Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

March 31, 2014

Junior ke-3 update

Assalamualaikum w.b.t

masuk 32minggu pregnant...
orang kata anak ke-3 apa nak risau...
eh...risau tu tetap ada even ank ke-10
apa pun boleh berlaku kan...banyakkan doa dan tawakal padaNya..
.
.
pregnant kali ni, dia punya 'braxton-hicks' tu saya dah mula rasa...
mmg agak  ngilu jugak la...awal lagi saya rasa..
agaknya sb saya agak lasak pregnant kali ni...nak lagi abang mi kita belum wean off sepenuhnya...
malam mencari jer dia...kesian jugak saya nak lepaskan dia...abah dia mmg marah la...iyalah, kandungan dah sarat...tu yang buat 'braxton-hickx' menjadi2 tu....nak buat macamana..agak susah nak wean off budak bertuah tu...ada jer alasan yang mencairkan hati si ibu:-)
takperla janji takder yang memudaratkan, insyaAllah ibu okay jer...

32minggu, kurang lebih 10minggu untuk menghadapinya...
kalau ikut kakak & abang dulu dorang awal keluar...rasanya 38minggu dah keluar:-)
yang ini tak tahu la...harap2 sama la...tak sabar pulak ibu:-)

Alhamdulillah..pregnant kali ini pun semuanya okay...ibu tak perlu nak minum air gula macam kebanyakan ibu2 lain yang umo dah lebih 30 tahun....syukur sangat.
kalau dengar dorang citer pasal air gula tu...huhu horror jer...
bagi saya yang bukan penggemar manis...mmg takla nak minum...huhu

p/s doakan saya & baby selamat ya semua...TQ :-)

March 30, 2014

Rumah Baru

Assalamualaikum w.b.t

Rumah Baru...nak up pun sebab nak ingat tarikh masuk rumah...24.03.2014-officially
Selesai solat hajat siangnya...malam kami tido kat situ...
belum siap sepenuhnya pun...nak tunggu siap semua mmg tak dapat la...mana nak cekau duit lagi...tu pun dah berabis....sian kan....huhu
takperla slow2...alhamdulillah, syukur dah tu...
hari buat solat hajat tu...punya letih sampaikan satu gambo pun tak amik...
semua perlu uruskan sendiri....I  learnt from that:-)

Perasaan?
Best tu best la kan...ada privasi...
tapi rindu mek jugak...
hhaha ngada, baru satu malam tido rumah lain dah rindu...
bukan apa....entah, perasaan tu wujud jer dalam hati...yerlah..
selama lebih 30thn bersama dia...dari lahir hinggalah anak nak masuk 3...
tapi atleast saya masih tinggal dekat dgn dia...hahaha
rasa2 malas nak masak pasni...jenguk jer dapo dia...huhu

nanti bila dah proper sikit rumah tu saya up ya...bila tu tak tahu la...
rumah pun kosong lagi...takder apa...angkut kain baju jer..
tak sampai hati pulak nak angkut barang kt rumah mek...walau kita yang beli...takperla..kita usaha lain la pulak...macam baru kawin pulak kan..semua nak kena start baru:-)
insyaAllah, ada la rezeki tu kan...

March 28, 2014

Marah itu tanda sayang

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari FB Datp' Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Alkisah secawan teh…

Abah saya seorang yang garang dan tegas. Umi tak pernah berani melawan kata-kata abah.

Segala yang abah kata akan dituruti. Sebagai anak sulung kepada tiga adik-beradik, saya sentiasa dimarahi abah tatkala melakukan kesalahan dan terlupa waktu sembahyang atau tergesa-gesa untuk solat tatkala terlupa waktu ketika bermain dengan jiran-jiran.

Pada satu hari, saya balik bermain bola selepas waktu maghrib. Jam saya rosak akibat hujan rosak.

Sesudah sampai rumah, abah menunggu dengan rotan. Saya mengigil setiap kali melihat abah memegang rotan.

Umi pula tidak berani melakukan apa-apa. Matanya bergenang dengan air ingin menyelamatkan anaknya daripada sebatan abahnya, tapi tidak terdaya.

Setelah meronta disebat dua-tiga kali oleh abah, saya bergegas mengambil air sembahyang dan solat.

“Jangan solat express, kerana di depanmu tu Tuhanmu,” kata abah dengan tegas dan garang.

Begitu juga setiap kali saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak mencapai standard abah, saya akan ditekan dan dimarahi abah.

Adik-adik yang terlihat peristiwa itu akan cepat-cepat balik ke bilik belajar kerana takut perkara yang sama menimpa mereka.

Satu hari, abah perlu ke luar negara selama seminggu.

Masa itu juga cuti sekolah, hanya tinggal umi dengan anak-anaknya.

“Umi, abah tak sayang Mi ke? Mengapa abah selalu tegas sangat pada Mi?” tanya saya.

“Mi tak boleh sangka begitu pada abah. Abah paling sayang kat Mi, sebab itu juga paling garang kat Mi, kerana Mi anak sulung, anak kebanggaan abah. Abah nak Mi jadi contoh pada adik-adik. Asal Mi baik, adik-adik pun akan jadi baik. Umi suka manjakan Mi dan adik-adik, sebab itu abah perlu tegas, kalau tidak, rosaklah Mi dan adik-adik,” jawab Umi.

“Kalau begitu, Mi tak nak abah sayang paling banyak. Abah boleh sayang adik. Mi rela kurang sayang daripada lebih marah. Umi sayang abah ke? Umi selalu nampak takut pada abah,” tanya saya lagi.

“Jangan fikir begitu Mi. Umi sayang kat abah. Banyak benda yang Mi tak nampak masa ini. Jangan fikir bukan-bukan. Masa krisis baru boleh menilai seseorang, waktu biasa kita tak nampak,” jawab Umi.

Masuk hari keempat, Umi dan saya tersilap makan. Kami dihantar jiran masuk ke klinik, dan kemudian dihantar pulang untuk berehat di rumah. Kami tidak memaklumkan pada abah.

Tetiba, abah muncul di rumah pada keesokan pagi. Muka abah letih, penat dan tidak cukup tidur.

Abah terus ke kamar umi dan membelai kepala umi.

“Sakit lagi ke?” tanya abah. Umi meminta secawan teh panas. Abah terus ke dapur untuk membuatkan teh panas.

Sebelum tiba ke dapur, abah masuk ke bilik saya menjenguk anak sulungnya.

“Mi rasa macam mana?” kata abah sambil membelai perut saya.

Melihat wajahku yang pucat, mata abah menjadi merah, “Abah sayang Mi. Mi akan sembuh. Jangan bimbang abah ada di rumah.”

Kata-kata abah menusuk jiwa. Terasa abah memang menyayangi saya.

Abah terus ke dapur dan kembali membaca dua cawan teh panas untuk umi dan saya.

Selepas abah menyuapkan teh menggunakan sudu kecil untuk umi, abah datang melakukan perkara yang sama pada saya.

Abah dengan penuh sabar meniup dan menyuapkan habis secawan teh pada saya.

“Mi rasa selesa sikit? Nak lagi teh ke?” tanya abah. Saya hanya mampu menggeleng kepala.

“Umi nak makan bubur ayam, Mi nak bubur?” tanya abah dan saya mengangguk.

Selepas umi dan saya sembuh, segalanya kembali seperti biasa. Abah balik menjadi abah yang tegas.

Satu hari saya dirotan lagi oleh abah.

Umi datang membisik…

“Ingat masa Mi sakit, siapa yang paling sakit sebenarnya? Abah. Masa umi sakit pun, abah sebenarnya yang paling sakit. Bila pernah Mi jumpa abah buat teh? Cawan teh dan bubur itulah tanda kesayangan abah. Sekarang fikir pula, Mi kena rotan sakit, siapa sebenarnya yang paling sakit?” kata umi.

Wahai anakku,
Kadangkala aku terpaksa tegas padamu, bukan kerana aku membencimu, tapi terlalu sayang padamu dan takutmu terjatuh dan tergelincir dalam kehidupanmu. Aku terlalu ingin memanjamu, tapi aku terlalu bimbang aku menjadi terlalu sayang sehingga tidak lagi dapat menegurmu walaupun kamu tersilap. Setelah kamu mempunyai anak, kamu akan faham dan dapat melihat kesayangan dan air mata yang mengalir ke hati di sebalik setiap kata-kata marah dan rotanku.

Senyum Jumaat.

March 26, 2014

Berita sedih berganda..

Assalamulaikum w.b.t

p/s tolong ameenkan doa ini.....

Mahkamah di Mesir hari ini (24.3.2014) menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Ayuh bantu baca dan aminkan doa ini dengan ikhlas
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di semua masa.

Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

Ameenn

Di Lautan Hindi Pengakhiranya

Assalamualaikum w.b.t

Agak sibuk 2-3 hari lepas...dapat tahu berita 'sedih' kesudahan #MH370 pun esoknya kat paper yang adik beli....terkejut!
Semoga Allah bagi kekuatan untuk seluruh ahli keluarga yang terlibat untuk sabar dan menerima dengan redha. Takder siapa pun yang akan faham jika tidak mengalaminya sendiri...yang cuba memahami mungkin ramai....Allah Yang Maha Mengetahui apa saja yang tersurat & tersirat...segalanya dengan izin dan ketentuanya....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar

Sudah tersurat pengakhiran perjalanan mereka disitu....tapi takder siapa tahu 'mungkin' ada keajaiban....sama2lah kita tengok kesudahan operasi SAR #MH370.....

Ramai yang tertanya2...tertunggu2 kesudahannya...banyak yang tidak terungkai....banyak soalan yang tidak berjawab....apa yang kita tahu...#MH370 berakhir di Lautan Hindi...kenapa & mengapa 'dia' kesitu....hanya Allah s.w.t & mereka yang terlibat saja yang tahu....kekalutan 'mereka' masa itu tak dapat kita bayangkan...sesungguhnya MATI itu pasti...walau bagaiamana & dimana jua...kuasa Allah, tiada apapun yang dapat menghalang...takut lah DIA, insyaAllah selamat lah kita.

Salam takziah untuk keluarga penumpang & anak kapal....


March 21, 2014

Kisah hilang semangat

Assalamualaikum w.b.t
Petikan dari Dato' Tn.Ibrahim Tuan Man

Alkisah hilang semangat…

Sekumpulan sahabat berlima (semuanya cikgu) ke hutan gunung untuk membuat kajian terhadap ekosistem. Setelah beberapa hari, keletihan mula dirasai kerana mereka terpaksa melalui hutan yang tebal, air sungai yang laju dan juga binatang buas yang mengacau pada waktu malam.

Apabila tiba di kaki gunung, lima sahabat ini terpaksa melepaskan barang-barang kurang penting untuk meringankan beban perjalanan.

Setibanya di pertengahan kaki gunung, kepenatan bertambah beserta dengan perasaan putus harapan dan lemah semangat apabila mereka terlihat hutan tebal di depan yang tiada harapan untuk ditembusi.

Salah seorang sahabat, Ustaz Takiri berkata kepada ketua pasukan, Cikgu Ramlan bahawa dia akan cuba cari jalan keluar dengan menaiki bukit. 4 sahabat yang telah berputus asa tidak ingin lagi meneruskan pengembaraan ini tidak beberapa mengendahkan cadangan Ustaz Takiri.

Cikgu Ramlan juga sangat tidak setuju, tapi atas desakan Ustaz Takiri, beliau akhirnya membenarkannya.

“Bawa lampu suluh ini,” kata Cikgu Ramlan.

Ustaz Takiri membuat ekspedisi sendiri.

Setelah 12 jam, kehilangan tanpa berita dan meresahkan empat sahabat lain, Ustaz Takiri tetiba muncul berkata, “Atas bukit sana, ada catatan di atas batu. Ada orang pernah sampai ke sana.”

Mendengar berita baik tersebut, empat sahabat lain terus mengikut jejak Ustaz Takiri ke arah batu tersebut.

“10.3.14,” baca tulisan di atas batu tersebut.

“5 hari lepas? Maksudnya ada orang pernah lalu sini lima hari lepas. Jadi hutan gunung ini sememangnya boleh direntasi ke belah sana seperti yang ingin dibuktikan kajian kita,” kata Cikgu Lek, salah seorang sahabat berempat yang berputus asa.

“Hebatlah Ustaz. Dapat jumpa batu ini seorang diri. Kalau saya, ayoyo, mesti dah patah balik,” kata Jeepak, seorang lagi sahabat cikgu pendidikan jasmani.

“Jom teruskan perjalanan. Sebab dah ada orang lalu, pasti ada jalan,” kata Adnan, yang telinganya bengkak digigit nyamuk.

Lima bersahabat teruskan perjalanan – selepas 2 hari mereka akhirnya berjaya merentasi hutan gunung tersebut dan tiba di sebuah perkampungan.

Pada waktu malam, ketika berehat di kampung tersebut, sambil makan-makan, lima bersahabat tertanya-tanya apakah orang kampung di sini yang mencatat tulisan di atas batu tersebut.

Semua orang kampung tidak tahu-menahu pasal tulisan di atas batu itu. Melihat semua ternganga… tiba-tiba….

“Saya yang tulis di atas batu itu. Maaf ya. Saya cuma nak hidupkan semangat kalian untuk menghabiskan tugas ini,” jawab Ustaz Takiri dengan segan.

Wahai anakku,
Hidup kena berharapan, ada harapan dan percaya pada harapan. Dengan adanya harapan, putus asa akan menjauhi kamu, semangat baru akan mencarimu.

Senyum.


p/s kita mesti jadi Ust Takiri untuk pulihkan semangat orang yang kita sayang:-)

March 17, 2014

Tak normal

Assalamualaikum w.b.t

Kejadian ni Jumaat lepas...terkesima x tahu nak cakap apa...
.
.
"orang tak betul" tiba2 terpacak kat pintu dapur rumah...
masa tu duk sibuk masak...anak2 nasib baik dok atas...
kalau x silap, saya ada dengar bising2 kat luar rumah, ada orang dok bertekak macam tu lah dgn atok saya....saya buat tak tahu saja sb tahu atok saya tu kan dah ingat apa2...kalau dia nak marah, dia marah jer..tak kira sapa...semua orang dah tahu...tu yang buat tak tahu jer...
Tapi tiba2 "orang itu" kat pintu dapur rumah....mulanya saya ingat dia normal...tapi bila dengar dia cakap, sah orang tu tak normal....ketar kepala lutut saya masa tu...sb dia bising2, marah2. Mana saya nak ingat anak kat atas, mana saya nak keluar nak panggil abang kat belakang rumah...."orang tu siap masuk & duduk lagi....seram pulak, tapi dia tak bawa apa2 yang memudaratkan...cumanya mulut jer lah yang bising...hoiii pengalaman sungguh. Cepat2 saya panggil abang, dan masuk balik rumah...yelah anak2 ada kat dalam tu..kang di buat apa2...sesal tak sudah la jawabnya....
Syukur, bila abang masuk jer rumah, belum tanya apa2 dia dah keluar...tapi mulut tak berenti bunyi...adoiiiii
Dari mana dia datang pun tak tahu lah...saya tak kenal pun, tapi kalau mengikut mek, dia kata dia kenal...harap takder la lagi lepas ni...pucat lesi kut muka saya masa tu...iyalah benda tak diduga...

March 16, 2014

Anak Soleh saya: Muhammad Syahmi~3 tahun

Assalamualaikum w.b.t

15.32014 genap 3 tahun syahmi@abe mi:-)
sungguh tak terfikir langsung saya boleh jadi ibu untuk dua orang ank and soon 3:-)
.
.
Syahmi saya tak pernah beli birthday cake untuk dia...bukan pilih kasih ke apa...biasa masa birthday kakak..cake tu dia claim dia punya:-)biasa lah budak2 kan...lagipun ank lelaki kut...
tapi, untuk tahun ke-3 ni saya beli la...sesekali:-)
lagipun dia pun duk sibuk nak beli cake....ala cake biasa2 jer pun:-) rege pun RM18 saja...
kami bukan pemakan cake tegar...jadi beli yang biasa & kecik...
tapi kalau cake butter biasa yang saya dok bakar tu...hah yang tu laku:-)
kalau buat cake butter tu takder la deco2 kan..so kita beli la, nampak la sikit sambutannya:-)
Panjang pulak mukadimahnya...so inilah cake orang kampung:-) janji ado

tak banyak pilihan...jadi lah kan
Okay syahmi,
kasi potong kek itu...amboi feeling jer abe mie kita:-)
dengan kakak....budak dua orang klu x gaduh tak sah...apa petua nak kasi dorang ngam ek...pening ibu nak kasi settle.
~ ibu doakan yang terbaik untuk syahmi...jadi ank yang mendamaikan kami ya...bijak+pandai...berjasa untuk semua...soon dah nak jadi abang kan...dah takleh nak manja2. Ibu harap syahmi jadi tonggak keluarga kita nanti, sebab syahmi anak lelaki yang pertama ibu.
p/s Ibu masih ada masalah nak wean off ini budak...:-)

#MH370 - jangan pernah berhenti untuk mendoakan yang terbaik untuk anak kapal & penumpang...insaAllah.

March 14, 2014

Solat Ketika Sakit

Assalamualaikum w.b.t

Solat adalah kewajipan seluruh umat islam yang telah baligh,berakal dan dalam keadaan sedar, sekalipun ketika sakit.

Okay disini sedikit panduan untuk mereka yang memerlukan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan solat walau macamana keadaan sekali pun...
mungkin boleh printkan...dan boleh edarkan, insyaAllah ada manfaat.
p/s jgn pernah tinggal solat, kerana ia benteng dan tiang untuk agama kita.

March 13, 2014

Hikmah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, baru lepas makan...agak lambat.
kat kedai makan tadi...pd mulanya agak marah sb..tukang masak buat dish saya lambat sedangkan saya yang smpi dulu...tapi dalam hati jerlah..sb kedai makan tu mmg dah biasa pergi...semuanya pun kenal:-)
.
.
dah smpi makanan...makan senyap2..iyalah sorang2 kan..nak borak ngn sapa jer pun...
sudah makan nak bayar...ehh tak payah bayar pulak..dah ada yang bermurah hati nak bayar...terima kasih Tok wan...Alhamdulillah...
.
.
tengok percaturan Allah....setiap yang terjadi pasti ada hikmah kan...
dari nak marah..senang hati sebab makan free:-)


p/s teruskan doa kita untuk #MH370...semoga kebuntuan itu ada penyelesaian.

March 12, 2014

#MH370

Assalamualaikum w.b.t

Sapa yang bawa bomoh2 tu?
Memalukan sungguh.
Kalau takder orang bawa dan benarkan, mereka takkan berada disitu...
hey...seluruh dunia kut tengok Malaysia sekarang ni....
para ilmuan agama minta perbanyakan doa & solat hajat...ada pulak yang bawa benda2 khurafat...
macam2 la rakyat m'sia ni...

March 10, 2014

#DoaUntukMH370

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang semua sudah tahu, kita semua #rakyatMsia ditimbah musibah besar pada 8 Mac 2013.
Sama2 lah kita mendoakan yang terbaik untuk yang terlibat. Dipermudahkan urusan untuk urusan mencari & menyelamat kesemua penumpang dan ank kapal #MH370, inysaAllah.

Tak perlu nak tunding jari kepada sesiapa...ujian ini untuk semua. Sama-sama juga kita muhasabah setiap diri kita, mungkin dosa kita juga terpalit menyebabkan musibah ini berlaku...

Semoga seluruh ahli keluarga yang terlibat diberi keredhaan & kesabaran atas apa yang berlaku.

March 07, 2014

Alkisah budak nakal

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man

SEORANG pelajar bernama Amin terkenal dengan kenakalannya di sekolah.

Amin suka memberontak, tidak memberikan penumpuan dalam kelas, keputusannya tidak cemerlang, suka mengacau rakan lain, mempersendakan dan melawan kata-kata cikgunya.

Selepas tamat sesi persekolahan tahun lepas, dan tiba masa untuk mengagihkan pelajar, tiada guru di sekolah yang sudi menerima Amin di dalam kelas mereka.

“Saya tak mahu. Nanti sakit jantung,” kata Puan Halimah.

“Saya tak mahu. Dah serik setahun dengannya,” kata Cikgu Kamala.

“Jangan pandang saya. Kalau saya, saya dah tendang dia keluar,” kata Tuan Kassim.

“Tak apa saya ambil,” jawab Ustaz Ismail Nihat.

Semua menarik nafas lega, tapi sahabat baik Ustaz Ismail, Cikgu Koh berkata, “Ustaz fikir baik-baik. Kena ada kesabaran tinggi untuk mengajar budak itu. Kalau tak tahan, ustaz tukar dengan saya.”

“Takkan budak ini saya tak dapat kawal hehehhe,” jawab Ustaz Ismail dengan berseloroh.

Malangnya, perbualan guru-guru itu telah didengari Amin.

Amin berbisik di hatinya, “Ustaz Ismail nak kawal saya ya? Kita tengok siapa lebih hebat!”

Sesi persekolahan baru pun bermula, Amin memasuki kelas Ustaz Ismail.

Ustaz Ismail mengaturkan Amin duduk di barisan depan kelas.

Amin cuba buat perangai, tapi Ustaz Ismail tetiba bersuara…

“Saya nak cadangkan seorang pelajar untuk jadi ketua kelas. Dia ini keputusan tak berapa baik. Akan tetapi, dia pandai bergurau. Jika dia jadi ketua kelas, sudah tentu kita dapat senyum tiap-tiap hari,” kata Ustaz Ismail sambil menunjuk kepada Amin.

Para pelajar kelas Ustaz Ismail terus terdiam dan berbisik sesama sendiri.

“Orang macam dia pun, Ustaz pilih jadi Ketua Kelas? Ustaz tahu ke dia terkenal sebagai pelajar ternakal di sekolah.”

Amin yang muka kemerahan kerana segan hendak menolak tawaran, tapi Ustaz Ismail tidak memberi peluang…

“Jadi ketua kelas bukan lihat pada keputusan sahaja. Yang paling penting dia boleh jadi contoh kepada pelajar lain. Saya percaya Amin boleh melakukannya dan dia amat berpotensi. Apa kata kita beri dia satu peluang?”

“Baik ustaz,” jawab para pelajar.

Kata-kata ini menyebabkan Amin terasa malu dan segan sehingga muka bertambah merah.

Akhirnya, Amin menjadi ketua kelas.

Besok harinya, apabila masuk ke kelas, pelajar mendapati Amin sudah berada di tempat duduknya dan tidak mengacau pelajar lain ketika Ustaz Ismail mengajar.

“Amin sudah tak buat perangai dan kacau orang?” tanya seorang pelajar bernama Zul yang selalu dibuli Amin.

“Saya ketua kelas. Saya perlu jadi contoh pada orang lain,” jawab Amin.

Apabila melihat Amin menumpukan perhatian di dalam kelas, seorang pelajar lain Jannah bertanya pada Amin, “Mengapa Amin tak perlekehkan ustaz seperti biasa sehingga cikgu menghalau Amin keluar?”

“Saya ketua kelas. Saya perlu jadi rajin dan bagus keputusan barulah orang lain boleh terima saya sebagai Ketua Kelas dengan hati terbuka ,” jawab Amin.

Peperiksaan menjelang dan keputusannya, Amin melonjak dari tangga terakhir di sekolah ke tangga ke 15.

“Dia meniru ke ustaz?” tanya Tuan Kassim pada Ustaz Ismail.

“Berdasarkan ketekunan dia, saya rasa keputusan ini benar. Ini memang hasil dia,” jawab Ustaz Ismail.

“Ustaz Ismail memang hebat,” kata Cikgu Koh.

“Apa yang Ustaz buat kat dia?” tanya Puan Halimah.

“Dia nakal sebab ego nak perhatian. Saya bagilah dia dapat perhatian secukupnya sebagai ketua kelas. Kerana egonya, maka dia memaksa dia menjadi baik supaya orang tak kata dia tak layak jadi ketua kelas,” jawab Ustaz Ismail sambil tersenyum.

Wahai anakku,
Semua yang dicipta ALLAH ada hikmahnya jika digunakan dengan betul.

Najis binatang, jika diletakkan pada tempat yang tidak betul, ia busuk dan tidak menyenangkan pandangan.

Jika ia terkena tanah dan ditanam, ia bertukar menjadi baja yang menghasilkan banyak pokok yang berbuah.

Begitu juga dengan kamu wahai anak kesayanganku, apakah kamu sedang menggunaan segala pemberian ALLAH (badan, minda dan jiwa kamu) dengan betul dan selayaknya? Atau kamu sedang membusukkannya.

p/s setiap orang mmg ada ego sendiri...tapi kalau betul caranya, insyaAllah boleh dididik...:-) Tapi bukan senang, SABAR perlu tinggi.
 
Senyum Jumaat.

March 02, 2014

Berkereta Kuda

Assalamualaikum w.b.t

Semalam kami anik kereta kuda di Pantai Irama Bachok...
Seronokkkkk...anak2 la..
saya kalau abang tak nak naik sekali memang tak la...sekali pusing jer...sekejap sangat...tapi okaylah nak try kan..sorang RM3...pandai dorang cari duit, baru lagi ni kereta kuda ni...sebelum takder:-)
kereta kuda yang kami naik....hensem kan kuda tu:-)
syahmi baru bangun tido...
kakak & ibu:-)
ada motor ATV jugak...harga sama rasanya...sekali pusing RM3...saya nak naik? kirim salam la....saya offer abah dorang suh bawa budak2, takmo jugak...risau jatuh anak2 dia, iyalah mana ada safety apa2 naik bendalah tu...kalau sorang okay lah:-)

Medan Ikan Bakar Tok Bali

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ni saya ada cerita makan kat Tok bali yang sedap & murah tu kan...
ok ni nama kedainya...banyak kali pergi, segan nak amik gambar papan tanda nama kedai tu.
kedai poksu leh...
Cubalah kalau pergi Tok Bali...berhadapan dengan pasar Tok Bali. InsyaAllah tak mengecewakan.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi