Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

April 30, 2013

banyak fikir

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang difikirkan pun tak tahu lah...
semalam habis semua gambar & video dlm gallery 'TER" delete..aduhai..
dah takder modal nak up entri.

banyak lah jugak yang leh wat modal tu..hmmm
citer anak2 la..
nak citer lain sila cari kat blog2 lain:-)

tak sabar nak mengundi:-)
PRU13 ni yang ke-2 bagi saya
saya harap pilihan saya yang terbaik

saya juga dah muak dgn segala macam cerita yang tersebar..
Allah saja yang tahu..
harap lepas ni reda la....dan insyaAllah Malaysia akan lebih baik:-)
sekarang pun dah baik..cuma nak betulkan mana yang tak betul.

rakyat patut bersyukur...kita mmg perlukan pembangkang...dengan adanya pembangkang urus tadbir negara akan lebih baik...insyaAllah
kalau takder tekanan dari pembangkang mungkin rakyat tidak dapat merasa duit BRIM..KWAMP..dan seumpamanya:-)cuba fikir sikit
dengan tekanan serba sedikit...rakyat yang kurang berkemampuan boleh merasa sama2, patutnya lebih lagi sebenarnya..tapi sikit pun okay lah kan dari takder langsung...kang negara bankrap pulak..opppssss

okay2...peace yooo semua...kita mesti pilih:-)
Selamat mengundi...yang penting setiap undi kita direkod juga tau-dalam buku amalan kita yang akan dibuka nanti di hari penghitungan:-) Mintalah pertolongan Allah mana yang terbaik.

April 26, 2013

Didik hati

Assalamualaikum w.b.t

Manusia ni tak pernah cukupkan?
Apa yang orang ada, itulah yang perlu kita ada juga:-)
tak cakap orang, diri sendiri pun berfikiran begitu...Allahuakbar.
kalau datang akal panjang..selamat la, tapi bila akal pendek mmg boleh jadi angkara..
huhu
jika dulu dengan orang sekeliling, tapi sekarang melangkah maju...dengan alam maya pulak...
nak2 pulak tengok freind dok share memacam yang mereka ada..kebahagian, kemewahan....kesenangan...aduhai, mula la hati ni terdetik macam2...bahagianya mereka...senangnya mereka apa nak semua dapat...kayanya mereka...huhu macam2 la...syukurlah..syukur la kita juga punya kehidupan yang mereka tak ada:-)

sedarlah wahai hati...orang payah untuk share benda yang buruk @ yang menampakkan kelemahan mereka selain yang baik2 & membanggakan:-)
sapa yang nak tunjuk diri buruk kan?
jadi tak perlu lah nak admire sangat pada kelebihan yang mereka ada, itu hanyalah pandangan pada mata kita sahaja...kita juga punya cara dan hidup kita...tak perlu nak cari kesempurnaan yang ada orang lain...

p/s tertengok gezek program prof muhaya dalam oasis tu...tu yang terkeluar entry ni..hehehe.."unfriend-delete" jika perlu:-). harap bermanfaat. Cuba countdown bila nak mati, insyaAllah hati akn lembut & nak buat baik sokmo:-)

April 22, 2013

Takziah

Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar...3x
Pasti semua yang ada akaun sosial dah tengok video eksiden yang menyebabkan 5 maut itu..innanillah
rasanya tak perlu lah saya share video tu...Al-fatihah...doakan mereka semua.
zaman dah berubah kan....niat mmg nak menolong...tapi merakam lebih perlu agaknya...wallahua'alam.
sedih..saya tertengok video tu, ada mangsa tu mmg masih bernyawa...tak boleh ke kita sebagai sedara seislam, ketepikan niat nak merakam tu dan tolong hamba Allah tu ucapkan kalimah Allah...tu lebih penting rasanya...kalau tak, tak payah la nak berbondong2 nak ramai2 berenti tengok....kesian mereka, mereka dalam perjalanan terakhir kut...sanggup kita tengok jer mereka dan teruskan "tugas" tak bertauliah kita sebagai jurugambar....Allahurabbi.
Itu yang telah lepas...lain kali beringat lah...sebab masa kita pun akan tiba juga...tahukah kita siapa yang akan tolong kita? Tak tahu kan...jadi ingatlah sebelum kena...wallahu'alm (nasihat utk diri sendiri juga**)

April 21, 2013

"Semutar"

Assalamualaikum w.b.t

"SEMUTAR" - kain yang dililit dikepala (lelaki). Biasanya orang kelantan pakai kain batik lepas,sebab panjang & mudah nak lilit di kepala...buat semutar jika nak ke sawah @ nak pergi tengok lembu ke kerbau ke kat padang ragut.
camni lah lebih kurang rupa 'semutar'-ensem kan saya:-)
kain batik lepas...gambar google:-)
Rasanya boleh faham kan apa itu 'semutar'..hehe kat belah luar tak tau la ada orang pakai ke tak....ke kat kelantan jer yang pakai camtu:-). Biasanya orang yang keje kampung la pakai cam tu...

April 19, 2013

alahai anak2

Assalamualaikum w.b.t

tengok lah anak2 saya...
balik keje hari selasa, tengok dorang dah macamni...abah dorang cakap kalau tak buat gitu, alamat takleh buat keje lah dia..so biarkan. Saya tengok rupa dorang dah macam anak2 palestin pulak...alahai:-)

masa kecik main2, dah besar nanti ibu doakan syahmi jadi arkitek pulak, insyAllah:-)
nak simpan gambar2 ni biar dorang tengok nanti kenangan mereka di kala kecil:-)
takpelah anak2; ibu doakan korang belajar lah dari apa yang korang tengok, dengar, alami & buat...belajar tentang kehidupan, selain belajar ilmu akademik dan yang paling utama ilmu agama kita. Kutiplah sebanyak mana yang mungkin, InsyaAllah selamat lah kamu dunia & akhirat..amin

April 18, 2013

Anak solehah saya: Iqra

Assalamualaikum w.b.t

Najibah ni..saya tak tahu la nak describe macamana:-) 
macam2 peel dia...huhu
kalau bab ngaji tu...nak baca yang tinggi jer...
kalu boleh nak baca Al-Quran terus...sebab dia dok tengok kita baca Quran kan..dia pun sama nak baca jugak:-)
dan kalau baca iqra dengan tokmek dia tu nak baca iqra yang tinggi jugak..huhu
saya biarkan jer la..tapi ada jugak la cakap elok2 kat dia kena baca step by step..kena mulakan dari bawah dulu...tapi dia ada rasa nak mengaji tanpa disuruh tu pun dah syukur banyak sebenarnyakan? so biarkan la:-)
ada suatu malam tu...budak2 ngaji datang..dia pun pretend lah macam dia tu tokmek nak ajar lah konon2nya..
saya tengok jer dulu..ialah budak2 tu baca dah iqra3 ke atas semuanya...saya tak expect pun dia boleh baca....
sekali dengar dia cakap "ni gapo", dan dengar lah dia sebut hurup2 iqra tu:-)
eh...saya macam eh betul ke budak ni dah boleh baca sampai situ...patut la bila saya ajar iqra 1 dia main2 jer..geramla tu kan...iya lah dia boleh baca yang tinggi lagi,ibu dok ajar iqra1 jer.....(mungkin dalam hati dia---alahai asyik duk baca ni jerkan).......aduhhhh(**tepuk dahi ibu) tu la...underestimate sangat kan:-)malu pulak ibu dengan kamu najibah...hehe..nanti kita ngaji sama2 ya..kakak follow ibu, ibu percaya kakak boleh baca quran sendiri pulak nanti:-)
tengok ustazah kita tu...siap minum air lagi..kering tekak agaknya:-)hehehe..jgn ikut ustazah ni, sebab tak pakai tudung:-)
tu gambar semasa....kita tengok gambo dulu2...jadi tak mustahil la najibah suka nak pretend macam tokmek dia.....jap saya up gambo lama dia ya...

tecik lagi ni...dalam 5-6 bulan kut..
hah ni dah besar sikit..1th++ garang ooo ustazah ni:-)siap pegang rotan lagi...banyak lagi rasanya gambar dia tapi lupa dah simpan kat mana...huhu
p/s..kalau kita bila dah biasa dengar @ lihat pasti akan cepat belajar..macam tulah anak2 kan..nampak dorang suka main tapi dorang perati jugak:-)fast learner.

p/s mana tak underestimate..sebab masa hantar pergi tadika asyik duk muncung jer...ibu ingat kamu belum belajar betul2 lagi...rupa2nya itu hanya drama jer tu..cikgu cakap lepas ibu pegi kamu akan okay dan follow anak2 lain jugak...alahai...mulai sekarang ibu takkan underestimate kamu lagi..kamu budak bijak:-)

April 17, 2013

musim 'panas'

Assalamualaikum w.b.t

musim ni, salah sikit mmg ada yang akan kena la..aduhai:-(
musim mengundi ni..rasanya pihak yang paling untung adalah yang supply bendera...huhu


p/s ini belum masuk pasca mengempen yang betul2...dah redup dah jalan2 utama:-)

April 16, 2013

"Maera Ismail Giveaway 2013"

Assalamualaikum w.b.t

Saya belum pernah masuk mana2 GA sebelum ni...maklum rasa macam tak bertuah...hehe
Takpelah..untuk kali ini...saya join sebab saya agak berkenan dengan shwal yang dia offer tu...oleh itu pada mereka yang nak join sila2 kan lah ya klik link ini
 

kepada yang sudi..doakanlah saya dapat shwal tu..tq in advance:-)

p/s...boring jugakkan dok serius memanjang..sekali sekala kita chill la ya:-)

April 11, 2013

BMI

Assalamualaikum w.b.t

BMI = Body Mass Index (Berat ideal la senang cakap)
ini BMI saya..lalala..kalau dulu berat saya sekitar 42-45kg, sekarang huhu. walau masih dalam kategori OK:-) tapi bila kita dah biasa dengan berat sebelum ini..berat itu terasa macam kan diri ini gemuk:-) walhal ok sebenarnya...orang yang senasib saja yang tahu.;-)


pemerhati

Assalamualaikum w.b.t

best pulak dok baca & perhati blog orang instead of tulis kat blog sendiri:-)
macam2 cerita ada...mmg panas2 la semuanya:-)
tapi harapnya takder lah sampai jadi kejadian yang teruk2.
.
.
cerita budak sekolah buli pun panas jugak.
budak sekolah ni bukan sekarang jer macam tu,
dari dulu lagi kes2 buli jadi...
cumanya sekarang zaman teknologi, semua orang ada gadget memasing..jadi tersebarlah ceritanya seantero alam:-)
kesian? mmg kesian...dua2 kesian
kesian kat budak yang kena tumbuk tu satu hal sb dia mangsa kan....tapi lagi kesian kat budak2 yang jadi pembuli itu...semoga ada orang yang berani untuk bawa dorang semua kembali:-( semoga Allah bagi dorang kesedaran, hidayah & taufik...disinilah kita semua perlukan iman...nak ada iman kena la dekat dgn golongan ulamak sebab ulama ada lah pewaris nabi:-) jalan yang kita perlu pilih adalah kembali kepada islam. Kita pegang agama insyaAllah selamat lah kita dunia akhirat:-)

April 05, 2013

Co-Pilot

Assalaualaikum w.b.t

tengoklah budak bertuah ni...
dah la kete kecik..kat tengah2 tu lah nak duduk...berdiri pun sanggup:-)
kalau naik proton, ok la dik..ni sang kancil jer..:-)

April 04, 2013

Butter Cup

Assalamualaikum w.b.t

Mahalnya butter cup sekarang...raya nanti sure kek2 & biskut raya mahal.
baik lah belajar buat sendiri kalau yang tak tahu macam saya ni:-)
nak beli kurang mampu..iyalah kalau beli sikit takkan tak nak bagi kat mek & ma huhu..nak beli banyak mahal pulakkk kannnn;-)
rasanya tahun ni, insyaAllah saya buat la serba sikit untuk mek & ma...
bawa masuk ofis, kang tinggal dlm kete cair butter tu...panas:-)

cerita semasa

Assamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hari ini..dah masuk April pun kita. Dah nak habis suku pertama tahun 2013 - cepat sungguh masa:-)

Semalam kita semua tahu pembubaran parlimen kan...jadi siap sedilah kita untuk mengundi ya.
kalau nak semak status & tempat mengundi boleh ke link ini

Salam takziah juga untuk En.Abil, yang telah kehilangan isteri tercinta yang dijaga penuh kasih sayang dan tanggung jawab...innanillahiwainnailaihirajiun...dari Dia kita datang kpd Dia kita kembali. Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah, amin.

dah hampir dua minggu kami tak sentuh rumah yang daam pembinaan tu...itulah jadinya kalau skip buat..huhu
nak jamah balik tu makan masa, nasib rumah sendiri, kalau tak dah kena marah dgn tuan rumah. Aduhai..lama lagi la nak duk rumah sendiri kalu macam ni...sabar jelah.

cuaca di Kb sekarang panas sungguh2...harap adalah hujan sehari dua ni..anak2 saya semua dah naik ruam..malam tadi dah beli lotion calamine..harap tak lah teruk sangat. Jangan lupa minum air banyak2 ya..Najibah saya bekal kan air dalam botol habis dia minum..biasa kurang dia nak minum air..haus sangat lah tu...

kalu tak salah saya lagi kerang lebih 98hari kita puasa...harap saya masih diberi masa untuk berpuasa tahun ini, insyaAllah. yang tinggal puasa tu dah ganti ke? cepat2 ganti ya. masa tak tunggu kita, kalau asyik bertangguh tu takut kita sempat buat jer:-) Ada orang tu dah siap tempah baju:-) awal kemain dia prepare. Tahun ni warna apa yang trend ek?

Ok tu saja untuk masa ini..dah tak tahu nak cerita apa dah..ta...ta
 
p/s Jangan lupa mengundi:-)

 


Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi