Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

April 28, 2015

Down

Assalamualaikum w.b.t

x tahu apa sebab rasa sgt2 down..tu yang takder apa2 entry nak up tu..
entahla sekejap rasa malas...kang datang rasa nak marah tak tahu apa kes...x suka kat diri sendiri..
rasa macam tak guna...adoiiilaa..apa pesen ntah...mainan perasaan sungguh..tak suka la..
.
.
.
.
.
.
.
lama tak gi kelas2 usrah ni...setan amik kesempatan...huhu
pi jauh2 saya x kuat nak lawan kamu
.
.
.
.

ujian untuk saya la kot :-)

April 15, 2015

Cara Pengiraan Faraidh

Assalamualikum w.b.t

Harap bermanfaat...bukan senang rasanya untuk memahami...tapi cubalah ambil tahu ilmu faraid ni..dan bila ada kemusykilan tanya pada yang tahu, jangan pandai2 kita, ini hukum bukan benda main2.

Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

Bapa:                    1/6 daripada nilai harta si mati
Ibu:                       1/6 daripada nilai harta si mati
Isteri:                     1/8 dariapada nilai harta si mati
Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati
Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.

A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :
     1) Bapa si mati:         1/6
     2) Ibu si mati:            1/6
     3) Isteri:                    1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)
     4) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
     5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):
     1) Ibu:    1/6
     2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)

C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak
     1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)
     2) Ibu:      1/6
     3) Bapa:   mendapat semua baki harta

D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.
      1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)
      2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
      3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa
     1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
     2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.
 
rujukan dari halaqah.net

Langkah pertama Saniy

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...dah bertatih di usia 10bln...awal dari kakak n abang mie...kakak n abang dulu almost 15months baru tatih:-)
tapi gigi still lagi baru dua batang kat bawah...tapi dah pandai mengigit tu walau dua batang jer :-) what a wonderful...
syukur sangat, sebab anak2 ni pandai sesuatu untuk pertama kali bila ada dengan saya..yerlah ibu kerja kan...so takder la missing kan...ibu yang kerja gini la..ramai yang miss tengok anak merangkak la..bertatih la..first word la...takperla kita keje pun untuk mereka jugakkan...doa banyak2 dengan Allah saja, biar hati anak2 tu sentiasa bersama kita :-) okay mommy, jangan sedih2 ya...

p/s..belum berkesempatan nak amik video saniy tatih..hehe. Ada nanti saya tempek ya :-)
hi semua..saya dah boleh jalan ooyeaaahhh...lepas ni makin kurus la ibu nak mengejar saya:-)

April 12, 2015

Kalah dengan GST

Assalamualaikum w.b.t

Rata-rata saya perhati, rakyat kalah dengan GST
semuanya pun terpaksa terima tanpa rela.
apatah lagi dikampung2.
peniaga2 kecik yang tak tahu apa itu GST pun ikut sama menaikan harga barang mereka. Barang yang 'dikatakan' harga turun tetaplah naik tanpa prejudis...
tak salahkan mereka juga, sebab harga barang dah sedia naik, takkan mereka tak nak untung....
kesian...mmg kesian untuk rakyat. Tapi rakyat pun boleh tahan sendu jugak..bila dipanggil jamu makan sambil dengan ceramah pasal GST oleh penggerak kerajaan....ohhh itu semua untuk kebaikan rakyat...jadi mmg kita perlu tolong kerajaan untuk membangunkan negara untuk jadi negara maju taraf Amarika...hiks
lepas ni...nak kemana dah tak susah..ketepi laju di semua negeri...nak gi kolompo tak sampai sejam kalah naik belon...(naik belon pun trauma sekarang ni)
jadi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jadi apanya....jadi macamtulah.....kang ada pulak yang halau ambe ni...dahlah no money, mana lagi lah nak pegi...bulan tu mmg takkan sampai la nak pegi....negara akhirat nun insyaAllah pasti sampai.

April 08, 2015

Tujuh Langkah Menuju Khusyuk Dalam Solat

**Artikel ini dirujuk dari buku Pesan Hati Untuk Hati, Ust Pahrol Mohamad Juoi.

1. Mencari Pengertian (Faham)

Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.
Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.
“Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”
Namun memahami makna sahaja tidak memadai, kita perlu melangkah ke tahap seterusnya.
.

2. Memusatkan Fikiran (Fokus)

Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta.
Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan.
Semua itu tidak menggangu fokusnya.
Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.
.

3. Membesarkan Allah (Rasa ‘Haibah’)

Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu.
Ertinya, tumpuan bukan hanya pada huruf dan ayat serta sebutan, tetapi pada makna dan tafsirannya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘pengertian’.

khusyuk 2 
Hanya orang yang kenal raja akan bercakap-cakap dengan penuh penghormatan, rasa takut, malu dan rendah diri.
Sebaliknya, orang yang tidak kenal raja, akan bercakap-cakap dengan baginda secara biasa-biasa sahaja.
Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.
Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya.

4. Kagum dan Takut akan Keagungan Allah (Rasa Khauf)

Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.
Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.
Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya.
Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.
.

5. Rasa Mengharap Kepada Allah (Rasa Raja’)

Apa yang dimaksudkan dengan rasa mengharap?

khusyuk 
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.
Padahal dalam reality, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.
Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)
Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.
.

6. Rasa Malu dan Hina Diri (Rasa Haya’) dalam solat

Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh ituPERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.
Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.
Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

7. Memakai Pakaian Yang Paling Selesa Dan Paling Cantik Ketika Solat

khusyuk 
Untuk kaedah yang terakhir ini, tidak berkaitan dengan enam kaedah diatas. Nampak seperti remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat.
Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.
Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.
Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Penutup: Solat yang Khusyuk Akan Mendidik Hati Membina Rasa Bertuhan
Sebagai ingatan, ada bezanya antara solat yang khusyuk dan solat yang sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah belum tentu khusyuk.
Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati, akal dan nafsu manusia. Ia juga akan membina rasa bertuhan.
Rasa bertuhan akan mendatangkan rasa gagah, berani dan optimis dalam hidup.

bahagia

Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segala-galanya dapat diatasi dengan baik kerana adanya “talian hayat” denga Yang Maha Berkuasa.
Diri yang lemah akan menjadi gagah apabila hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir oleh Allah. Rasa bertuhan juga menimbulkan harapan dan impian yang sentiasa hidup dan menyala-nyala.
Inilah booster utama dalam usaha meraih kejayaan dalam kehidupan =)
****

April 05, 2015

Hasil tangkapan 03/04/2015

Assalamualaikum w.b.t

Nah hasil kena tinggal satu hari...
kena tinggal..abang pergi laut, dah mula la tu...alamatnya lepas ni kena prepare mental untuk biarkan dia dgn hobinya itu...aduhai...paling tak sebulan sekali sebelum musim tengkujuh datang...
Setahun dia lupa sekejap hobinya nan satu ni sebab, ibu pregnant adik saniy...ni dia kata adik saniy dah besar so dah boleh mulakan kembali hobi itu...hmmm
layankan ajerlah...so ibu nak claim OT + GST la untuk weken baru ni & trip2 seterusnya...bayaran untuk jaga askar2 tu la...bukan senang tau jaga sorang2...hiks


syahmi bukan takut tu...dia merajuk dengan abahnya sebab abah tak amik dia dulu masa sampai...anak abah la katakan:-)
see...ini budak mana ada takut...nama pun syahmi-->yang berani

p/s..cukuplah stok untuk sebulan....tu dah berbagi2.Alhamdulillah:-) Macam ni pun dah boleh kami gembira..syukur.


April 02, 2015

Terkesan

Assalamualaikum w.b.t

GST ---> terkesan sangat
apa ni...
para penggubal dasar kerajaan tu..tolonglah rakyat...bukan setakat jaga periuk nasi korang.
kalau wakil pembangkang bersuara korang amik masuk jail jer kan...dah taknak ada pembangkang, jagalah rakyat betul2...kasi kami apa yang kami perlu..bukan bebankan kami dengan entah apa lagi lepas ni...dengarlah suara kami ni...ni baru sehari implement...jelasnya..cukai ni berganda-ganda...bukan setakat 6%. yang teerakhir kena bayar adalah kami!

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi