Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

February 16, 2011

bila dah tahu meminta


salam...
ya, n3 ni mmg relate ngn najibah...
biasa la blog ibu2 kan->mesti berkisar ngn kisah ank2.
.
.
anak ibu ni dah tahu meminta kisahnya...
abah dia yang cite ni...
kisahnya, ada org tanya dia 'ibu mana'
dia pun jawab la, 'ibu gi kije, nanti nak beli nak laptop'
amboi2....laptop tu.
tapi mmg ada suatu hari tu dia ada minta beli laptop untuk dia.
baru 2 tahun dah tahu minta beli itu ini...
sekarang, kalau ada org bagi duit kat dia, mesti dia kasi ibu untuk simpan->nak beli laptop katanya...
huhu so lovely.
nanti insyaAllah ibu belikan yang menan punya ya->mainan la dulu, dah besar sikit ibu kasi yang real...
lepas ni tak tahu la apa lagi yang dia minta.
.
.
.
tapi betul ke tgk skrin/tv lama2 boleh rosakkan minda anak2?

February 13, 2011

Cerita Weken

sama cam biasa.
weken yang rutin.
cumanya, minggu ni buat kek untuk poksu najibah.
pagi sabtu tu bangun lepas bekfes ketupat sotong terus buat sementara assistan belum bangun...
tapi belum sempat pukul telur cik assistan dah bangun.
so "terpaksa" korbankan tepung & bahan2 lain untuk cik assistan...
jom layan beberapa gambo yang sempat diambil.
.
.
.
"Selamat Hari Lahir Farhan"
Alahmdulillah, syukur pada Allah untuk segalanya.
(cerita farhan ada n3 sebelum ni, malas nak backlink sb taknak ingat apa yang terjadi)
Apapun saya sangat gembira dengan dia sekarang.
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk dia.
Semoga dia panjang umo, murah rezeki dan dapat jodoh yang baik.
Kami semua sayang kamu Farhan.....

kek untuk farhan...cuba buat saja...tapi oklah jadi jugakla

Ok kita tengok chef kita...

.
.
.
hari jumaat ada pegi Tok Bali cari lauk
teringin nak makan ketupat sotong, so beli minta mek buat....
lupa pulak nak amik gambo yang dah dimasak...
bukan makan bnyk pun, rasa je pun...nak makan tu beriya je.
keropok keping di tok bali adalah mahal, bagi saya lah.
sebab kalu kat pasar ketereh lebih murah...ingat kat tempat ikan banyak boleh murah, rupanya lagi mahal...kalu sedap takpe jugak.
Sekitar gambo kat pasar Tok Bali.
Akak2 & makcik2 ni sedang pilih ikan yang baru sampai...

bot2 yang baru berlabuh..

najibah yang takberapa in mood....
.
.

resepi mudah untuk dikongsi...cubalah.
bahan nak buat ketupat sotong->beras pulut, sotong sederhana (kalu besar sgt liat), santan.
cara-> perah santan, pastu rendam beras bersama santan (dlm 10-15min), pastu masukkan ke dalam sotong, santan yang lebih masukkan dlm periuk untuk direbus. Masukkan gula+gula melaka. Rebus sampai pekat & pulut masak....

February 08, 2011

cokelat & aiskrim

cokelat mlm tadi, dalam tu ada badam & kismis...pagi tadi dah bedal dek abah najibah dah, belum sempat anak merasa...tapi nampak najibah pun suka.
p/s Jeri jadi tak ni?
semalam buat dua benda ni untuk najibah...
sb nak sgt buat bendalah ni, anak2 ngasuh najibah suka sangat buat balik cokelat(sweets) & makanan yang tak sepatutnya untuk najibah bila balik dari sekolah->nak larang kang dikata terlalu berkira.
so sudahnya, buat sendiri dan bekalkan untuk najibah.
cokelat tu kawan lama yang bagi resepi->lama dah dapat, tapi bahan takder so mintak tolong dia belikan...jadilah jugak. nanti nak kena pelbagaikan so budak najibah takderla jemu.

aiskrim buah mangga dan cokelat....siap gaduh2 ngan najibah->tak sabar nak makan aiskrim yang belum keras...huhu->excited sb kartun2 tu agaknya. Tgk petang ni kalu dia makan, ok nanti ibu pelbagaikan rasa eskrim tu ya....zaman ibu dulu ada eskrim potong ngn dalam plastik panjang seposen satu....zaman sekarang macam2

aiskrim tu cuba je...buat dari susu dia cuma tambah rasa je. bukan tambah perasa tambahan la, itu mana boleh untuk budak kan, tambah rasa contoh cokelat, buah-buahan.
semalam buat cokelat ngn buah mangga. Ada stok mangga, so buat mangga la. blend & hiris nipis untuk taruk dalam tu...harap sedap & najibah boleh terima.
najibah mmg susah nak minum susu lepas dah cerai susu hari tu. so far, sebelum ni susu dia saya ada buat agar2 & puding->ini mmg dia makan. kalu setengah loyang kecik tu habis dia makan..
ok la kan, dari tak minum susu langsung.

Tapi serius mmg susah nak tarik budak nak suh makan. kalu makanan merapu tu cepat je. Abah najibah kalu nak suap makan kat najibah,mmg sampai budak tu jerit takmo....
tapi kalu time dia ada selera mmg takpayah paksa, siap dia pulak mintak...
saya peratikan najibah ni sekali sebulan mmg akan ada time tak lalu makan....time tu mmg bercinta la nak kasi dia makan.

33++

33++ minggu sudah..
so far semua dalam keaadaan baik.
baby pun dah pusing ke normal.
cuma kena tengok balik 36 minggu nanti->alhamdulillah
nurse ada tanya jugak, awak ada urut ke?
hmmm jawap tak jelah, walaupun ada.
mmg ada urut pun.
moyang pada abang mmg bidan kampung...
so boleh dipercayai,jadi mintak tolong dia la..boleh ngada2 sikit.
selain tu, ikut pada kata kak nik suh sujud lama2 time semayang...
rasanya itu yang terbaik.
Urut tu boleh hilang lenguh2, jadi sentiasa bergantung haraplah padaNya.
Hanya DIA yang Maha Mengetahui....

February 07, 2011

Halloooo

halllo semua...
hr ni baru ada rasa nak update..
smlm dah keje, bukak blog kejap...tutup...bukak..tutup..
huhu
nampak sangat la takder idea...
cuti panjang pun buat lagi malas.
cuti jugak tak tercapai hajat nak jln2 sebab eh kenduri sana sini...
jadi bila nak berjalannya ni...asal cuti panjang je kenduri..
kenduri je cuti panjang....ada sikit rasa geram kat orang itu.
bila kita ajak..ya2 je, sudah nya plan jer beriya...malas nak kata apa..nak emo la ni..
.
.
.
lupakan lah...terima je seadanya.
best jugak sb kaklong balik
dan buat nasi ayam yg dah lama saya nak buat tu...
last2 boleh jugak mkn nasi ayam homemade.
sedappp sangat...kalu saya buat tak mungkin sesedap itu kut...huhu
so baby tak kempunan la nak mkn nasi ayam...
.
.
cite pasal baby ni, ramai yg tanya baby laki @ pompuan.
entahlah, sb saya takder intention nak scan jantina dia.
bagi kami suami isteri, baby lahir selamat dan sihat sempurna, syukur sesangat.
lagi2 preggy kali ni kami kena adapt ngn masalah baby songsang.
mintak2 la nak sampai due nanti dia kembali ke kedudukan normal. kalu tak redha jelah apa jadi pun. Ceaser pun ceaser la, janji selamat.
kalu dapat laki,itu bonusla buat kami. Sb kami dah ada kakak najibah:-)
.
.
cerita kakak najibah pulak hmmmm
mmg la dah bnyk songehnya...
tapi yang paling kami geram, perangainya yang suka merajuk kebelakangan ni..
sikit2 nak merajuk...lari duk kat celah2 mana.
adoila pening nak pujuk dia.
suka sgt menjerit. sakit telinga dengar. Sabar jelah.
saya rasa najibah ni terlebih manja. Tokma dia, mak ngasuh dia anak2 mak ngasuh dia->semuanya pun ikut kata dia...tu yang buat ibu dia geram ni. Tak boleh jadi ni, nak kena buat something, sb kalau macam tu mungkin dia membesar dengan takder sifat berdikari & keyakinan diri. Hujung minggu mmg saya habiskan masa ngn najibah...so far dia boleh terima apa yang saya ajar. Tapi bekeng2 ibu pun, mlm tido nak ngn ibu jugak...

February 02, 2011

02.02.11 bersamaan 28 Safar 1432H

Februari sudah...
.
.
.
ok sudah gi wat keje eh.
hari ni belum cuti ya..
esok ya cuti..

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi