Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

January 22, 2015

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum w.b.t

Saya bukan sapa-sapa dengan beliau...tapi saya satu antara yang terlalu menyanjungi beliau...terlalu.
Saya juga tidak pernah walau sekali seumur hidup ini bersua muka secara langsung dengan beliau, tapi dapatlah lihat beliau ditempat2 ceramah dan di medan ilmu. Itupun dah buat saya rasa...entah tak tahu nak cakap macamana...orang yang kita kagum...pastu kita boleh lihat walau dari jauh...tulah perasaannya :-)
Betul....beliau sudah dimakan usia..tapi nak menghadapi kehilangan beliau tu agak menyiksakan...boleh kata sama macam saya rasa kehilangan ayah sebelum ini....Ya Allah...mohon dariMu Ya Allah...panjang usia beliau, berikan kesihatan yang baik untuk beliau terus istiqamah dalam perjuangan beliau....Saya sayang Tok Guru....

January 21, 2015

Selamat Ulang Tahun Ke-6 Najibah :-)

Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar...sedar tak sedar sudah 6 tahun umur kakak najibah :-)
Allah manisnya kamu kakak...

Ibu dokan kakak berjaya dunia & akhirat. Jadi muslimah sejati & hebat, insyaAllah.

January 14, 2015

Sesi persekolahan 2015

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini agak sibuk bagi saya suami isteri.
Tahun ni rutin berubah...ada anak yang perlu dihantar ke sekolah rendah.
Sebelum ni, hantar najibah pergi tadika jer...hihi berpagi-pagian lah abahnya
seawal 7.00pg dah ready nak hantar Siti Zulaikha (12thn, tahun ni UPSR-doakan dia berjaya ya sahabat alam maya saya..TQ)....anak saudara yang tinggal dengan kami tu.
Sementara itu saya siapkan najibah & syahmi pulak. Syahmi tahun ni dah mula tadika. Sama tadika dengan kakak najibah....dan saya hantar jugak anak saudara saya yang tua setahun dari Syahmi. Dengan kata lain 3 orang anak saya tahun ni kat tadika...huhu...anak berderet sorang setahun kekdahnya...hiks:-) Merasalah anak berderet:-)

Tak syok pulak takder gambar nak up...tak sempat langsung nak amik gambar...lorat kemain lah pagi2. Nantilah saya amik gambar anak2 itu...terutama syahmi...kemain hensen dalam uniform sekolah dia:-). Alhamdulillah, dia tak nangis macam kakaknya dulu-dulu. Mungkin dia ada geng...so dia boleh terima suasana baru. Kakak dulu takder siapa yang dia kenal...tu yang kemain amik masa nak adapt. 

Miesyam (anak saudara saya) adalah jugak berair mata...saya buat tak tahu jerlah...tapi kat sekolah okay cikgu2 dia kata:-) Okay la tu. 

** malam tadi masa solat (nampak sangat solat tak berapa nak kusyuk) syahmi minta abah dengar dia nanyi lagu ABC...abah dia pun iyakanlah...tutp2 dia nanyi Alif...Ba...Ta...
hahaha...nak gelak jugaklah...tapi tahan jerlah....abahnya explain la tu bukan ABC tu Alif...Ba...Ta...huruf jawi :-)...hehehe kemain excited dia.

January 08, 2015

Bah 2014:- Saya bayangkan kiamat

Assalamualaikum w.b.t

Seumur hidup, inilah bencana paling besar saya nampak secara langsung. Dasyat. Kesan tinggalan banjir pun dasyat. Allahuakbar, apa saja Dia boleh buat.

Cuba bayangkan nanti di sana, kesana - kemari mencari tempat memohon syafaat. Kat sini kita berusaha untuk mendapatkan bantuan. Keadaan berganda kali dasyat di sana kelak...Ya Allah ampun kan dosa2 kami...kami mohon redha Mu.

Di sana kita dah tak peduli siapa, tak kenal mak+ayah, anak2...masing sibuk hal sendiri. Keadaan huru hara dimana2 saja....berbekalkan pahala yang tak seberapa dan dosa yang mengunung, tak termampu kita hadapi tanpa syafaat dari Rasulullah dan redha Allah..

Kalau tengok sendiri mmg takut. Air melepasi bumbung rumah....airnya deras, mmg kalau jatuh hanyutlah jawabnya...

Tepuklah dada, tanyalah iman. Masih belum cukup ke peringatan dari Allah itu?

Bah 2014 : EBM Saniy rosak

Assalamualaikum w.b.t

ini sekadar bercerita...untuk kenangan
pada malam semua bekalan elektrik diputuskan 24/12/2014, perkara pertama yang saya runsingkan adalah stok susu saniy. Saya jangkakan mungkin elektrik putus dalam sehari dua...tapi jangkaan saya salah...mana tahu tahun ini banjir besar berlaku...lebih seminggu bekalan elektrik terputus...Jika sehari dua mungkin boleh bertahan susu2 tu...boleh dapatkan lagi bekalan ais...tapi jangkamasa yang lama...pulak tu keseluruhan tempat diputuskan bekalan elektrik (untuk keselamatan) jadi saya redha saja...saniy pun dah 8 bulan...dah lebih 6 bulan dia full BF...syukurlah tu....sekarang sedang cuba buat stok kembali. Agak susah jugak, sebab kat tempat keje pun tunggang langgang lagi...cuba juga lah...

** 2 tong + satu plastik ais batu jugalah yang dibuang:-) untuk saniy, if blog ni masih ada nanti, awak baca ya...ibu dah buat yang termampu.

January 07, 2015

Bah 2014 :- Terima Kasih Semua

Assalamualaikum w.b.t

Ya...musibah yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Terima Kasih untuk semua yang menyumbang...yang mengerah tenaga.
Terima Kasih sukarelawan...anggota keselamatan dan semua rakyat Malaysia.

Walau ada jugak sedikit sebanyak yang tak kena..kita tolak tepi lah...perkara dah berlaku. Setiap apa yang terjadi pasti ada sebab/punca nya. Tangan2 kita lah jugak yang merosakkannya. Allah Maha Mengetahui. Kembali lah kepada Dia. Tolong jaga alam ini untuk anak cucu cicit kita nanti ;-)
mangsa banjir yang stranded kat rumah :-)


January 06, 2015

Bah 2014 : Sekadar bercerita

Assalamualaikum w.b.t

Baru hari ini dapat berkongsi sedikit sedikit cerita banjir di kelantan 2014. Bukan banjir biasa...tapi boleh dikatakan tsunami kecil buat Kuala Krai & Gua Musang, daerah yang paling teruk.
Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah saya tidak ditenggelami air seperti dikebanyakan tempat....
Tapi kami juga merasai....elektrik diputuskan bekalan...air juga...
seminggu kami tiada bekalan air & elektrik...Allahuakbar, memang terasa sedikit susah..
hendak mendapatkan bekalan minyak petrol & lilin jugak agak susah...kami pergi ke Jerteh untuk dapatkan bekalan lilin, petrol dan telur....kat rumah saya ada anak-anak yang perlu dijaga makan minumnya...dan kami tidak terima bantuan sebab kami tidak ke pusat pemindahan. Memang kami putuskan untuk tidak ke pusat pemindahan sebab terlalu ramai, dengan anak kecil lagi...yang bekalan air pun turut tiada baiklah kami berada dirumah saja.....sekali lagi Alahmadulillah semuanya terkawal. Untuk air, kami ada sumber air telaga dari rumah mek....Allahuakbar, nikmat mana lagi yang perlu kita dustakan....
sepanjang seminggu kami stranded di rumah...apa berita pun kami x tahu...telefon semua kehabisan bateri...memang kami tidak dapat berhubung langsung....air jugak lambat surutnya....
dan habislah jugak stok2 susu untuk saniy....sedih yang amat...takperlah semua ujian Allah...saya ada sedikit gambar untuk dikongsikan bersama. Semua gambar tu kami kami ambil semasa kami ke Manik Urai, Kuala Krai untuk ziarah keluarga yang terkesan akibat banjir...syukur mereka selamat, walau rumah mereka musnah.












** Salam takziah untuk semua terutama untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dalam musibah ini. Sama2 kita terima dengan redha dan yakinlah...semuanya pinjaman dari Allah...bila2 masa Dia boleh ambil dari kita...Innalillahhiwainnailaihirajiun...Al-Fatihah

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi