Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

November 16, 2014

Sudah ditentukan semuanya dari awal hingga akhir.

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian dr FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Wahai anakku,
Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.

Wahai anakku,
Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah.

Wahai anakku,
Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.

Wahai anakku,
Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.

Wahai anakku,
Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah. Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan.

Senyum

November 13, 2014

Saniy - demam & batuk

Assalamualaikum w.b.t

kesian kat si kecik tu...demam & batuk...
dah hampir 6 bulan dia..ni first time dia demam.
agak teruk jugak lah..ditambah pulak sekarang kan musim hujan..sejuk..tu yang batuk pun menjadi2
.
.
bila tengok anak sakit camtu..dan2 nak duk rumah jaga anak...
kesian sangat..nangis smpi tak keluar suara...tambah pulak abah yang over panic...dah 3 anak bang oiii nak cuak2 lagi...
kesian saya...batuk2
doktor cakap macam nak lelah...alahai minta2 tak la...sekarang pun batuk2 lagi...malam pun tido asyik berjaga....ibu dah macam rupa panda dah...mengantuk...jarang berjaga malam walau ada anak...mmg anak2 klu tak demam kuat tido smpi pagi..nyenyak....ujian semua tu...sejauh mana sabar ibu ni...walau ada jugaklah merungutnya...hahaha...cepat2 istighfar...takut gue...kang di cop tak bersyukur pulak:-)

November 07, 2014

Alkisah dakwah

Assalamualaikum w.b.t

Artikel perkongsian dari wall FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Siti seorang gadis tidak bertudung menghadiri usrah di sebuah universiti tempatan.
Ketika berusrah, Siti ditegur oleh Fadilah, senior Siti, secara keras bahawa jika Siti tidak ingin memakai tudung, maka dia akan dikeluarkan daripada usrah sambil memberikan kata-kata pedih bahawa mereka tidak bergelumang dengan orang yang bakal ke neraka kerana tidak menutup aurat.
Teguran itu pula dibuat di khalayak ramai, sehingga Siti terasa malu.
Siti, seorang anak yatim, tidak pernah bertudung sejak kecil. Ibunya pun tidak pernah bertudung sejak kehilangan bapanya ketika Siti berusia 3 tahun.
Ibunya menghabiskan sepenuh masa mencari rezeki untuk membesarkan Siti sebagai seorang pekerja sosial.
Siti dibesarkan dalam keadaan menyendiri. Di universiti, tatkala Siti baru dapat bergaul dengan kawan-kawan, Siti pula dihalau Fadilah daripada usrah. Fadilah adalah anak perempuan kepada seorang ustaz yang terkenal.
Sejak kejadian itu, Siti ditegur dengan kasar setiap kali terserempak Fadilah di ruangan universiti.
Sedih melihat keadaan itu, Aminah, seorang senior di fakulti yang sama, yang juga rakan baik Fadilah, mula mendekati Siti.
Aminah berkawan secara biasa dengan Siti, dan menerima Siti seadanya tanpa sebarang komen.
Apabila tiba waktu solat, Aminah mengajak Siti bersama ke surau. Aminah juga mengunjung rumah Siti dan berkenalan dengan ibu Siti. Sebelah maghrib, Aminah selalu memastikan Siti ikut bersama mengikuti kuliah harian di surau.
Ketika harijadi ibu Siti, Aminah telah membuatkan kek dan membawanya ke rumah Siti untuk diraikan bersama.
“Ini hadiah untuk makcik,” Aminah berkata sambil menghulurkan hadiah kepada ibu Siti.
Di dalam kotak yang dibalut cantik itu terdapat 7 helai tudung yang cantik. Ibu Siti dan Siti terasa sentuh.
“Makcik, biar saya pakaikan untuk makcik,” kata Aminah.
Ibu Siti membiarkan sahaja Aminah membantunya memakai tudung di bilik.
“Cantik sungguh makcik bila pakai tudung. Padan sangat,” kata Aminah.
Ibu Siti tersenyum gembira. “Siti, Aminah bagi 5 tudung, Siti cubalah satu. Nanti kita ambil gambar bersama sambil potong kek,” pelawa ibu Siti.
“Cantiknya Siti. Aminah memang pandai pilih tudung,” kata ibu Siti selepas melihat wajah Siti bertudung.
Selepas itu, kelihatan Siti mula bertudung sekali-dua seminggu di universiti.
Fadilah yang melihat perubahan pada Siti bertanya kepada Aminah…
“Siti ini memang susah nak diajar. Sekejap pakai sekejap tak pakai,” kata Fadilah.
“Lah, spiritual journey setiap orang berbeza. Dulu Siti, 7 hari seminggu tak pernah pakai tudung dan selalu tinggal solat. Sekarang dah pakai selang sehari, kira dah ok. Bagi dia masa, dia akan jumpa hikmah di sebalik memakai tudung, dan Insha-Allah, akan erti menjaga auratnya.
Tapi, kita kena berusaha dekatkan dia dengan Islam untuk selamatkan dia. Bukan dengan menegur keras menghalau dia jauh daripada kita. Bukan semua orang datang daripada keluarga agama seperti Lah. Ibu Siti sekarang pun dah mula bertudung,” kata Aminah kepada Fadilah.

Wahai anakku,
Apabila kamu terlihat sahabatmu semakin jauh daripada agama-Mu, janganlah kamu terus menghukum dia dan menjauhkan dia daripada kamu. Sebaliknya, dekatkan kamu dengan dia untuk membantu dia kembali ke jalan yang sebenar. Menjauhkan orang dari Islam mudah, mendekatkan orang dengan Islam itu yang payah. Yang payah itulah tugas kamu sebagai seorang sahabat dan kepada Allah.

Senyum

p/s pendekatan kita :-)
Sahabat semua, tutuplah aurat....ia maruah kita:-)

November 05, 2014

Kisah anak2

Assalamualaikum w.b.t

Tengok anak bertuah ni, kecik2 takmo duk dlm carseat..dah besar ni nak la pulak....
letih seharian ikut ibu pergi kerja-sekolah cuti.
yeayyy untuk syahmi...
dah diapers free untuk malam...
jenuh jugaklah...nak kena dukung ke bilik air...
kadang bila kita pun tak sedar tu ada jugaklah terbabas..apapun tahniah syahmi...bit late than kakak.
peace yooo...
saniy pulak..tunggu masa nak makan...
huhu kesian tengok dia bila kita duk makan..kemain duk usha...adoila...
sabar ya dik..nnt ibu prepare makanan adik..
sekarang ni menjejes jer airliur dia...nak naik gigi pun iya jugak...orang tua kata gatal gusi...
ibu nak cari blender...psssttt abah bulan ni budget lebih ya...nak beli blender:-)
soriii takder gambo terbaru adik saniy :-)

Duit Palsu

Assalmualaikum w.b.t

Macamana nak tahu duit itu betul ke palsu ya...
Cuba tengok duit ni
palsu ke tu...
potong macam kan budak baru belajar pegang gunting :-)
nasib note singgit jer...

November 04, 2014

Makan Luar

Assalamualaikum w.b.t

sejak ada si kecik tu kami tak pernah makan luar lagi...
tambah pulak semuanya kemain mahal...
adalah pegi KFC...
bukan apa kesian kat sikecik tu...kemain geram tengok orang makan...
diakan belum boleh makan, makanan pejal...
kemain lagi dia tengok makanan macam nak telan...
so as ibu yang perihatin la sangat ni...tak payah la makan kat luar...kesian kat adik..
lagipun ibu+abah nak kena jimat cermat ni.....makan rumah sudah...ibu masak lagi sedap kot...kang order2 tak jugak kamu makan kalu tak kena selera..tak ke membazir tu..udahlah mahal kan...so jalan selamat kita makan kat rumah sajer ya...ibu akan pastikan ibu masak special untuk kamu semua ditambah pulak dengan ramuan kasih sayang...welllll :-)

November 01, 2014

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum w.b.t
Artikel C&P

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. ( Puasa ni kalau boleh buatlah 9 & 10 Muharam lebih baik)

P/s tak dapat buat semua, janganlah tinggal semua. Jangan fikir ganjarannya..buat dengan ikhlas, balasannya biar Allah s.w.t yang nilaikan :-) wallahua'lam

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi