Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

August 17, 2014

Alam Ria Pasti

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin Pasti kawasan ketereh buat program "Alam Ria Pasti" - program untuk anak2 pasti, macam pertandingan la jugak..sebab yang juara tu akan wakil kawasan ke peringkat daerah la pulak, kalau tak salah saya lah.
Najibah ada masuk beberapa acara...nasyid, kalam jama'i & sajak
sajak tu dia solo lah...tak sangka jugak saya dia berani, boleh baca depan orang ramai...kalau ibu dia ni mmg mic fobia...hehehe ketar lutut la kalau depan orang ramai....well done najibah
walau tak menang, menitis jugaklah air mata ibu tengok kakak bersemangat baca sajak tu...macam eh anak aku ke tu...
tak rekod pun masa kakak baca tu sebab, risau kang ibu dok depan dia lain pulak jadinya...jadi minta tolong orang amik kan gambo jer...rasanya cikgu dia ada rekod, nak mintaklah kalau ingat nanti.
Air Mata Palestine tajuk sajak saya hari ini...kata kakak:-)
cuba lagi thn depan ya kakak...
suka betul kakak & the geng
cikgu cakap dulu malu2 sekarang tidak lagi...
hmmm malu tu mmg genetik ibu....huhuhu
tengok gambar2 kakak & the geng...gambar gegar sb ibu kena entertain abe mie:-)

alah terselit hero sorang...
peace...
alamak dahi kamu kakak:-)
nasyid...3 buah lagu...last2 yang asma al-husna tu dah kemana peginya....budak2
budak bila dilatih mmg cepat tangkap...semoga semuanya pun jadi anak2 yang soleh & solahah..insyaAllah
minggu depan kakak & kawan kena pegi sekolah Maahad (L) untuk wakil Kalam Jama'i....Kalam Jama'i tu macam pentomin lebih kurang:-) Harap dia okay lah nanti sebab ibu & abah tak pergi pun...tu la nanti 1st time ibu lepaskan kakak.

April 18, 2013

Anak solehah saya: Iqra

Assalamualaikum w.b.t

Najibah ni..saya tak tahu la nak describe macamana:-) 
macam2 peel dia...huhu
kalau bab ngaji tu...nak baca yang tinggi jer...
kalu boleh nak baca Al-Quran terus...sebab dia dok tengok kita baca Quran kan..dia pun sama nak baca jugak:-)
dan kalau baca iqra dengan tokmek dia tu nak baca iqra yang tinggi jugak..huhu
saya biarkan jer la..tapi ada jugak la cakap elok2 kat dia kena baca step by step..kena mulakan dari bawah dulu...tapi dia ada rasa nak mengaji tanpa disuruh tu pun dah syukur banyak sebenarnyakan? so biarkan la:-)
ada suatu malam tu...budak2 ngaji datang..dia pun pretend lah macam dia tu tokmek nak ajar lah konon2nya..
saya tengok jer dulu..ialah budak2 tu baca dah iqra3 ke atas semuanya...saya tak expect pun dia boleh baca....
sekali dengar dia cakap "ni gapo", dan dengar lah dia sebut hurup2 iqra tu:-)
eh...saya macam eh betul ke budak ni dah boleh baca sampai situ...patut la bila saya ajar iqra 1 dia main2 jer..geramla tu kan...iya lah dia boleh baca yang tinggi lagi,ibu dok ajar iqra1 jer.....(mungkin dalam hati dia---alahai asyik duk baca ni jerkan).......aduhhhh(**tepuk dahi ibu) tu la...underestimate sangat kan:-)malu pulak ibu dengan kamu najibah...hehe..nanti kita ngaji sama2 ya..kakak follow ibu, ibu percaya kakak boleh baca quran sendiri pulak nanti:-)
tengok ustazah kita tu...siap minum air lagi..kering tekak agaknya:-)hehehe..jgn ikut ustazah ni, sebab tak pakai tudung:-)
tu gambar semasa....kita tengok gambo dulu2...jadi tak mustahil la najibah suka nak pretend macam tokmek dia.....jap saya up gambo lama dia ya...

tecik lagi ni...dalam 5-6 bulan kut..
hah ni dah besar sikit..1th++ garang ooo ustazah ni:-)siap pegang rotan lagi...banyak lagi rasanya gambar dia tapi lupa dah simpan kat mana...huhu
p/s..kalau kita bila dah biasa dengar @ lihat pasti akan cepat belajar..macam tulah anak2 kan..nampak dorang suka main tapi dorang perati jugak:-)fast learner.

p/s mana tak underestimate..sebab masa hantar pergi tadika asyik duk muncung jer...ibu ingat kamu belum belajar betul2 lagi...rupa2nya itu hanya drama jer tu..cikgu cakap lepas ibu pegi kamu akan okay dan follow anak2 lain jugak...alahai...mulai sekarang ibu takkan underestimate kamu lagi..kamu budak bijak:-)

February 19, 2013

pilih cikgu?

Assalamualaikum w.b.t

Tu lah cerita kakak stakat hari ini kat tadika.
Saya pun tak kenal sangat cikgu2 kat situ.
yang saya familiar owner tadika tu - Cikgu La
dan dengan cikgu tu sorang la dia ngam sangat2...

setiap pagi mesti dia nangis bila cikgu lain yang dok depan pintu nak jemput anak2 ni...lagi ada sorang cikgu tu dia panggil cikgu nor (saya tak kenal)...huhu
saya pun tak pasti la, kenapa
mungkin dia nampak cikgu2 lain tak mesra & tak berapa tahu nak amik hati dia la kot..
iya la kan..budak2 ni mesti nak kpd mereka yang tahu 'tackle' dia..
lagi2 yang belum pernah berpisah dari family members...selama ni duk ngn pengasuh & tok nenek,
lain rasanya...
anak2 yang dijaga oleh tok nenek ni mmg manja dia lain macam sikit..
tu salah satu sebab saya hantar kakak ke tadika seawal 4thn
Anak2 yang biasa duk nurseri dia dah biasa dgn enviroment ramai2 kan?
dan anak2 yang dijaga sendiri oleh ibu pun lain rasanya...sb ibu ni ada 'hati' nak marah2 anak2.
biasa tok nenek jer yang tak punya 'hati' nak marah cucu. Jadi bila cucu dah biasa di'lemak'kan (eh ada ke perkataan tu) tu yang perangai dorang agak mengada. Tapi masih boleh ditarbiyahkan (disini la peranan mak+ayah pulakkan)
Bagi saya biasakan dia dari awal adalah antara cara penyelesaian...biar dia independent dan tahu jaga diri bila ditempat awam.

kalau nak ikutkan...kat rumah pun boleh ajar kan ABC 123 Alif Ba TA (keyboard takder huruf jawi)..
dan bukan nak kata lah...rasanya umo 2 thn lagi dorang dah biasa dengar lagu2 tu semua dan dah boleh hafal pun...tapi bila hantar ke tadika dorang akan lebih tahu untuk jaga barang sendiri...tahu hak mereka..dan lebih berdisplin.

itu je lah cerita kakak untuk 2bulan dia kat tadika.

Alhamdulillah, ada perubahan.
yang paling impress (setakat ini) dia sudah mula hafal tahiyat....saya belum ajar pun dia..mungkin dia dok tengok abang & kakak yang 5 & 6 tahun dok belajar solat...

Untuk cikgu2 (kalau ada cikgu2 yang 'ter' bump into my entry ni) pulak,
berhemah la sikit dengan anak2...budak2 mmg banyak peel & ragam
jgn lah nak expect dia boleh pandai dalam masa 1-2 kali  awak ajar..
(saya ada baca kat forum yang cikgu2 mcm2)- kerja anda sangat mulia, jadi buatlah yang terbaik.
lain budak lain penerimaan dia...sebab itu mereka dihantar ke sekolah (tak kiralah sekolah @ tadika ke)
nak marah pun tak guna jugak. Buat tambah dosa jer saya rasa:-)

Ok cikgu, senyum & hadapilah dengan tenang.

p/s minggu ni lagi susah nak kejut dia bangun untuk ke tadika sebab cuti panjang-seminggu (cuti CNY)..tapi lepas mandi ok lah dia...kelmarin & semalam pun nangis2 nak cuti lagi..huhu...cuti panjang yang buat saya susah hati...psiko sungguh anak2 ni:-)

January 20, 2013

Anak solehah saya : Kakak suka sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...kakak dah okay nak ke sekolah.
betul kata cikgu dia, kakak ni masa ibu hantar je buat muka sememeh nak nangis.
tapi bila dah masuk sekolah ok lah dia..syukur
tapi pagi masih kena amik mood betul2..yelah bangun pagi2 nak kena mandi.
sebelum ni takder pun dia cakap..huhu
sekolah lah kakak..mesti lah kena  bangun pagi & mandi.
.
.
ok lah tu kan..4thn tak perlu nak push2...
biar dia biasa jer dengan persekitaran baru:-)
bagus kat pasti tu..pagi2 sampai amik wudhu' pastu semayang dhuha...
sempurna tu lain cerita..budak2 apalah yang kita harapkan..yang tua kedana pun masih ada jugak yang tak sempuna solat 5 waktu tu:-)
yang penting dibiasakan:-)
lepastu baru sesi pembelajaran diteruskan...
harapnya ilmu itu masuk dalam hati anak2 saya:-)

January 06, 2013

Anak solahah saya : Kakak Menangis

Assalamualaikum w.b.t

Hari kakak nangis takmo dok tadika...
aduhai kakak..rasa kesian pulak biarkan dia nangis dan lepaskan pada cikgunya.
macam tu rupanya rasa bila anak nangis taknak duk sekolah..lagipun mmg cikgu dia pun minta kita cepat2 tinggalkan sebelum dia nangis lebih kuat. Agaknya dia syok dok rumah 2 hari cuti weken, tu yang takmo dok tadika bila hantar hari ni:-)
harap tak lama la dia berperangai macam tu:-)

p/s saya ada baca tips pasal anak nangis taknak ibu (parents) tinggalkan..
In sha Allah boleh berkongsi bersama. Semoga anak2 yang takut untuk kesekolah akan rasa tenang bila parents amalkan doa ini.Sila ke page Ikhtiar Muslim untuk mengetahuinya.

Banyakkan baca Al-Fatihah, dan berdoa semoga hati anak2 kita lembut dan tenang. Serta diterangkan pintu hati mereka nak menerima ilmu.

re: bukan berlagak tahu..sekadar berkongsi.Saya pun risau ni:-)

January 03, 2013

Anak Solehah Saya : Ke Tadika

Assalamualaikum w.b.t

Di Kelantan sudah 3 hari sesi persekolahn bermula untuk tahun 2013.
Walaupun hujan/banjir masih lagi berterusan, sesi persekolahan tetap diadakan seperti biasa.
Mungkin ada lah yang terpaksa tutup (tapi rasanya di Kelantan tak ada)
.
.
Sudah 3 hari juga lah kakak kat tadika..
so far so good:-)
.
.
Saya hantar kakak ke PASTI Al-Insaniah, Ketereh
Setelah survey beberapa tadika sebelum ni, kami ambil kata sepakat nak hantar ke situ.
Dengan yuran yang munasabah dan sesuai dengan kehendak kami.
pagi tadi...baru berkesempatan nak amik pic..adik pun sibuk nak gi sekolah:-)
Dengan bermulanya fasa (amboi berfasa2 pulak) baru untuk kakak, makanya jadual kami pun turut berubah.
Kami kena awal, biasa boleh turun rumah 8++, sekarang saya kena turun sebelum 7.45am.
Biasa boleh rilek2 sekarang omwards takde lah. Nak kena prepare breakfast najibah. Nak tak nak dia kena makan jugak pagi2 tu. Dia dah selalu bangun lambat...jadi makan pagi pun biasa lambat la.
.
.
Pengalaman baru untuk kami, agak susah la nak pujuk dia mandi pagi2 tu...siap ada adegan melalak la jugak...huhu
tabah sudah la..walau pun dia nangis bagai nak rak macamkan kami dera pulak..kami tetap mandikan dia.
takkan nk gi sekolah tak mandi pulak kan? huhu cabaran la jugak tu.
Tapi bila dah mandi siap wangi2 ok la pulak...
harap lepas ni akan bertambah baik.
.
.
Di sekolah pulak, saya tak tahu macamana, sebab saya terus tinggal dia, takmo lama2. Nanti bukan kakak yang nangis, ibu pulak yang lebih (hoooverrr:-)....
Saya rasa takder apa sangat la kut, baru 3 hari kan..
pagi tadi hantar, ramai la pulak yang nangis...risau kut2 berjangkit pulak...hehehehe
Harap2 tak la...kita sambung cerita anak solehah saya lain kali ya, tu pun kalau ada yang menarik untuk dikongsi...insyaAllah.


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi