Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

March 14, 2010

Inikah Ujian

susah nak buat n3 ini.
tp ini cara yang boleh buat saya release.
ohhhhh
ye hari ini saya asyiklah mengeluh...
keje tak seberapa,sungguh tak produktif.
ini gara2 adik saya ( satu2 nya adik yang saya ada) bawa balik pompuan kat umah.
sungguh saya terkedu. adakah insan itu adik saya?
huhuhu...tak pernah lagi sapa bawa balik couple @ apa2 yang sinonim ke rumah utk bermalam..never!
Tp adik saya boleh buat macam tu? tega nya dia.
Saya mmg kolot klu bab2 mcm itu.
Kita belum ada apa2 hubungn yg halal,klu setakat datang ziarah no hal,ini bermalam.
Kesian mek,nampak dia kecewa dgn sikap Farhan, tp dia buat biasa. Dan saya nampak itu.
Apa yang Farhan nak sebenarnya,tak cukup kasih sayang ke dia? Tak dapat penuh perhatian ke dia?
Macam2 yang saya dengar tentang dia sebelum ni,tapi saya masih belum nak percaya itu dia,dan pagi tadi bila dia cerita baru saya sedar adik saya itu telah hanyut dalam dunia dia....ohhhhh sungguh la sedihnya hati ini.
Dan saya telah lepaskan kekusutan itu dengan cara saya (biarla saya saja yang tahu)
Sungguh saya kecewa klu pun dia cakap dia dlm proses untuk kembali normal.
Tak sangka sungguh.
Klu pun dia ingin bawa budak pompuan itu kembali ke pangkal jalan,kenapa dia perlu korbankan kehidupan dia. Kenapa mesti dia buat apa yang sepatutnya dia tidak buat.
Ohh Tuhan apakah hikmah disebalik semua ini.
Ohh Tuhan kembalikan Farhan kami yang dulu.
memang dia naif,tetapi kenapa mesti org nak ambil kesempatan atas kenaifan dia Ya Allah.
Farhan,cukuplah itu yang kamu buat,jgn lah kau ulangi lagi. Kembalilah kepada kami. Apapun yang berlaku kamu masih darah daging kami. Dan saya tahu doa mek sentiasa mengiringi dia. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk kembali dekat dengan kami.
Kita tak tahu masa itu...tolong la Ya Allah kembalikan Farhan yang dulu kepada kami.
Farhan yang buat org gembira,
Farhan yang selalu ke masjid bila tiba waktunya,
Farhan yang tahu hormat kami,
Farhan yang boleh bertolak ansur,
Farhan yang ..........
Ya Allah, aku tahu ini ujian yang Kau berikan pada kami...dan kami mohon dariMu jalan penyelesaiannya.
Harapan kami tinggi....satukan hati kami kembali.
Biarkan dia sejuk bila dengar kami menasihati dia,
Biarkan dia sejuk bila tengok wajah ibu kesayangan kami,
Biarkan dia sejuk dengan kalimahMu Ya Allah.
Biarkan dia sejuk dengan doa-doa ibu kesayangn kami.
Ya Allah,terangkan kembali hati yang telah hitam itu....
Ya Allah aku takut untuk kehilangan dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah,Yang Maha Kaya,Berkuasa atas segalanya,lembutkan hati adikku MOHD FARHAN BIN DAUD,semoga hatinya terang dan mendapat petunjuk serta hidayahMu Ya Allah.


3 comments:

ibu addin dan nasa said...

Semoga doa yang baik itu dikabulkan Allah. Amin.

zulkefliramli said...
This comment has been removed by a blog administrator.
LiNda said...

sabar shaliza...

Itu dugaan namanya .. Moga Farhan tahu dan memahami isihati awak dan Mek .

Farhan... kembali semula pada keluargamu !

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi