Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 31, 2014

Belajar Memaafkan dan Melupakan

Assalamualaikum wb.t

Bersua kembali di pagi Jumaat terakhir bulan Januari 2014...betapa masa berlalu begitu cepatkan:-)

Hari ini sekali lagi saya berkongsi sedikit, yang saya ambil dari buku "Bicara ini demi Ilahi". Kali ini berkenaan sifat memaafkan...saya tahu susah untuk kita bila lukanya amat dalam...saya pun begitu...bukan senang nak melupakan, walau sudah memaafkan:-). Takpe kita amibil sebagai pedoman dan berserah padaNya....

Bicara Ini Demi Akhlak

~Belajar Memaafkan dan Melupakan~
Di antara ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah sunah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu dan bapa.
Dlm hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg pening kerana kenakalan anak murid. Ada pula yg gelisah kerana perbuatan org lain. Itu semua adalah ujian yg diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yg terbaik amalanya.
Firman ALLAH di dalam surah al-Kahfi, ayat 7 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada di
muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami
hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang
lebih baik amalnya."


p/s dunia ini adalah ujian...mereka yang sabar & redha sahaja yang akan menang:-) Tak mudah...sebab itu syurga Allah itu mahal.

January 30, 2014

Saya sudah...


Assalamualaikum w.b.t

Haha...tajuk macam pernah dengar jer:-)
Apa yang sudah tu ya?
.
.
Takder apa2
just saya dah tukar IC & lesen memandu yang baru...
lesen baru dah macam IC...ok bagus...nampak berkualiti la kan...
Lesen baru...gambar lama rasanya 7thn lepas:-)
IC baru..gambo pun terbaru:-)


Buku sekolah kakak

Assalamualaikum w.b.t

Semalam kakak bawa balik buku sekolah dia untuk di tulis nama...
mak ai...banyaknya buku...15 buah semuanya:-)
belajar rajin2 ya kakak...ibu doakan yang terbaik untuk kakak...
ibu & abah takder harta untuk diwarisi oleh kakak & adik2 ...
hanya ilmu yang boleh ibu & abah bagi buat bekalan anak2 kami...
jadi orang beriman & beramal soleh ya anak....doakan kami bila kami tiada nanti...insyaAllah:-)
tak sempat nak balut..sebab katanya cikgu nak esoknya...pembalut yang ada tak cukup pulak:-) takperla...kakak kena bertanggungjawab ya ke atas buku2 ni..jaga elok2.....
p/s..ibu boleh belajar Arab la pulak..lalala

January 29, 2014

Salam Takziah

Assalamualaikum w.b.t

Salam Takziah untuk keluarga Nora Zima di atas kehilangan anak syurga lewat 12.30 tengah hari tadi...
Alhamdulillah semua dipermudahkan...adik soleh pergi dengan tenang...anak syurga :-)
Kurang lebih 3thn++ keluarga ini diduga dengan dugaan itu....terjumpa blog dia pun secara tak sengaja...masa tu arwah adik soleh baru lepas buat pembedahan major yang pertama...ibunya sangat2 tabah...sangat salute dengan beliau:-) Arwah meninggal selepas pembedahan buang tumor kali ke-2.

January 27, 2014

Sejuk

Assalamualaikum w.b.t

Sejuk sungguh udara 2-3 hari ni...
Orang2 tua kata bila sejuk macam ni tu tandanya nak kemarau..
Tapi katanya ini suhu sejuk melampau dah sama dgn suhu musim sejuk di London...iya ke?
wahhhh merasa jugaklah suhu cuaca kat London ek...nak pegi rasa macam mimpi jerlah kot...hehehe
sekejap jer ni...lepas ni merasa la suhu panas boleh cecah 40'c...musim panas pulak la:-)

January 24, 2014

Saling tumpang menumpang dan Anugerah Allah

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari "Bicara ini demi Ilahi"
anugerah Allah
saling tumpang-menumpang

January 22, 2014

Sakit telinga

Assalamualaikum w.b.t

Syahmi sekarang ni sakit telinga, sampai demam budak tu...
tak tahu apa sebenarnya jadi...dah bawa gi klinik, tapi doktor tengok takder apa2...tapi x boleh disentuh, sakit katanya...tido pun mengiring jer....
syahmi ni kalau demam mmg akan batuk2...macam nak lelah..
harap takder apa2 la...tengok telinga dia takder pulak nampak macam bengkak ke apa...kalau kakak hari tu ada binatang apa ntah la....pepeijat kut..ntah, sakit jugak...ke klinik la jugak nak buangkan bendalah tu...

rumah duk kawasan hutan..macam tu la..macam2 parasit ada:-)

Potong kek

Assalamualaikum w.b.t

Semalam balik pun dah lewat...
abahnya cakap tak payah...tapi ibu kan...nak jugaklah.
so end up beli jerlah kek apa yang ada...
balik tak sempat2 budak dua orang tu...nak potong kek
nasib sempat mandi dulu..yelah dah nak maghrib, orang sibuk nak solat dorang sibuk nak potong kek.
di larang pun bukan nak ikut...tak sabar
sudahnya...tok mek siap bertelekung baca doa selamat..
kami jer pun...takder buat apa2..ibu x sihat, selsema & demam tak habis2:-)
jadilah...
5 tahun sudah...

tengok syahmi, rambut x sempat nak sikat:-)

belahan jiwa ibu & abah:-)

January 21, 2014

Selamat Ulang Tahun Kakak sayammmm

Assalamualaikum w.b.t

21/01/2013 - genap 5 tahun anak sulong  saya. Alhamdulillah
5 tahun pinjaman dari Allah untuk kami jaga, didik, asuh dan tumpahkan kasih sayang.
Doa kami agar dipanjangkan limpahan pinjaman ini untuk kami selama yang mungkin, insyAllah.
Diberikan juga rasa tanggungjawab yang menebal dalam diri kami suami isteri untuk membesarkan anugerah berharga ini....doa yang tak pernah putus untuk puteri sulung kami ini (dan untuk anak2 lain jugak:-))....insyaAllah.

Tahun tak tahulah nak buat majlis ke tidak....hehehe
ibu nak jer buat, tapi tulah...dengan macam2 hal...macam takleh nak buat jer..kita sekali harung jerlah nanti ya kakak...kita rai bersama famili kecik jerlah untuk hari ini, insyaAllah ada rezeki kita buat majlis dengan budak2 ngaji macam tahun2 lepas ya:-)

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang anak ibu, Nur Najibah Sazli Hisham:-)

January 20, 2014

Ibu sayang kita kan:-)

Assalamualaikum w.b.t

kesian sungguh saya dengan budak berdua ni...
yelah sekarang ni, kami stop berjalan..time wekend sebab abah dorang sibuk nak siapkan rumah (siap apa yang patut jer pun:-))
.
.
jadi untuk hiburkan dorang ni...saya bakarlah kek..
siap bakar, tunggu sekejap nak potong pun bukan mainlagi dorang...dah ke...dah ke
2-3 kali dah repeat masuk dapur boleh makan ke belum...
eksited masing2
dah boleh potong tu saya kasilah sepiring sorang...
sambil jalan nak makan kek katanya...dorang dok borak....

ibu sayang kita kan kak...dia buat kek untuk kita...katanya si adik:-)
a'a ibu sayang kita...sedapkan kek ibu buat ni (alahai kek butter jer pun anak oiii) buat ibu rasa sebak sangat
---> alololo, buat tu jer pun dah boleh buat dorang happy, kesiannya dorang. sabar ya anak2...lepas dah selesai sikit2 urusan rumah tu kita gi jalan2 ya...

wekend jerlah pun masa untuk dorang...kadang ada jugak rasa menyesal sebab kurang bagi perhatian untuk mereka 2-3 menjak ni...busy semedang mak+pak dorang ni:-)

January 17, 2014

Munajat Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari buku "Bicara Demi Ilahi"
tak nampak sangat kan...klik pic untuk baca dengan jelas...happy reading, semoga bermanfaat:-)

p/s mohon hanya padaNYA, dalam apa saja urusan.


Kalau lambat

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari FB Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man

Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah.
Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.
Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.
Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.
Tapi...
Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..


p/s kita macamana? kalau solat (sendiri) lambat tak rasa apa2 pun:-) inikan pulak nak berjemaah....solat jemaah tu duk dalm list terakhir gamaknya....Sama2 berubah ya kawan2:-)

January 14, 2014

Selawat Nabi Muhammad SAW

Assalamualaiukm w.b.t

Salam Maulidurasul...selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w



January 10, 2014

Alkisah di LRT

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah di LRT

Di satu pagi LRT yang sesak selepas cuti panjang, Ali berdiri di tengah-tengah. Ada yang mengantuk, ada yang tertidur dan semua penumpang LRT kelihatan tidak bermaya.

Tetiba ada seorang budak kecil menolak mencari jalan di antara kaki-kaki dalam kesesakan LRT. Ramai merungut melihat karenah budak tersebut. Dahlah sesak, masih nak ke hulu-hilir. Namun, semua memberikan laluan mungkin kerana malas nak layan.

Kelihatan bapa budak itu berdiri di tepi pintu tidak mengendahkannya. Budak itu berani pergi jauh daripada bapanya dalam kesesakan di dalam LRT itu.

“Bapa apa macam ini? Langsung tak didik anak. Menyusahkan orang lain,” bisik Ali di hatinya.

Selepas merungut, Ali tidak mengendahkan karenah budak tersebut lagi.

Tetiba, Ali terasa ada orang menyentuh lututnya. Rupa-rupanya budak nakal tadi.

Ali memberikan laluan kerana merasakan budak itu nak pulang ke sisi bapanya.

Tapi tidak. Budak itu seolah meminta sesuatu dari Ali.

Ali pun membengkokkan badannya. Ketika muka Ali menghampiri budak tersebut, budak tersebut terus mencium pipi Ali lalu beredar.

“Memang kurang ajar budak ini,” bisik Ali lagi.

“Mengapa budak itu cium aku?” fikir Ali.

Ketika termenung memikirkan persoalan itu dalam keadaan murung, Ali melihat budak itu melakukan perkara yang sama pada orang lain di LRT.

Melihat bapanya tersenyum, ada seorang penumpang LRT bertanya pada bapanya mengapa anaknya bersifat demikian?

“Maaf ya. Biarkan dia. Dia terlalu gembira kerana masih hidup. Dia baru sembuh dari koma. Ini pertama kali sejak sekian lama kami menaiki LRT,” kata bapanya.

LRT berhenti dan bapa dan budak tersebut pun beredar.

Di pipi Ali masih terasa ciuman budak kecil tadi. Di hati Ali terasa malu dengan sangkaan buruk pada bapa dan budak tadi.

“Budak tadi rasa syukur kerana masih hidup dan ingin menyebarkan rasa sayangnya. Aku pula sedang buat apa? Mereka yang murung di LRT ini sedang buat apa? Mengapa tak rasa riang kerana Allah masih memberikan hari ini untuk meneroka dunia ini? Berapa antara kita yang sayangkan kehidupan yang diberi Allah?” bisik Ali lagi.

Wahai anakku,
Senyumlah kerana kamu masih hidup. Asalkan kamu masih hidup, kamu masih mempunyai peluang untuk menebus kesilapanmu, bertaubat dan memohon maaf daripada Allah dan bangkit dan mencuba semula.

Selagi matahari masih terbit, dan erti terbenam dan bulan masih mengambang tiba waktunya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kamu masih boleh melakukan sesuatu.

Senyum.


p/s semoga manfaat untuk semua:-) Salam Jumaat

January 08, 2014

Jadual harian seorang ibu:-)

Assalamualaikum w.b.t

Amboi kemain kan...takder apa pun cuma nak buat guide jer:-)
Jadual ni bagi saya rutin jerlah...just nak guide, kalau tersasar pun x jauh...
sebab as for me..tak ikut straight pun jadual tu...macam yang saya cakap just as a guide.
saya rasa mmg perlu ada something untuk guide kita, apa nak buat setiap hari...kalau main hentam kromo pun tak boleh jugak....macam kita as muslim la, ada Quran as a guide kan? As simple like that.

So sekarang...barulah saya jumpa timing betul untuk saya.
Weekdays mmg kena bangun around 5.30 - 5.45 pagi....lambat jer dari tu...mmg punch card merah la...
Saya cuba untuk biasakan diri nak buat sarapan setiap hari....paling cokia roti sapu jam...hahaha, jadilah kan...dan untuk menyenangkan urusan dapur saya, saya siapkan rencah2 tumis & goreng lebih awal. Prepare hari minggu...mesin segala mak nenek bawang & cili...sayur & lauk pauk pun dah siap potong dan letak dalam plastik untuk sekali masak:-)....senang & cepat...hari2 boleh masak insyaAllah. Nak dengan tak saja...kalau malas tu tak dapat lah nak nolong nye eh:-) saya pun ada jugak time yang rasa malas ya amat....huhu manusia kennn:-)
baju bajan yang kena gosok pun gosok siap2 time weken...bag anak2 siap2 sebelum tido...taklah kelam kabut hari keje tu....setakat ni boleh la ikut, saya cuba biasakan sejak tahun lepas lagi semua tu....tu yang saya cakap jadual tu as a routine...bila dah lama2 kita akan terbiasa....
Najibah nak kena hantar sebelum pukul 8.00 pagi....baru boleh pecut ke tempat keje...huhu
Weekend tu boleh lah nak leisure2 hehehe...tapi biasanya tak pun....hari tu lah nak mendobi, nak melipat...nak menyawang....dan nak berjalan2:-)hahaha
letih? semua orang pun macam tukan...unless you ada bibik...ada lah assistant...alah bisa tegal biasa orang kata...senang cakap...just remind semua tu akan terbayar dengan pahala, sekiranya dibuat dengan ikhlas...insyaAllah.

January 07, 2014

BLOGLIST 2014 MSRED

Assalamualaikum w.b.t

jom tambah kawan...ms.red dok open untuk masukkan list terbaru untuk tahun 2014 dlm blog beliau...kalau nak join klik la banner kat bawah ni...

http://msredcheesecake.blogspot.com/2014/01/bloglist-2014-msred.html

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum w.b.t

seminggu sudah kita berada di tahun  2014...
seronok baca entri  kawan blog bercerita macam2..tu yang blog tak berupdate:-)
dengan resolusi2 baru...dengan azam yang di forwardkan:-)...dengan kisah anak2 sekolah...bonus hujung tahun baru ni....cuti hujung tahun la...macam2:-)

saya macam biasa jer...huhu
cara saya jerlah...
sekarang duk tumpu nak duduk rumah sendiri jer...sementara anak x masuk primary lagi ni...tak sabarnya rasa...6 tahun kami duk dgn mek...huhu...insyaAllah nak duk sendiri pulak:-)
lagipun anak2 dah besar...nak kena ada bilik extra, takkan nak extend jer kan..baik buat rumah lain...klu extend pun berhabis jugak:-)
cubalah duk sendiri pulak...ala bukan jauh pun dekat2 rumah mek jugak:-) dah dua2 kami laki bini orang sini...keje pun sini..kira settle down sini lah jugak:-) insyaAllah
klu ikut kan lagi sikit jer...cuma nak tunggu masuk api jer....tu rumah tak bersolek la...siap apa yang penting jer:-)lagipun budget dah lari banyak....porch mmg tak sempat nak siap la klu nak duduk jugak nanti...
saya cadang nak duduk sebelum baby baru lahir....sekali sambut baby naru la:-)...moga dipermudahkan...lari budget la...dah minyak naik harga, kebetulan pulak time kami buat rumah...aduhai...simen sekarang dah jadi RM23...tu baru simen..dengan besi lagi...batu...pasir:-)urut dada jugak lah....dah la kami tak buat loan dgn bank...loan dengan Allah jerlah...dah tak mampu nak loan bank katanya...kerja sendiri, takder pendapatan tetap...takperlah...rezeki ada jer kut:-)huhu melalut pulak...ok nanti saya duduk rumah tu saya up la sikit2 ceritanya...sekarang belum duduk lagi:-)

anak-anak pulak...alhamdulilah semua okay..
kakak masih kat PASTI, adik masik kat pengasuh...tanya dia nak sekolah ke...takmo katanya..aduhai anak lelaki saya tu...orang excited nak gi sekolah dia takmo:-)harap tak lama la macam tu.

yang pasti tahun 2013 tahun ujian buat kami sekeluarga...takperlah..yang kelat2 pahit2 tu kami simpan buat panduan hidup mendatang...yang manis2 jer kita share:-)

okayyyyy
training tulis nama sebelum masuk sekolah balik...

syahmi...saya nak main dulu ibu:-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi