Kalau mengikut buku geografi, ia disebabkan oleh monsun timur laut.
Tapi kita bukan nak belajar geog kan?
Saya nak citer kat Kelantan ni sekarang dah masuk lah musim tengkujuh ni,Biasa musim ni ramai drpd nelayan & penoreh takleh nak bekerja.
So dorang just duduk kat rumah je lah.

Tp rezeki Allah tu InsyaAllah ada utuk setiap hambanya, so w'pun "tidak bekerja" masih lagi boleh menampung hidup.
Kebanyakan daripada mereka ni bila tiba musim "bah" ni akan mula pasang jala bila air naik...so dapat la ikan2 darat untuk santapan,dan sekiranya banyak blh buat duit gak. Dorang akan jual ikan yg dapat tu,sebab biasa orang akan mencari ikan2 darat ni bila tiba musim tengukujuh. Musim lain susah nak dapat ikan2 ni.
Ada juga yang jual ubi2,siput bendang.ubi keladi,cendawan dll.
Dulu, mek pun camtu. Takleh nak menoreh. Ingat dulu2 pulak. Eh rindu nya kat mek. Mek suka buat bingka ubi badak merah (tapak gajah).Kena pulak time tu saya sambut hari lahir. Dulu mana ada kek2 ni. So klu mek buat tu dah rasa seronok dah. Org kampung camtulah. Sekarang je ada kek. Tu pun mek tak heran pun ngan kek2 ni. Dia cuma makan kek yang kami adik beradik buat je.sob.sob
Time tu pulak musim cuti sekolah. So dari pagi samapi petang main "selambuk" ala batu seremban bahasa buku. Congkak pun ada gak. Kadang2 main air.huhuhu
Dulu air tak sekotor sekarang...la ni air huh nauzubillah. Nak wat camner ada longkang pun tersumbat.
Tapi memang musim2 hujan camni buat perut lapar.Masak la apapun sure habis. Nasi tu takyah cakap la,masak jer habis masak jer habis. Lapar tu lain macam. Pastu klu dah takder benda nak buat TIDO.
klu nak citer zaman dulu mmg tak habis kan. sambung entry lain la plk ya.
Saya dah takleh nak tulis ni...sentimental plk,ingat kat mek la.
ok la ya,daaaaa
No comments:
Post a Comment