Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

May 06, 2013

Izinkan saya

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuaakbar
Berbagai persaan bercampur dalam minda saya sekarang..sementelah selepas PRU-13 ini
Izinkan saya untuk ceritakan rasa hati saya sekarang...rasa hati yang berkecamuk.......rasa hati saya sebagai rakyat Kelantan.

-->Kecewa..
Kecewa saya, bila ada dalam kalangan kami yang betul2 mahukan kerajaan ini dijatuhkan (sila baca dlm konteks kelantan)...katanya kerajaan sedia ada sudah terlalu lama...sudah tidak relevan sama sekali..habis tu kerajaan pusat sekarang macamana? baru lagi ke?
Izinkan saya, kalau dilihat mereka yang ingin menjatuhkan ini dari segi luaran...mmg tak perlu dijelaskan. Dari segi moral dan kehidupan mereka...boleh tengok cara mereka berpakaian, cara mereka datang pada kita...sekarang kalau dilihat anak2 muda di Kelantan...mmg sungguh mengikut arus perdana..sudah tiada segan silu...membuka aurat perkara biasa bagi mereka...bukan semua...tapi yang ingin sangat menjatuhkan kerajaan sekarang boleh dikatakan begitu...suka saya katakan..kami diKelantan perlukan makanan rohani bukan jasmani semata2. Sayangnya kami pada kepimpinan TGNA amat tinggi...tolonglah..saya rayu, jangan terlalu taksub untuk menawan kami, bermacam2 tuduhan liar dilemparkan....jangan bangkitkan soal pembangunan dengan saya...kami mmg miskin dari dulu lagi...tapi kami tak mahu kaya dengan maruah kami digadai. Saya mahukan anak2 muda kelantan yang bermaruah, menjada adab sopan & yang penting terpelihara auratnya...jika ini dijaga kami mampu bertahan walau apa saja rintangan dan halangan yang datang....dan saya tahu bukan senang untuk mengajak mereka untuk bersama kepimpinan ulamak ini. Bukan kah Malaysia sudah pun dipimpin oleh orang yang kamu nak sangat2...jadi apa perlu lagi Kelantan? Nak punahkan keadaan? Nak masukkan program2 lagha jadi anak2 muda suka? Biar kami sama dengan yang lain? Biarlah kami tak sama dengan lain, asal kami tahu apa itu dosa & pahala. Sedarlah....masa depan kita bukan hanya disini...tapi disana yang pasti...yang jauh lebih dasyat & kekal selamanya...kami perlukan ulamak:-) untuk bimbing, sedarkan kami bila terleka & jasad kami tak hanya dipenuhkan dengan makanan jasmani tapi juga makanan rohani....semangat spritual:-)

-->Bangga
Bangga saya dengan anak2 muda kelantan yang sanggup balik untuk mengundi:-)Dan saya percaya, ramai antara mereka adalah berpihak kepada PAS. Semoga semuanya dapat yang terbaik. Alhamdulillah Kelantan KEKAL

-->Gembira & syukur
Alhamdulillah, syukur kerajaan PAS masih kekal memerintah untuk 5thn lagi. Harap akan ada penambahbaikan dari kerajaan. 

-->Sedih
Walaupun sedih, kami menerima apa saja asalkan ianya terbaik untuk kami,Rakyat Kelantan. Kami dkhabarkan lagi yang TGNA sudah memberi kuasa MB untuk timbalannya. Semoga itu yang terbaik....harap kuliah dimedan ilmu tetap akan diteruskan oleh TGNA. Hah kepada mereka yang nak sangat tengok TGNA lepaskan jawatan, sekarang boleh lihat...gembira sudah kalian? Lepas ni apa lagi alasan pun tak tahu lah. Yang pasti isu AIR & PEMBANGUNAN adalaha alasan dangkal yang selalu dibangkitkan:-) selain TGNA yang sudah berusia...tahukah kita semua yang setiap dari denyut nadi kita ini akan dihisab? Tak takut ke kita untuk menghadapinya nanti?

-->Geram & Marah
Sakit hati bila mana macam berita yang timbul selepas PRU. Terutamanya dengan ketidaktelusan proses pilhanraya...kalau betul telus kenapa timbul macam2 cerita...bak orang kata "pokok takkan bergoyang sekiranya tiada angin". Kalau itu semua penipuan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kalau ianya benar, kami redha. Mungkin belum masanya lagi, mungkin belum hak kami.

-->Harapan
Besar harapan saya semoga setiap dari kita mendapat hidayah dari Allah...ditunjukan mana yang hak & mana yang batil. Matinya kita sudah bertaubat & yang paling besar dengan kalimah Lailahailallah...semoga kita selamat dunia & akhirat.

2 comments:

RieNa said...

like 10x utk entry ini. mmg exactly selari dgn riena rasa. walaupun riena tak tinggal di kelantan, tp kelantan tu kg asal ma ayah riena. setiap thn 2 @ 3 kali kami akan pulang. kami tahu mcmana keadaannya. dan kami suka dan lapang dada bila sampai kelantan.

betul, matlamat kita adalah akhirat sana. apa guna pembangunan dan kejayaan kalau kita terpaksa gadaikan moral dan akhlak anak2 kita? tak sanggup. nauzubillah.

maaf,pjg pulak celoteh. apapun, i love kelantan. i love TGNA. barakallah. amin.

shaliza said...

Riena;terima kasih sependapat.

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Muhammad Syahmi