Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

August 31, 2014

Salam kemerdekaan yang ke 57

Assalamualaikum w.b.t

MERDEKA!!!


MERDEKA!!!


MERDEKA!!!

diharap laungan itu tersemat kukuh dalam dada kita semua rakyat Malaysia
hargailah nilai kemrdekaan ini
dengan apa yang telah berlaku, sama2 lah kita bersatu teguh mempertahankan kemerdekaan negara kita...

August 29, 2014

Etika Menutup aurat

Assalamualaikum w.b.t

(Auto publish)
Antara etika dalam menutup aurat.

saya ambil dari sini
semoga bermanfaat untuk semua...
 
1# Kebersihan
Dalam proses membentuk imej muslimah, bukan sekadar menutup aurat akan  tetapi diri mereka mestilah dalam keadaan kemas dan bersih. Pakaian mereka juga perlu sesuai dengan keadaan sekeliling. Sebagai ibu bapa kita boleh mendidik dengan menentukan fesyen harian merekA. Di samping itu, ibu juga mesti mengajar anak-anak tentang  pentingnya menjaga kebersihan diri secara sistematik supaya mereka boleh bersedia dalam menghadapi alam remaja.

2# Kesesuaian Dengan Pakaian
Selain itu,  anak-anak perlu dididik supaya pandai menyesuaikan diri dengan sesuatu pakaian. Tambahan pula mereka perlu dilatih untuk pandai menggosok pakaian termasuk baju tidur. Amalan ini, Insha Allah akan berterusan apabila mereka meningkat dewasa kelak.

3# Bertudung Apabila Keluar Rumah
Seterusnya, apabila keluar dari rumah, ada beberapa etika pakaian yang harus dipatuhi. Walaupun si anak perempuan masih lagi tidak diwajibkan memakai tudung bagi anak yang berumur 7 tahun, akan tetapi jika si anak sudah masuk usia baligh iaitu sudah berumur 9 tahun, maka perlu memastikan mereka sentiasa bertudung apabila mahu keluar rumah.

4# Etika Berseluar
Adakalanya, ibu bapa menggalakkan anak mereka berseluar pendek bagi memudahkan pergerakan. Namun itu ternyata silap. Boleh melatih mereka dengan mengenakan seluar atau skirt yang labuh mencecah buku lali. Jika di dalam rumah, ibu bapa boleh memberikan mereka sedikit kelonggaran dalam berpakaian.

#Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita jangan menyekat mereka berpakaian secara drastik, tetapi mendidiklah secara perlahan-lahan. Di samping itu, jelaskan kepada mereka bahawa tentang kewajipan menutup aurat.

August 28, 2014

#icebucketchallenge

Assalamuakum w.b.t

saya ngakulah saya ni sikit outdated kot..
apa tujuan ya buat challenge macam gitu?
untuk apa ya?
ish..macam2 la sekarang ni..dunia2:-)





p/s
terima kasih untuk semua yang masih sudi baca blog ntah apa2 saya ni...sekarang saya ada masalah nak tulis komen dan nak approve komen. tak tahu kenapa setiap kali nak approve mesti nak kena log in balik, pastu berjanggut nak tunggu...bukan banyak pun komen nya..tapi tanda appreciate saya untuk yang sudi baca, saya nak reply komen kembali:-)

August 27, 2014

Cuti-cuti

Assalamualikum w.b.t

Najibah tiap2 harilah duk tanya bila nak jalan2..
lama tak pegi pantai la...main kolam la...apa2 lah

kesian pun ada jugak...

dah cakap banyak kali...kita pergi lah nanti..
kan ibu baru lepas lahirkan adik saniy...
pulak tu baru lepas raya...
ada2 jer dia..
jgn risau lah kakak....ada masa, rezeki lebih kita pegi lah..lagipun adik saniy kecik lagi nak jln2 jauh ni...
tgu lah adik besar sikit...baru best jalan2
kakak & syahmi bersama famili mama ngah dorang:-)



August 26, 2014

Mulia hati dia :-)

Assalamualaikum w.b.t

balik keje semalam, mek cerita yang orang baru yang bawa anak dia mengaji tu tolong dia.
tolong apa saya tanya...
tolong dia sama2 basuh berak (maaf kalau ada yang geli) cik (atok saya, ayah kpd mek)
ya sekarang mek jaga ayah & mak dia....

terkedu saya dengar mek cerita...baiknya dia...saya belum kenal lagi...jumpa pun sekali jer tu pun nak cepat...nak la kenal dengan orang yang baik cam tu...tak rasa apa2 bila tolong macam tu, sedangkan bukan ada pertalian saudara pun....mek cakap dia dah biasa jaga orang tua. Allahuakbar.....harap saya pun boleh jadi macam dia...suka menolong oarang walau takder kena-mengena

untuk mek, saya harap dia sabar banyak....yerlah jaga orang tua ni bukan macam budak kecik...semoga pahala berlipat ganda untuk mek & syurga balasanya:-)
harap mek diberi kesihatan yang baik sepanjang usia dia....kesayangan sangat2.

August 21, 2014

Al-Fatihah untuk mereka....#MH17

Assalamualaikum w.b.t

Esok, insyaAllah sampai lah mereka....biarpun jasad tanpa nyawa....
Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-fatihah untuk semua mangsa #MH17 yang beragama islam. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Al-Fatihah

Air Mata Palastine

Assalamualaikum w.b.t

Ini lah sajak yang najibah diklamasikan jumaat baru ni:-)

Nun jauh di Palastin
aku terdengar suara halus membisikkan
"bebaskan kami dari rejim zionis"
mereka telah merampas segalanya
kasih sayang, maruah diri, kesopanan dan kesusilaan

nun jauh di Palastin
aku terpegun melihat
mereka yang masih gagah melawan yahudi yang zalim
yang telah meragut jiwa yang tidak berdosa dan lemah
kini yang tinggal hanyalah keperitan yang memanjang
nun jauh di Palatin banyak air mata tertumpah dan hampir kontang
meratapi insan-insan yang rebah tanpa pembelaan dan rasa kemanusiaan di alaf ini

nun jauh di Palastin
kepada yang masih bernyawa, bangunlah...
bangkitlah dan berjuanglah menentang kekejaman

nun jauh di Palastin
aku terdengar suara kecil, merintih kesedihan dan kesakitan
meraih simpati dari Dunia Islam seluruhnya

Ya..
wahai rakyat Palastin, kami disini menyahut seruanmu
berjuang di jalan Allah
Meranapkan manusia durjana, memperkasakan umat islam di mata dunia

Allahuakbar 3x

August 18, 2014

Buka Akaun TH

Assalamualaikum w.b.t

Anak2 mmg saya akan bukakan akaun Th untuk dorang...
duit yang orang kasi kita masukkan TH...
tak banyak..sikit2 pun takper. 
Semalam dah pegi Bank Islam untuk buka akaun TH  untuk Saniy..dan simpan duit raya kakak & syahmi
line down pulak kena pegi ke TH KB...jadi tak buat la semalam....malas nak ke bandar..dgn panas jln tentu nya sesak waktu lunch...
bila la pulak nak pergi ni...kena pergi sana jugak sebab di Bank Islam sekarang tak boleh nak buka akaun TH terus..nak kena ada akaun bank islam dulu baru leh buka akaun TH...

Untuk tahun ni adik saniy lah juara...
orang baru kan...
tahun depan ada rezeki kita pukul rata saja macam kakak & abe mi sekarang:-)



August 17, 2014

Alam Ria Pasti

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin Pasti kawasan ketereh buat program "Alam Ria Pasti" - program untuk anak2 pasti, macam pertandingan la jugak..sebab yang juara tu akan wakil kawasan ke peringkat daerah la pulak, kalau tak salah saya lah.
Najibah ada masuk beberapa acara...nasyid, kalam jama'i & sajak
sajak tu dia solo lah...tak sangka jugak saya dia berani, boleh baca depan orang ramai...kalau ibu dia ni mmg mic fobia...hehehe ketar lutut la kalau depan orang ramai....well done najibah
walau tak menang, menitis jugaklah air mata ibu tengok kakak bersemangat baca sajak tu...macam eh anak aku ke tu...
tak rekod pun masa kakak baca tu sebab, risau kang ibu dok depan dia lain pulak jadinya...jadi minta tolong orang amik kan gambo jer...rasanya cikgu dia ada rekod, nak mintaklah kalau ingat nanti.
Air Mata Palestine tajuk sajak saya hari ini...kata kakak:-)
cuba lagi thn depan ya kakak...
suka betul kakak & the geng
cikgu cakap dulu malu2 sekarang tidak lagi...
hmmm malu tu mmg genetik ibu....huhuhu
tengok gambar2 kakak & the geng...gambar gegar sb ibu kena entertain abe mie:-)

alah terselit hero sorang...
peace...
alamak dahi kamu kakak:-)
nasyid...3 buah lagu...last2 yang asma al-husna tu dah kemana peginya....budak2
budak bila dilatih mmg cepat tangkap...semoga semuanya pun jadi anak2 yang soleh & solahah..insyaAllah
minggu depan kakak & kawan kena pegi sekolah Maahad (L) untuk wakil Kalam Jama'i....Kalam Jama'i tu macam pentomin lebih kurang:-) Harap dia okay lah nanti sebab ibu & abah tak pergi pun...tu la nanti 1st time ibu lepaskan kakak.

August 15, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum w.b.t

belum berkesempatan nak cari artikel nak letak pada hari jumaat...
jadi untuk hari ini saya doakan semua orang yang baca entri ini berjaya dunia & akhirat.

sedikitlah untuk ingatan saya dan semua yang membaca:-)

---> tutuplah aurat kepada yang belum. aurat tu bukan kepala ya...seluruh tubuh kita (orang perempuan) selain muka & tangan....

---> sedekah Al-Fatihah untuk ibubapa kita selalu.

--->doakan kesejahteraan untuk semua

--->maafkan orang yang menyakiti kita

Sampai jumpa lagi...insyaAllah

August 14, 2014

Tabiat Anak Perlu Dipantau

Assalamualaikum w.b.t

Petikan dari majalah Pa&Ma edisi August 2014.
 
Kanak-kanak yang sedang membesar iaitu pada peringkat usia tiga atau empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik dan kadang kala ia memeningkan kepala ibu dan ayah. Tabiat tersebut perlu dipantau dan dibetulkan. Bahkan pembetulan tersebut bukan hanya boleh sekali, ia mesti kerap diingatkan kepada kanak-kanak ini.
Antara 20 tabiat pelik yang sering dilakukan kanak-kanak usia 3 – 4 tahun adalah seperti berikut:

*Suka menghisap/menggigit hujung kain/pakaian. - 2-2 tak buat
*Masih menyusu walaupun susu ibu sudah tiada serta menggentel puting payu dara ibu.- ini mmg syahmi selau buat, kakak jarang2
*Menggigit kuku.- 2-2 tak pernah buat so far
*Merasa najis hidung.- syahmi pernah buat korek taik hidung pastu sua jari kat mulut...saya punya jerit masa tu smpi sekarang tak buat dah...huhu
*Memakai kasut atau baju secara terbalik. - so far 2-2 anak boleh pakai dgn baik tak terbalik
*Membutangkan baju secara senget.- okay, butang dgn elok
*Menghantukkan kepala ke dinding andai kehendak tidak dipenuhi.- belum pernah buat lagi both kakak & syahmi
*Makan dengan tangan kiri.- ini syahmi buat, skrg pun masih lagi.
*Makan bersepah-sepah.- biasa
*Cakap terbalik dengan ayat tidak tersusun. - syahmi ada kadang2, kakak tak...
*Menggaru atau menyentuh alat sulit.- hahaha nakal ni
*Kelam kabut.- saya pun kadang kelam kabut jugak:-)
*Suka menyampuk.- yes...suka menyampuk nak2 time mak pak nya dok bercakap
*Menunjukkan perangai bukan kebiasaan di hadapan orang lain. - selalu
*Tidak boleh duduk diam.- biasa
*Membaca atau menulis dengan posisi kepala di atas lantai. - macamana ek?
*Menonton televisyen dalam jarak dekat.- ya syahmi suka tgk tv dekat2
*Suka bermain dengan tali dan membuat ikatan.- ni pun budak syahmi suka main.

Sebenarnya dalam perkembangan si manja, memiliki tabiat yang sukar dikikis bukanlah kesalahan yang besar pada peringkat usia tersebut. Ketika ini mereka sedang meneroka dan mencuba bermacam perkara baharu.
Jangan risau, kerana ia adalah perkara normal bagi kanak-kanak usia tiga hingga empat tahun memiliki tabiat-tabiat pelik. Ketika ini mereka sedang mempelajari pelbagai perkara seperti kemahiran mengurus diri dan membantu diri sendiri.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh mengharapkan anak untuk melaksanakan semua perkara dengan baik dan sempurna kerana mereka masih dalam proses pembelajaran. Mungkin tip berikut boleh membantu anda mengurangkan rasa pening kepala menghadapi kerenah pelik mereka.
  1. Berikan masa untuk belajar.
  2. Jangan menghukum sebaliknya disiplinkan.
  3. Teruskan mengajar dan bersabar.
  4. Penerangan sebab dan akibat.
  5. Berikan pujian kepada anak.
Semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dalam melahirkan anak-anak yang cemeralng.  
Untuk pelbagai info tentang perkembangan anak berusia 4 – 6 tahun boleh rujuk dalam majalah Pa&Ma Genius yang akan diterbitkan pada Oktober akan datang. Jangan ketinggalan dapatkan ia.     

p/s...banyak yang dalam list tu syahmi buat:-). rasanya dulu masa najibah umo around tu takder pulak dia buat macam tu....ke ibu tak ingat. tapi rasanya mmg najibah tak buat la...ke anak perempuan vs anak lelaki ni lain sikit peelnya.

August 13, 2014

baju melayu raya syahmi

Assalamualaikum w.b.t

baju raya tahun ni main sauk jer.
yelah ibunya kan dok pantang...takder keluar kemana pun...
sudahnya abah yang keluar pegi beli baju melayu syahmi..
dah dipesan nak warna biru atau sekarang orang panggil electric blue...
tapi yang dibawa balik baju melayu kotak2 kain pelikat warna cokelat pulak tu...aduhai...
nak jadi cerita budak bertuah tu tak mau pakai pulak....pegi solat raya dgn abah dia pakai baju tahun lepas..
macam2 lah budak syahmi tu...ibu suruh pakai jubah pun taknak...masa pegi terawih tu suka jer pakai jubah...tak faham betul dengan budak sorang ni...suka merajuk tak tentu pasal....
baju melayu kotak2 kain pelikat....dah macam baju tido pulak.
sudah solat sunat hari raya terus tukar pakai kasual...tak nak pakai dah baju melayu....geram pun ya dgn budak ni...tiap kali raya ada jer perangai dia...sabar jelah ibu:-)
baju ni lah dia pakai pagi raya baru ni...apa2 lah anak janji tak nangis...

August 10, 2014

Anak ramai

Assalamualikum w.b.t

Sudah2la beraya tu...
Aidilfitri sunat kita raikan sehari jer buat yang tak tahu...aidiladha 3 hari...
elok pakat2 buat puasa 6 dapat pahala puasa setahun....
.
.
apa citer anak ramai tu...
hehehe
anak saya dah 3 alhamdulillah...kecik2 lagi..
jadi bila berjalan tu...berderet la...
nak2 pulak anak2 saya ni jenis yang melekat dengan ibu jer bila berjalan ziarah tu...
jadi kemain la panjang keretapi....
takper la...kecik2 susah sikit dah besar okay la..insyaAllah.
kalau ada rezeki kami mmg nak tambah lagi...ohoooo
baru 3 kannnn...:-)
bila tengok anak2...meronta2 la nak duk rumah...hayaaaaaaa
Ya Allah, permudahkan segala urusan hamba Mu ini...........

August 08, 2014

Jihad

Assalamualikum w.b.t

Semoa orang pun tahu keadaan dunia sekarang...akhir zaman
penuh dengan fitnah....islam dimusuhi..dianggap pengganas, dizalimi...jadi kita sbg muslim kena kuat.

Jihad bagi saya luas ertinya....bukan setakat berperang melawan kufar.

Nak solat pun kena berjihad....kalau tak lawan desakan iblis...tak solat lah kita

Nak menutup aurat pun kena ada jihad....kalau tak memanjang nak tunggu seru/hidayah...sedangkan seru sudah lama dah datang...Allah dah hantar para Nabi & Rasul tu kan untuk menyeru kita mengikuti mereka...dalam solat pun hari2 kita mintak hidayah....sebab tu kita kena berjihad. 

Dalam soal makan pun kena jihad...makan kena halal...dah halal kena pulak toyibah (baik) insyaAllah berkat....cnth mee segera...insyaAllah mee segera tu halal, tapi ia tak toyibah (tak baik)...jadi jihad lah kita untuk tidak amik lagi...senang? susah jugak kan untuk kita tinggalkan apalagi dah jadi kebiasaan....
kesimpulanya dalam hidup kita ni mmg sentiasa kena berjihad untuk jadi hambaNya yang soleh..lebih dekat denganNya, Insya Allah.

Dalam soal boikot barang Israel laknatullah...kuatkanlah diri untuk sama2 memboikot....kita ada pilihan. Mungkin pilihan tu tidak selesa untuk kita...tapi hujungnya kita ingatlah saudara kita yang sedang berjuang disana...yang telah terkorban melawan...yang cedera kesakitan....

Jihad nak melawan nafsu pun bukan mudah....hati kita ni sentiasa berbolak-balik.....berdoalah biar Allah tetapkan iman dan akidah kita hingga akhir hayat....

August 06, 2014

kakak & adik saniy

Asalamualaikum w.b.t

kakak sekarang kalau tanya adik mana....dia akan tanya adik syahmi ke adik saniy...
kemain dia...anak sulong lah katakan
dia belum belajar puasa pun lagi....bangga tengok anak2 orang berpuasa...alhamdulillah.
kita cuba tahun depan...solat pun masih belum penuh lagi....
2 ketul cinta hati...seketul lagi awal2 dah pegi rumah tokmek...rayalah katakan...tak sempat ibu nak amik gambar dorang bertiga:-)
bulan puasa hari tu punyalah awal dia gi sekolah...yelah abah yang hantar....kalau ibu pkl 8.00 baru smpi sekolah...hehehe..sekarang dah normal balik...ujian baru2 ni pun alhamdulillah dapat bagus...ibu doakan kakak istiqamah, terang hati dan anak yang solehah...

August 05, 2014

kambing

Assalamualaikum w.b.t

kisah kambing pada bulan puasa baru2 ni....sedihhh
mek beli kambing 2 ekor...katanya nak bela, takder apa nak buat...
tapi sekor mati...tak tahu kenapa.
tengok2 dah tak bernyawa...yang sekor lagi monyok...entah kenapa lah agaknya
mek cakap dari tak dapat apa2..baik la sembelih, boleh kasi masjid buat buka puasa.
kami semua tak makan kambing...ye tahu sunnah, entah tak boleh makan pulak. Arwah ayah suka makan kambing:-)
jadi, sembelih la yang sekor lagi tu....jamu orang buka puasa kat masjid....tamat la kisah kambing yang sempat kami bela 2 hari kalau tak silap....
tu la dia..tengok2 dah lembik...takder rezeki nak bela kambing...orang kelantan kata tak 'rasi'

August 04, 2014

cerita ceritu

Assalamualikum w.b.t

tangan ni dah gian nak post entri tapiiii......nak citer apa pun tk tahu:-)
mana yang terlintas jerlah ya...
.
.
.
Alhamdulillah, saya selamat lahirkan nak ke-3 pada hari Jumaat jam 10.41pagi 23.05.2014 - lelaki
kami namakan dia Muhammad Saniy...
nama anak tu punyalah susah nak decide....abahnya nak anak lelaki dia mula dengan huruf 'S'...Muhammad tu mmg wajib letak. Pilih punya pilih...kami sepakat letak nama Saniy. Senang & pendek jer.
Hi...saya orang baru...nama saya Saniy:-)
Saniy..mudah nak jaga...tak meragam...boleh kata masa dalam pantang tu tak meragam lah...alhamdulillah. Sekarang ni ibu dok berjuang nak cukupkan bekalan susu dia jer...maklum bulan puasa hari tu tak buat stok pun...yelah mana nak simpan stok barang basah...peti bukan besar pun:-) so saya serah sepenuhnya kepada Allah...insyaAllah ada rezeki untuk Saniy...amin
Syukur jugak...merasalah ibu bercuti penuh bulan puasa tahun ni...dapat masak dengan tenang kalau tak terkejar2 balik keje...dapat mengaji (betulkan bacaan) dengan tokmek....rezeki:-) puasa pun penuh tahun ni:-)- rasa macam dan2 tu nak tender surat resign...tapi tulah...masih ada komitmen nak kena bayar....insyaAllah cukup tahun depan boleh kut...tahun ni dah habis bayar loan MARA...takpelah perancangan kita tak sama dengan ketentuan Dia....Dia bagi mengikut keperluan kita kan...bukan ikut kehendak kita kan....apa pun yang datang kita syukuri...
.
.
.
.
apa lagi ya...tak tahu la...mmg takder bakat la nak jadi penulis...tulis setoit tu pun dah blank..
jadi ibu kpd 3 orang anak mmg agak thrill la...dgn Syahmi buat perangai ngengada nak kan perhatian....dengan kakak yang lagak macam dah besar sangat huhu...tapi malam2 bila anak tido rasa macam huih...macam ni rupanya bila dah berderet...haha
najibah sangat memahami ibu & abah...selalu mengalah walau muka tu adalah jugak riak tak puas hati...
syahmi selalu nak menang...saniy tido jerlah hehehe
pic dlm phone tak transfer...saya cari kabel x jumpa..ntah kat mana...kalau ada nnati saya up ya...
.
.
cerita raya?
ala...saya macam biasa cerita raya saya ntah apa2...
nak up entri pun segan...hhuhu
tapi tahun saya boleh jamu adik beradik saya & abang makan laksa kat rumah sendiri....best sangat2...
panjang umur, ada rezeki tahun depan pulak ya.....

Selamat Hari Raya....

#doa & Al-fatihah untuk semua umat islam terutama mangsa kekejaman di GAZA, Plastine, Roningya.

August 03, 2014

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....

nanti saya update ya...insyaAllah
nak update masa cuti hari tu...line tak beri kerjasama:-)
masuk fb pun putus2...tak leh nak buat apa..
nak kena masuk masuk streamyx baru line internet okay...
kije menimbun ni...tak tahu nak mula yang mana....

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi