingga ke syurga

Assalamualaikum w.b.t

** Entri schedule ni**

Ooo bulan ni bulan istimewa kan...
semuanya pun ada...

Hari Jururawat - 12 May
Hari Ibu - 11 May (Ahad ke-2 setiap May)
Hari Guru - 16 May

Yang paling istimewa semestinya Hari Ibu kan...
Jujur, saya x pernah raikan pun hari ibu ni....paling tidak ucap selamat jer...orang kampung biasa jer macam tu...

Tapi kasih & pergorbanan ibu tetap kami hargai...seumur hidup 
tanpa dia takderlah kita kan...
doa dia sentiasa mengiringi kita, even seburuk mana pun anak itu...itulah ibu
tak pernah mendoakan yang buruk2 untuk anak

Untuk mek,
Terima kasih atas apa saja yang telah mek berikan sepanjang hidup ini
takder apa yang boleh membalasnya...
cuma berharap dapat menjaga & menberi kasih sayang yang tak bertepi buat mek selagi hayat dikandung badan....
Riak wajah mek yang tak pernah menunjukkan keletihan sepanjang menunaikan tangungjawab sebagai ibu, sementelah tanpa lelaki yang bergelar suami...semuanya ditanggung sendiri...betapa kuat mek...kalau anak mu ini belum tentu dapat  lalui benda yang sama...
Dihujung2 usiamu ini, anak mu ini mohon segala kegembiraan dan rasa senang itu milik mu....ameen
Selamanya pun mek tetap dihati....
Panjang umur ibu ku ini Ya Allah..tak pernah aku rasa cukup dengan kasih sayang dia...pinjamkan aku dia selama yang mungkin. Berikan dia kesihatan yang baik, rasa ketenangan & kebahagian.
p/s untuk semua yang bergelar ibu....hari ini hari kita...Selamat Hari Ibu semua:-)

May 09, 2014

Antara Jambatan Dgn Tembok

Assalamualaikum w.b.t

Artikel dipetik wall FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah dua beradik…

Satu masa dahulu, ada dua beradik yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi antara satu sama lain.

Ia adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan, pekerja dan hasil untuk sekian lama.

Kerjasama utuh antara dua adik beradik sebelum itu akhirnya berkecai. Ia bermula daripada satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar sehingga
akhirnya pertukaran kata-kata melampau serta melukakan hati diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.

Satu hari, ada seorang datang mengetuk pintu rumah si abang. Lalu abang membuka pintu dan melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.

“Saya sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh buat?”

“Ya,” jawab si abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar di kebun belah sana itu. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik saya. Minggu lepas kami bergaduh besar, dan dia ambil bulldozer lalu mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kami. Adik saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci kepada saya. Saya nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”

“Lihat kayu balak di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi saya kelihatan buat selama-lamanya,” tambah si abang lagi.

Riduan mengangguk. “Saya faham situasi encik. Berikan saya paku, mesin untuk mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang encik mahu itu.”

Selepas itu, si abang itu terpaksa ke bandar selama seminggu untuk mencari pelanggan baru.

Setelah menyediakan semua bahan mentah untuk Riduan – si abang terus ke bandar.

Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.

Si abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.

Setibanya di kebun, si abang terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat apa yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan menjadi bengis.

Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.

Apabila terjumpa Riduan, si abang dengan marah mahu berkata, tetapi belum sempat dia berkata, si adik menyampuk “Apa awak buat…." Rupa-rupanya adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.

“Tak sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik… Adik yang tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.

Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.

Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.

“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata si abang.

“Saya nak pergi, terdapat banyak lagi jambatan yang sedang menunggu saya untuk dibina,” kata Riduan.

“Mengapa saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?” tanya si abang yang masih tidak memahami niat Riduan.

“Apa gunanya kehebatan ilmu membina saya jika saya gunakannya untuk galakkan permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya marah kerana tersilap kata?

"Apa gunanya umur panjang kalau kita biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba membantu mereka?” jawab Riduan.

"Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah
beliau lagi.

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk engkau mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan keburukan dan mencari masalah.

Wahai anakku,

Jika kamu seorang yang positif, kamu akan suka meringankan masalah sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah.

Jadilah seorang yang positif dengan mengecilkan masalah yang besar, daripada menjadi seorang yang negatif membesarkan masalah yang kecil.

Senyum kerana Allah menyuruh kita terus berusaha untuk mencapai kemenangan.

p/s pilih la menjadi jambatan untuk menjalinkan ukhwah dari menjadi tembok yang memisahkan ukhwah:-)

May 08, 2014

Kes Jenayah ke apa?

Assalamualaikum w.b.t

balik keje semalam,  jalan kb-kuala krai
mmg perasan exora tu naik laju sgt...pastu potong kiri kanan...
dalam tu nampak cam muda2 dan dalam 4-5 orang...
exora tu tahan kete gen2 ala ganster...
tengah2 driving exora minta stopkan kete gen2 tu...pastu sorang tu siap turun kete pegi ke kete gen2...
saya tak tahu la apa kesudahannya...tapi nampak macam ada kes jer...haraplah driver gen2 tu takder apa2.

p/s sekarang ni macam2 kes....doa bebanyaklah minta perjalanan kita selamat...dijauhkan dari kes2 macam tu...

Bersedia mental

Assalamualaikum w.b.t

yup saya kena bersedia dari segi mental....
yelah...berpantang kali ni (insyaAllah) akan dirumah sendiri...
siap sedia jerlah dengan rumah yang akan jadi macam kapal pecah...
huhu..
saya faham, orang lelaki semuanya pun 'take it easy'
kita orang pompuan jer yang semuanya pun nak cantik...tersusun, bersih, kemas semuanya la...

takper saya cubalah...dapur & bilik air la yang paling saya tak boleh tengok kalau dah keledak...
nak suruh kakak pun, kecik lagi kan...
harap mata dia samalah dgn mata saya tak boleh nak tengok bilik air berkeledak....ni ada jugak saya basuh bilik air kalau dah tahan sangat ni walau dalam pantang....ala mana ada orang tahu pun kan...senyap2 sudah lah...pas tu kita bertungku la sepenuhnya:-)
kalau kat rumah mek berani nak buat macam tu...
sabar jerlah...tak lama pun biasa kalau bersalin normal - 2 minggu (insyaAllah) dah sihat....boleh lah kut buat sikit2...
masak saya tak risau sangat...sebab tahu dia boleh...
takperlah, kita tengoklah macamana....

May 07, 2014

Wean Off & Diapers free

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya....ya akhirnya....
Syahmi boleh wean off....
hahaha yo..yo ooo jer kan...
tapi okaylah kan...
ibu letak sirap+kopi...
pastu letak garlic..
garlic kan ada bau...so ibu cakap itu ubat..sb tek ibu sakit:-)
dia tanya knp sakit..ibu cakap sebab syahmi gigitla...syahmi kan dah besar so gigi syahmi dah tajam:-)
hoho...anak apa saja yang ibu cakap mesti percaya:-)
tapi malam2 kenala berdodoi sayang...atleast lega lah...okay syahmi...ibu harap ibu telah menunaikan tanggungjawab ibu untuk syahmi ya....selama 2thn++
insyaAllah nanti untuk adik baby pulak:-)

pasal diaper free pulak..masih belum sepenuhnya
siang mmg tak pakai la...malam jer
ibu+abah tengah dok berusaha untuk malam pulak...
syahmi ni kalau ganggu dia tido nanti dia buat peel..nak memujuk dia ni agak susah:-)
slow2 jelah dulu...
ibu try jugak...tak pakaikan diaper...tahan sampai subuh la jugak...hehehe
bila subuh2 tu cepat2 pakaikan..kang tak pasal lencun tilam:-)
kita usaha sama2....satu tips ibu apply kat kakak dulu, selalu sapukan minyak angin kat bahagian abdomen dia...insyaAllah tak kencing malam...selain kejutkan dia 2-3x kali semalam.
okay...harap dapat membantu ibu2 kat luar sana jugak:-)

Sayu

Assalamualaikum w.b.t

perasaan sayu pulak bila dekat2 nak deliver ni...
tak tahu nak cakap macamana...tengok anak2 pun sayu...
tengok abang pun sayu...
tengok mek pun sayu....
aduhai...Rabbi yaseer walaatua'sir....semoga Allah permudahkan segalanya..ameeen

May 02, 2014

Doa

Assalamualaikum w.b.t

hari ni takder artikel nak dikongsi...
cuma sedikit peasanan....banyakkan doa dlm sujud terakhir setiap solat kita...ini antara doa yang boleh diamalkan...insyaAllah.
p/s Mintalah apa saja dengan DIA...sesungguhnya DIA MAHA KAYA:-)

May 01, 2014

end of april 2014

Assalamualaikum w.b.t

dah pun masuk bulan 5....
saya ada lebih kurang 3 minggu untuk terima orang baru dalam famili kami..insyaAllah
doakan kami ya...cuti bersalin kali ni best rasanya..sebab masuk bulan puasa sekali...
harap2 tahun boleh puasa penuh la ya:-)

tahun ni solat raya mesti warna-warni...
yelah...sekarang kan trend telekung lycra yang warna-warni tu...
akak saya ada offer, tapi buat masa ni saya masih prefer untuk warna putih...tak tahulah lepas ni berubah hati ke apa kan....huhu
contoh orang jual kat Fb..cantik2 kan?
bercerita telekung solat macamkan boleh gi solat raya jer....yelah saya tau..anak kecil agak susah kan nak pergi nanti...takpelah lain kali, insyaAllah.

baju raya? apa-apa jelah tahun ni...ada rezeki ada la baju raya tu...orang dah tempahkan...saya tak terfikir pulak untuk saya...untuk anak2 adalah...nanti kita pergi beli...beli awal2 okay lah sikit kekalutannya:-)
cakap baju raya, kawan yang tinggal puasa sb ABC (Allah Bagi Cuti) tu dah ganti ke belum...cepat2 ya...Ramadhan nak datang tu...jgn lewat2.

hehehe apa lagi ek  nak di coretkan...
cukuplah kut..takder idea pulak...
smpi jumpa lagi, InsyaAllah
 

p/s Selamat Hari pekerja semua:-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi